Wednesday, December 31, 2008
PEMERGIAN
Kami dah lama bersahabat. Sejak masih bujang lagi. Kami sama-sama baru kerja ngan gomen. Dia anak jati Sabah. Walau usianya lebih muda..Erisya amat selesa berkawan dengannya. Tak seperti rakan sekerja yang lain, dia amat setiakawan. Berani berkata benar. Sanggup bertemu pihak atasan untuk membela kakitangan. Tak lokek beri bantuan. Namun adakalanya erisya takut gak ngan anginnya .... Tapi erisya tahu jika telah menyinggung perasaannya...meskipun tak pernah marah erisya. Dia memang tak pandai berlakon. Emosi jelas tertera di wajah. Membaca perasaannya begitu mudah. Masa bujang dulu, dia rajin mengadu kat erisya jika ada masalah. Tak kiralah masalah kerja atau aweks. Alahai! dia tuh bukan saja ramai peminat.....tapi juga rambang mata! Rasa nak ngadu jer kat mak we nya di KL! (kini mak we tu dah bergelar isteri...sahabat erisya tuh setia pada yang satu)
Pernah sekali tuh, dia cedera tangan kerana membantu erisya di lab. Hampir erisya pengsan tengok darahnya! Merah pekat! (sampai kini, jarinya tak boleh dibengkokkan). Diburu rasa bersalah, erisya usahakan cari ikan haruan (sampai import dari Kedah!)....agar dia cepat sembuh....maklum, operation! Pertama kali erisya masak ikan haruan....hakikatnya erisya paling geli lihat kepala haruan yang persis seperti ular! Namun demi sahabat, erisya cekalkan hati. Kuatkan tekad.
Tapi masalahnya, teman2 serumah juga geli ! Camner nak potong ni? Dahlah tuh....liat lak nyawanya! Ketukpun tak mati! (Urgghhh barulah erisya tahu, betapa diri ini zalim rupanya!). Akhirnya nak tak nak, teman serumah terpaksa telefon rakan sekerjanya untuk membantu.....alhamdulillah berjaya juga erisya masak haruan buat sahabat tersayang. [Ehem!....kenalan yang bantu potong ikan haruan tuh telah menjadi suami erisya kini....siapa sangka kan? dah jodoh :) ]
Sebab tu lah, suami tak pernah cemburukan persahabatan kami berdua. Ketika di NICU, dia dan isteri kerap datang memberi semangat kepada erisya dan suami. Malah ketika mengambil jenazah Aqil di rumah mayat, dialah yang menemani kami suami-isteri....Iya, satu-satunya sahabat lelaki erisya di tempat kerja.
Tadi siang, ketika lihat wajahnya yang ceria....hati erisya tak putus berdoa..."ar-Rahman...lindungilah sahabatku ini.....permudahkanlah segala urusan dunia dan akhiratnya ....janganlah dia berubah di sana.......".
Sunday, December 28, 2008
TAHUN BARU
RESAH
Hmm..tu baru adik.....anak camner pulak? Harap2nya Allah kurniakan menantu yang solehah. Kalau tak pun, setidak2nya Allah kurniakan menantu macam erisya ....semasa hayat mertua sentiasa menjaga hati nya agar tidak merasakan kehilangan anak bongsu kesayangan walau sedetik! Dulu, ibu mertuapun susah nak terima erisya. Bukan kerana tidak berkenan. Erisya faham...tapi takut kehilangan...maklum, anak bongsu! Alhamdulillah, berkat tolak ansur agar tidak berebut perhatian suami, erisya telah menjadi menantu kesayangan. Malah erisya banyak mengingatkan suami agar tidak abaikan ibu yang melahirkan...apatah lagi bapak telah lama meninggal dunia. Erisya tak mahu bersuamikan anak derhaka! Maklum saja...lepas kawin adakala lelaki ni tak sensitif ngan perasaan ibu....sayang isterilah katakan!
Pengalaman erisya, tak sukar nak menukar status dari 'bukan menantu terpilih' menjadi 'menantu kesayangan'. Lagipun, mak bukanlah mertua yang cerewet. Erisya cuma tunjukkan sayang erisya pada anak kesayangannya, tunjukkan minat pada kesukaannya, selalu bercerita tentang orang yang disukainya, sesekali biarkan mereka berdua beranak luangkan masa bersama (privacy), berusaha membelikan apa yang mak suka tiap kali berkunjung...(alah bukan mahal manapun seleranya), sambil2 sembang tuh ringan2kanlah jari memicit kaki atau apa2 ajer tanpa disuruh.....seronok tau lihat perubahan riak muka mertua bila kita buat sesuatu yang dia tak jangka :) .
Hmmm...tiba2 jer erisya teringatkan mertua. Erisya akui erisya ni menantu yang manja. Mak tak suka anak2 menyusahkan erisya jika bertandang. Walau banyak kali dah pesan tapi jika pulang, semua makanan siap terhidang...erisya basuh tangan dan makan jer! Tiap kali makan makanan yang disukai, pasti mak simpankan separuh untuk erisya....sampaikan anak2nya kecil hati! Satu perkara yang mereka tak tahu.... mak pernah datang ke rumah malam2 buta nak berikan semua barang kemasnya kepada erisya untuk disimpan ...alasannya esok pagi dia nak ke KL menziarah anak ...(padahal selama ini ke KL pakai barang kemas, ok jer!) Namun, erisya tolak dengan baik....takut nanti ipar-duai kata apa lak.....maklum, masa tuh mak tinggal serumah ngan anak2 perempuan). Tak sangka itulah malam terakhir kami bersua...rupanya mak ke KL untuk disemadikan.
Saturday, December 27, 2008
MAAF ANAK
Pihak media sering mengisahkan anak derhaka..tergamak meninggalkan ibu bapa di rumah orang2 tua....malah menghakimi perbuatan mereka. Namun jarangkali menyiarkan kederhakaan ibu bapa. Pengalaman buat erisya tidak menghakimi sesiapa...tiap orang punya kisahnya sendiri. Ada yang membenci ibu bapa kerana mereka tidak menyayangi mereka sedangkan merekalah yang melahirkan. Ada yang benci suami yang mengabaikan tanggungjawab sedangkan mereka telah akad sanggup memikul amanah Allah sebagai suami...dan macam2 lagi senario masyarakat.
Pasti ramai yang mencebik, mana ada ibu bapa yang tak sayang anak? Suami mana tak sayangkan isteri? Isteri mana tak kasihkan suami? Hakikatnya ianya wujud di masyarakat kita. Ibu yang sanggup melacurkan dua anak perempuannya yang masih sunti ( ibu KANDUNG)....si bapa telah tinggalkan mereka. Ibu yang sanggup melihat seorang bapa menghamili dua orang anak gadisnya ketika dia sendiri sedang sarat mengandung! (setahu erisya kes ini tidak menjadi kes polis; bila ditanya, si ibu dan si nenek takut mati kelaparan jika si bapa dipenjarakan!...sekali lagi..., iman!). Bapa yang merasakan dia berhak menjamah tubuh anak gadisnya kerana telah memeliharanya sejak kecil...(siap beritahu hakim, dia hanya kacau anak sendiri...bukan anak orang!). Ibu bapa yang sanggup membantu anak lelaki yang telah memperkosa adik perempuan semata2 ingin menutup malu mereka selaku imam dan guru mengaji di kampung. Hmmm....Itu baru secebis kisah benar yang berlaku. Banyak lagi kisah yang tidak pernah dipaparkan di khalayak.
Bolehkah si anak maafkan ibu bapa sedemikian? Erisya yakin, hanya iman yang kental sahaja yang mampu...tu pun selepas berlakunya pertarungan jiwa yang hebat. Hati dan akal berlawan. Dosa dan pahala bertarung. Seperti kes pertama di atas, si kakak terpaksa akur dengan nasib. Untung diri yang dilahirkan oleh ibu sebegini. Namun segalanya berubah bila si ibu memaksa adik kesayangannnya pula melacur diri kerana si kakak uzur! ish! Memang memualkan semasa dengar apa yang berlaku di kamar. (Tak sanggup nak tulis di sini..sekadar tulis apa yang ada di dada akhbar! )Demi kasih seorang kakak, dia berusaha untuk melepaskan diri dari flat murah yang terkunci rapat dari luar. Hasil usaha yang tidak mengenal penat akhirnya seseorang telah membawa kes ini ke pihak berkuasa...(jangan lupa, kini ada ahli masyarakat kita yang tidak memperdulikan lagi masalah sekeliling kerana tidak mahu masuk campur...hatta orang telah berani meragut rantai emas dalam bas...dan dengan selamba pencuri menekan loceng untuk turun!).
Itu baru satu contoh jer. Banyak lagi kisah seumpamanya yang tersorok dari umum. Bagi yang bekerja sebagai guru, doktor, pegawai kebajikan dsbnya pasti ada banyak lagi kisah yang tersembunyi.
Bagi erisya, tiap kali membenci seseorang yang seharusnya dekat di hati....erisya pertingkatkan kecintaan pada Allah....buat segala yang perlu...biasanya erisya perbanyakkan solat sunat (syukur suami mengizinkan) tengah malam...minta sepenuh hati agar Allah melembutkan kalbu untuk menerima insan tersebut seadanya. Memaafkan kesalahannya ...jika dibanding dengan kes2 di atas kesalahannya tidaklah seberapa! Memberi kekuatan jiwa untuk mendengar segala caci-maki yang sengaja nak memalukan kami di khalayak....memfitnah kami kat sedara-mara.....dan ntah apa2 lagi. Harapan erisya, moga sampailah hidayah Allah padanya (satu2nya doa yang masih belum terkabul hingga kini)....takut-takut, tak tertanggung tuntutan di akhirat kelak di saat lidah tidak dapat lagi berkata2!
Thursday, December 25, 2008
ANNIVERSARY
Pulang dari Nilai Square...kami bergegas ke rumah kakak pula. Ada majlis solat hajat , baca yasin dan tahlil. Merdu betul suara ustaz yang mengimami kami. Sejuk hati mendengar surah ar-Rahman dialunkan (my favourite surah). Sebelum solat hajat, sempat ustaz bercerita tentang solat hajat serta kaifiat2nya. Rokaat pertama baca ayatul Qursi 7 kali. Rokaat kedua pula baca s. al Ikhlas 7 kali, al Falaq 1 kali dan an Nas satu kali. Kaifiatnya untuk melindungi diri dari ilmu sihir dsbnya. Menjaga perhubungan agar aman tanpa gangguan. InsyaAllah erisya dan suami berazam nak amalkannya secara istiqamah....tak payah lah tunggu anniversari baru nak buat! Semoga rumah tangga kami aman damai....biarlah erisya menjadi isteri idaman suami dan... tak perlu wanita lain di sisi!
Selesai solat hajat, kami membaca yasin dan tahlilan. Entah naper sedang asyik bertahlil.....tiba2 rindu pada Aqil membuak-buak !
Tuesday, December 23, 2008
PULANG II
p/s: uncle, erisya dah tunaikan permintaan uncle...tu lah anak erisya :) Gambar2 lain semua kat entry lama :)
PULANG
Pertama kali anak menginap di luar (selalunya erisya yang ke outstation). Dalam lirih dia memberitahu semua, ibu yang menghantarnya ke sana. Jujur, erisya juga sedih. Maklum, selama ini anak sentiasa di sisi. Malah ketika di hospital selama dua minggu kerana masalah kandungan, dialah yang setia menemani....hinggakan semua staff hospital mengenalinya. Erisya bangga punya anak setaatnya....meski bosan tinggal di wad namun tak pernah mengadu ingin pulang....menurutnya, dia tak sabar menanti kelahiran adiknya....satu-satunya adik dari rahim yang sama. Sayang, tak sempat ,menjalankan tanggungjawab sebagai abang, adiknya pergi dahulu.
Hmm..tak sabar rasanya menanti kepulangannya....adakah dia juga begitu? Hilang sudahkah marahnya?
Monday, December 22, 2008
HADIAH
Kisah 1
Walau ada bas yang bawa erisya berulang-alik dari hotel ke lab; namun kekadang erisya pulang ke hostel naik teksi jer (biasanya RM60 ....lebih kurang 40 min perjalanan). Entah apa malang, suatu hari pemandu teksi yang membawa erisya tak tahu cari alamat hostel (padahal dah beri kad alamat!). Jenuh kami berbincang......macam ayam ngan itik..namun tak jumpa juga jalan. Tetiba, pemandu teksi tu matikan meternya yang sedang bergerak pantas! Dia tak mahu caj perjalanan yang sesat! (kalau kat sini pemandu teksi sengaja cari jalan jauh sebab nak caj lebih huhuhu)
Kisah 2
Erisya tingin nak ke Shikinaen. Sumer kengkawan dah pergi. Akhirnya erisya nekad nak pergi sendirian...alah bukannya jauh sangat. Erisya keluarkan peta dan tunjuk kepada pemandu nama tempat yang ingin erisya pergi. Entah kenapa bila erisya nak masukkan duit, pemandu tu beri isyarat suruh erisya duduk. Ooooo patutlah, bas dah nak bergerak rupanya. Erisya pun duduk di bangku hadapan sekali. Sebaik ajer bas berhenti, erisya bingkas bangun nak masukkan duit. Pemandu tu geleng2 kan kepala...sambil menekan minyak. Sekali lagi , erisya terpaksa duduk semula. Bila berhenti, erisya bergegas lagi ke peti duit. Kalini gelengan kepala pemandu tuh bertambah kuat..siap tutup lubang duit dengan kedua belah tangan! Eh! Rupanya erisya tak perlu bayar tambang! Bila erisya citer kat Oshiro-san dia pun terkejut! Tak pernah berlaku camtu katanya!
Kisah 3
Di sana, erisya beli banyak buah tangan yang berupa pinggan bersalut emas di tepinya. Berbanding di Tokyo, harga di Okinawa lebih murah! Puaslah erisya beli pedang samurai (alahhh replika jer) , purse, pinggan seramik dsbnya. Dalam perjalanan pulang, erisya ternampak ada pertunjukan tarian di tengah padang. Maka erisya pun berhenti menonton. Barang2 yang telah dibeli erisya letakkan di tepi padang...sebelum ke tengah padang untuk mengambil gambar penari2 yang sedang asyik menari. Hmmm....jika di Malaysia apa akan terjadi pada barangan tu sumer? pasti hilang, bukan? Namun, bila habis tarian2 tu sumer...beg2 erisya masih di tempat yang sama tidak terusik!
Kisah 4
Erisya keluar bersama Jahrera-san. Erisya menegurnya kerana tak tutup tingkap kereta ketika parking. Jahrera-san kata, toksah risau! selamat! (Hmmm...kalau kat sinilah...pasti kereta tu selamat di tangan pencuri kereta!)
Kisah 5
Di tepi jalan, tiada lelaki2 melepak mengusik2 gadis yang lalu-lalang. Jalan2 tenang dan aman. Jujur saja ya, erisya rasa lebih selamat berjalan2 menyedut udara malam di sana berbanding di tanah air sendiri! (Errr bukan maksud erisya ada lelaki yang mengusik / menggangu erisya...ish! dah tua2 ni sape yang nak mengusik lagi...maksud erisya tak lah takut nak jalan malam2 sebab jalan begitu aman tanpa kelibat spesies lelaki yang tidak dikenali!)
Kisah 6
Errr ....Cukuplah ya....tak larat nak tulis dah! Nanti-nantilah kita citer lain , ok? :)
Sunday, December 21, 2008
SUNGAI BESAR
foto yang sama
seekor burung bertenggek di atas dahan
Pada 21hb erisya menunaikan jemputan perkahwinan rakan sekerja di Sg Besar... kira2 3 jam dari sini. sejuk mata melihat pemandangan indah di kampung...dah lama tak melihat keindahan sebegitu. Teringat masa kecil dulu, berjalan2 di tengah sawah...seberangi sungai untuk belajar mengaji al-Quran. Adakala berdarah kaki ketika pulang kerana dikejar anjing!
Saturday, December 20, 2008
KENANGAN LAMA
Sememangnya erisya tak putus berdoa agar Allah lindungi erisya..hantarlah seseorang membantu...maklum, pertama kali ke luar negara...sesorang lak tuh! Bila sampai ke tempat penginapan, erisya rasa lega kerana ada makanan Islam...siap ada sijil halal. Tukang2 masak juga orang Islam....ehem! hensem dan cantik! maklum, keduanya keturunan campuran Indonesia plus Jepun...
Di tempat latihan, erisya terkejut bila salah seorang fasilitator bertanya erisya, "when is your ramadhan? " wahh dia tahu ramadhan? terkejutlah gak...kemudian dia pesan, " If you want to pray, please tell, I'll stop the lecture so that you can go to pray" wah..wah...wah...baiknya dia! Namanya Oshiro.
Sejak itu, erisya tak de masalah nak solat dsbnya. Cuma masalah makan jer....tapi erisya dah bawa bekalan biskut (kat sana banyak dijual biskut dari Malaysia). Alhamdulillah segalanya berjalan lancar...walau semua command dalam bahasa Jepun, namun oleh kerana jenama instrumen sama ngan yang erisya guna di Malaysia....tak de lah masalah. Cuma mula2 jer erisya tersilap....niat nak save data tapi terdelete! Rasa nak menangis..meraung , ntah apa2 rasa lagi. Alhamdulillah Oshiro-san bersedia temani erisya di lab hingga malam. Siap gak analisis tuh!
Pendek citer, dialah yang menjaga erisya di sana. Dia banyak tolong erisya buat homework bahasa jepun huhuhu memang siksa nak belajar..maklum lidah kita manalah sama ngan mereka! Pernah oshiro-san citer...dulu kat universiti dia ada kawan dari Indonesia...pompuan. Mereka menari di suatu majlis pelajar. Bila lagu slow, dia nak pegang tangan aweks tuh....tapi pompuan tu tepis kata tak leh pegang....kemudian kata Oshiro-san, " I thought ONLY pig! " dengan wajah keheranan . Rasa nak pecah perut ketawa....lihat wajahnya ketika itu, ish! tau lak dia , muslim tak leh sentuh babi! Dia tak tahu selain babi, kita juga tak leh sentuh yang bukan muhrim huhuhu
Suatu hari dia bawa erisya kuar makan...maklum sian kot hari2 makan biskut. Lagipun, hari tuh semua rakyat Malaysia sambut Hari Merdeka...so dia nak belanjalah sempena hari merdeka...alahai...punyalah pusing2 cari makanan halal! Betul2jauh! Dia singgah setiap kedai makan dan tanya...ada babi atau tak (kat sana mereka suka guna minyak babi untuk masak). Akhirnya jumpa gak yang halal....alhamdulillah memang SEDAP! Tak pernah makan ikan sesedap itu. Dalam perjalanan balik, dia beriya minta maaf sebab tak de tempat untuk erisya solat (padahal waktu zohor panjang lagi)...
Macamtu lah Oshiro-san...cukup jaga makan dan solat erisya. Selalu ingatkan erisya waktu solat. Malah kalau ada jamuan, dia pasti rasa semua hidangan yang ada (buffet) dulu...bila confirm tak de daging barulah dia benarkan erisya mencedok makanan tersebut. Pendekata orangnya amat prihatin. Suatu hari, erisya minta bantuannya nak burn VCD Siti Nurhaliza (sebab ada mamat Bangladesh tu minat giler kat Siti).... dia memandang foto Siti...lama.....akhirnya erisya kata kat dia..." isn't she beautiful? " Oshiro-san pandang erisya dengan pandangan pelik....seraya bertanya, " IS SHE MUSLIM? "....erisya terkedu tak tahu nak jawab apa....
p/s: syukur, ke mana pergi pasti ketemu orang yang baik2...selain Oshiro-san, Yasumura-san juga amat menjaga pemakanan erisya...hingga menjadi kemarahan peserta dari kenya kononnya....dia memanjakan erisya asyik ikut selera erisya ajer...akhirnya dia membawa kami semua ke kedai makan ikut selera mamat tuh...tapi selepas mereka order makanan , dia membawa erisya seorang ke kedai lain yang ada makanan halal. Rupanya rakyat sana amat menghormati muslim dari Malaysia. Menurut mereka org Malaysia amat jaga agama; sebab tuh sebelum declare puasa atau raya, mereka tunggu Malaysia declare dulu!
Thursday, December 18, 2008
TAG DARI AJEEM DAN L.O.L
c) @cuSaYaNg ....gimana acu? boleh kannnn? boleh lah yerrr
11. Say something about number five?
13. Who is number two?
Haaa.....siap sudah.....
Tuesday, December 16, 2008
SAYYIDUL ISTIGHFAR
Monday, December 15, 2008
SOMEN
Sunday, December 14, 2008
MATI
1. Berpeluh pada pelepis pipinya
2. Berlinangan air matanya
3. Lubang hidungnya akan kembang dan kempis
Itulah tanda-tanda bahawa rahmat Allah sedang turun dan dirasai orang hampir mati. Sebaliknya, jika orang yang hampir mati itu seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh serta mulutnya berbuih, maka ini menandakan azab Allah sedang menimpa orang itu.
Friday, December 12, 2008
MAJLIS BERINAI
Ntah kenapa tiap kali mendengar nama rasulullah saw , hati pasti tersentuh. (Sampaikan ustaz yang memberi kuliah agama pun perasan...air mata erisya begitu mudah meluncur keluar tiap kali ustaz cerita sirah nabi. Tiap kali pulang , bila erisya menceritakan semula kisah nabi, air mata suamipun turut sama bergenang! )
Sebaik sahaja selesai marhaban, kedua-dua mempelai duduk di atas pelamin untuk ditepung tawar. Hati turut berbunga..tumpang gembira kerana teman tersayang telah bergelar ibu mertua. Hmmm....ntah bilalah giliran erisya pulak ya...tak sabar nak terima menantu! Teringat dulu, erisya pernah mengusik anak yang amat suka makan briyani kambing. .." wahhh nanti terpaksalah ibu melamar anak dara arab...sebab afiq suka kambing!" Jawab anak.." Tak pe...orang Johor pun pandai jugak!"
Ish!ish! nampak gayanya erisya bakal bermenantukan anak dara Johor....errr masih serba berdirikah lagi?
Dulu2, orang kata hantaran anak dara Perak ikut harga durian. Anak dara Kedah pula ikut harga padi. Hmmm....anak dara Johor ikut harga apa gamaknyerrr?
p/s: Teringat lak kata2 ni, "Tak dak proton saga merah jangan rapat, mami simpan dalam cermin sampai karat!" jangan mare!
Thursday, December 11, 2008
Surah al Hasyr
Ayat ni apabila nak dipraktikkan baca Al Fatihah dulu sekali, kemudian baca ayat ni 3,5 atau 7 kali, bacakan pada air dalam botol yang mana airnya jangan penuh sekadar 3/4 botol, sebaiknya biarlah air yang di ambil dari batang buluh yang di sulingkan, atau air hujan malam juma'at (tapi jangan bila hujan saja terus tadah tapi biarkan hujan berlalu 3 minit baru tadah) atau air zam-zam.
Surah ini telah mengingatkan erisya pada kisah lucu ketika bergelar pelajar dulu. Erisya bersama beberapa orang rakan telah tinggal bersama di sebuah rumah teres dua tingkat milik seorang guru cina. Rumah tuh memang selesa. Jiran2 yang terdiri pelbagai bangsa baik2 belaka. Selalu dapat juadah dari jiran melayu. Jiran india dan cina pula rajin beri buah2an. Ok....cukuplah mukaddimah tuh...erisya sambung citer , ya?
Suatu hari di pagi Jumaat, erisya terdengar bunyi suara ketawa. Kalau gelak manja, erisya tak kisah sangat...ni ketawa mengilai-ngilai ! Betul2 di belakang erisya. Allah jer yang tahu betapa terkejut dan seramnya erisya! Erisya tidak bergerak ke mana2....hanya memegang lutut yang menggeletar dengan kuat...lari? erisya tak boleh lari kerana sedang solat dhuha. Itulah rukuk erisya yang paling lama! Habis jer solat , erisya terus ambil al Quran dan baca surah al Hasyr. Erisya pun tak tahu naper surah tu jadi pilihan. Mungkin pernah org beri petua. Ntahlah...erisya pun tak ingat!
Kemudian, teman sebilik masuk. Dia terkejut lihat erisya berwajah pucat dan membaca al Quran. Hmmm...tak pernah2 baca al Quran jam 10 pagi! Tu kisah di hari Jumaat.
Esok paginya (hari sabtu) seperti biasa erisya dan teman sebilik bersantai atas katil. Alahhhh baru jam 7 pagi! Tetiba dengar suara rakan di bilik sebelah menghafal formula fizik! Alamak! Bisingnya! Macam dia sorang jer yang nak exam! Teman erisya yang agak bengken (garang) orangnya menerpa ke bilik sebelah. Aneh! Tiada sesiapa di dalam bilik tuh. Rupanya si gadis tersebut sedang mencuci pakaian di bawah! Sejak tuh, tiap kali gadis tuh nak masuk ke bilik erisya . Eisya suruh dia mengucap dulu huhuhu
Dua kejadian tersebut membuatkan kami semua buat mesyuarat tergempar. Akhirnya seorang demi seorang buka cerita. Rupanya selama ini mereka semua mendiamkan diri kerana tak mahu rakan2 serumah takut! Hasil mesyuarat tuh menarik! Gangguan berlaku mengikut karektor diri penghuni rumah. Misalnya, erisya seorang yang ceria dan suka ketawa. Sebab tu lah erisya dengar suara orang ketawa. Rakan sebilik pula kaki study...dengar orang hafal formula fizik. Kak Ani pula, yang paling rajin solat tahajud antara kami....pernah dengar bunyi air mengalir di bilik air seolah2 orang sedang berwudhuk...waktu tengah malam yang sepi! Kak long yang suka menyanyi pula dengar suara orang menyanyi di luar rumah ketika dia sedang bermenung di tepi tingkap bilik. Dan begitulah seterusnya....maaf dah tak ingat apa yang berlaku pada rakan2 lain.
Seterusnya, tibalah hari terakhir peperiksaan . Paper Tamadun Islam. Malam tuh, kami borak2 di beranda ...maklum, esoknya paper senang! Sedang sedap bergebang, tetiba semua orang terdiam. Hentikan percakapan. Kami dengar suara seorang wanita sedang membaca al Quran...sangat merdu! Kami terkedu, kami tinggal di kawasan bukan Islam. Jika ada orang Islam pun errrrrr..bukanlah jenis warak...tak mungkin mengaji di tengah malam! Kalau mengajipun, takkan sekuat ini! Tapi tak tahulah jika ianya radio atau kaset....pokoknya suara itu amat merdu mengalunkan pesan Allah! Kesalnya..., kami semua tak tahu berbahasa arab!
Ok ...tutup kes tuh. Suatu hari kami telah memenuhi jemputan mami (bukan mami jarum...ni mami baik punya) yang tinggal di hujung taman. Anaknya kahwin. (lucu, orang menyangka kami kumpulan marhaban! maklum, tak pakai gelang meghelit!). Pulang dari rumah kenduri, kami jumpa bungkusan keropok lekor tersangkut di pintu! Wahhh makanan kegemaran erisya! Tapi, boleh kah makan? Tak tahu sape punya... Akhirnya kami telefon kak Ma. Maklum, kak Ma dan akhie baru pulang dari kampung. Rupanya betul telahan kami, kak Ma dan akhie datang ke rumah semasa ketiadaan kami. Menurut kak Ma, " Tadi kak Ma gi ke rumah. Tapi sunyi jer...cuma dengar suara ustaz Hadi dalam kaset. Akhie kata , budak2 tu terlena kot semasa dengar ceramah ustaz Hadi!"
Sekali lagi, kami terkedu. Errrr kami ni tak pernah beli kaset ceramah! Mana ada orang PAS di kawasan tuh! Nampaknya betullah kesimpulan kami, gangguan tu mengikut karektor individu kerana kak Ma dan akhi adalah ahli jemaah PAS...
Akhirnya kami sepakat nak buat eksperimen. Pada cuti semester, kami menjemput kengkawan yang tak pulang untuk menginap di rumah kami....FREE OF CHARGE! Syukur dapat sambutan! Kami tidak menceritakan kejadian aneh di rumah tuh. Habis cuti, kami semua tak sabar nak lihat keputusan eksperimen. Kami interview kengkawan....nampaknya tiada kejadian aneh. Mereka cuma pelik, bila letak CD lagu pop, radio kami tidak berfungsi....tapi bila letak CD al Quran, barulah berbunyi!
Begitulah kisah yang berlaku di rumah itu. Habis semester kami semua pindah kerana mendapat tempat di desasiswa. Tak tahulah apa citer rumah tuh...yang pasti, erisya takkan lupa kenangan lucu di sana.
Tuesday, December 9, 2008
SYIFA'
(an-Nahl:69)
(al-Isra':82)
(asy-Syu'ara':80)
(Fushshilat:44)
p/s: tiba2 ajer erisya teringatkan Aisya (n3 bertajuk Hari ke 5 bulan nov)
UJIAN
Sunday, December 7, 2008
SAHABAT
07 DISEMBER
Harini adalah hari lahir si bongsu Aqil. Alhamdulillah, pada hari jumaat lepas, sempat juga erisya belanja rakan sekerja seramai 40 orang. Tanda kesyukuran kerana tiga tahun lepas pada tarikh ini erisya dan si bongsu terselamat...masih sempat luangkan masa bersama walau 26 hari. Tempoh masa yang amat erisya syukuri. Dapat bersama anak tercinta. Dapat mengenal siapa kawan sejati. Dapat mengenal hakikat diri selaku hamba-Nya yang lemah...amat lemah untuk mengubah takdir-Nya....namun diberi kekuatan untuk menerima takdir-Nya.
Selain dari itu, tanda kesyukuran kerana perkahwinan erisya telah mencapai 12 tahun. Kata orang setiap lima tahun perkahwinan akan diuji dugaan besar...syukur kami telah berjaya mengharunginya (harap lulus cemerlang!). Semoga semua ujian tersebut menjadi sumber kekuatan untuk mengharungi ujian lain yang bakal mendatang.
Erisya rasa senang melihat wajah girang rakan2 sekerja walau cuma jamuan kecil .Kegembiraan mereka buat erisya puas! Mulanya erisya agak gusar, maklum takut mereka tak suka hidangan yang erisya sediakan. Erisya tak boleh tempah beef kerana ada yang tak boleh makan kerana larangan agama. Ayam? Erisya pula yang tak berapa suka makan ayam . Erisya memilih itik..malangnya di sini sukar nak dapatkan itik! Namun, akhirnya, briyani burung puyuh telah menjadi hidangan kami hari itu....ternyata mereka suka!
Penghargaan erisya buat beberapa rakan sekerja yang telah bantu menjayakan jamuan tersebut. Sebagai orang baru di situ (baru 4 bulan), erisya kagum melihat gotong-royong antara mereka! InsyaAllah, nanti kita kenduri lagi, ya? :)
DI MANA KASIHMU
Erisya tidak berniat nak mengupas cerekarama semalam. Biarlah wartawan jalankan tugasnya. Erisya lebih tertarik dengan watak ibu Siti (lakonan Normah Damanhuri). Seorang wanita yang sanggup didera oleh suami kerana tak mahu kehilangan anak sekiranya diceraikan. (Ugutan yang biasa dilakukan kebanyakan para suami jika isteri menuntut cerai...tapi jika mereka yang inginkan perceraian, anak2 ditinggalkan tanpa nafkah kepada bekas isteri!). Rasanya sejak erisya mula mengenal kepahitan hidup sehinggalah harini, dah jenuh dengar berita sebegini. Sejak kecil hati erisya memberontak bila sebagai isteri, wanita tidak diberikan penghormatan dan hak yang sewajarnya.
Melihat kes mahkamah syariah yang berat sebelah, buat erisya ingin mempelajari Islam dengan lebih dalam. Apakah kedudukan wanita dalam Islam? Di manakah hak kami? Kanapa suami yang jahat bebas melakukan apa sahaja. Menyalahguna keharusan berpoligami. Menyalahguna kuasa veto yang ada di tangan suami. Hmm..bila diimbas kembali, mungkin pengalaman masa kecil buat erisya lebih tertarik dengan lelaki bukan Islam ..kalau beragama Islam pun, dia bukanlah lelaki Melayu (masa remaja dululah...suami erisya melayu :) ).
Dulu ketika kecil,Erisya sering merasakan, dilahirkan sebagai wanita adalah satu malang. Namun bila belajar tentang haiwan...erisya tertanya sendiri...Allah telah memberikan haiwan jantan kecantikan untuk memikat si betina. Tapi manusia? Allah memberi kaum wanita segala keindahan semula jadi yang boleh memikat mana2 lelaki! Bukankah itu kelebihan kepada wanita? Sebab itulah, walau pelajar sains, erisya memilih Pengajian Islam sebagai minor ketika di universiti dulu. Erisya ingin tahu kedudukan wanita dalam Islam! Akhirnya erisya telah temui jawapan yang erisya cari2 sejak kecil. Islam tidak pernah memandang rendah kepada wanita! Tapi wanita yang menjatuhkan martabat mereka sendiri...rela diinjak kepala atas nama seorang isteri. Tidak mahu menghargai kedudukan sendiri.
Teringat masa bujang dulu. Seorang isteri pernah lari malam ke rumah sewa kami dulu. Dipukul suami. Disuruh ke balai polis, tak mahu! Menangis dan menangis. Tak larat nak dengar dia mengadu tentang kezaliman suaminya. Namun, keesokan harinya, seawal 6 pagi dia telah pulang ke rumah bila dipanggil suami! Yanadei....macam bukan dia yang menangis semalaman! Sekejapan dia dah lupa dengan kesakitan di tubuh badan. Seakan tak nampak biru lebam yang menghias wajah!
Hmm...itu kah kasih isteri?
p/s: kepada seorang teman yang erisya sayangi, maaf jika tersinggung. Erisya faham kerana kita senasib. Tiada siapa yang salah. Takdir juga tak salah! Tapi kita berhak mencorak bahagia kita sendiri! Bukankah itu yang Allah ingin hamba-Nya lakukan? sesungguhnya kita punya pilihan...
Friday, December 5, 2008
PETUA
Masa tuh, kami tak tahu punca penyakit. Kami sangka salah urat sebab kaki bengkak. Suami kata sakit berdenyut2 ! Kemudian suami kak A menawarkan diri untuk melihat kaki suami...menurut kak A suaminya tak suka mengurut orang namun kerana erisya baik ngan isterinya, maka dia ingin membantu. Alhamdulillah, suami boleh berjalan semula. Sebelum balik, abang M sempat beri petua. Jika tersilap urat kat leher masa bangun pagi...tak yah urut. Jika bentan atau bengkak tak yah urut. Sapukan saja tiger balm warna putih (hanya warna putih) pada kawasan yang sakit, kemudia tekap dengan morning towel yang telah direndam dalam air panas (perah airnya).Ulangi hingga tak sakit lagi. Petua ini diajar oleh seorang banduan cina yang pandai mengurut. Dulu abang M pernah kerja di penjara.
Lagi satu petua pula,tekapkan capati panas kepada tempat yang bengkak. Erisya lupa siapa yang ajar tapi, masa mula dengar petua tuh erisya ketawa! Tapi tak lama lepas tuh, suami sakit kaki lagi...nak cari balm, dah tengah malam. Nak dibiarkan, kesian kat suami yang dalam kesakitan. Aklhirnya erisya teringat petua yang erisya ketawakan dulu. Ehhh nak buat capati? Mana nak cari tepung atta. Lantas erisya ambil tepung gandum dan buat lempeng. ketika masih panas, erisya tekap kat kaki suami..alhamdulillah, bengkak mulai surut selepas beberapa kali panaskan lempeng tuh. Pengajaran buat erisya....jangan ketawakan petua orang !
p/s: sakit gout tak leh urut. Petua di atas untuk hilangkan bentan saja. InsyaAllah air zam2 yang bersifat base amat baik untuk penyakit gout yang bersifat asid.
Wednesday, December 3, 2008
HILANG
Kalini, hati meronta2 nak jumpa bomoh. erisya mencongak2....boleh ke jumpa bomoh? Hmm..cuba ajerlah! Darurat! Sebelum tuh erisya kena pujuk suami dulu! Akhirnya pujuk punya pujuk, suamipun cair (nasib baik daya pujuk A ++ !). Kamipun bergegas ke BL bertemu bomoh tuh. Sampai jer di rumah bomoh tuh, kami diberi business card! Wahhhh canggih! betul2 cari makan! Mata erisya meliar memandang persekitaran rumah. Hmm....nampak bekas lilin yang dinyalakan. Istighfar dalam hati. Kata orang jika berubat guna lilin, ada hantu raya....astaghfirullah! Tengah berkira-kira nak larikan diri, tetiba bomoh tu menyapa kami. Setelah kenalpasti hajat kami dia berserapah......tanpa gunakan lilin. Lega! Kemudian dia kata benda yang erisya hilang tuh selamat. Jangan bimbang.
Selesai jer kes barang hilang, tetiba dia menegur suami. Menurutnya suami kena santau! Erisya dan suami berbalas pandang. Ish! Biar betul! Erisya yang batuk tak berhenti bukan suami! Erisya yang ringan mulut bertanya, " macamana tau?" Menurut bomoh tuh, mata suami bercelak....tanda kena santau! Erisya hampir tergelak. Suami mula mengerling tajam ke arah erisya. Alahai! Sejak lahir mata suami bercelak! Takkan disantau sejak dalam kandungan lagi kot? Bomoh tu mulalah 'merawat' suami. Tapi sekejap jer sebab kami beri alasan ada hal nak pulang lekas ke rumah.
Dalam perjalanan pulang, suami berleter. Marah sebab erisya beriya2 nak ke bomoh. Degil. Tak dengar nasihat suami. Mudah dengar cakap kawan dan bla bla bla. Tapi erisya tergelak bila di hujung kata suami mengomel , " padan muka abang! Dengar sangat cakap bini!"
Itulah kali pertama dan terakhir kami suami isteri jumpa bomoh! Barang yang hilang tuh? Sampai sudah tak jumpa tapi bila bertanya kepada tuan punya barang, menurutnya erisya telahpun kembalikan kepadanya...bila? erisya tak ingat! Dia pun tak ingat !
p/s: sesiapa tahu doa cari barang hilang?
Tuesday, December 2, 2008
BIDADARIKU
adalah sekuntum bunga melati
yang aku petik
dari sujud sembahyangku
setiap hari
buah cintaku
dengan bidadariku
adalah lahirnya sejuta generasi teladan
yang menggendong tempayan2 kemanfaatan
bagi manusia dan kemanusiaan
pada setiap tempat, pada setiap zaman
mereka lahir demi kesejatian sebuah pengabdian
dalam abad2 yang susah
abad2 tidak mengenal Tuhan
abad2 hilang naluri kemanusiaan
abad2 berkuasa rejim2 kemungkaran
dan mereka tetap kekar dan setia
membela kebenaran
dan keadilan
perjuangan kami berterusan
sambung-menyambung pada setiap generasi
tak berpenghabisan
terus bergerak
mengaliri ladang2 peradaban
seperti cintaku
pada bidadariku
yang terus tumbuh
semakin subur
dari hari ke hari
laksana kalimat2 suci
di hati para solihin
di hati para nabi
nukilan: Habiburrahman el Shirazy
dari antologi Nafas Peradaban
terbitan ICMI Orsat Cairo, 2000
PETUA BUAT ISTERI
Kalini, erisya ingin berkongsi ilmu yang bagus untuk para isteri (read my lips : i.s.t.e.r.i.). Bukan untuk gadis yang masih meneropong lagi, ya? Lagipun tiada maknanya menerima cinta dari ramai lelaki sedangkan kita hanya perlukan SEORANG sahaja untuk dicintai. Petua ini diajar oleh ustazah Fatima az-Zahra agar para ibu sentiasa menjadi 'abqaro' (bermaksud perawan yang sentiasa perawan). Ianya elok untuk kesihatan luar dan dalam.
Caranya:
Prof erisya juga telah berikan beberapa ayat untuk diamalkan. Antara lainnya , untuk
elakkan anak2 bergaduh bacalah s.al baqarah:102
Agar anak pandai belajar pula, bacalah s.al anbiyaa:79
Bagi anak2 yang liar bacalah surah ar-Rum :31 sebanyak 33 kali.
Hmmm kalau ayahnya yang liar? Ehhh ada doanya...bacalah surah al anbiya : 69 dan al Hasyr 22-24 . Takutilah doa isteri yang soleh! Jangan sampai isteri mendoakan pembalasan yang buruk buat kalian. Erisya teringat dulu masa kecil, opah pernah bercerita tentang seorang wanita di kampung. Sangat solehah. Tiap perbuatan tidak pernah kering dari menyebut nama Allah. Namun dia telah diuji dengan suami yang derhaka. Kaki judi! Tiap hari meminta wang dari isteri. Pada suatu hari, si suami telah terjumpa wang isteri dari laci. Si suami mencuri wang tersebut dan berpura2 meminta wang dari isteri. Bila dipinta, si isteri lantas membuka laci dengan kalimah bismillah. Aneh! masih ada wang di dalam laci tersebut! Si suami terperanjat....mana mungkin masih ada wang yang tersisa? Sejak itu, si suami bertaubat dan tidak menganiaya si isteri lagi!
Lagi satu kisah yang menjadi kegemaran erisya ialah tentang seorang sufi yang mempunyai beberapa kelebihan kurniaan Allah. Kisah ini diceritakan oleh bekas teman sebilik erisya iaitu kak Ila. Menurut kak Ila, makanan amat penting bagi suami dan anak2. Setiap kali menumis hendaklah membaca doa (maaf, erisya hanya ingat doa ini ketika memasak saja! ). Semoga dengan berkat doa itu, suami dan anak akan menjadi soleh. Berbalik kepada kisah sufi tadi, dia selalu bercerita kepada isterinya perihal kebolehannya boleh berjalan atas air. Suatu hari, ketika cuba berjalan atas air, dia terjatuh dalam air lalu basah! Sufi itu terkejut! Terus pulang ke rumah dan memberitahu isterinya. Rupa2nya si isteri telah terlupa baca bismillah ketika memasak hidangan yang telah dimakan tadi! Begitulah...rupanya selama ini si sufi mendapat kelebihan bukan kerana amalnya semata...tapi juga berkat hidangan yang halal yang disediakan oleh isterinya. Janganlah pandang remeh dengan isteri yang solehah!