Agak sedih malam ni. Bukan kerana masih MC disebabkan gejala virus denggi lagi tetapi sedih kerana surat biru. Sedih kerana si pengirim seakan tidak percaya. Seolah Erisya ingin lari dari tanggungjawab. Empat tahun dulu, surat pengesahan pakar perubatan telah ditolak dengan ugutan walau berkali2 Erisya merayu. Natijahnya anak bongsu Erisya lahir tak cukup bulan dan gagal diselamatkan. Ya, memang itu takdir. Tapi Erisya kesal kerana tiada timbangrasa dari pihak terbabit. Rakan2 sekerja juga pernah alami perkara yang sama...malah memaksa suami mereka menghalau si pembawa surat biru kerana isteri masih dalam pantang...ada juga yang dimalukan dalam surat khabar ....! Akhirnya karier kami tercalar...
Sedih..benar2 sedih ...seolah kesihatan, maruah hatta nyawa kami tiada nilainya. Walau bukan semua pengirim surat biru bersikap demikian, namun pengalaman buat kami trauma dengan apa yang berlaku. Maruah kami diinjak hanya kerana kami sakit. Tiada siapa yang minta diri sakit. Sebagai professional kami tahu tanggungjawab kami tapi takkanlah sampai menggadai kesihatan dan nyawa sendiri. Kalini Erisya nekad...buatlah apa sahaja namun Erisya tidak akan menggadaikan kesihatan Erisya lagi. Mungkin selepas kena batang hidung mereka sendiri baru mereka ngerti bahawa kami juga manusia biasa...punya hati, punya perasaan dan juga .....punya harga diri.
Erisya tahu salah meluah perasaan di sini...tapi venue mana boleh kami adu? Teruskanlah...Buatlah apa sahaja dengan kuasa yang ada...tapi jangan lupa tiap perbuatan ada karmanya!Pasti!
p/s: seandainya tetiba sahaja blog ini ditutup....maknanya Erisya telah dipanggil mengadap!
pedulik kan diaorang kak..
ReplyDeletepekak kan telinga je...
yang penting akak kena jaga kesihatan akak...jangan smp memudarat kan ye kak
huhuhu.....akak..sedih la akak bagi ps macam tu..nape orang tu jahat sangat?..
ReplyDeletekak, saya doa'kan akak sihat semula ye..sayu baca entri2 akak yang lepas..
thanks acu n fahana,
ReplyDeletesebetul akak enjoy ngan karier akak ni...cita2 sejak bangku sekolah. Betul2 pulon belajar untuk mencapainya...tapi tu lah...surat biru membuatkan kami stress dan ingin bertukar karier...malah akak pernah ditipu ...tak dapat bayaran selepas tugas selesai! urrgggh! memang mencabar kesabaran...bila ngadu kat ofis...diorang ketawa dan kata niat sedekah je lah! bayanglah...duit hotel dan flight..mahal tuh!hmm...agaknya akak kena mandi bunga hehehe...hmm..doakan akak dapat kerja lain ya? betul2 penat !
AMIN..insya-allah kak, kalau tu yang akak nak, kita doakan yang trebaik..cabaran kan kerja ni..takut pun ada..huhu..diaorang belum kena boleh lah cakap macam2..kalau sekali dua tak pe gak tapi kalau dah berkali2..huhu..
ReplyDeletethanks fahana...macam tuh lah dunia sebenar pekerjaan...tak mcm masa kat U...dunia yang aman dan selesa :)..nanti bila dah kerja...byk perkara kena jaga...yang penting EQ mesti tinggi! kalau tak, kita akan tersungkur.
ReplyDeleteSurat biru..?
ReplyDeletedik tak faham lak kak..
Mmm...
*saya sama dengan fahana..
p/s tu tak leh diterima.. jangan tutup blog. cara penyampaian kak ni pun bukan kutuk2 giler..
banyak blog lain lagi yang 'kaw2' giler kutuk sesuatu kalau tak puas hati..
papun, kalau berada di pihak yang benar, kita pasti akan terus benar.
adik sayang....hanya orang yang sama karier jer yang faham apa erti surat biru dan kesannya sekiranya tidak dipenuhi. jadi kesalahan menceritakan di khalayak...apatah lagi berkenaan kerja , bos dll...boleh dikenakan tindakan tata tertib! malah FB akan disiasat sebelum diterima bekerja...so sape yang nak kerja ngan kerajaan nanti...berlapiklah jika meluahkan perasaan tentang boss, agensi dsbnya.
ReplyDeletelagipun, pengalaman akak lah...bila tulis kemarahan mmglah sedap...kata2 pun pedas tapi lepas tuh rasa menyesal pulak..dan rasa bersalah kerana membuka aib orang lain...