Thursday, October 7, 2010

GUMIHO



Drama kesukaan Erisya dah sampai ke penghujungnya....meleleh air mata melihat betapa bahagianya si ibu dapat bertemu semula dengan anaknya yang telah meninggal dunia....rupanya semua ibu yang kehilangan mempunyai harapan yang sama...ternanti2 pertemuan semula dengan anak tersayang.

Bagi yang tidak menonton, drama Korea ini sebenarnya mengisahkan tentang Gumiho (nine-tailed fox)...tentang kasih sayang, pengorbanan dan harapan ibu bapa terhadap anak2...Gumiho yang mempunyai seorang anak perempuan telah banyak berkorban untuk menjadi seorang manusia...tragedi bermula bila suaminya membunuh anak perempuannya demi nyawa anak kandungnya dengan isteri pertama. Dari situlah tragedi demi tragedi berlaku kerana dendam. Masing2 demi kasih seorang anak. Akhirnya, Gumiho bersedia melepaskan dendam yang ada dengan menjaga anak tirinya yang telah menjadi yatim piatu...selepas sekian lama, barulah dia dapat  hidup dengan tenang dan gembira....selepas setahun berlalu,  dia dibunuh oleh anak tirinya yang telah menyimpan dendam kerana membunuh ayah dan ibunya.


Akhir cerita, selepas meninggal, Gumiho bahagia bersama anak kandungnya semula....manakala si anak tiri kesal kerana telah membunuh satu2nya insan yang menyayangi dirinya hanya kerana dendam lama! Terpaksa tinggal seorang diri tanpa keluarga di sisi.


Begitulah perasaan dendam memakan diri  ...memenatkan dan akhirnya kita kehilangan sesuatu yang berharga.  Tinggal sesalan yang menjadi teman sejati. Kisah silam tidak seharusnya menahan kita mencari bahagia...sebaliknya membuat kita lebih menghargai apa yang ada di depan mata.. dan menyedari bahawa apa yang berlaku sebenarnya adalah untuk membuka mata kita bahawa kita hanyalah insan kerdil yang tidak mampu melawan takdir ....selagi bernyawa, hidup ini mesti diteruskan dengan sebaik-baiknya tanpa sesalan dan igauan masa silam.


3 comments:

  1. Dear Kak..

    wow kak...
    ayat kat bawah tu sangat dalam maksudnya..

    "selagi bernyawa, hidup ini mesti diteruskan dengan sebaik-baiknya tanpa sesalan dan igauan masa silam.."

    terus melangkah tanpa berpaling lagi...

    ReplyDelete
  2. Kak,
    kalau kak ada masa, nanti join contest adik k
    hehe....

    ReplyDelete
  3. adik sayang...biasalah...dalam meniti kehidupan ni kita akan rasa kesal dengan jalan yang kita pilih...tapi kena lawan persaan itu dan be positive! kita juga tak tahu adakah sekiranya kita pilih jalan yang tidak kita pilih dulu akan memberi bahagia pda kita..eh..berbelit2 lak....adik ngerti kan?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah