Thursday, October 7, 2010

AIR KELAPA - MITOS ATAU KEAJAIBAN?

Akhirnya...malam ni barulah Erisya rasa benar2 sihat...
Bukan selepas makan ubat yang dah dibayar beratus ringgit
Tapi selepas mengikut petua yang diberi oleh pembantu perubatan di klinik kesihatan tadi pagi....minum air kelapa muda dua jam selepas makan ubat. Selepas minum, barulah badan berpeluh...dan tetiba sahaja Erisya rindu nak bekerja esok!

Hmm...Apa ada dalam air kelapa ya? Kenapa orang Melayu banyak menggunakan air kelapa dalam perubatan tradisional? Rupanya bukan orang melayu ajer...omputih pun mengakui khasiat air kelapa ni. Menurut maklumat yang Erisya cedok dari www.knowledgebase-script dan www.huffingtonpost.com, air kelapa secara semulajadinya adalah rendah karbohidrat,  99% bebas lemak dan rendah gula. Amat kaya dengan potassium (dua kali ganda dari pisang) ie 569mg per hidangan. Mineral ini membantu menjaga tekanan darah hasil dari kesan tindakbalas terhadap sodium. Ini boleh mencegah penyakit strok, serangan jantung dan hangovers


Air kelapa berupaya:

  • turunkan panas badan dan kekalkan suhu badan yang normal
  • menghidrasi semula tubuh kerana ia adalah minuman isotonik semulajadi
  • membawa nutrien dan oksigen ke sel2
  • tingkatkan metabolisma
  • turunkan berat badan
  • tingkatkan sistem imun tubuh (immune system) agar kuat melawan penyakit
  • membuang keracunan (detoxify) dan melawan virus
  • mencuci organ penghadaman
  • kawal kencing manis/diabetes
  • bantu tubuh melawan virus yang mendatangkan flu, herpes dan AIDS
  • seimbangkan pH dan kurangkan risiko kanser
  • rawat batu karang (pundi kencing dan hempedu)
  • tingkatkan aliran darah
Adakalanya kita tak perasan penawar ada di depan mata...hmm...patutlah dulu aruah mak suka menanam pokok kelapa gading keliling rumah...banyak khasiatnya!


9 comments:

  1. Salam

    Mengikut amalan tradisional air kelapa bebas dari pengaruh syaitan dan Iblis, kalo tak caya, orang yang kena rasuk bagi minum air kelapa

    ReplyDelete
  2. Dear Kak sayang,

    kelapa memang sangat besh...
    masa kat kg, kalau tengahari tu mesti nak minta tolong adik amik kelapa...

    minum dan makan isinya...
    heeeeee..
    dh lama tak minum air kelapa asli. selalu yg dh ditambah gula...

    thank God kak dh sihat..
    selamat bekerja semula..

    ReplyDelete
  3. salam pak karamu...tak tahu lak bolehjadi ubat org kena rasuk...kalau kita nak elak dari kena rasuk...boleh ka dijadikan amalan minum air kelapa ni dengan harapan makhluk tu tak merasuk...kekadang mmg boleh rasa benda tuh cuba masuk ke dalam badan.

    ReplyDelete
  4. adik sayang...thanks. harini dah boleh bekerja semula

    ReplyDelete
  5. Dear Kak,
    selamat bekerja..
    heeeee...

    *contest tu takde gambar pun tak pe. yang penting kisah yang kak sampaikan. join ar kak.. heeeee

    *kalau ada masa terluang, kak join k
    heeeeeeee

    ReplyDelete
  6. baru acu tau kebaikan air kelapa nie...banyak rupa nye kebaikan nye ek...tapi ada orang cakap tak boley selalu minum...ada kelemahan dia...betul ke???

    ReplyDelete
  7. acu...setakat ini tak de lagi jumpa yang negatif ttg air kelapa....tapi kalau kita ada penyakit kena tgk2 dulu...misalnya pisang...byk khasiat tapi orang ada diabetes tak leh makan sebab gulanya tinggi..papepun, kena kaji dulu...tak semestinya apa yg baik bagi orang lain adalah baik ngan kita

    ReplyDelete
  8. Mat saleh pn dh mula minum air kelapa. Ianya mgandungi byk potassium sb tu brsifat isotonik. Ini salah satu kajian pensyarah USM KKerian dr kalangan sport Sc program. Org dulu2 prcaya air kelapa adalah penawar racun. Khasiatnya byk tp Zah takleh minum byk2 air kelapa nih sb nanti akan cirit birit...tak tahan ke toilet la pulak...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah