(the price less than USD3)
Sengaja kami tidur di seberang prai semasa ada tugas rasmi di alor setar. Nak pekena mi udang kegemaran. Pernah masa mula kawin dulu, erisya merajuk. Suami janji nak bawa erisya pi makan luar. Tapi tunggu punya tunggu suami tak pulang...nak telefon, takut ganggu lak; maklum, mungkin boss suruh buat kerja tambahan. Lagipun, suami pernah citer tentang kawannya yang jadi bahan ketawa kerana isteri asyik telefon jer...macam buat spot check lak. Demi menjaga nama suami...erisya malas nak call. Masak je lah apa yang ada untuk isi perut..kan bodoh kalau tunggu dengan perut kelaparan!
Lepas maghrib baru erisya call....rupanya suami ke seberang bersama kengkawan pi pekena mi udang! Masa tu hati mula berdetik...amboiiii sebelum kawin bla..bla..bla..tapi dah kawin bla..bla...!
Jam 9.30 malam baru suami pulang...dengan hepinya dia bercerita pi ngan kengkawan makan mi udang! urggghhhh rupanya suami terlupa janji!! Erisya pun dengan lirihnya komplenlah...dah lah lupa janji ....lepas makan tak ingat lak nak tapau.... dengan hepi suami terus berciter betapa sedapnya mi udang di kedai tuh! Erisya pun mogoklah malam tuh....lenguh2 kaki? picitlah sendiri! malas nak tolong! Erisya memang tak suka orang yang mungkir janji...dah tuh tak tahu nak minta maaf!
Eh...tapi kenalan erisya lagi kesian. Masa mula2 kawin si suami tapau sebungkus jer makanan....dah tu makan depan isteri tak ajak makan sama! Kotlah nak suap ke ...ngap ngap dia makan sesorang....urggghhh! tu lagi hampeh!
Sejak kes merajuk tuh, suami selalu bawa erisya makan kat situ. Kedai tuh terletak di Teluk Air Tawar. Erisya suka mi udang di situ sebab udangnya segar dari laut! Bukan udang bela macam kat tesco tuh! Kuahnya juga tak rasa sos tomato macam di kedai lain...memang istimewa!
Lepas makan, tetiba suami menghulur sebuah kotak....aikkk? oooo rupanya hadiah hari lahir ! Tak tahu nak citer betapa gembiranya hati dapat hadiah misteri dari suami :) . tak kiralah berapa harga..kalau suami yang beli dengan titik peluhnya yang halal....memang istimewa! Teringat kat sorang rakan sekerja tuh..dia mengadu isteri tak hargai hadiahnya yang mahal....kemudian erisya tanyalah..." ko hadiahkan apa masa anniversary ?" Dia jawab, " microwave oven".....Hahhhhh???? besdei lak? Dia jawab, " vacuum cleaner" ....Laaa.....patutlah isteri tak hepi....walau mahal tapi tiada nilai sentimental! Alasan rakan sekerja...lebih praktikal hadiahkan alatan dapur....boleh guna sama2 ! Adussss...
birthday present from hubby
Dulu masa besdei suami ...erisya pernah beli buku secara online ...iaitu buku fotografi (maklum, takut suami tahu). Kemudian lepas bungkus cantik2 erisya sorok kat celah timbunan surat khabar lama kat almari kasut. Cadangnya bila tiba besdei barulah nak beri....surprise! Tapi balik kerja petang tuh...tak pasal2 suami dok pusing2 kat almari kasut tuh..selama ini tak kisah pun keujudan almari tuh! Kemudian erisya tanya...naper dok pusing2 kat situ jer? cari apa?
Lalu suami jawab, " entahlah...tak tahu kenapa tapi rasa macam ada sesuatu jer kat sini!" akhirnya..suami jumpa hadiah tuh ....sehari lebih awal dari tarikh besdeinya!
erisya: Fill my life...feel my love
Wow , sedap baca coleteh akak erisya macam ruangan "as I see it" dlm NST suatu masa dulu. Memang makan kat ayak tawak tu sedap -udang bakak dgn kuahnya yg spesial.
ReplyDeleteWow ,ada brani komen di sini ye tapi blog akak yang satu lagi yaaaa ampunnnnnn - saudagar batu permata/intan berlian aje brani komen ,hehehe...
huhu.. macam sama jer kita ni.. suami akak kalau dapat makan yang sedap2, kena mintak, kalau tak, dia makan sorang2 jer..
ReplyDeleteromantik la kata2 yang tertulis kat luar kotak pen tu..
Happy Belated Birthday buat erisya
ReplyDeleteRomanticnyer dier..
ReplyDeleteBle plak sembunyikan hadiah kat timbunan newspaper.. kan dah jumpa..
huhu..
cayalah kak dapat suami romantic..
bestnyer..
popadom..awatnya? tak berani nak komen kat blog akak satu lagi tuh? que sera sera hahaha
ReplyDeletekak nurdaniella...dulu masa mula kawin memang pendam rasa..pi mana pun tak pernah ingat nak beli apa...untuk anak jer..tapi sekarang dah berubah...alhamdulillah sejak doa yg tak putus...semakin menghargai isteri :)....mungkin serik sebab hampir kehilangan ;)
besday erisya? happy birthday ek.... moga terus sukses!
ReplyDeletemaksu tak pernah dapat hadiah besday selama berkahwin ni :(, wealls tah hapa-hapa.
maksu...hadiah yang paling berharga adalah KESETIAAN ...yang lain2 tu adalah bonus..bukan apa...bila merajuk biarlah hadiah tu yang memujuk ;)
ReplyDeletekak sakura..3Q
ReplyDeleteLOL...memang best..tapi dah bertahun kawin baru pandai nak romantik..biasalah...lelaki melayu kan tak romantik huhuhu . syukur makin lama kawin makin mesra gitu!
Ooo Lelaki melayu lambat romantik ek? he he he
ReplyDeleteooops! nanti ada yang marah ! tak leh jawab lebih2!
ReplyDeletesweet memories ler..
ReplyDeletex sabar nak kawen gak..
oho~
ajaa...kawen lerrrr ;)
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteAlahai kita baru beli udang galah sepit biru 2 kilo he he he he nak lawan Erisya punya udang hmmmmm
waalaikumsalam pakkaramu....wahhh mana boleh lawan udang galah...mahal oooooo
ReplyDeletePOPADAM...dah baca n3 terbaru...amboiiiii dalam sungguh makna yang tersirat....malang tak dok kotak komen!chatbox pun dah hilang...yanadeiiii
ReplyDeleteSelamat Menyambut Hari Lahir dan Tahniah kerana dapat hadiah.
ReplyDeleteUdang, uncle pun suka udang tetapi udang yang ada di pasaran sekarang tidak sama dengan udang galah yang uncle makan masa budak-budak dulu.
Udang galah yang diserampang pada waktu malam di sungai ulu terengganu oleh arwah Bapak Sedara cukup besar dan manis. Sebesar tabung uji tu biasa malah ada yang sebesar lengan budak.
Uncle rasa Pak Karamu biasa dengan udang sebegitu. Tapi sekarang tak payah mimpilah nak dapat.
TQ akak erisya. Amende mendalamnya. Popadom masih seorang kawan kepada sesiapa juga,hehehe. Kotak jerit/shoutbox sengaja ditiadakan kerana saya tiada masa nak monitor, hehehe...
ReplyDeleteApapun betullah yang dituturkan oleh LabuLabi berkenaan Haji Bakhil tersebut,
Labu Labi walaupun cuma produk sekolah cap ayam masih dapat membezakan di antara anak Haji Bakhil , isteri-isteri Haji Bakhil dan janda-janda Haji Bakhil , he…he…he…Kalau anak dara Haji Bakhil bolehlah “wink”. Kalau janda Haji Bakhil bolehlah nak cuba nasib. Kalau bini Haji Bakhil ,hehehe” jangan cari fasal nak berkawan- yaaaa ampuunnnnnn”.
Uncle,
ReplyDeletesebetulnya erisya TAK pernah lagi makan udang galah! Maklum, makan hidupan laut ajer :) dengar citer kat sabah murah tapi masa ke sana dulu, kawan tak sempat nak masak :)
Popadam,
kalau kawan2 biasa jer...tak salah nak kawan ngan bini haji bakhil sekalipun....tapi nak wink!wink! tentulah tak boleh...haji bakhil sayang bini oiiiii kalau janda haji bakhil lak...kenalah upgrade kewangan, maklum...haji bakhil tuh saudagar berlian ..tentulah jandanya nak pengganti saudagar minyak lak...koman2 saudagar balak huhuhu...eh! ni pendapat erisya lah..tak tahulah apa pendapat orang di sebelah sana lak huhuhu
Well looks like.
ReplyDeleteI do not like.
My sons very like.
Greetings from Poland.
We snow and -2
Best birthday wishes
ReplyDeleteWow, saya baca sambil ketawa. Agaknya akak erisya pun menaip sambil tersenyum lebar. Saya nampak jenaka disebaliknya,hehehe...Makasih.
ReplyDeleteEh, saudagar unta / saudagar burung tak layak ke ? Kah...kah...
wah~
ReplyDeleteromantis nya. uhu~
tapi mintak jauh dengan suami yang suka makan sorang sorang. uhu
wauuu...hebat betul artikel nii..kalau erisya tulis novel kisah cinta mesti laku.sayalah orang pertama yang beli..nasib baik duduk sorang kat bilik (sem ni rumate takde..huhuu)..bleh gelak puas2..bukan nak 'underestimate' tapi hepi dan lucu...alangkah bahagia hidup erisya ni..merajuk la plak..kehkehkeh...
ReplyDeletetension ke kalau isteri asyik kol suami..mungkin kot..tapi kalau dah terlalu sayang bleh jg tu...huhu...tulis la banyak artikel cinta....hehe
Donata: TQ
ReplyDeletePopadam: errrrr saudagar unta bukannya tak layak....tapi sikit kureng lah!huhuhu wahhhh demand lah pulak!
Farhana: haaaa kena doa dari sekarang sebab kita tak tahu bila dikabulkan-Nya!
Ajeem: biasalah tuh...baru kawin..masing2 tak kenal lagi!erisya paling suka bila suami sms kat ofis ...kata rindu dan tak sabar tunggu erisya pulang....tapi sekali sehari cukuplah...kalau berkali2...rimas gak! Tu lah...kawin cepat..nanti baru tau suka ke tidak isteri call masa lepak2 ngan kengkawan ;)
Amaaa akak erisya. Aik ! Demand/supply/economist - fuiyoo. saudagar unda bukan saja kureng malahan " Taniiik eeileeek , kasi eeilekkkk" . Nandri akak erisya. Sweet Vanakam + Happy Birthway- wish u good luck.
ReplyDeleteteh tarik rendek !
popadam..
ReplyDeleteteh tarik rendek? wokeiiii! tapi errr kena cari kedai mamak kat putrajaya huhuhuhu
Hola hada bella! Feliz fin de semana.
ReplyDeleteBesos
Hello it foretells beautiful! Happy weekend.
Kisses
hola! gracias amiga...happy weekend too ...hugs n kisess
ReplyDeletehello!
ReplyDeletewhere do you from? I can´t understand anything!
kisses!
welcome to my blog :)
Erisya kat mana skrang?perak?
ReplyDeletekuangkuangkuang...kelakar lah cerita org dah kawin..macam2 hal ..tapi hepi jek..hehehe..boleh blajar dari kak erisya nih..huhuhu.selamat hari lahir walaupun dah lewat dan semoga terus bahagia dan kekal hingga ke alam syurga dan diredhai semuanya..amin..
ReplyDeleteAjeem, erisya sekarang kat selangor :)
ReplyDeleteFahana ...tu lah...memang best kawin ni tapi sebelum uh kena lah lulus segala ujian..maklum dulu roommate pompuan...so bila roommate bertukar jantina ni banyak benda kena adjust!
Selangor???
ReplyDeleteHappy Belated Birthday Kak..
Salam Penuh Kemesraan..
Hearts Of Love,
-LotsOfLove-
Akak...HEPI B'LATED BUFDAY!!!
ReplyDeletemuuaaahhhhs...cium ckit kt pp akak..hehehehe >:D<
best nye dpt adiah..
my bufday coming soon...
kita lahir di bulan yg sama..hehehe
Bestnye..Hepi birthday...saya suka tengok org hepi...
ReplyDeleteHmm..minggu ni cik erisya busy sangat ek..atau tiada mood nak update blog?masukkan lagi kisah cinta ek..laku bangat lorr...
ReplyDeleteSalam, bestnya sembang, maaf ya ganggu...
ReplyDeleteSalam erisya,
ReplyDeleteMaafkan uncle lambat jawab bab 'ayat' tu. Tetang ayat yang ada menyebut 'roh' tu ok sebab bermakna 'Yang empunya roh' (Allah) tetapi perkataan selepas itu sedikit musykil sebab kalau dibaca sebagaimana erisya tulis tu tidak ada 'makna'- (bukan perkataan Arab) atau mungkin juga erisya tersalah tulis atau eja.
Hello Erisya Nor, Many happy returns of the day. Happy birthday.
ReplyDeleteI love that prawn noodles. Looks really delicious.
And those are beautiful pens.
They are real classic looking too.
Very thoughtful hubby and he has very good taste too.
Once again, happy birthday Erisya Nor. Best regards, Lee.
Terima kasih LOL, acusayang dan arryani atas ucapan tuh,,:)urggghhhh semakin tua ;)
ReplyDeleteAjeem...ada 5 kisah cinta nak dengar yang mana satu? huhuhu
rahsiadah...terima kasih sudi singgah...tak mengganggu aiiihhhhh datang lagi ya :) sembang-sembang lagi
uncle...terima kasih. ayat tuh erisya tak salah tulis sebab lepas salin ustaz tu yang check :( dua malam lepas berlaku lagi lah...tapi hari ni, 'mereka' dah pergi dah...erisya dah ok semula :)
Thanks Lee...tentulah suami ada 'good taste' thats why he chose me ;) huhuhuhu enjoy your weekend!