Thursday, January 1, 2009

ANAK SEDARA


Dua anak dara tuh anak sedara erisya. Gambar kenangan di majlis pertunangan si kakak. Hmm...terasa usia semakin tua...makin bertambahlah cucu sedara! Tak silap kiraan, dah lima orang cucu sedara...seorang lagi on the way...baru 7 bulan dalam kandungan ibunya. Masa mula2 kawin dulu, rasa lain macam jer bila mereka memanggil erisya "toksu" ...tapi sekarang rasa seronok lak...muda2 dah ada cucu :)
Cucu sedara paling tua berusia 16 tahun....hmm.. dah boleh nikah dah! Teringat zaman dolu2...opah dah menikah di usia 13 tahun! Fuh! nasib baik...kalau tak, pasti awal2 dah menimang cicit sedara!
Teringat masa opah masih ada dulu, erisya dan sepupu pompuan jadi gadis pingitan. Banyak sangat pantang larang. Dok lepak atas tangga pun tak boleh! Hmm...kekadang tuh kami protest gak..macamlah ada orang nak ngorat! Tapi kami faham...pengalaman pahit opah dinikahkan ketika sunti membuatkan opah begitu mengongkong kami. Gelaran gadis tercantik di kampungnya tidak menjamin kebahagiaan kepada opah. Sebab tulah di usia remaja lagi, erisya udah memahami bahawa adakalanya kecantikan juga boleh menjadi suatu sumpahan...sukar nak membezakan cinta sejati lelaki...jika kecantikan jadi pilihan maka, cintapun bertukar bila kecantikan semakin pudar!

18 comments:

  1. Erisya,

    ayat terakhir tu saya setuju sangat.tidak hairanlah ramai perempuan pelacur macam bidadari.orang bilang la..tak tengok lagi...kadang-kadang ada adat kampung yang memang terbukti secara saintifik namun tidak disedari maklumlah diwarisi turun-temurun...jadi,terimalah jika logik juga...

    p/s: reti juga memprotes ya..hehe

    ReplyDelete
  2. ajeem, erisya jer yang berani membangkang maklum, cucu sulung!nak tengok wayangpun, 3 orang ayah sedara kena escort...siapa boleh tahan...malu kawan nampak! huhuhu ironinya bila ayah sedara kawin dan ada nak pompuan...anak dara mereka seksi dan bebas!

    ReplyDelete
  3. begitulah sayangnya opah pada cucu2nya..

    ReplyDelete
  4. betul tuh sir...opah selalu beritahu, dia tak mahu cucu2nya mewarisi penderitaannya...syukurlah kami semua tak mewarisi kecantikannya...:)

    ReplyDelete
  5. 13 tahun dah nikah? wah. zaman dulu gadis gadis banyak pantang larang bukan?

    ReplyDelete
  6. Ish,ish ish, pandai betul akak erisya berkaraoke. opsss silap,bercerita,sekali baca ada gaya tok selampit. Dua kali baca ada gaya Tekong Boria. Apapun pasti banyak yang mengikuti tulisan akak erisya- Salam Maal Hijrah yaaaa ampuuuuuuuuuun-Vanakam aka "Perempuan dari mata yaa....oreng lalaki saku ada rasa punuh ka...hehehe

    Salam Maal Hijrah
    ...Sekiranya aku masih
    Berada nun jauh di balik awan
    Salam yang bahagia
    Khabar yang gembira ku kirimkan...

    Chit poodah Penggali Kubur
    "TANIK EEILEEEKKKKK , KASI EEEELEEEEK."

    Que Sera, Sera,
    Whatever will be, will be
    The future's not ours, to see
    Que Sera, Sera
    What will be, will be.

    Kalu rasa tatak sesuai ini komen ,sila reject ek ...

    ReplyDelete
  7. in google there is no Malaysian language translation into Polish,
    very nice photo
    hugs from Poland

    ReplyDelete
  8. Puan saya suka ayat yg hujung tu.itu yang dicari itulah yg kita dapat..dan hari ini dan seterusnya saya semakin percaya.kecantikan sosial itu harus diatas....
    sebab saya yakin pada fakta itu.

    ReplyDelete
  9. erisya, rasanya setiap wanita itu ada kecantikan yang tersendiri.. tapi, mujur jugak akak tak secantik siti nurhaliza tu.. kalau tak, tentu payah nak melayan kerenah 'lelaki2' yang mata keranjang, kan.. syukur dengan apa yang ada..

    ReplyDelete
  10. mengata dulang paku serpih,mengata orang dia yang lebih..tulah orang zaman skrang...nampaknya erisya ni dijaga bagai menatang minyak yang penuh..macam puteri pun ada..hehe

    ReplyDelete
  11. Farhana...akak jer yang banyak pantang-alrang...anak2 jiran semua bebas lepas....kawan baik pun selalu gi clubbing..akak lak..tengok wayang pun tak leh! dah kawin ni baru kerap tengok wayang ngan suami :)

    PK, rumba nandri....erisya publish gak komen ni...nalla punya komen huhuhu

    Donata, I'm sorry. hugs from malaysia :)

    tuan J...betul tuh..kecantikan sosial seharusnya di atas....tapi sebagai wanita erisya boleh rasakan perbezaannya jadi wanita yang tak cantik berbanding mereka yang cantik :)

    kak nurdaniella...betul tuh ..fening kepala ! lagipun kita cuma perlukan seorang lelaki jer...

    Ajeem....bukan puteri ..tapi banduan hahaha tapi dah biasa so tak lah rasa apa2...lagipun erisya sekolah convent so pergaulan ngan lelaki amat terhad.

    ReplyDelete
  12. banyak hal jadi perempuan ni..huhuhu..tapi banya keistimewaannya..beruntung dilahirkan sebagai perempuan..adat2 tuh,kekadang saya pun protes gak..kadang saje nak menakutkan kita..terutama menyanyi kat dapur..kat lepak kat tangga sebab tu yang paling suka..hehehe.pastu makan guna penutp bekasla..ape2 lagi lah.
    huhuhu..kena cari lelaki yg betul mencintai diri kerana ALLAH..mudahan saya berjumpa dgn lelaki ni..hehehe

    ReplyDelete
  13. org dulu2 awal-awal dah kahwin ek, depa cepat matang.

    kecantikan adalah sumpahan? ada gaks dengar beberapa org ckp, iya, looks like :(

    sedihnya.. disebabkan cantik, maka jadilah dimana ada gula di situ ada semut.

    malangnya manusia tak sedar, yg patut dinilai adalah iman, bukan cantik, kerana cantik bakal binasa

    ReplyDelete
  14. fahana...memang kelakar ngan pantang-larang nenek moyang...setengah tuh ada benarnya tapi alasan yang diberi tuh yang tak logik huhuhu kena doa dari sekarang..insyaAllah jika suami nikahi kita kerana Allah..dia takkan sia2 kan kita kelak..kerana dia tahu memegang amanah Allah

    maksu, betoi tuh!tapi biasalah...orang lebih suka menilai apa yang nampak di mata kasar :)

    ReplyDelete
  15. Hi Erisya Nor, the ladies are beautiful. Love the things behind them. Looks nice.
    Presents ke?
    Have a great weekend, best regards, Lee.

    ReplyDelete
  16. Lee, iya present dari bakal suaminya :)

    ReplyDelete
  17. cantik nye anak sedara akak mcm mak sedara nye gak ;-)

    ReplyDelete
  18. @CU....iya ke ni...ehem! nak resipi baru yeeee ;)
    itu anak sedara belah suami :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah