
Erisya mendapat dua award baru....terima kasih Tirana dan kak Nurdaniella! Pengubat hati erisya yang lara selepas mendapat berita bahawa seorang dari teman erisya telah kembali ke rahmatullah minggu lepas. Terlewat mendengar berita kerana erisya jarang membuka kotak emel :( maka tak sempat nak menatapnya buat kali terakhir.
Sama seperti teman2 lain...meninggal selepas bertarung nyawa dengan kanser! Nampaknya kanser telah menjadi pembunuh no 1 teman2 erisya. Kenyataan yang mengerikan. Apa punca kanser? Genetically modified food (GMF)? penggunaan microwave oven? pemakanan sehari2 yang tidak sihat? Teringat kata2 seorang penjual sayur di Cameron Highland " apa takut sama kanser? tukar makan laaaa....makan buah banyak...makan sayur banyak2..." Masa tuh erisya tersenyum...maklum, kan dia jual sayur? pastilah nak promote!
Sebetulnya bahan karsogenik (bahan yang boleh mengakibatkan kanser) bukan ada dalam makanan kita jer (pengawet makanan, pewarna dll) malah ada dalam shampu, ubat gigi, bedak, losyen dll juga! Erisya pernah mencari ubat gigi yang tiada benda2 tu sumer...tapi gagal! semua bahan tuh berguna untuk memberikan buih pada ubat gigi, shampu , sabun dsbnya. Cuma satu ubat gigi jer yang tiada bahan tu...ubat gigi gamat Dr Radzi. Tapi sukar nak mendapatkannya ....maklum, tak dijual di supermarkat dan harganya juga mahal. Iya! bahan2 yang tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya memah mahal! Erisya pernah bercadang nak usahakan shampu yang bebas bahan kimia berbahaya...malangnya bahan mentah hanya boleh dibeli di US! Kalau erisya boleh dapatkan bahan mentahnya sekalipun, mampukah pengguna kita membelinya dengan harga yang mahal? Sanggupkah pengguna kita korbankan sedikit wang demi kesihatan macam omputih kat US tuh?
Bab GMF pun masih samar2 lagi. Sebetulnya genetically modified organisme (GMO) ni bagus untuk menghasilkan beras/gandum/jagung yang banyak penghasilannya; juga bebas racun serangga kerana tumbuhan itu sendiri sudah cukup kuat untuk melawan penyakit ataupun serangga. Negeri China amat aktif menghasilkan beras yang ada GM ni. Tapi tak dengar pulak semua rakyatnya mati kerana kanser. Canada juga sama....tak ada bukti bahawa hanya pemakanan GMF sahaja mati akibat kanser. Namun kanser menular di segenap lapisan masyarakat tak kira negara. Teringat kata2 seorang delegate dari Afrika berkata, " kami tak takut GMF tapi kami takut mati kebuluran! hanya GMF dapat membantu masalah utama kami....MAKANAN! "
Erisya pernah terbaca suatu kisah seorang pakar bedah di US. Disahkan mengidap barah. Namun dia enggan dibedah! Sesuatu yang aneh seorang pakar bedah takut masuk bilik pembedahan sebagai pesakit! Selepas doktor telah memberinya tempoh hayat selama 6 bulan ....pakar tersebut berhenti kerja. Meninggalkan kota metropolitan yang telah menjadi rumahnya bertahun2...pindah ke tepi hutan bertemankan hidupan liar. Beliau mahu menghabiskan usianya di tempat yang paling tenang. Tanpa suntikan jarum dan pembedahan.
Artikel yang eirsya baca tuh ditulisnya selepas 6 TAHUN dia menghuni hutan tersebut...sihat dan bahagia! Hmmm....mungkin juga emosi yang stabil, ketenangan dan pemakanan yang sihat telah menjadi faktor kemenangannya melawan kanser!
p/s: erisya menganugerahkan award2 di atas tuh kepada semua teman2tersayang terutama followers yang memberi sokongan....sebelum terlambat, biarlah kita saling menunjukkan sayang :)
Sila masukkan ke dalam blog sebagai kenang2an....bahawa di suatu ketika kita pernah berkenalan melalui cyber :)