Sunday, January 4, 2009

HIROSAKI CASTLE




Hmmm dah lama tak dengar citer kawan lama erisya ni. Errr....Bagus juga blogging ya...sekurang2nya teman2 yang jauh tahu erisya masih hidup lagi ! Kalini dia kirim foto ketika bercuti di Hirosaki Castle di Tokyo ( ehh betul ka...kat Tokyo?) Dah lama erisya dan famili memasang angan nak main salji. Tak tahulah bila hasrat ini kantercapai. Harap2 sebelum anak erisya akil baligh :)

Bila tengok foto ni, kerinduan pada bumi Jepun membara lagi. Tak tahulah naper erisya suka sangat negara matahari terbit tuh! Peluang ke sana dulu bagaikan bonus yang paling indah dalam hidup ini. Tahun lepas , erisya dah serahkan senarai tempat2 kursus / persidangan di luar negara yang berkaitan kepada boss...hmm...tak tahulah rezeki siapa akan ke sana nanti... teringin gak ke persidangan di Turki tuh!
Hmm teringat pula citer seorang kenalan. Dia ke luar negara untuk hadiri persidangan pertanian. Habis persidangan, peserta dari Thailand bawa pulang biji-biji benih. Kenapa? Kerana kerajaan Thai turut melabur dalam penyelidikan benih tersebut...balik jerr terus tanam...Orang Malaysia?....pulang tangan kosong (bukan kepala kosong, ya ) dan terus buat kajian lagi. Tak hairanlah teknologi pertanian di Thai lebih jauh ke depan!

16 comments:

  1. Salam...Game Show Istana Takeshi?

    ReplyDelete
  2. hahaha.show tu dah 30 thn rasanya :) tapi tetap menghiburkan :)

    ReplyDelete
  3. Uncle doakan harapan erisya akan tercapai jua.

    ReplyDelete
  4. Bestnya kalau dapat main salji :-))

    ReplyDelete
  5. hmm..best betul japan ni sampai menawan hati erisya...napa tunggu sebelum son erisya akil baligh?takut jatuh cinta ngan awek japan ke?hehe...

    pertanian?hmm..malaysian seperti masih 'diracuni' dengan mentaliti zaman penjajahan dahulu..maklumlah 446 tahun dijajah..macam susah berubah pula...kesian malaysian kita.

    ReplyDelete
  6. Saya suka statement Thailand lebih maju dalam teknologi pertanian..

    Kerana apa?....Kita pun tahu..

    Tapi kenapa kita tak boleh?

    Kita pun tahu....

    ReplyDelete
  7. best main salji...
    Alhamdulillah acu b'kesempatan main salji masa ke swiss bbrapa thn lps...syok nyeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  8. klu tak...takle di kata 'hujan emas di negeri org'..kan?. diorng tu bawa balik benih tu silap2 boleh jd emas plak di negeri diorng tuh.

    ReplyDelete
  9. hehehehe..besnyer dapat tour satu dunia..ni kaki berjalan tau..hehehe.
    Pertanian makin penting dizaman kegawatan ekonomi ni..dah tersempit nanti orang kita baru nak sedar..huhuhuhu

    ReplyDelete
  10. UNCLE: terimakasih kerana doakan :)

    kak SAKURA dan FARHANA : jom main salji di sana :)

    AJEEM: tu sasaran erisya kena ke sana dalam waktu terdekat ni...jgn tunggu anak baligh :) sebetulnya erisya suka kalau dapat menantu jepun...nenek sedara orang sana...sgt taat ngan suami sayang tak de zuriat...tapi anak2 tiri (isteri kedua suami) sangat menyayanginya :) sedara erisya cina ada, india ada, jepun ada ...rojak antarabangsa huhuhu sebab tuh kami terbuka soal jodoh ni...janji seagama :)

    ARRYANI: iya kita sumer tahu...tp tak leh buat apa. misalnya erisya nak jadikan makmal halal testing di universiti chulalongkorn sebagai benchmark...Allah jer yang tahu betapa sulitnya! akhirnya senior tuduh nak tunjuk pandai, tak de kerja ke apasal nak buat benda baru...walhal niat adalah untuk umat Islam! bayangkanlah...erisya beli produk haram yang jelas tertera logo halal! hmm..tak leh nak citer lebih sebab ini masalah birokrasi...tapi bagaimana ngan masalah umat Islam? sekarang mereka nak makmal org bukan Islam lakukan halal testing...siapa dalangnya...sumer org tahu! urrghhhhh! mual nak citer hal politik yang sanggup gadai agama!

    @CU...jelesnyeeeeeeer!

    NAHMY, terimakasih kerana sudi singgah...sekarang ujan emas di negara mereka pula...

    FAHANA: erisya memang kaki jalan...suami pun tak kisah erisya jalan2 ngan kengkawan...tapi pompuan je lah huhuhu yang best nyer..semua kengkawan erisya dapat suami jenis tak kisah isteri jalan2 ngan kengkawan...mereka jaga anak....alah sesekali beri cuti kat isteri...we need a break too! alahhh kita pun kasi mereka lesen untuk bersama kengkawan2 gak :) jangan balik ada kesan lipstik dah lah yerrr huhuhu

    ReplyDelete
  11. hehehehe..betul betul betul..kuang kuang kuang..lawaklah

    ReplyDelete
  12. Ayak..
    Japan lagi..
    aduh..
    jeles nie..

    ReplyDelete
  13. LOL...insyaAllah...kalau eriysa jumpa pakej yang ok.erisya bgtahu ya ....tingin gak nak ke sana lagi....tapi nak ke korea dulu! :)

    ReplyDelete
  14. Ok kak..
    Jom bleggers kita p Japan and Korea..
    huhu..

    ReplyDelete
  15. LOL, ajak uncle mountdweller daki gunung fuji lak :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah