Tuesday, January 13, 2009

KISAH HARI INI


Seperti biasa, hari yang sibuk. Nasib baik jam 12 tghari baru dapat dapat panggilan dari US ...jadi bolehlah sembang lama2 sikit...maklum, masa tuh agak rileks sikit. Sebetulnya dia dah SMS nombornya di sana...tapi erisya malas nak call ke sana ..maklum internet kat rumah ni kejap ada kejap tak de...macam chipsmore! Alhamdulillah mereka sekeluarga ok di sana...anakpun dah sembuh dari sakit. Kelakar baca pengalamannya dalam emel2 sebelum ni....baru nak suaikan diri...terutama bila dia tukar duit ke RM secara mental....tentulah sumer mahal! Ke klinik jer dah rabak RM700 ! Sahabat erisya ni cukup teliti kalau bab duit...maklum, isteri amik cuti tanpa gaji...Bagaimanapun erisya tahu mereka gembira di sana , suaranya begitu ceria bercerita :)


[Macam erisya ketika di Oki dulu...tak sampai hati nak beli buah2an ...mahal teramat2 ! Pernah beli sebiji pisang yang dicelup coklat....sedap ...tapi bila ditukar RM, harganya RM12!!! alahai....nyesal beli! Itulah kali pertama dan terakhir erisya beli buah di sana! Baik makan buah2an di Malaysia. Kat sini pun ada celup coklat gak]


Lepas solat, bergegas pula ke Akademi Sains Malaysia....ada journalist cum peguam dari US nak berkongsi pengalamannya membanteras penyeludupan reptilia yang telah disenarai sebagai spesis yang hampir pupus oleh CITES. Menarik...bukunya adalah fakta bukan fiksi....siap interview penyeludup di Pulau Pinang! Sememangnya orang sana suka haiwan2 terancam dari asia ni....eksotik! Penyeludupan haiwan terancam sering dianggap sepi oleh masyarakat....berbeza ngan penyeludupan dadah berbahaya....banyak dapat liputan. Kekadang kelakar jugak ya....rampasan ganja 24 gram pun masuk TV hehehe. Kalau dulu....jumlah demikian kira tarak apa punya! Maklum, selalu dapat ribu2 gram !



Buku yang dibeli tadi....murah sikit dari MPH

Sempat gak minta otograf penulis buku tuh hehehe ..

Sebetulnya , erisya ni suka minta otograf dari penulis buku yang dibeli...rasa gembira jika dapat bersua muka ngan penulisnya sendiri. Malangnya, setakat ni, erisya cuma berpeluang memiliki buku karya Darma Mohamad dan buku antologi haiku jer yg ada otograf. Tak per..erisya dah cukup puas hati dapat berkenalan ngan penulis yang erisya minati!


Masa sekolah dulu, pernah minta otograf Michelle Yeoh....maklum, senior erisya. Masa dia melawat sekolah lamanya....erisya tak lepas peluang menghulurkan diari (sayang kawan dah hilangkan diari tuh). Fuh! Memang cantik orangnya. Lebih cantik dari dalam filem! Erisya respek dia berani menongkah arus...walau keluarga sumer di bidang guaman namun dia berjaya jadi pelakon antarabangsa! Yang membanggakan..dia bukanlah aktres tempelan sahaja...tidak menjual kecantikan ...tapi menjual bakat!

6 comments:

  1. ehem!LoL kena dok kat supermarket baru mudah peminat minta otograf huhuhu (i'll be the first!)

    ReplyDelete
  2. LOL nak mintak otograf kat akak ar..
    bukan LOL nak berik otograf..
    hehe..
    Buku yg nak send kat LOL tu kak le sign ker?
    kalau leh, akak sign ar..
    saja.. as a rememberence of akak..

    ReplyDelete
  3. ooo iya ker? hmmm...buku tu dipos oleh penulisnya sendiri...kak suruh dia otograf hehehe

    ReplyDelete
  4. o ye ker..
    ok kak..
    thanx..
    juz waitin jer neh..
    thanx k..

    ReplyDelete
  5. nanti kalau dah sampai buku tuh bgtahu ya :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah