Monday, October 11, 2010

PISAH SEMULA

Harini doa termakbul...teman Erisya akhirnya akan pulang ke daerahnya...bersatu kembali dengan anak dan suami. Setahun lebih terpisah kerana karier...menjadi suri hujung minggu. Puas sudah dia merayu..namun ditolak dengan pelbagai alasan. Tiada jawatan dan title di hadapan nama menjadi halangan. Dan....tetiba sahaja hari ini, di hari persaraan BB, jawatan tersebut telah diwujudkan di daerahnya.

Semasa Erisya mendapat berita ini, teman tak tahu lagi. Menghadiri mesyuarat. Tepat jam 5 Erisya bergegas matikan komputer serta SMS mengucap tahniah.... Tetiba sahaja rasa sedih teramat sangat dan enggan bertembung dengannya di pintu lif. Suatu keanehan..kerana ketika zohor tadi Erisya berdoa panjang agar doanya dikabulkan! Mungkin kerana selama ini kami sentiasa bersama. Sehinggakan pihak atasan pun perasan dan menggelar kami kembar. Malah kerap kami memakai baju dengan warna yang sama...seolah telah berjanji sebelumnya.

Masa Erisya demam haritu, hampir tiap hari teman sms bertanya khabar...lahirkan rasa bosan kerana makan seorang diri....meskipun sebenarnya dia punya ramai teman. Sikap ramah dan baik hatinya buat dia disayangi semua...tak kira pangkat atau usia.

1 Nov kami tidak akan bersama lagi....meski sedih namun Erisya gembira di atas kegirangannya....semoga dia berbahagia selamanya bersama keluarga tercinta!

p/s: Hmmm..apakah nanti  Erisya dipisah semula dari keluarga? November dinanti penuh debar...dan sendu.

8 comments:

  1. kasih cinta x semestinyer bersatu kanns..

    psst. me bukan photographer oke.. ihiks

    ReplyDelete
  2. sedapnyer air kelapa...lama tak minum air kelapa yang betul kaw dari buah..

    ReplyDelete
  3. salam erisya.. lama benar rasanya tak meninggalkan jejak di sini.. itu lah adat kehidupan erisya.. bertemu kemudian berpisah.. harap2erisya banyakkan bersabar yer..

    ReplyDelete
  4. en_me...not a photographer..hmmm...photography student mungkin?

    Fahana...sekarang tiap hari minum air kelapa ish! mcm mayang sari dalam citer siti kelembai lak hehehe

    nurdaniella...wahhhh lama tak dgr berita...iya adat dunia...bertemu untuk berpisah...mula tuh mestilah sunyi giler...sebab kami berdua suka sembang...tak cukup masa lunch...sambung lak bersms di rumah!walau usia jauh beza tapi kami serasi...adakala pandang mata pun masing2 dah paham apa yg dimaksudkan..telepathy hehehe..nampaknya gelaran kawan baik akan jadi kawan lama :)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. cantiknya rumah abru ni... putih.. luas mata memandang..

    ReplyDelete
  7. me bukan student juger.. tp me suker fotografi.. me tangkap gambar as a hobby.. byk lagik yg me nk kena bajar.. vollleee

    thanx sbb suker gambar2 yg me amik.. ihiks

    ReplyDelete
  8. kaka yong...terima kasih

    en_me...hmm..perasaan ingin tahu bertambah tinggi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah