Sunday, October 31, 2010

3 CINTA

Tiga hari di Pulau Pinang, Erisya cuba mengenal cinta:


Teman 1
Dia dan teman lelaki saling cinta...benar-benar cinta andai hadiah mahal menjadi neraca ...namun tidak cukup cinta untuk meninggalkan negeri masing-masing demi penyatuan cinta...


Benarkah cinta itu perlukan pengorbanan?


Teman 2
Dia amat cinta pada suami. Sanggup tinggalkan segala untuk tinggal bersama suami dan menjaga mertua di negara asing. Selepas 20 tahun, dia terpaksa membuat pilihan yang sukar.  Akhirnya memilih untuk menjaga ibu yang sakit di tanah air sendiri. Kini bersendiri tanpa siapa-siapa. 


Si suami: 
 tanggungjawab sebagai anak lelaki vs isteri
Si isteri:
 tanggungjawab sebagai isteri vs ibu yang melahirkan


Siapakah yang lebih berhak ke atas seorang isteri...suami atau ibu?


Teman 3
Dia enggan terima cinta suami telah beralih arah. Ditinggal tanpa kata. Kes di mahkamah syariah selalu tertangguh tanpa kehadiran suami. Tertanya2 status diri. Hati masih mengharapkan sebuah kepulangan...enggan tinggalkan rumah yang sarat dengan kenangan indah masa lalu.


Itukah cinta ...  diri tersiksa atas nama setia ?




6 comments:

  1. emm...sama seperti acu
    masih menunggu pada cinta yang tak tau akhiran nye macam mana...
    bulan nie genap 14tahun acu menanti pada sesuatu yang tak pasti... :(

    ReplyDelete
  2. fuh! setia dan sabar! akak tak sanggup menanti demikian lama!

    ReplyDelete
  3. dear kak,
    susahnya mencari cinta...

    ReplyDelete
  4. Salam kak erisya... ap khabar? ingt sy lg tak? salam bertaut kembali....

    ReplyDelete
  5. chenta x semestinyer bersatu kanns.. uhuhu

    ReplyDelete
  6. Mutiara..ya memang susah. sebab cinta boleh berubah mengikut masa dan usia..ada org kata cinta harus dicari kerna ia tak datang sendiri..ada jug aorg kata, cinta yang dicari tak bertahan lama....papepun...bertuahlah orang yang pernah temui cinta meskipun ianya sementara:)

    Azlin...ya semoga bertaut kembali...tiap kali ke KLIA mesti tingat kat Lin....buku dulupun masih disimpan..ntah bila buku itu akan ke tangan pemiliknya

    en_me...ya.broken hearts healed, matbe the cracks were always there but they healed...love is kind there are always second chance ;)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah