Tuesday, January 20, 2009

MY BELOVED ORCHIDS

Dulu masa kat penang erisya ada banyak pokok orkid...pelbagai spesies dari Malaysia, Korea dan New Zealand. Bila dapat arahan bertukar ke Selangor, jual semua pokok2 yang ada (termasuk pokok tanduk rusa yang dibeli dari orang asli di Pahang)....penuh selori kepada kawan...alah jual harga RM50 jer....diberi free dia segan lak! Tapi yang mana rapat tuh, mereka tak segan amik free hehehe.

Bila tengok kak Sakura tayang semua pokok orkid barunya...ish! teruja pulak! Maka bermula dari tarikh 16hb januari Erisya telah mengumpul 3 pokok orkid iaitu spesies Paphiopedilum ( ada 5 spesies di Malaysia)..dan ehem! erisya dah ada 3 spesies daripadanya iaitu Paphiopedilum stonei, P. barbatum dan P. rothschildianum.

Masih kecil lagi, tapi jika berjaya ditanam, beginilah rupa bunganya.

P.rothschildianum(endemik di Sabah )

P.barbatum(cuma ada di Thailand dan Malaysia sj)

P.stonei (ada di Malaysia saja)



Hmm ...harap2nya subur dan berbungalah pokok orkid tuh! sebetulnya, masa mula amik dulu sumer orkid tuh dah nazak dah....ada yang dah tinggal akar kecut jer...daun sumer dah gugur! Tak sangka bila bawa pulang, tunas menumbuh...dalam masa 3 hari dah setinggi 3 inci! Pemangkin erisya untuk mengumpul spesies lain pula! Dulu2....erisya pantang nampak org jual orkid....masa pulang dari Pahang, suami buat U-turn sebab nak 'tangkap' orang asli yang sedang jual orkid hutan....syukurlah suami pun minat kumpul pokok tanduk rusa! Kalau takkkkk....toksah haraplah dia buat U-turn! Penuh bonet kereta dengan pokok tanduk rusa....maklum....masa tuh murah giler! Tapi bukan sumer kami simpan di rumah....kami bahagi2kan kepada teman2 rapat suami....masa tuh kami tengah bersemangat 'bertanding' taman siapa paling cantik :) ...insyaAllah di rumah sendiri nanti kami nak bina taman semula ...jadi kami dah mula mengumpul anak2 pokok untuk menghiasi taman rumah baru yang dijangka siap dua tahun lagi.... kwang...kwang...kwang....


Okey lah....nak bayar utang ngan kak Nurdaniella :)


TAG KAK NURDANIELLA


WHAT IF YOUR EX-GIRLFRIEND/EX-BOYFRIEND SAID THESE TO YOU


...hi, how r ya?~

alhamdulillah, lebih bahagia dari bersama awak dulu (sambil berpaut pada lengan suami ehem! tak pe kan...nak tayang2 sikit!)
..hey! you wanna go to mall?~
semenjak-duamenjak ni, kita dah tak suka shopping!
..i love you..~
hmmm....terima kasih lah!
..do you want some cookies?~
no thank you....aikkk! dah lupa ka...kita tak suka cookies lah!
..can u take me a picture?~
ooops! banyak lagi kerja lain nak buat!
help me in my homework?~
wahhhh wahhhh patutlah ...rupanya nak minta tolong!
here's my gift to you..~
hadiah??? errrr terima kasih (muka dah blush! )....wah awak masih ingat favourite kita ya.....(rezeki jangan ditolak! )

let's just be textmates~
urgghhhh ....buat perabih kredit dan masa jer!
..do you want me to buy you an ipod?~
ipod??? hmmm....apahal lak ni....baik semacam jer!
..let's sit together in the bus..~
laaaa bas ka? kalau mercedes tuh..oklah gak!
..hi baby~
baby ?? hmmm...ni yang buat hati cair ni! ish! tak yah nak baby2 lagi ngan kita!
..you still cute..~

hmmm ...terimakasih ...kita dah tahu kita ni cute!

..i still love you..~
eleh! ni pasti dah frust ngan minah tu!
..can i visit your house?~

boleh...apa salahnya. Buah tangan jgn lupa lak! Tapi kalau suami kita tak de kat rumah...tunggulah kat luar pagar tu, yaaaa!

..do you love me?~ read my lips N.O. !!
..pastu, kena tag lagi 5 orang yang lain pulak..Named 5 candidates on ur list, ask them to complete this tag repost on their blogwrite title 'what if ur ex said this to u?

hmmmm ni yang berat ni...nak tag sape ya....ada ka yang rajin macam erisya nak jawab tag? hmmmm erisya tag Penggali Kubur lah....camner? wokei?
alahhh jawapan tu sumer main2 jer...tak mungkin my ex berani tegur camtuh hehehe maklum nanti isteri mogok lak!

26 comments:

  1. lama tak jengok.sibuk dengan beberapa urusan yg perlu didahulukan...
    apa2 pun semuga Puan dirahmatiNya dan dipermudahkan dalam semua urusan kehidupan,

    ReplyDelete
  2. hi kak erisya ;) me pun ada bela pokok beka kat ikea harganya rm8..tapi dah mati dah pokok tu..letak kat dalam rumah warna kuning,letak kat luar rumah warna kuning..agaknya dia nak dui dalam ekon mcm masa kat ikea kot...mesti kak erisya suka beli pokok kat ikea kan ;)

    ReplyDelete
  3. terima kasih tuan J...memang sepi bloh ni tanpa komen tuan :)

    mia syakira...iya pokok kat sana cantik2 ...tapi dah biasa ngan ekon :) biasanya kak erisya beli kat nursery/pasar malam/pasar tani....yang mana murah :) macam pokok orkid tuh....org dah buang dah pokok tuh! tapi spesies tuh berharga sebenarnya...

    ReplyDelete
  4. untung dapat suami sama kepala..tak kena bebel..hehehehe..
    pelik gak tengok orang suka tanam orkid sebab em,kenapa orkid?cantik?em memang agak cantik dan menarik warna juga coraknya..em,atau orkid ni ada keistimewaan trsendiri ek?

    ReplyDelete
  5. erisya akak tak sabar nak tunggu besar pokok okid erisya tu....
    ;-))

    ReplyDelete
  6. erisya, naper 'ek bunga orkid tu macam periuk kera jer?? thanks sebab sudi jawab tag.. lagi satu, apasal pasang lagu hindustan ni?? lagu sedih pulak tuh.. terbayang manisha koraila..

    ReplyDelete
  7. cantik2 bunga okid tu, ntah bilalah saya ni nak mula berbunga-bungaan agaknya

    ReplyDelete
  8. Dear Kak Erisya..
    hahaha..
    Berita teramat gembira..
    LOL da terima buku ANtalogi Haiku smlm..
    Nnt akak send account numb penulis tu kak LOL k..

    Smlm balik dr keja, ada bungkusan atas meja. LOL rasa tu memang buku tu. LOL cepat jer buka then tekaan LOL tepat belaka.. Nak amik hp nak call akak, baru aku menyedari LOL xder phone numb akak.. hahaha..

    xsabar nak g tau akak..
    thanx kak..
    Love ya..

    **panjang plak comment aku..

    ReplyDelete
  9. Nak buat taman Orchid jugak ar.. huhu..
    Nak balik Sabah.. nak cari Orchid..
    haha..
    chantik jer mata memandang halaman rumah dihiasi bunga2an..
    bilalah aku ada rumah sendiri.. hmmm..

    ReplyDelete
  10. FAHANA: hmm bagi erisya, bela orkid ni tak kotor sebab tak perlu guna tanah, bunga nya unik...semua pokok orkid erisya ni tak boleh didagangkan di luarnegara sebab bawah CITES. orkid juga banyak spesies ...pelbagai corak misalnya ketiga 2 pokok tu lebih kurang sama tapi warna tak sama.Unik kan? Agak mencabar nak jaga sebab orkid ni manja...bila erisya ada masalah , selalu emel kat persatuan orkid di jerman...hari yang sama dia balas! masa tuh tak tahu lak malaysia pun ada pers yang sama! Ada juga orkid yang berbau harum...hmm nanti kelapangan erisya akan amsukkan semua foto okid Malaysia :)...baru pinjam buku di library :)...nasib baik masa jumpa pokok tuh aa tertulis nama spesiesnya...ajdi mudah nak refer kat buku hehehe

    kak SAKURA nak ngorat anak pokok okid eriysa ya hehehe...insyaAllah...

    kak NURDANIELLA...
    spesies okid tu memang mcm periuk kera...hanya ada di malaysia/thai/sumatera saja :)
    saja jer..letak lagu hindi....erisya lekas bosan dengar lagu yang sama :)

    MAKSU : kena tunggu hati maksu berbunga2 dulu hehehe

    LOL..alhamdulillah dah terima buku tuh.nanti akak emel ya.
    baguslah....nanti kita boleh tukar2 pokok orkid! kat sbah banyak spesies yang cantik2....tapi errr....takut tak leh bawa masuk kapal terbang!dulu masa ke Thailand banyak pokok cantik2 malangnya tak boleh bawa masuk....love you too!

    ReplyDelete
  11. org kata tanam orkid kena selalui dibelai... baru nk tumbh segar bugar..betul ker? sy beli bunga orkid plastik aje... hehehe

    ReplyDelete
  12. a'ah lah kak..
    kena kuarantin tue..
    aduhai..

    kak, Haiku tue xder otograp pown..
    hehe..

    ReplyDelete
  13. Selamat berjumpa kembali,

    cantik orked tu, apakah ia orked atau apa ha

    ReplyDelete
  14. Yanadei akak erisya. Mau tag Penggali Kubur ? Tatau laa akak. Depa tulis semua dalam bahasa Inggeris sebab chek sekolah sampai darjah 6 melayu saja ,hehe

    Wow , sekarang suka anggerik nooo...omputeh cakap orkid kut !

    ReplyDelete
  15. kuIna....kalau nak beli pokok orkid cari yang dah ada banyak akarnya berjuntai2...yang tu tak yah dibelai sebab dah tua hehehe mudah nak jaga!

    LOL...iya? dah tengok kat gambar penulisnya? biasanya akak diorang sign kat situ

    Pak Karamu, bersua kembali....tu orkid lah pak hehehe...nampak macam periuk kera ya :) dia tak lah sebesar periuk kera tuh ...

    amboiii popadam...merendah diri pulak ! kalau rajin ler...tak rajin tak pe ler :)

    ReplyDelete
  16. okid la~
    hihi..
    best nya dapat suami suka bunga..
    mesti umah erisya penuh nagn bunga nie??

    ReplyDelete
  17. kenapa macam periuk kera? orkid tu memang macam periuk kera ye?

    ReplyDelete
  18. Hello Erisaya Nor, I love the orchids. Incidentally my BIL is an International orchid judge and travels the world inspecting orchids or shows.
    He collects exotic ones too.

    Enjoyed reading your questions and answers.
    Tapi kalu saya, I will not use those tactics....tentu ta'jalan...like you said, "read my lips...NO"! Ha ha.
    Saya nak dengar, "Ohh YES"! Ha ha.

    I will study you secretly and employ the right strategy. *wink*, ha ha. I will not rush in....
    You keep well and have a nice day Erisya Nor, Lee.

    ReplyDelete
  19. beautiful flowers
    kisses from Poland

    ReplyDelete
  20. ajaa...dulu taman kami banyak pepohon hijau seperti pokok buluh dsbnya..cuma ada bunga orkid ajer.tak suka tanam bunga lain (walau peminat rose) ....sekarang ni maid suka tanam sayur2an jer. oleh kerana sayang tgk orkid tu terbuang maka erisya kutip bawa balik hehehe

    Farhana, memang mcm periuk kera...tapi kecik....unik kan?

    wahhh your BIL ada blog? full of orchids photos? I wish he's MY BIL too hehehe ;)

    Lee, even if I want to say yes..I wont say it just to please my ex!! hahahha !

    ReplyDelete
  21. Donata, Thank you..orchids are the living jewels of Malaysia :)

    ReplyDelete
  22. ha,itulah satu,orkid memang agak manja tapi memang sangat cantik dan unik..hehehe

    ReplyDelete
  23. bunga itu sangat cantik.secantik tuan blog

    ReplyDelete
  24. fahana: betul tuh...tak per..layan jer si manja tuh..nanti bila bunga berkembang cantik...ramai yang memuji tuan punya bunga :)

    acusayang: terima kasih (alahai...pipi dah merah ni! )

    ReplyDelete
  25. oo..
    minat rose upanya..
    em ada sifat sayangi alam sekitar.
    ihi~

    ReplyDelete
  26. ajaa...sebab tu erisya minat ngan bidang conservation sekarang ni....:) fauna dan flora adalah khazanah negara kita....itulah hutang kita pada anak cucu....menjaga bumi yang indah buat mereka :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah