Sunday, October 3, 2010

MAKANLAH YANG HALAL

Semalam Erisya sempat berbual2 dengan ex-boss dan rakan sekerja di tempat lama...santai membincangkan masalah pengurusan. Kata2 ex-boss membuatkan Erisya muhasabah diri...mengapakah solat gagal mengekang diri dari membuat kesalahan / dosa...mengapakah anak2 menjadi degil dan keras hati, mengapakah kita begitu sukar menerima ilmu yang bermunafaat... Meskipun kini boleh dikatakan 95% impian Erisya telah tercapai (termasuk cita2 ketika di bangku sekolah dulu) namun Erisya rasa suatu kekurangan..seolah2 ada yang belum beres...masih ada kekosongan di hati. Ramai yang berkata rezeki Erisya murah...ya harus Erisya akui walau tak banyak namun rezeki tak pernah putus.  Syukur namun adakala takut sekiranya itu hanyalah istidraj bukan nikmat! Takut segala kurniaNya hanya menambah kelalaian sehingga terlupa bahawa akan tiba detik untuk Erisya ucapkan selamat tinggal kepada dunia fana... yang tinggal hanyalah sesalan ketika berada di alam kekal yang seharusnya lebih indah! 

Ketika memandang wajah ex-boss, minda Erisya turut berputar ligat...Apakah Erisya juga turut termasuk dalam golongan pegawai yang dikatakannya? ..Gagal memberikan perkhidmatan yang setimpal dengan gaji yang diterima tiap bulan? Gagal memikul amanah untuk menjaga keselamatan dan kesihatan masyarakat? Membazir wang rakyat? Melakukan urusan peribadi dalam waktu pejabat? Apakah yang kami sekeluarga makan adalah benar2 halal; meskipun selama ini Erisya amat perihatin dengan logo halal JAKIM? Tiap kali suami dan anak ke pasaraya, Erisya akan pastikan mereka membawa risalah senarai logo HALAL negara lain yang diterimapakai oleh pihak JAKIM. Sekiranya tiada logo halal, Erisya membelek semua bahan kimia yang dilabelkan di luar bekas bagi memastikan ianya benar2 selamat dan suci untuk digunakan. [Tiap sijil HALAL pada label menunjukkan bahawa  semua bahan mentah yang digunakan adalah suci dan selamat (HALAL)].


Sejujurnya Erisya amat takut ..takut kekosongan hati selama ini adalah kerana makanan yang tidak halal... Bila makanan haram memenuhi perut, titik2 hitam memenuhi hati...yang membutakan mata, membuat telinga tuli dan akhirnya terbentuklah diri menjadi insan yang angkuh dan sombong serta lebih menyintai kemungkaran dari  kebenaran.


Sabda rasulullah s.a.w.:


 "Setiap daging yang tumbuh daripada benda yang haram, 
api nerakalah yang lebih utama baginya."
 [at-Tarmidzi]

 

Wahai Ali! Sesiapa makan makanan yang halal, 
maka cerahlah fahaman agamanya dan lembutlah hatinya 
dan tidak tertutup doanya kepada Allah.” 
[Saidina Ali]





p/s: semoga tahun depan akan tercapai impian untuk kembali ke negara yang telah memberi kenangan manis buat Erisya...kali ini bersama keluarga!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah