Teman 1
Dia dan teman lelaki saling cinta...benar-benar cinta andai hadiah mahal menjadi neraca ...namun tidak cukup cinta untuk meninggalkan negeri masing-masing demi penyatuan cinta...
Benarkah cinta itu perlukan pengorbanan?
Teman 2
Dia amat cinta pada suami. Sanggup tinggalkan segala untuk tinggal bersama suami dan menjaga mertua di negara asing. Selepas 20 tahun, dia terpaksa membuat pilihan yang sukar. Akhirnya memilih untuk menjaga ibu yang sakit di tanah air sendiri. Kini bersendiri tanpa siapa-siapa.
Si suami:
tanggungjawab sebagai anak lelaki vs isteri
Si isteri:
tanggungjawab sebagai isteri vs ibu yang melahirkan
Siapakah yang lebih berhak ke atas seorang isteri...suami atau ibu?
Teman 3
Dia enggan terima cinta suami telah beralih arah. Ditinggal tanpa kata. Kes di mahkamah syariah selalu tertangguh tanpa kehadiran suami. Tertanya2 status diri. Hati masih mengharapkan sebuah kepulangan...enggan tinggalkan rumah yang sarat dengan kenangan indah masa lalu.
Itukah cinta ... diri tersiksa atas nama setia ?
