Tuesday, December 9, 2008

SYIFA'

(at-Taubah :14)


(Yunus:57)


(an-Nahl:69)

(al-Isra':82)

(asy-Syu'ara':80)


(Fushshilat:44)




Enam ayat ini dipanggil ayat syifa' iaitu ayat penyembuh. Erisya memang jarang amal ayat ni (tak hafal). Namun semasa aqil di ICU dulu, suami selalu membacakan ayat syifa' ini. Walau kami sedar, aqil tiada harapan cuma menanti masa, namun kami berharap sangat agar ayat ini dapat meredakan penderitaan aqil yang tubuhnya berselirat dengan wayar...Erisya akui, erisya amat sedih lihat keadaan tubuhnya itu. Allah menyerahkannya kepada erisya dalam keadaan cantik...kulit yang putih dan mulus...namun kini penuh parut2 akibat disuntik jarum dan dimasukkan tiub bila paru2 nya pecah. Itu semua adalah kesan sampingan oksigen yang dimasukkan ke rongga pernafasannya.
Ketika di ICU, pihak hospital memasukkan 3 jenis dadah yang sangat kuat. Ketika terpandang kepada tulisan yang tertera pada label , erisya terkejut! Sekecil ini diberi dadah yang begitu kuat....tiga jenis pulak tuh! Hmmm.....erisya kenal sangat dadah-dadah tuh! Memang disenaraikan dalam AR 1952 dan ADB 1952! Namun yang menjadi keheranan para petugas hospital, aqil tidak lena sebagaimana bayi2 lain di kamar yang sama (4 org satu kamar). Matanya meliar memandang sekeliling. Oleh kerana kesian sebab aqil hanya dengar bunyi bip bip peralatan hospital, abang aqil mohon dibelikan mainan yang ada muzik untuk menghiburkan adiknya. (suami merayu agar afiq diizinkan masuk ke ICU untuk melihat adiknya yang tak pernah ditemui sejak lahir).
Setiap kali suami bacakan ayat syifa , mata aqil melirik memandang ayahnya dan erisya. Seakan aqil kenal kamilah ibu ayahnya yang sentiasa mendoakannya dengan penuh harapan. Oleh kerana erisya masih uzur, erisya hanya perdengarkan zikir pada aqil sambil tangan mengelap2 tubuh aqil dengan air yang telah didoakan. Alhamdulillah, ramai yang memberi air doa, air zam2 dsbnya. Juga air yang erisya doakan seperti yang diajar oleh en H. Menurutnya, ibulah yang paling layak mendoakan anak.

Melihat aqil yang begitu tabah melawan sakit, erisya rasa malu sendiri bila sesekali air mata tumpah bersama hembusan nafas yang panjang. Tiap kali erisya tak boleh bernafas ketika tidur, erisya menangis teringat, begitulah penderitaan aqil sepanjang masa sukar untuk bernafas. Menurut doktor , keadaan aqil adalah normal...biasa berlaku kepada anak lahir pramatang. Namun, pakar kanak2 hanya ada di KL dan AS. Keadaan aqil yang lemah tidak memungkinnya dipindahkan dari PP.
Setiap hari aqil begitu aktif...hingga adakalanya harapan erisya menggunung tinggi melihatnya pulih. Namun sehari sebelum pemergiannya, aqil kelihatan begitu lemah...seolah dia udah jenuh untuk melawan. Benar2 lesu. Bila erisya berdiri di hadapannya...aqil tidak lagi memandang erisya ...tapi memandang menembusi wajah erisya dengan senyuman yang paling manis. Detik itu, erisya tahu, aqil akan pergi...
Aqil adalah bayi ketiga yang keluar dari ICU tersebut.
Sebetulnya di kamar sebelah, lebih ramai bayi yang tenat. Namun ada seorang bayi yang paling malang....malang kerana tiada siapa di sisinya. Ayahnya telah melarikan diri bila dia disahkan ada komplikasi (erisya lupa bayi tuh sakit apa). Ibunya harus keluar bekerja mencari nafkah...kerja kilang. Dimarahi penyelia kerana selalu terburu2 ke hospital bila dimaklumkan bayinya nazak! Terpaksa menjaga anak2 lain. Tak sanggup erisya lihat darah yang keluar dari semua liang romanya....betul 2 bermandi darah!( Iya kadang2 erisya turut menziarah bayi lain...).
Melihat keadaan bayi2 lain, erisya bersyukur kerana kelihatannya keadaan aqil lebih stabil. Bersyukur, suami sanggup korbankan masa untuk sentiasa di sisi erisya sepanjang masa di hospital. Tak seperti bapa bayi malang yang melarikan diri bila tahu keadaan anaknya! Bersyukur, erisya dapat cuti dua bulan dari kerajaan dengan bergaji penuh. Bersyukur teman2 dan adik-beradik erisya memberi sokongan. Bersyukur Allah menghantar seorang yang tidak dikenali membantu kami walau dia jauh di Trengganu...Hmmmm....tak terhitung nikmat Allah ketika itu! Begitu banyak bantuan Allah kepada kami suami isteri!
p/s: tiba2 ajer erisya teringatkan Aisya (n3 bertajuk Hari ke 5 bulan nov)

22 comments:

  1. Daddy pernah amalkan waktu makwe kat dalam ICU lahirkan aliff...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. Erisya dalam hidup ini kita di uji dengan berbagai dugaanNYA DIA ingin melihat seteguh mana keimanan kita... dan kita redha segalanya walaupun berat untuk melepasnya pergi yang tersayang meninggalkan kita.

    ReplyDelete
  3. Membaca seterusnya apa yg puan tulis disini.cukup saya di simpulkan.berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.

    Rasanya tidak ada perkataan yg lebih molek selain dari ( kata2 biasa ).sabar.itu cerita Allah.

    Sebab saya yakin ( dikala ) itu hanya ESQ sahaja yg mampu membeda kita dan kita. Dan saya yakin puan cukup stabil menilai semua yg berberikan.Yang pasti kita MAMPU dengan ujian yg diberi........hari ini satu lagi pembelajaran baru ( pratikal ) kita belajar yang orang lain ( belum ) diajar.....

    ReplyDelete
  4. bergenang air mata bila membaca n3 kali ni.. memang sedih kan bila sesuatu menimpa anak yang masih kecil macam tu.. apatah lagi anak kita.. dulu, masa mula2 saya dapat tau anak ada masalah jantung, air mata jatuh berderai2.. tapi bila pergi ke IJN dan melihat betapa ada lagi anak yang lebih teruk dari anak saya, barulah saya sedar betapa saya harus bersyukur.. itulah yang menjadi pengubat hati saya.. jka kita rasa kita ini malang, ada yang lebih malang dari kita.. begitu juga jika kita rasa diri kita bagus, ada yang lebih bagus dari kita.. banyak sungguh persamaan kita.. andainya jarak antara kita dekat, mau rasanya jumpa ngan erisya..

    ReplyDelete
  5. sedih dan pilu membaca entri ni..Allah sentiasa menguji seseorang insan itu kerana Dia tahu dialah yang layak diuji berbanding insan yang lain...saya yakin erisya pasti lebih tabah berbanding sebelum ini. yang pergi tidak akan kembali tetapi akan tiba masanya kita semua akan bertemu kembali. hati erisya mesti sayu semasa menulis entri ni kan..semoga terus berbahagia walaupun sering diuji.

    ReplyDelete
  6. Daddy, makwe? saja nak ngusik huhuhu. Ya ayat tu baik diamalkan...

    kak sakura dan jinggo....iya sabar adalah cara terbaik...kalau meraungpun tak de pekdohnya , yang pergi tetap pergi...kita tak boleh ubah keadaan tapi kita boleh ubah mindset kita...

    ajeem, betul tuh...memang sayu tulis semula kenangan itu..namun inipun satu terapi gak....biar ia tidak terbuku di dada...ramai yang minta erisya memujuk/kaunseling ibu2 yang tak boleh terima hakikat kehilangan anak. Erisya tak pandai. dengan menulisnya di sini harapnya, pembaca boleh memahami apa yang dirasai oleh ibu2 tersebut dan...bantulah mereka!

    nurdaniella, bila erisya baca blog nurdaniella, telah dapat erisya rasakan persamaan pengalaman kita...memang teringin nak jumpa...tapi dok johor kan? memang jauh...tapi jika ke KL, datang lah ke rumah..Lin ada hp no erisya...dan err insyaAllah kami akan bersua muka nanti , kalau nurdaniella ada sama kan best!?

    ReplyDelete
  7. salam..
    singgah first time neh..

    adeishhh.. sayu ar.. nak nangis.. cian Aqil.. mesti comel..
    pagi nie aku buka blog kwn2, sumenyer sedey2..

    Erisya..
    terus tabah. dengan ujian2 ini maka bertambah tabahlah kita menjalani hidup ini. ada kemanisan di sebalik kepahitan dan itulah lumrah hidup..

    -LotsOfLove-

    ReplyDelete
  8. LotsOfLove...thanks for dropping by :)

    ReplyDelete
  9. erisya, sebenarnya saya dok kat melaka jer.. bila nak jumpa lin?? kan best kalau dapat join..

    ReplyDelete
  10. kesian kat budak kecik n achik tu kan...semoga Allah mencucuri rahmat kepada yang berkenaan,amin...alfatihah...

    ReplyDelete
  11. sedih tengok bayi dalam ward. esp ward NICU, bayi pramatang. kecik aje dorang kan? tapi macam macam pesen wayar ada.

    ReplyDelete
  12. saya pernah tengok bayi pramatang di ward NICU. sedih betul. kecik kecik dah kena masuk ICU. wayar berbelit belit.

    ReplyDelete
  13. Salam Erisya,

    Wa, wa, wa dah boleh jadi ustazah nih! al hamdulillah teruskan, dan saya nak anjurkan lagi satu ayat, ayat ini asas keagungan Tuhan, iaitu surah Al Hasyar ayat 22, 23,24, ayat ini adalah asas perubatan segala jenis penyakit

    ReplyDelete
  14. salam kak erisya,

    dalam sendu ada salju
    dalam derita ada bahagia
    salam seksa ada ada tawa...

    sebanarnya, pasti ada rahmat dan rahsia yg terselit pada setiap sesuatu....

    ingin jumpa namun masa dan jarak masih memisahkan kita.....

    defina

    ReplyDelete
  15. nampaknya terlalu awal saya mengunjungi blog erisya pagi ni..hehe...(teringin membaca entri baru..hehe).

    ReplyDelete
  16. Allah tidak akan menguji hambanya yang tidak mampu menaggungnya. Bukankah Allah itu maha adil?

    ReplyDelete
  17. Burung belatuk, thanks

    Farhana, pasti farhana ziarah sedara sebab org luar tak leh masuk NICU tuh..

    Pak karamu , Terima kasih beri ilmu lagi kat erisya.ustazah? huhuhu masa sek rendah dulu bila erisya beritahu nak jadi ustzah satu kelas ketawa termasuk cikgu
    sebab erisya ni nakal!

    Fina, kak erisya pun rindu ngan Fina...tu lah..kalau takat USJ pasti kak erisya dah gi ziarah....tapi Fina ke USA ..jauh banget!

    Ajeem, tak de ilham lagi nak buat n3 baru huhuhu

    Uncle, alhamdulillah uncle, walau berat namun Allah Maha Adil...tetap beri penawar pada tiap kesakitan , :)

    ReplyDelete
  18. Vanakam akak Erisya. Takde modal lagi ka mau tulis. Ini saya kasi ilham.Tulislah fasal rukun nikah kepada orang2 yang teringin nak menikah. Tulislah cerita2 lawak fasal orang yang sedang diakad nikah. Kat penang macam mana. Kat Ipoh pula bagaimana atau kat kajang mungkin lepas akad nikah terus pekena Satay Kajang, hehehe. Rukun nikah kat Thailand sama ke dgn kat Mesia ni yerk ?Soklan ni musti boleh dijawab oleh pegawai forensik alias ustazah kita ni. Vanakam-Nandri

    ReplyDelete
  19. rumba nandri tomyam (aikkk tukaq lagi ka) ....bab rukun nikah tuh boleh baca kat buku huhuhu internet pun banyak..

    ReplyDelete
  20. Ayoyo, ya ampunnnnn apsal hantu manyak suka kacau ini akak Erisya ha ??? Nanti saya kasi mandram sumua itu antu , kasi taruh dalam botol kicik punya , buang itu laut dalam.

    ReplyDelete
  21. amboi amboi....dah tukaq jadi mami meghelit lak! mandram apa mo kasi sama erisya? takut nanti hantu kepala hitam mari kacau !

    ReplyDelete
  22. bnyak kehebatan alquran kite x terokai lagi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah