Tuesday, October 5, 2010

EH... HALAL KE TUH?

Semalam sementara menunggu giliran bertemu doktor, Erisya sempat membelek2 pamphlet yang dipamerkan...ada produk yang menarik perhatian wanita seusia Erisya. Produk ini juga pastinya menarik minat golongan yang memerlukan kecantikan dan kemudaan sebagai aset penting dalam kariernya...

Produk tu berasaskan plasenta kambing biri2....ada satu lagi produk pula berasaskan sel kambing biri2.....hmm...inilah yang Erisya musykilkan...halal ka? Meskipun bukan khinzir tapi haiwan yang tidak disembelih adalah najis. Sedangkan plasenta manusia adalah  najis inikan pula haiwan!

Hmm...mesti ada yang kata, "alahhh bukan nak buat makan!" .

Tak tahulah, masing2 ada pandangan sendiri. Dulu dalam satu pertemuan ngan JAKIM Erisya juga pernah query tentang pinggan mangkuk bone china...bagi Erisya kenapa tak leh guna pinggan mangkuk bone china yang berasaskan tulang lembu...bukannya tulang babi...bukannya masuk perut! Erisya siap beri jenama lagi....kerana ada negara yang menyatakannya halal tapi ustaz tuh kata...tak leh lembu tuh tak disembelih...najis! Alahai...tak jadi beli untuk guna pada hari raya. 

Begitu juga dengan kes daging lembu kobe...walau ianya adalah yang terbaik di dunia namun tidak halal kerana lembu2 tuh diberi minum alkohol setiap hari bagi memastikan dagingnya lembut dan sedap.Walau disembelih tetap tak halal!


Sebab tuh dalam mazhab Shafie...ayam yang hendak disembelih hendaklah diasingkan selama seminggu terlebih dahulu..bagi menjamin ayam tuh tak makan najis ...bagi menjamin kesucian dagingnya. Pernah dulu ujian DNA dilakukan ke atas daging ikan yang diberi makan najis khinzir....ternyata ada DNA khinzir di dalam ikan tersebut! Nampaknya penemuan saintifik telah menyokong fatwa imam Shafie yang dikeluarkan sebelum manusia mengenal apa itu DNA.


Papepun, segalanya tertakluk kepada diri sendiri. Bagi Erisya sekiranya banyak produk lain yang halal di pasaran kenapa nak berhabis duit gunakan produk yang diragui halalnya...walaupun penjualnya muslim, duta produk  muslim hatta pengeluar produk juga muslim;  adakah itu jaminan bahawa produk itu benar2 halal dan selamat digunakan...? Hmmm...tidak semestinya!




p/s: Ada water filter yang gunakan bioseramik...bio bererti hidup. Maknanya karbon yang digunakan adalah dari tulang haiwan....dan sudah semestinya khinzir. Pernah wakil pengeluarnya offer duit agar dihalalkan karbon tersebut....ish! mana boleh! sesuka hati jer!

1 comment:

  1. mcm2 karenah setiap individu ni.
    penjual nak untung. pembeli lak nak benda yang nampak hebat..

    syabas kepada mereka yang masih mengutamakan status 'halal' sesuatu produk.

    syabas kepada kak!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah