Saturday, October 16, 2010

DIET RENDAH PURIN UNTUK PESAKIT GAUT

"sakit apa?"
"Gaut"
"Gaut adalah penyakit...saya tanya sakit apa!?"
Terpinga-pinga...apa maksud doktor ni? naper marah2?
"errr sakit kat kaki"
"haaa cakaplah kaki...!"
ish! naper tak tanya sakit kat MANA tadi? konpius dalam kesakitan..
"Mana awak tahu awak sakit gaut?"
"Haritu dah cek darah kat hospital"
"sekarang tak boleh cek darah sebab sedang sakit... Makan ubat ni sampai cirit"

Itu sahaja. Tanpa keterangan lanjut, doktor hulurkan sehelai kertas biru. Menurut kertas biru itu:

Diet ini khusus buat pesakit yang mempunyai aras asid urik yang tinggi dalam darah (hyperuricemia) dan pesakit gaut.

Purin tu apa? Purin adalah sebatian nitrogen di dalam makanan yang  menghasilkan asid urik bila berlaku pemecahan dalam badan. Biasanya asid urik dikeluarkan dari tubuh bersama air kencing..namun bagi pesakit gaut ianya dimendakkan di sendi2 terutamanya di bahagian kaki....amat menyakitkan! Macam bentan.


PANDUAN PEMAKANAN

1) ELAK makanan tinggi purin:
  • organ dalaman haiwan : hati, limpa, peparu, buah pinggang, otak dll
  • ikan bilis dan ikan sardin dalam tin
  • pati daging (meat extract)
  • kekacang spt dhal, kacang pin kacang soya dan hasilnya seperti tauhu, tempe, tauchu, air soya dll
  • sayuran seperti bayam, cauliflower, cendawan, asparagus dan kentang
  •  bijirin mil spt roti wholemeal, all bran, tepung attar
  • minuman seperti teh, kopi, coklat dan koko
2) Makanan yang boleh diambil dalam AMAUN KECIL:
  • daging selain dinyatakan di atas
  • ayam
  • ikan dan karangan laut spt udang, ketam, kerang
3) Makanan yang BOLEH dimakan:
  • sayur2an selain di atas
  • susu dan hasilnya
  • telur
  • buah2an
  • mentega dan lain2 lemak, manisan dan gula
Sebetulnya, inilah kali pertama suami ke klinik kesihatan kerajaan kerana gaut. Selama ini hanya ke swasta dan farmasi ...termasuk makan ubat2an tradisional yang disyorkan oleh kengkawan. Akibatnya, muka naik sembab akibat kesan steroid...ie moon face. Maklum sakit gaut tak boleh berhenti makan ubat...selalu sakit. Kenapa sakit ? sebab tak jaga pemakanan. Kalini Erisya bertegas...buang segala ubat yang ada..hanya makan ubat dari klinik kesihatan (colchicine 0.6mg)...jaga pemakanan. Ubat yang dimakan memecahkan asid urik yang telah termendap dang keluarkannya melalui najis dan air kencing. Bukan sekadar ubat tahan sakit.

Semoga selepas ini, suami akan bebas dari penyakit gaut...Erisya memang risau suami terlalu bergantung kepada ubat tahan sakit dan steroids...ubat NSAIDs berlebihan boleh merosakkan buah pinggang....tiada ruginya berkorban nafsu makan demi kesihatan diri...juga demi kasih kepada isteri...

8 comments:

  1. Kuatkan semangat ye.. Dugaan kita berbeza just lost baby girl 3 years.. Harap cepat sembuh.. But fikir perlu positif setiap kesakitan yang diberikan adalah kafarah atas setiap dosa-dasa kita. Moga hari mendatang membuat anda dan keluarga lebih tabah. Insya Allah

    ReplyDelete
  2. anonymous...thanks. saya juga pernah kehilangan baby ...anak2 kita telah berada di tempat yang lebih indah...insyaAllah kita akan menyusul...semoga Allah berkati kita dan keluarga

    ReplyDelete
  3. Salam.. Saya pun baru dpt tahu saya ada gaut. Muda2 dah kene. Jadi terima kasih atas senarai2 yg puan listkan. Saya tak boleh diri lama2. Saya pun obes gak. Suami puan mengalami obes juga ke?

    ReplyDelete
  4. saya mengalami masalah kandungi urin ased tinggi dalam darah paras 164. tapi masih tak kena sakit gaud lagi cuma nasihat Dr agar saya jaga pemakanan dan makan ubat yg dicadangkan mengikut arahan Dr. selamani saya keliru apa maksud purin. mengurangkan pengambilan makanan yg mengandungi tinggi purin
    terimakasih d atas info

    ReplyDelete
  5. Balqis,
    Ya suami saya juga obses.Alhamdulillah sekarang makan produk kesihatan dah turun berat badan. Ramadan tahun ni juga dah boleh terawih di masjid, alhamdulillah.....selain produk kesihatan harus jaga pemakanan juga :).semoga puan segera sembuh.

    ReplyDelete
  6. Ijam,
    alhamdulillah ...dapat membantu.

    ReplyDelete
  7. Setahun yang lalu saya sakit lutut, letih, suka tidur, tetapi sekarang sakit lutut saya sudah sembuh, saya sihat, ceria dan bertenaga sepanjang hari. Saya daki bukit Broga,naik tangga belari, main futsal dan badminton. Alhamdullah. Hanya dengan ganti makanan biasa yang saya makan dengan makanan yang sihat. Jika ingin tahu PM saya 0176865406.

    ReplyDelete
  8. Setahun yang lalu, saya sakit lutut, letih, suka tidur - Alhamdullah dengan hanya ganti makanan yang biasa saya makan dengan makanan yang sgt baik, sekarang sakit lutut saya sudah sembuh, saya sihat, ceria dan bertenaga hari-hari. Pm saya jika serius nak sihat 0176865406. sms nama, umur dan lokasi.tq

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah