Tuesday, October 11, 2011

AL KAUTSAR

Selepas dua minggu berkursus, tetiba sahaja sakit terasa semula. Parut luka ditikam belakang rupanya  masih berdarah lagi. Hati ini masih belum ikhlas melepaskan segala kesedihan. Entah kenapa hati benar-benar tersayat sembilu....begitu sukar untuk melupakan.

Hari pertama bekerja dimulai dengan hati yang hambar. Ditambah pula dengan pengumuman bajet 2012....Pengumuman keramat yang amat ditakuti..membuatkan kami tidak fokus dengan pengumuman seterusnya (yang seharusnya berita gembira). Pengumuman yang bisa membuat perjalanan karier dan tugas kami lebih sukar. Juga membuat ramai teman-teman yang konvo bersama turut rasai tempiasnya.

Sejujurnya memang Erisya agak tegang. Rasa keciwa yang membuak-buak sukar dibendung lagi. ....Namun di saat hati sedang ditusuk keresahan tetiba mendapat emel daripada daripada rakan sekerja. Bagaikan ada telepathy, dia menghantar emel fadhilat al kautsar. Terus Erisya zikirkan surat yang mengandungi tiga ayat tuh......sambil mata membayangkan mereka yang menyakiti...tetiba sahaja hati sejuk umpama aliran sungai menyusuri batu yang keras...perasaan yang nyaman. Hilang segala kegundahan dan kerisauan..... Alhamdulillah.... kesakitan kerna ditikam insan-insan yang paling dipercayai juga turut hilang...seolah nama mereka tidak lagi ujud dalam dunia Erisya. Betul-betul hilang.

Ketika zohor tadi, Erisya sempat berdoa panjang, agar dikurniakan sahabat dunia dan ahirat yang dapat memimpin tangan ini  ke jalan-Nya....terima Erisya seikhlas hati...tanpa niat lain selain kerna-Nya.

Dan Erisya amat bersyukur di saat-saat begitu, Allah telah menghantar penawar dengan cara yang tidak disangka-sangka...mengubat hati yang gundah tanda kasih sayang-Nya yang tidak terhingga.


Ingin Erisya kongsi kandungan emel:






Surah ini dikatakan surah penghibur hati kerana diturunkan ketika Rasulullah SAW kehilangan dua orang yang dikasihi iaitu putera baginda Ibrahim dan ayah saudara, Abu Talib. Khasiat-khasiat lain adalah :-
  1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita .
  2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher. Insya-Allah hilang dahaga.
  3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  5. Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
  6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi. 
Wallahu a'lam.

1 comment:

  1. Saya baru tahu keistimewaan ayat2 ini. Terima kasih berkongsi. Harap2 hati makin tenang sekarang .

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah