Saturday, January 17, 2009

KANSER





Erisya mendapat dua award baru....terima kasih Tirana dan kak Nurdaniella! Pengubat hati erisya yang lara selepas mendapat berita bahawa seorang dari teman erisya telah kembali ke rahmatullah minggu lepas. Terlewat mendengar berita kerana erisya jarang membuka kotak emel :( maka tak sempat nak menatapnya buat kali terakhir.


Sama seperti teman2 lain...meninggal selepas bertarung nyawa dengan kanser! Nampaknya kanser telah menjadi pembunuh no 1 teman2 erisya. Kenyataan yang mengerikan. Apa punca kanser? Genetically modified food (GMF)? penggunaan microwave oven? pemakanan sehari2 yang tidak sihat? Teringat kata2 seorang penjual sayur di Cameron Highland " apa takut sama kanser? tukar makan laaaa....makan buah banyak...makan sayur banyak2..." Masa tuh erisya tersenyum...maklum, kan dia jual sayur? pastilah nak promote!


Sebetulnya bahan karsogenik (bahan yang boleh mengakibatkan kanser) bukan ada dalam makanan kita jer (pengawet makanan, pewarna dll) malah ada dalam shampu, ubat gigi, bedak, losyen dll juga! Erisya pernah mencari ubat gigi yang tiada benda2 tu sumer...tapi gagal! semua bahan tuh berguna untuk memberikan buih pada ubat gigi, shampu , sabun dsbnya. Cuma satu ubat gigi jer yang tiada bahan tu...ubat gigi gamat Dr Radzi. Tapi sukar nak mendapatkannya ....maklum, tak dijual di supermarkat dan harganya juga mahal. Iya! bahan2 yang tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya memah mahal! Erisya pernah bercadang nak usahakan shampu yang bebas bahan kimia berbahaya...malangnya bahan mentah hanya boleh dibeli di US! Kalau erisya boleh dapatkan bahan mentahnya sekalipun, mampukah pengguna kita membelinya dengan harga yang mahal? Sanggupkah pengguna kita korbankan sedikit wang demi kesihatan macam omputih kat US tuh?


Bab GMF pun masih samar2 lagi. Sebetulnya genetically modified organisme (GMO) ni bagus untuk menghasilkan beras/gandum/jagung yang banyak penghasilannya; juga bebas racun serangga kerana tumbuhan itu sendiri sudah cukup kuat untuk melawan penyakit ataupun serangga. Negeri China amat aktif menghasilkan beras yang ada GM ni. Tapi tak dengar pulak semua rakyatnya mati kerana kanser. Canada juga sama....tak ada bukti bahawa hanya pemakanan GMF sahaja mati akibat kanser. Namun kanser menular di segenap lapisan masyarakat tak kira negara. Teringat kata2 seorang delegate dari Afrika berkata, " kami tak takut GMF tapi kami takut mati kebuluran! hanya GMF dapat membantu masalah utama kami....MAKANAN! "


Erisya pernah terbaca suatu kisah seorang pakar bedah di US. Disahkan mengidap barah. Namun dia enggan dibedah! Sesuatu yang aneh seorang pakar bedah takut masuk bilik pembedahan sebagai pesakit! Selepas doktor telah memberinya tempoh hayat selama 6 bulan ....pakar tersebut berhenti kerja. Meninggalkan kota metropolitan yang telah menjadi rumahnya bertahun2...pindah ke tepi hutan bertemankan hidupan liar. Beliau mahu menghabiskan usianya di tempat yang paling tenang. Tanpa suntikan jarum dan pembedahan.


Artikel yang eirsya baca tuh ditulisnya selepas 6 TAHUN dia menghuni hutan tersebut...sihat dan bahagia! Hmmm....mungkin juga emosi yang stabil, ketenangan dan pemakanan yang sihat telah menjadi faktor kemenangannya melawan kanser!



p/s: erisya menganugerahkan award2 di atas tuh kepada semua teman2tersayang terutama followers yang memberi sokongan....sebelum terlambat, biarlah kita saling menunjukkan sayang :)


Sila masukkan ke dalam blog sebagai kenang2an....bahawa di suatu ketika kita pernah berkenalan melalui cyber :)


15 comments:

  1. Kanser... Baru-baru ni kawan saya bagitahu yang ayah dia ada kanser. Terdiam saya. Tak tahu nak cakap apa.

    ReplyDelete
  2. saya berbual panjang dengan seorang guru Pusat Bimbingan anak saya....

    cukup sayu bila dia bagi tahu....doktor kata boleh hidup lagi 3 tahun....setahun dah 2 tahun.sekarang tengah susun famili....

    saya terkedu.
    setidaknya dia tahu bila seakan2 dia tahu yg dia akan mati.kanser.....

    ReplyDelete
  3. Rdhanz, kanser memang mengerikan. Tapi hatta stage 4 sekalipun, insyaAllah boleh sembuh ...masih ada ubatnya...prof erisya sedang buat kajian tentang kanser dan sedang keluarkan ubat2an untuk kanser yang diuji secara saintifik.

    ReplyDelete
  4. sebagai tanda sayang akak pd erisya akak ambil arward tu 2 2 sekali he he he

    ReplyDelete
  5. Ramai dah sekarang ni yang kena kanser.. yang berusia muda pun tidak terkecuali. Mungkin disebabkan permakanan juga agaknya.. Gerun bila memikirkannya...

    ReplyDelete
  6. Salam anakanda,

    Itulah hakikat makhluk yang dijadikan. Tiba masanya akan pergi jua. Giliran yang menentukan ketikanya.

    Alfatihah buat arwah semuga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang dirahmati. Amiin.

    Tapi lama dulu seorang teman yang disahkan mengidap kenser berjaya disembuhkan dengan cara perubatan tradisional. Setiap penyakit, ada Allah jadikan ubatnya tinggal lagi takdir dan rahmatnya.

    ReplyDelete
  7. Hi Erisaya Nor, well done. Happy for you and keep on blogging.
    Have a nice weekend, Lee.

    ReplyDelete
  8. tuan J...adakala pesakit jadi putus harapan dan terima takdir seadanya...erisya oernag rekomen jenis perubatan kepada seorang kenalan...namun dia enggan mencubabya...berkurung diri mengaji al Quran sahaja...sekarang dia telahpun pergi...anak2 juga telah dapat ibu baru....hmmm...mungkin itu dikatakan ajal!

    terima kak sakura...ehem! sayang ganda dua!

    Betul tuh Tirana...masyarakat melayu lebih suka belanja lebih untuk kekuatan batin/kecantikan...namun kesihatan? :)

    betul tuh uncle...yang penting terus berusaha ...dan hati2 jgn tertipu dengan org yang hanya nak ambil kesempatan

    Lee..thanks for dropping by...hope u enjoyed the weekend :)

    LoL...terima kasih berkongsi emosi :)

    ReplyDelete
  9. erisya, pasti ianya sesuatu yang menyakitkan bila kita tau bila kita nak pergi.. terasa lebih sayu mengenangkan orang2 yang kita akan tinggalkan.. tapi, sekurang2 nya kita punya tempoh untuk bersedia..

    ReplyDelete
  10. iya...paling sedih bila tingatkan anak yang masih kecil. kawan erisya pernah minta kami doa agar dipanjangkan umur...dia kata " akak tak mahu pergi lagi...nak lihat baby besar" ...usia baby sethn kakak tu dah pergi...sedih!
    :(

    ReplyDelete
  11. lama tak singgah..banyak sangat halangan sbenaranya..huhuhu
    kesian pada anak dia..em,simpati dengan kawan2 yang tak de mak atau ayah sedanga kita yang kadang2 maka ayah tak de kat rumah pun dah macam apa...
    mudahan,ALLAH pelihara mereka...
    em,memang kadang2 ubatnya ialaha ketenangan..
    em,apa kata cuba,amalkan bacaan yasin pada air,ayat kursi dan selawat dengan sungguh dan yakin dan sapu pada bahagian yang ada kanser..mana tahu boleh..
    mak saya selalu ajar macam tu bila sakit..bukan bermakna tak datang jumpa doktor,cuma sebagai salah satu ikhtiar kerohanian kita dengan allah..saya pun daha banyak kali cuba tiap kali sakit,alahamdulillah,sangat mengagumkan..yang penting YAKIN dengan ALLAH..cubalah..

    ReplyDelete
  12. terima kasih fahana sebab berkongsi ilmu tuh...sama2lah kita amalkannya...tingat pernah belajar ayat pengubatan jibrail...baca kat air gunung. tapi yg anehnya tak semua org boleh diubati dgn cara ini...pernah air yang dibawa oleh org tuh jadi keruh bila dibacakan ayat Quran tuh! tak tahu naper...ada pulak...air gunung tuh keruh tapi bila dibacakan ayat2..bertukar jernih dan sedap!sumer tu kuasa Allah!

    ReplyDelete
  13. wow..hebat...pelik gak kenapa jadi keruh ek..em,pepun ada hikmahnya

    ReplyDelete
  14. fahana...eh yang baca tuh guru erisya...erisya cuma buat untuk diri sendiri jer hehehe tu lah...pelik kan? seolah2 org tuh tak de harapan sembuh lak...so pesakit tu terpaksa direject

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah