Saturday, December 20, 2008

KENANGAN LAMA


Bila letak gambo di jepunkat n3 bawah ni, tingat lak masa mula ke sana. Mula dapat fax menyatakan erisya terpilih ke sana....rasa hepi terkata. Kemudian, rasa resah....bila tahu kat sana tiada komuniti muslim..malah masjid pun tak de! Akhirnya erisya surfing website cari senarai kedai yang jual makanan halal, waktu solat dsbnya.


Sememangnya erisya tak putus berdoa agar Allah lindungi erisya..hantarlah seseorang membantu...maklum, pertama kali ke luar negara...sesorang lak tuh! Bila sampai ke tempat penginapan, erisya rasa lega kerana ada makanan Islam...siap ada sijil halal. Tukang2 masak juga orang Islam....ehem! hensem dan cantik! maklum, keduanya keturunan campuran Indonesia plus Jepun...


Di tempat latihan, erisya terkejut bila salah seorang fasilitator bertanya erisya, "when is your ramadhan? " wahh dia tahu ramadhan? terkejutlah gak...kemudian dia pesan, " If you want to pray, please tell, I'll stop the lecture so that you can go to pray" wah..wah...wah...baiknya dia! Namanya Oshiro.


Sejak itu, erisya tak de masalah nak solat dsbnya. Cuma masalah makan jer....tapi erisya dah bawa bekalan biskut (kat sana banyak dijual biskut dari Malaysia). Alhamdulillah segalanya berjalan lancar...walau semua command dalam bahasa Jepun, namun oleh kerana jenama instrumen sama ngan yang erisya guna di Malaysia....tak de lah masalah. Cuma mula2 jer erisya tersilap....niat nak save data tapi terdelete! Rasa nak menangis..meraung , ntah apa2 rasa lagi. Alhamdulillah Oshiro-san bersedia temani erisya di lab hingga malam. Siap gak analisis tuh!


Pendek citer, dialah yang menjaga erisya di sana. Dia banyak tolong erisya buat homework bahasa jepun huhuhu memang siksa nak belajar..maklum lidah kita manalah sama ngan mereka! Pernah oshiro-san citer...dulu kat universiti dia ada kawan dari Indonesia...pompuan. Mereka menari di suatu majlis pelajar. Bila lagu slow, dia nak pegang tangan aweks tuh....tapi pompuan tu tepis kata tak leh pegang....kemudian kata Oshiro-san, " I thought ONLY pig! " dengan wajah keheranan . Rasa nak pecah perut ketawa....lihat wajahnya ketika itu, ish! tau lak dia , muslim tak leh sentuh babi! Dia tak tahu selain babi, kita juga tak leh sentuh yang bukan muhrim huhuhu


Suatu hari dia bawa erisya kuar makan...maklum sian kot hari2 makan biskut. Lagipun, hari tuh semua rakyat Malaysia sambut Hari Merdeka...so dia nak belanjalah sempena hari merdeka...alahai...punyalah pusing2 cari makanan halal! Betul2jauh! Dia singgah setiap kedai makan dan tanya...ada babi atau tak (kat sana mereka suka guna minyak babi untuk masak). Akhirnya jumpa gak yang halal....alhamdulillah memang SEDAP! Tak pernah makan ikan sesedap itu. Dalam perjalanan balik, dia beriya minta maaf sebab tak de tempat untuk erisya solat (padahal waktu zohor panjang lagi)...


Macamtu lah Oshiro-san...cukup jaga makan dan solat erisya. Selalu ingatkan erisya waktu solat. Malah kalau ada jamuan, dia pasti rasa semua hidangan yang ada (buffet) dulu...bila confirm tak de daging barulah dia benarkan erisya mencedok makanan tersebut. Pendekata orangnya amat prihatin. Suatu hari, erisya minta bantuannya nak burn VCD Siti Nurhaliza (sebab ada mamat Bangladesh tu minat giler kat Siti).... dia memandang foto Siti...lama.....akhirnya erisya kata kat dia..." isn't she beautiful? " Oshiro-san pandang erisya dengan pandangan pelik....seraya bertanya, " IS SHE MUSLIM? "....erisya terkedu tak tahu nak jawab apa....


p/s: syukur, ke mana pergi pasti ketemu orang yang baik2...selain Oshiro-san, Yasumura-san juga amat menjaga pemakanan erisya...hingga menjadi kemarahan peserta dari kenya kononnya....dia memanjakan erisya asyik ikut selera erisya ajer...akhirnya dia membawa kami semua ke kedai makan ikut selera mamat tuh...tapi selepas mereka order makanan , dia membawa erisya seorang ke kedai lain yang ada makanan halal. Rupanya rakyat sana amat menghormati muslim dari Malaysia. Menurut mereka org Malaysia amat jaga agama; sebab tuh sebelum declare puasa atau raya, mereka tunggu Malaysia declare dulu!

16 comments:

  1. Erisya,

    hahaa..letih ya kena tagg..hmm..mengimbau masa lalu merenung masa depan ya...itulah balasan bagi orang yang bergantung kepada Yang Maha Kuasa.walau kemana kita pergi Dia tetap bersama dan melindungi kita...

    kesian malaysia dek kerana imej siti n tuu..

    ReplyDelete
  2. Saya mengalami pengalaman yg sama : sebulan dua di Perth. Tak tahu nak kemana , nak makan apa...solat jumaat kat mana...tempat saya tu banyak orang arab..maka berkawanlah dengan tok2 arab tu.

    Tapi yg pastinya saya percaya : kalau kita mencari akan ada ruang untuk itu.....

    Akhirnya : macam 'sunyi' dua tiga hari puan tak jengok blog saya....he...he....

    ReplyDelete
  3. ARIFF, iya dia memang bagus..susah nak cari orang macam dia..malah orng mlaysia pun tak macam tuh..tingat bila erisya minta bantuan kerana diganggu lelaki kenya, lelaki melaysia ketawa...dia kata erisya bukannya cantik tapi tak sangka ada peminat. Bila erisya citer kat teman dari indonesia..dia marah dan kata "kurang ajar"...teman negara lain pula yang tolong erisya jauhi gangguan mamat afrika tu !bila erisya puji2 lelaki negara lain, marah lak! jujur, lelaki negara lain seperti India, Indonesia dsbnya begitu menjaga kaum wanita dari negara mereka...jauh bezanya ngan lelaki melayu dari malaysia ( yang erisya kenal lah....)mereka berani berjumpa lelaki yang mengganggu...bukan gaduh cuma beri amaran agar jgn ganggu wanita senegara mereka. Tapi lelaki2 melayu malaysia malas nak campur tangan!

    AJEEM, Iya , jika Allah takkan tolak permohonan hamba-Nya yang dalam kesulitan!

    JINGGO, iya bagi lelaki muslim lebih sukar kerana solat jumaat harus ada ramai jemaah....macam erisya lain, solat kat mana saja..tepi pantai, bawah pokok, kat parking lot, bawah tangga...syukur kat Jepun bersih...boleh solat kat mana saja :)

    akhirnya: sape kata erisya tak ke blog Jinggo...pantang ada n3 baru pasti singgah!cuma tak tinggal komen

    ReplyDelete
  4. 6bulan di kobe aku kurus kering sebab susah nak makan..tapi aku akui gadis jepun berkawan cukup setia cuma kita yang tak jujur..

    ReplyDelete
  5. Salam erisya,

    Jadi apa kata erisya bila simamat jepun tanya adakah Siti Muslim?

    Bab kemudahan di tempat orang itu bukan perkara susah. Mana ada di seluruh alam semesta ini bukan tempat Allah? Jadi mohonlah perlindungan dan pertolongan daripadaNya dengan penuh ikhlas.

    Allah telah berjanji akan memakbulkan doa yang ikhlas dan berserah diri.

    ReplyDelete
  6. Saya dah jawab tag....penatnye......nk cari gambar.....harap erisya puas hati eh..heheheh

    ReplyDelete
  7. Moshi2 kak..
    akak citer plak pngalaman kat sana..
    aduih, tambah jeles aku dibuatnya..
    kak cerita lagilah kisah2 akak kat sana.. huhu.. aku suke jer baca..
    syoknyer akak..
    ceritalah lagi..
    hahahaha...
    Oshiro ada anak tak?
    hakhak..huhu..

    ReplyDelete
  8. TERUNAKOTA, sebab tuh erisya teringin punya manantu gadis Jepun...:) tapi terpulanglah kepada jodoh yang dah ditetapkan :)

    UNCLE, Erisya jawab, Muslim, kemudian dia tanya kenapa dia tak berpakaian macam erisya....tak pe ka muslim langgar peraturan agama? Lepas tu erisya diam jer...tak tau nak jawab apa. kalau org lain mungkin boleh beri analogi..tapi orang Jepun ni amat berdisiplin ikut peraturan . sebab tuh walau banyak kereta tapi kadar kemalangan sedikit jer...walau mereka bukan beragama Islam tapi berakhlak Islam (agama fitrah)

    ARRYANI..terima kasih...caaaayang arryani :)

    LOTS OF LOVE, moshi2 ! banyak pengalaman di sana..tak tahu nak mula dari mana :) Nantilah pelan2 erisya tulis kenangan di sana ya :)

    ReplyDelete
  9. ooops! tertinggal; lak.....oshiro tu bujang lagi ehem! sebelah dia tu...rasanya aweks dia...bila erisya tanya , dia kata" erisya-san, go to work" sambil senyum2 huhuhu

    ReplyDelete
  10. Erisya,

    Uncle ada seorang kawan Jepun nama dia Hajiwara. Uncle panggil dia Haji Warak.

    Uncle kata kat Along dan Adik "Kalau Orang Jepun Muslim, maka Jepun adalah Muslim yang terbaik di dunia"

    ReplyDelete
  11. uncle, memang susai nama tuh huhuhu ....jika mereka muslim...memang warak! kat sana erisya tak larat nak angguk kepala sebab dalam perjalanan sumer ucapkan "ohayo" sambil angguk kepala...dari tukang cuci hinggalah pengarah! alangkah indahnya jika mereka muslim...tak putus2 terima salam!

    ReplyDelete
  12. salam singgah,
    wah...bestnya pernah gi jepun...bozzo teringin nak gi shibuya..kat sana bnyk komik...

    ReplyDelete
  13. salaams bozzobattousai....iya kat situ syurga komik :)

    ReplyDelete
  14. waaa. bagusnya. betul betul dihormati. ;]

    ReplyDelete
  15. Farhana, alhamdulillah, warga sana hormati org Islam dari mesia :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah