Sunday, September 4, 2011

PULANG?

Mimpi malam tadi amat mengerikan. Amat menyedihkan. Meminta tangguh dari Allah. Memohon agar ianya hanyalah mimpi agar masih diberi kesempatan lagi. Sebetulnya dah dua tiga kali mimpikan perkara yang sama. Dan berulang kali juga memohon agar diberi kesempatan. Nampaknya kalini Erisya harus ketepikan emosi dan benar-benar lakukannya demi keikhlasan. Mungkin saja inilah peluang terakhir. Mungkin saja inilah pertemuan terakhir. Sesuatu yang bukan mudah untuk dilakukan jika tidak diluruskan niat.Erisya sendiri tak ngerti kenapa ianya begitu susah untuk dilakukan. Sedangkan dalam hati tiada lagi rasa sakit hati. Tiada lagi rasa dikhianati. Tiada lagi kesedihan.  Malah turut gembira dengan kebahagiaannya disisi keluarga baru meskipun ianya terbina di atas puing-puing hati yang telah berkecai.

Yang dtakdirkan pasti akan berlaku...sekiranya benar segala perasaan telah terkubur...kitalah yang harus meletakkan batu nesannya agar boleh teruskan hidup ini.....tanpa sesal ....segala pujian dan cacian tidak lagi mengundang apa-apa makna sekiranya perjalanan ni diteruskan demi kerana Nya.... Hanya kerana Nya!


3 comments:

  1. As'salam erisya. sy yanti. sy da lama ikot blog erisya ni. mama saya pon tinggal d bangi. sy rasa saya perlu berkawan dgn ersiya sb setiap kali baca blog erisya hati sy tenang dan sy belajar bersyukur. sb sy slalu rasa sy ni insan yg malang tp bila baca blog erisya rupanya erisya dah hadapi mcm2 dugaan namun erisha tetap tabah malah hepy je. kebetulan mama sy pon tinggal d bangi. fasa 2. sy suka baca blog erisha sb banyak amalan yg boleh sy pelajari dan amalkan. insyaallah klu ada masa dan klu erisya sudi sy nak jumpa erisya. manataw boleh jd sahabat. kata org klu kita nak jd baik kena mula dgn mncari sahabat yg baik. yg mana dpt membimbing kita ke arah yg betul. klu erisya ada fb boleh la add sy...sy pon ada blog. http://mummylululala.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. mimpi selalunya mainan tidor. jangan terlampau dibawa oleh mimpi. sebaik2 mimpi adalah tidor yg disertakan air sembahyang. wallua'lam.......

    p/s: still waiting for ur comment

    ReplyDelete
  3. salaam mummy lululala....

    TK sudi hulurkan salam persahabtan. nanti erisya masuk blog mummyLL pula. wahhh kita berjiran rupanya .bolehlah kita rapatkan persahabatan kita ni..harap2nye mimpi tuh mainan tidur.bagaimanapun erisya dah tunaikan janji erisya dalam mimpi tuh..alhamdulillah.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah