Ribuan terima kasih sir nik di atas pemberian lencana sahabat ini. Sesuatu yang tidak terduga. Tak sangka boleh mendapat ramai kenalan melalui blogging ni. Asalnya erisya cuma mengenali kak sakura dan PK @ popadam jer....tapi sekarang dah bertambah ramai dalam senarai! Dari pelbagai bidang dan cabang. Terima kasih semua! Banyak yang erisya belajar bila membaca blog2 kalian :)
Lencana ini juga erisya anugerahkan kepada sesiapa yang menganggap erisya ini sebagai SAHABAT. Erisya serahkan PILIHAN ini kepada semua kengkawan yang melawat blog erisya ini....adakah erisya salah seorang sahabat? Jika ya, paparkanlah lencana ni di blog anda :)
Terima kasih
Persahabatan mengingatkan satu lagi drama korea...iaitu Love Letters. Entah kenapa, erisya suka nonton kisah percintaan yang berasal dari persahabatan. Dan persahabatan diteruskan meskipun tiada lagi rasa cinta (...biasanya tali persahabatan terbakar oleh bara cinta).
Love Letters bermula dengan kisah anak yatim yang didera oleh ibu sedaranya...sejak ayah dan ibu meninggal dunia dalam kemalangan. Out of blue bapa sedara sebelah ibunya yang juga seorang padri datang menyelamatkannya....sejak itu tertanam hasrat untuk menjadi seorang padri. Bila dewasa...ternyata ibu kandungnya masih hidup! Ikut budaya sana (juga Jepun)...nasab amat penting. Bila si ibu berkahwin lagi, maka putuslah hubungan dengan anak bersama suami pertama....yang harus dijaga oleh keluarga suami pertama.
Konflik jiwa berlaku dugaan bertimpa2 menguji kesucian hatinya untuk menjadi padri. Tegakah melihat kekasih hati berkahwin dengan kawan baik? Bolehkah memaafkan ibu kandung yang meninggalkannya berkali2 di saat memerlukan? Lebih menjaga anak tiri dan suami baru? Mampukah memaafkan pembunuh ayah kandungnya....yang juga sahabat baik ayah? Untuk menjadi padri...hatinya harus ikhlas memaafkan! [Bukan mudah menjadi insan kamil....hatta anak solehah sekalipun. Kemaafan bukan datang dari fikiran rasional semata-mata...ianya datang dari hati nurani....hanya dari situlah hadirnya keikhlasan. Dan sudah semestinya hanya hati yang dipenuhi nur iman sahaja yang boleh berbuat demikian. Mudah untuk menuturkan kemaafan....tapi hanya Allah yang tahu apa yang tersemat di dalam hati. Lebih mudah memafkan musuh yang menzalimi tapi lebih lebih sukar memaafkan insan yang seharusnya menjadi tunggak harapan. Benarlah kata orang, adakalanya anak yatim lebih bertuah....apa yang dialami mereka adalah kecil berbanding balasan kepada anak durhaka...]
Erisya suka lihat suasana rumah anak yatim di church dalam drama tuh. Juga suka melihat hero yang tampan dalam jubah hitamnya....hmmm tingat lak kat seorang brother mata biru yang mengajar bahasa inggeris dalam kelas dulu...hensem! Rata-rata sisters dan brothers (ketika tingkatan 6) berasal dari negara eropah. Kebanyakannya dari Peranchis. Seronok berbual dengan mereka...sumer tak mahu pulang ke negara asal lagi. Bila nonton drama Love Letters tuh, barulah erisya sedar betapa sukarnya nak menjadi seorang padri. Banyak pengorbanan harus dilakukan. Si hero hampir buang cita2nya untuk mengahwini gadis yang paling dicintai...namun akhirnya dia akur...cinta sejati telah menemukannya dengan cinta abadi! Di akhir cerita mereka masih bersama tapi dalam perhubungan yang lebih suci dari percintaan iaitu....PERSAHABATAN!
Ketika air mata hero menitis semasa upacara perasmian menjadi padri....erisya teringat air mata yang sama ketika pertama kali bersolat jemaah...air mata gembira yang penuh syahdu. Akhirnya erisya temui diri sendiri yang telah lama hilang...
p/s: nagai aida song is specially dedicated to Dr Y...moga masih memahami nihon go ;) atau lagu di atas tuh lebih sesuai huhuhu
salam....saya sangat2 menghargainya..
ReplyDeletegreetings from Poland
ReplyDeletesalam...terima kasih banyak2 kerana selalu menjengah blog saya..
ReplyDeletesalam... silalah ambik award dlm blog saya.. awak kena TAG
ReplyDeletesir nik....thanks...hahhhh??? kena tag lagi? ok..nanti malam saya pi tengok :)
ReplyDeleteErisya akak mesti ambil award ini... tq erisya kerana sudi menjadi sahabat.
ReplyDeleteBest Friend..
ReplyDeleteSalam d pagi yg ceria..
erisya, akak amek yer.. arigato, arigato my best friend.. hehehe..
ReplyDeleteSalam Erisya...sedap lagu blog ni...walaupun tak faham..hehehe.. Nanti saya ambik reben putih tu ye..tanda kita bersahabat..
ReplyDeleteErisya bukan saja sahabat bagi uncle, bahkan sebagai anak walau pun di alam cyber.
ReplyDeletearigatou to all my best friends!
ReplyDeleteTirana suka lagu yang mana satu? nanti eisya masukkan lirik bah inggerisnya! masa kat sana kami kami belajar lagu ni dalam kelas bah jepun huhuhu
terima kasih uncle kerana menganggp erisya lebih dari seorang sahabat...anak cyber :)
Eh,eh akak Erisya. Popadam tu orang lainlah, bukanya PK, hehe...
ReplyDelete"Asalnya erisya cuma mengenali kak sakura dan PK ". Amvooi , feymes gak ye PK ni ye ( poodah perasan le tu ).
Apa pun teh rendek baik punya, glas besar tau. Tak payah jauh2 sampai Putrajaya - kat Jln Sultan dan sekitarnya kan banyak...huhu.
Anyway sweet vanakam aka erisya.
yanadeiii sudah tukar ka? hmmm...rasanya dah 5 tahun kita kenal melalui cyber kan? tapi tak pernah bersua muka huhuhu
ReplyDeleteVanakam PK, kan nak order rendek..kalau kat PJ akak sorang lagi tak leh join lak! oooo nak jemput boss PK join ka? Dah lama tak jumpa dia , masih maintain hensem lagi ka huhuhu tingat dulu...erisya main2 kata rambutnya dah menyusut..kelam-kabut beli satu set perawatan rambut huhuhu betul2 jaga penampilan! tapi baguslah sikap camtuh kan....bukan pompuan jer kena maintain...lelaki pun kena jaga juga :)