Sunday, December 7, 2008

07 DISEMBER



Harini adalah hari lahir si bongsu Aqil. Alhamdulillah, pada hari jumaat lepas, sempat juga erisya belanja rakan sekerja seramai 40 orang. Tanda kesyukuran kerana tiga tahun lepas pada tarikh ini erisya dan si bongsu terselamat...masih sempat luangkan masa bersama walau 26 hari. Tempoh masa yang amat erisya syukuri. Dapat bersama anak tercinta. Dapat mengenal siapa kawan sejati. Dapat mengenal hakikat diri selaku hamba-Nya yang lemah...amat lemah untuk mengubah takdir-Nya....namun diberi kekuatan untuk menerima takdir-Nya.

Selain dari itu, tanda kesyukuran kerana perkahwinan erisya telah mencapai 12 tahun. Kata orang setiap lima tahun perkahwinan akan diuji dugaan besar...syukur kami telah berjaya mengharunginya (harap lulus cemerlang!). Semoga semua ujian tersebut menjadi sumber kekuatan untuk mengharungi ujian lain yang bakal mendatang.

Erisya rasa senang melihat wajah girang rakan2 sekerja walau cuma jamuan kecil .Kegembiraan mereka buat erisya puas! Mulanya erisya agak gusar, maklum takut mereka tak suka hidangan yang erisya sediakan. Erisya tak boleh tempah beef kerana ada yang tak boleh makan kerana larangan agama. Ayam? Erisya pula yang tak berapa suka makan ayam . Erisya memilih itik..malangnya di sini sukar nak dapatkan itik! Namun, akhirnya, briyani burung puyuh telah menjadi hidangan kami hari itu....ternyata mereka suka!

Penghargaan erisya buat beberapa rakan sekerja yang telah bantu menjayakan jamuan tersebut. Sebagai orang baru di situ (baru 4 bulan), erisya kagum melihat gotong-royong antara mereka! InsyaAllah, nanti kita kenduri lagi, ya? :)

9 comments:

  1. erisya moga sentiasa di rahmati Allah kerana tabah menempuh dugaannya

    ReplyDelete
  2. terimakasih kak sakura....kak sakura juga seorang wanita yang tabah! Tahniah kerana telah berjaya mengharungi segala kepayahan silam.

    ReplyDelete
  3. mudah-mudahan hidup erisya sentiasa diberkati Allah dan bahagia selalu.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Tirana...semoga Tirana juga begitu :)

    ReplyDelete
  5. wauu..i cannot imagine how kind and nice u are..God will blessing us whatever we do/did...hehee...actually,how many children u have?

    untung benar suami erisya punyai seorang isteri solehah..ikhlas puji tau...lagi satu,erisya ni ganjil plak sebab kurang suka ayam yang menjadi igauan global..hehee..kalau erisya ni suka makan sayur ja lagi best..jimat wang untuk keperluan dapur ornag sabah bilang.

    ReplyDelete
  6. sedap2 makanan ni!
    tiba2 jadi auto lapau!
    heh!

    ReplyDelete
  7. huu.. nasi beriani burung puyuh.. yummy..

    ReplyDelete
  8. setiap 5 tahun? waa. dasatnya. takut lak. ehe~

    ReplyDelete
  9. Farhana...tak kawin pun ada dugaan gak huhuhu baiklah kawin!bila ada dugaan, ada org tersayang beri sokongan :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah