Usia kami jauh berbeza. Kami bukan adik-beradik kandung meskipun dibesarkan bersama oleh mak. Namun kasih sayang kami telah bersemi sejak kecil lagi. Sejujurnya, hingga saat ini Erisya tidak pernah bertemu insan setabah dan sekuatnya.
Jika dilihat rentetan sejarah hidup kakak...penuh liku bersulam duka dan pilu. Namun ianya tidak menghalang kakak dari menjadi insan yang bersyukur. Baru-baru ini dua orang rakan sekerjanya telah memohon maaf kerana memfitnah kakak. Fitnah yang lebih berat dosanya dari membunuh. dua puluh tahun dahulu mereka telah menelefon seorang isteri menggunakan telefon kakak. Dan pastinya panggilan tak bernama itu bertujuan untuk memaklumkan kecurangan si suami. Ironinya si suami adalah rakan sekerja yang rapat dengan mereka! Si suami apa lagi...dengan rasa marah membuak-buak lakukan siasatan....akhirnya dia dapat kesan nombor telefon kakak. Penafian kakak yang dilakukan bersama nama Allah tidak diterima oleh si suami. Malah dia mengugut untuk menghancurkan rumah tangga kakak sebagaimana kakak 'menghancurkan' rumah tangganya.
Sejak itu, pelbagai peristiwa pelik berlaku. Rumah tangga kakak mula bergoncang. Harta yang dikumpul sejak anak dara juga lesap. Puluhan ribu telah dihabiskan untuk berubat. Boss yang selama ini rapat juga menjauhkan diri. Hingga saat ini tiada kenaikan pangkat walau ramai yang akui kecekapan kakak.
Segala kesulitan dan tangisan kakak curahkan pada Yang Maha Kuasa. Akhirnya selepas hampir 20 tahun berkhidmat, kakak ambil keputusan meletakkan jawatan. Sebab itulah dua orang rakan sekerja memohon maaf....selepas segalanya terlalu lewat untuk kembalikan kebahagiaan kakak (namun mereka takut memohon maaf kepada si lelaki teman rapat mereka...takut terima nasib macam kakak). Kemudian seorang demi seorang akui kebaikan kakak yang tidak lokek mencurah ilmu yang ada kepada mereka di pejabat. Sanggup ke pejabat hingga malam walau di hujung minggu.
Kekuatan kakak banyak mengajar Erisya erti syukur dan penyerahan diri kepada Allah. Walau tiada kenaikan pangkat namun rezeki tak pernah putus. Sebaik sahaja perletakan jawatannya diwar-warkan, bekas bos yang telah mempunyai syarikat sendiri ingin menggajinya kerana pengalaman yang ada. Anak juga berjaya dalam pelajaran meskipun stress dengan kemelut yang ada. Alhamdulillah, walau kemelut keluarga belum pulih sepenuhnya, namun kini kakak sudah boleh tersenyum...dan memandang ke hadapan dengan penuh harapan.
Bila dibandingkan penderitaan kakak, apalah sangat ujian yang Erisya terima. Doa Erisya semoga insan-insan yang membuat kakak menderita akan terima balasan yang setimpal. Semoga segala sihir yang dihantar (Erisya sekeluarga turut kena tempias semasa tinggal bersama kakak) akan berpatah balik. Dengan ini, mereka tidak lagi menggunakan ilmu yang ada untuk aniaya orang lain!Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Pemberi Hukum!
Dear Kakak Sayang,
ReplyDeletesampai hati lak nak fitnah2 org nie. tak takut ke kena balasan nnt..
adeh, mintalah dijauhkan pemikiran jahat seperti ini.