Baru jer abis nonton drama siri Autumn Shower. Kisah dua orang wanita yang bersahabat baik jatuh cinta pada lelaki yang sama. Kisah seorang lelaki yang jatuh cinta pada dua wanita yang bersahabat baik. Juga kisah seorang lagi lelaki yang menyintai sahabat baiknya namun tidak berbalas. Berbelit2 kan? kisah cinta 4 penjuru.
Cerita berkisar tentang pilihan yang mereka ambil dalam menangani permasalahan cinta mereka. Bermula dengan kisah sepasang pengantin baru yang sedang berbulan madu. Membahagiakan. Namun takdir menentukan dalam perjalanan pulang....mereka kemalangan; Guien ,si isteri pengsan. Suatu hari Guien terjaga...sempat berpesan kepada suami (Runzai) agar menantinya kerana dia nak pergi ke suatu tempat dulu. Runzai pun berjanji kanmenantinya.Tanpa diduga, itulah kata akhirnya sebelum koma!
Runzai menjaga isteri yang telah vege tanpa hiraukan saranan ibunya agar bercerai dan cari pengganti. Tapi....sebagai insan ...sebagai lelaki dia juga kepenatan! Kebetulan pula dia baru tahu bahawa sebelum kawin dulu, teman baik isterinya pernah menaruh hati padanya sebelum kawin dulu. Namun, demi persahabatan gadis itu mengundur diri. Pucuk dicita ulam mendatang....kini perhatiannya tertumpu pada Yanrui untuk memberi kekuatan kepadanya. Yanrui masih menyinta tapi tak sanggup mengkhianati sahabat baik. Akhirnya dia MEMILIH untuk ke luar negara sambung pengajian ..meninggalkan sahabat baik dan suami yang menaruh harapan padanya. Juga meninggalkan teman baiknya yang telah jatuh cinta padanya sejak kecil.
Selepas dua tahun, dia kembali dan menemui sahabat baiknya. Ternyata, perasaan cintanya masih dalam terhadap Runzai. Demi mengelakkan diri, Yanrui MEMILIH untuk menerima lamaran teman baiknya yang telah menjaga ibunya semasa belajar dulu. Tapi, perasaan tak bisa diduga. Dia gagal menyintai tunangannya....hatinya telah terisi dengan cinta Runzai. Akhirnya Yanrui dan Runzai MEMILIH untuk melarikan diri dari segala-galanya...memeterai cinta mereka. Tinggal keluarga, buang karier...demi cinta mereka berdua.
Sedang asyik dibuai alam cinta, tanpa diduga....Guien sedar dari koma! Sebaik sahaja mendengar berita itu....Runzai berkejar ke sisi isterinya...meninggalkan Yanrui seorang diri. (urrrggghhh dasar!) .Setelah pulih sepenuhnya....Guien mencari sahabat baiknya.....hancur hatinya melihat Yanrui masih sendiri....dan sedang menghamili anak luar nikah! Guien mendesak Yanrui menuntut agar lelaki itu bertanggunggungjawab...tanpa disedari lelaki itu adalah suaminya sendiri!
Apa kesudahannya? Tontonlah sendiri huhuhuhu. Tak best lah beritahu ending awal2 !
Perkara yang erisya rasa menarik dalam drama ini ialah tentang sikap ibu Runzai. Sebagai ibu, dia melanggar adat dengan menyuruh anaknya menceraikan isterinya. Si anak enggan...bergaduh besar ngan ibunya. Tup tup larikan diri ngan kekasih!(ayat kekasih lebih power!) Bila anaknya melarikan diri....dia terpaksa merestuinya kerana ingin anaknya mencari bahagia sendiri. Dia sanggup menjaga menantunya yang vege bagi menebus dosa anaknya yang lari tanggungjawab sebagai suami. Biar perit...dia harunginya demi anak!

p/s: tak sanggup bermadu ngan sahabat sendiri...tapi errrr kalau ngan wanita yg erisya tak kenal tak pe kot ! hehehehe jangan mare!
Erisya,
ReplyDeleteApa nak digaduhkan, jodoh, rezeki, mati dan tanah kubur telah Allah tentukan semasa dijadikan roh kita lagi, semasa belum berjasad pun lagi.
Jadi apa yang ada dan berlaku hari ini adalah sesuatu yang telah pun ditentukanNya.
Hmm..lepas ni nak tengok movie nii..ada berpuluh lagi movie baru tapi tak tengok...masa kurang mengizinkan..lagi pun saya ni bukannya jenis yang suka movie romance..bila erisya dah ulas terpaut plak hati nii..haha..ada bakat ler tuu...
ReplyDeletep/s: lepas ni boleh buka panggung wayang selain restoran..hehee
Uncle betul tuh...ustaz kata semua insan yang kita temui telah kita jumpa dulu di alam roh :)
ReplyDeleteAjeem, sure terlena (20 episod! ) hahaha suami erisya pun tak sanggup temankan erisya menontonnya...dia kata boring! tapi kalau kat panggung wayang, rajin lak dia temankan. cuma kat rumah jer dia jual mahal!Erisya suka citer tuh sebab dia tunjukkan natijahnya pilihan mereka...akhirnya menyesal dengan pilihan masing2....tapi itulah cinta..kita tak memilih siapa yang kita cinta...tetiba jer perasaan itu datang tanpa diundang!
kadang2 gitulah filem dibuat oleh manusia untuk manusia : kisah untuk manusia...( walaupun kadang2 pelakunnya haiwan @ kartun ) - saya jarang luangkan masa untuk menonton....tapi saya pelik sikit kut : Suka dengan cerita yg ( besar ) dari selatan India..
ReplyDeleteSaya tgk lima filem terakhir Mr Rajini. Sijav.dan yang terbaru dari Kamal Hasaan....kenapa tu !
Sebab budaya + selainnya ada mainan kehidupan + kepercayaan orang lain.Saya minat dari dulu tengok budaya orang...sebab dulu saya sanggup redah hutan.duduk kg orang asli....
Nanti nak belajar tgk cerita korea pulak....boleh cadangkan..
Hmm...sukar nak erisya cadangkan sebab tak tahu apa yang disukai...mungkin selera kita tak sama. misalnya erisya suka citer tamil kerana karektor nya...penuh KASIH SAYANG dan KESETIAAN..sesuatu yang sukar erisya temui dalam kehidupan ini. Korea pula , erisya suka kisah perjuangan wanita zaman dulu untuk memartabatkan kedudukan dalam masyarakat yang hanya memandang lelaki seperti citer Jewel of Palace (kisah doktor wanita pertama di korea) dan kisah penari geisang yang berjuang untuk hidup (lupa namanya) banyak kebudayaan dan psikologi cara nak survive dalam dunia yang tak adil ini. Hmmm...lagi apa ya...erisya suka kisah cinta korea pula kerana ceritanya down to earth...tak seperti filem bollywood atau mollywood. Tiada hero / heroin yang sempurna....bukan kisah cinta biasa. Lagi satu filem yang erisya suka (yang tadi tuh sumer drama) ialah dragon dance...tentang anak yang mengejar impian sebagai penari tanpa restu orang tua serta suami yang gagal memahami isteri sendiri ...cinta tapi tanpa pengertian tiada maknanya...tapi suami erisya kata boring! banyak falsafahnya...mengupas makna kebahagiaan dari kacamata isteri (rasanya lelaki tak suka!)
ReplyDeleteTapi kalau nak filem motivasi...carilah filem sejarah atau legenda korea...
hmm..maaf lah...tak banyak yang boleh erisya syorkan sebab takut selera tak sama.
salam...saya ada lencana sahabat untuk awak..silalah ambil..ikhlas drp saya..
ReplyDeleteem,terfikir pasal madu,saya tak kisah dengan kawan sendiri sebab saya kenal kawan2 saya..setakat ni sangat boleh diprcayai..mungkin lagi seronok sebab dah faham perangai membe tapi tak nak lah bercinta belakang kita..huhuhu.kalau boleh,x nak gak bermadu,,tapi em,allah lebih tahu hati ni..hehehe
ReplyDeletememang susah bab2 pilihan ni..yang mana kita selesa?mana kita cinta?
em cerita jepun,korea,indon,memang berbelit dan panjang..huhuhu.
Sayangnya dah berpisah ngan sahabat..
fahana....kengkawanlah yang akan bercinta di belakang kita! diburu rasa bersalah. erisya dah alaminya. asalnya si dia telah jatuh cinta ngan erisya (kata dialah!) Bertahun kemudian dia bercinta ngan sahabat baik pula. Entah macamana kami berhubung semula. Sebagai sahabat erisya citer lah tentang hal tuh tapi sahabat erisya tak percaya...akhirnya erisya malas nak nasihat dah...itu adalah PILIHAN nya...tapi pernah si dia bertanya pada sahabat sanggupkah bermadu dengan erisya...sahabat kata TAK SANGGUP! dia rela mengundur diri jika erisya sudi menerima si dia. Erisya juga beri jawapan yang sama kepada si dia!Bagi kami berdua..persahabatan lebih penting dari cinta seorang lelaki yang tak tahu membuat pilihan!
ReplyDeleteerisya, patut la dah 4 hari tak update blog.. tengok movie rupanya.. akak rajin jugak tengok cerita korea ni.. tapi kat 8tv je la.. rasanya, cerita dari negara mana pun, kalau kita follow dari awal cerita, memang menarik minat kita untuk tonton sampai akhir.. sebab kita dah menjiwainya.. kan..
ReplyDeletehehehe...betul gak kata akak..hehehe
ReplyDeletekak nurdaniella...erisya suka lihat eprlakuan manusia dalam drama2 korea tuh...watak mereka lebih jujur berbanding drama negara lain...ada kelemahan / kekuatan walau merekea hero huhuhu
ReplyDeletefahana....tu lah orang tua banyak pengalaman huhuhu
Hah? Apa?
ReplyDeletemana komen sy? xder komen ker?
hahaha..
aku pun xsanggup!