Tuesday, January 6, 2009

BUTA

Masih bersidai di PP. Tugas rasmi di Alor Setar telah selesai...for good! Dah banyak kali tertangguh akhirnya selesai gak! Erisya suka cara YA tuh...maklum, bekas polis , jadi kerja lebih pantas taklah seperti YA bekas peguam huhuhu.

Masa lunch break semalam, sempat gak erisya ziarah cawangan alor setar. Adusssss rindunya kat rakan2 sekerja di situ....rata2 pernah bekerja bawah seliaan erisya dulu. Hepi sangat bila mereka semua duduk bersama berbual mesra. Tapi ada seseorang tuh macam resah bila erisya bertanyakan tentang anaknya. Malah dia terlupa usia anak sendiri! Bila erisya sentuh tentang familinya,....macam nak lari jer...keluar jap...kemudian masuk semula berbual ngan kami. Mulanya erisya tak perasan ...rupanya dia keluar bila bab keluarga dibangkitkan!

Sebetulnya...si dia tuh adalah salah seorang staf yang erisya sayang. Semasa menjadi ketuanya dulu, erisya banyak 'polish' dirinya....syukur tiada lagi masalah disiplin. Erisya agak rapat dengannya...segala ,masalah peribadi dia kongsi bersama. Tapi semalam, air mukanya keruh . Walau senyum dan ketawa bersama...tapi ada sesuatu yang bermain di fikirannya.

Akhirnya kemusykilan pecah. Rupanya, si dia telah berpisah dengan isteri dan anak! Erisya terkejut kerana si dia yang erisya kenal dulu amat penyayang dengan anak isteri. Mohon bertukar ke sana...demi untuk bersama mereka! Hmm..sebagai bekas ketua, erisya tak berhak bertanya lagi. Itu hak peribadinya. Pasti ada sesuatu yang membuatkannya membuat pilihan itu. Tiada siapa berkahwin hanya untuk bercerai!

Namun, kisah seterusnya benar2 buat erisya sedih. Rupanya cinta pejabat juga buat si dia lupa tanggungjawabnya sebagai penjawat awam. Benarkah cinta boleh buat kita BUTA? Berbaloikah cinta pejabat membuatkannya hilang segala......anak/isteri juga karier ?

p/s: Teringat dulu, erisya juga pernah begitu. Cinta buatkan erisya sanggup tinggalkan keluarga. Nekad mahu tinggalkan negara untuk bersamanya. Itulah bukti cinta sejati. Tapi...satu jer erisya tak sanggup tinggalkan. Akidah! Iya, kami boleh tinggal di negaranya yang menghalalkan pernikahan dua agama berbeza. Mudah! Namun iman setitik di dada erisya melebihi cinta erisya padanya...ternyata cinta erisya tak sedalam mana rupanya...atau erisya masih belum buta...

26 comments:

  1. Erisya adakah itu di namakan CINTA ITU BUTA?

    ReplyDelete
  2. Salam erisya.

    Dua patah dari uncle, Cinta buta kepada yang buta iman. Cinta hakiki hanyalah kepada Allah.

    ReplyDelete
  3. Kisah cinta.kahwin dan bercerai : Satu lagi topik yang saya rasanya tidak adil untuk bagi komen. Mungkin disebab saya diantara orang2 yang...buta.

    kahwin kat luar negara ( semasa pengajian )
    kahwin tak ada makayah.
    kahwin tak ada kompang.....
    kahwin tak ada sanding2

    sebab cinta itu BUTA...akhirnya memang terbukti cinta itu BUTA..macam kata puan. Akidah masih menjadi landasan.

    ReplyDelete
  4. asam garam kehidupan mematangkan seseorang :)

    ReplyDelete
  5. Salam

    Sebenarnya bukan cinta itu buta tapi akidah yang buta, ala mak masib baik saya tak jatuh cinta kat bunian tu, sila lihat ruang Pak Karamu

    ReplyDelete
  6. hahaha...acu pun penah di ajak berhijrah ke luar negara utk m'blh kn kami yg berbeza agama nie berkahwin di sana...tp Alhamdulillah even dia kaya pun,masih belum mampu m'bawa acu ke sana...

    ReplyDelete
  7. kak sakura...sukar nak kata....perasaan cinta datang tanpa diundang. Tetiba ajer dia hadir ...cuma perlu tapisan iman...takut2 ianya hanya bersandarkan nafsu jer :)

    Donata, thanks for dropping by :)

    Uncle...cinta abadi :)

    tuan J...hmm..bagi erisya rata2 pelajar berkawin di luar negara untuk menjaga iman. Ramai teman2 berkahwin di sana kerana inginkan pembelaan lelaki bernama suami...maklum, banyak fitnah di sana. eriysa pun tak berhak komen lebih2 sebab cuma pelajar tempatan jer :)

    maksu, betul tuh...yang penting kita belajar dari kesilapan lalu

    Pak Karamu...wahhhh erisya cuma berbeza agama tapi pak berlainan spesies! godaan yang dahsyat...maklum pu3 bunian kan cantik jelita?

    Acu...mungkin juga bukan jodoh kan? jika difikir segi logik wanita mana menolak lamaran lelaki yang dicintai..tak gitu?

    ReplyDelete
  8. Salam anakanda erisya,

    Pak Karamu lebih bertuah kerana boleh lihat berkomunikasi dan ummm... mungkin siap jatuh cinta lagi! Jangan marah Pak, gurau jer...

    Bagi uncle pula, uncle tahu si dia selalu mengikut uncle tidak kira di mana uncle trekking ke panjat bukit ke. Tapi hanya sekadar ditemani secara ghaib dan menolong di kala ada masalah ketika di hutan. Tidak pernah menjelma atau bercakap.

    ReplyDelete
  9. Erisya sudah baca pengalaman shuhud ?
    dalam blog saya umarak Dagang pada siri pertama ?

    ReplyDelete
  10. hmm..pedih jugak bab agama dan cinta nii...perlu masa dan kajian...apa pun pegangan itu lebih penting..ada orang kata 'love is only a feeling'..macam lagu the darkness tuu..memang betul pun..hehe

    ReplyDelete
  11. waaikumsalam uncle...pernah ada orang tanya erisya...jk tak bela..sekadar kawan tak pe ? mungkin sama mcm kes uncle kot...sekadar kawan. eriysa beritahu, jika tanpa syarat oklah nak kawan...tapi jika bersyarat, baiklah kawan ngan manusia jer :)

    Pak...blom baca lagi siri pertama kuliah Pak. nanti erisya baca :)

    Ajeem...memang pedih jika jatuh cinta berbeza agama. Bagi erisya, jika betul yakin agama baru tu benar...its ok untuk convert..tapi jgnlah kerana nak kawin jer...walau erisya ni born muslim tapi pegangan agama tak kuat. bila usia 17 baru erisya benar2 memilih untuk menjadi muslim....setelah baca buku " kenapa saya beragama Islam", belajar agama dengan serius dan pakai tudung. kengkawan baik ramai yang protest pakai tudung sebab mereka kata tak comel hahaha erisya tak marah....mereka tak tahu org Islam kena pakai tudung...bukan sebab nak melawa :) si dia tuh tahu erisya muslim masa kami mula kenal. malah hadiahkan tudung kat erisya ..dia hormati pegangan agama erisya ...cuma dia keciwa malaysian muslim konservatif tak mcm indonesian yang lebih terbuka bab kawin ni :)

    ReplyDelete
  12. ehhh uncle nak tambah sikit....si dia yang temani uncle tu putri bunian atau putra?

    ReplyDelete
  13. salam... cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya walau malam menjelama, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi ia akan kembali jua kecerahannya..

    cinta adalah santapan jiwa. jiwa tanpa cinta bagi rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagi layang2 putus tali.. Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari.. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

    ReplyDelete
  14. kalau kita tak lupa pada agama,cinta tu tak kan jadi buta..

    ReplyDelete
  15. Cinta itu buta bila perasaan menguasai akal dan fikiran.

    Jadi...kepada mereka yg bercinta tu...tolonglah cuba untuk bezakan yg mana satu patut diberi keutamaan.....

    ReplyDelete
  16. sir nik...wahhh analogi yang menarik!betul..cinta terus menyinari tanpa sebab dan syarat!

    farhana dan arryani....teringat kata seorang teman baik..."bila jatuh cinta kita jadi seperti kanak2...dan sering buat perkara yang bodoh "

    ReplyDelete
  17. wauu..panjang gak ulasan cik erisya nii..hekhek...suami erisya non-muslim ke dulu?sy tak tau banyak la pasal family erisya..hehe..

    ReplyDelete
  18. cinta itu tak buta tapi mereka yang bercinta itu yang membutakannya..

    ReplyDelete
  19. Setuju ngn kak Nurdaniella..

    banyaknyer kandungan tersirat dlm entri nie..

    adik tak faham ar kak..
    huhu.. cian tak?

    ReplyDelete
  20. ajeem....

    suami erisya born muslim..maklum orang melayu :) erisya pun tak sangka dapat jodoh orang melayu huhuhu

    kak nurdaniella...huh! betul gak tuh!

    ReplyDelete
  21. LOL...adik tak faham? cian ...hanya orang yang baca blog ni dari awal jer faham huhuhu....tapi n3 pasal tuh dah didelete sebab dah basi huhuhu

    ReplyDelete
  22. adeish..
    xper..
    ada masa dik akan baca dr awal..
    aku pena bc entry seorang Blogger..
    OneBreastBouncing.. Entry 4 tahun yang lepas..
    aku rasa aku habiskan masa aku dgn duk membaca jer..
    saat baca entry2 dier, pelbagai rasa menguasai diri..
    RadenGaloh.. aku rasa ramai yg kenal..

    ReplyDelete
  23. rajinnya adik baca n3 dari mula...agar lebih memahami kot...:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah