Friday, September 30, 2011

DOA dan REZEKI

"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan ingatlah sesiapa yang berserah diri bulat-bulat pada Allah maka cukuplah Allah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)"
-S.at-Taalaq: 2-3-

"Sesungguhnya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (rasul Kami) lalu Kami timpakan azab siksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan"
-S.al-A'raaf: 96-

Di antara syarat murah rezeki adalah bertaqwa kepada Allah.
a) Banyakkan beristighfar
b) Banyakkan berdoa
c) Pastikan rezeki bukan sumber yang haram (sebagai contoh tiada unsur riba).

Berdoa? pasti ada yang  seperti Erisya dulu....merasakan penat berdoa. Lelah kerana terlalu mengharapkan agar doa dikabulkan sepantas kilat....Menghitung doa yang tak kesampaian. Sedangkan Erisya  terlupa menghitung berapakah kurniaan-Nya meskipun tidak dipinta. Pernahkah Erisya meminta oksigen? Pernahkah bersyukur kerana masih bernafas tiap kali bangun tidur? Berapa kalikah Erisya tunaikan solat tepat pada waktunya......Apa pernah Erisya sengaja melambat-lambatkan solat hingga ke hujung waktu.  Tiap kali solat berapa lama Erisya luangkan masa untuk bersama-Nya? 5 minit? 10 minit? wahhh panjang tuh! Katalah 10 minit di darab 5 ...maka dalam 24 jam masa yang Allah berikan, Erisya telah luangkan masa bersama-Nya selama 50 minit...tak sampai sejam pun. Dan Erisya  masih bertanya pada Allah...kenapa doa lambat kabulkan..sedangkan seharusnya Erisya tanyakan "layakkah... wahai diri?"

Ingatkah wahai diri; Allah kabulkan doa melalu 3 cara:


1) Allah kabulkan doa yang kita minta sebelum kita menutup mata.
2) Allah kabulkan doa di akhirat nanti
3) Allah gantikan dia kita dengan yang lebih baik .....misalnya selamatkan kita dari musibah atau kecelakaan.


Sesungguhnya janji Allah adalah benar...



Tuesday, September 27, 2011

THE BLIND GIRL

There was a blind girl who hated herself because she was blind.
She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her.
She told her boyfriend, "If I could only see the world, I will marry you."


One day, someone donated a pair of eyes to her. When the bandages came off, she was able to see everything, including her boyfriend.


He asked her, "Now you can see the world, will you marry me?"


The girl looked at her boyfriend and saw he was blind. The sight of his closed eyelids shocked her. She hadn't expected that. The thought of looking at them at the rest of her life led her to refuse to marry him.


Her boyfriend left her in tears and days later wrote a note to her saying: "Take good care of your eyes,
my dear, for before they were yours, they were mine".





p/s: thanks Anslah...for the good advice. Always  remember who we were and who is always there for us....

JANGAN BERKIRA...


"WAHAI BILAL BERINFAKLAH! JANGAN TAKUT KEKURANGAN 
DARI ZAT YANG MEMPUNYAI LANGIT"

AL-Albani mensahihkannya dalam Shahih Al-Jami' (1612)

"BERINFAKLAH DAN JANGANLAH KAMU 
MENGHITUNG-HITUNG HARTA-MU;
KARENA ALLAH AKAN MENGHITUNG-HITUNG
REZEKI-NYA UNTUKMU.
DAN JANGANLAH KAMU BAKHIL DENGAN HARTAMU,
KARENA ALLAH JUGA AKAN BAKHIL KEPADAMU"

H.R.AL-Bukhari (2402)





Dah jadi tabiat...tiap kali membuka purse pasti mencari-cari duit RM1 sebelum menderma...sehabis tinggipun RM10. Seolah-olah RM50 tidak laku untuk diderma...sedangkan mulut menyatakan yakin bahawa setiap derma akan mendapat keuntungan berlipat kali ganda dari Allah Taala....Setiap sedekah yang diberikan akan sampai ke tangan-Nya sebelum ianya sampai di tangan penerima. Namun ntah kenapa jari ini tidak mahu menurut arahan agar memilih ajer wang yang ada tanpa mengira apa warnanya.....Dalam hati masih terdetik....duitku tak cukup untuk memberi lebih.....Hmm...betapa sukarnya mendidik hati ini...

Sunday, September 25, 2011

PETUA BATU HEMPEDU DAN HATI

Minggu lepas dapat panggilan. Rupanya ramai yang dah alami penyakit batu hempedu ni. Kebetulan Erisya dah lama simpan resipi ini ..maka Erisya nak berkongsi dengan sesiapa yang memerlukan. Sejujurnya Erisya sendiri tak pernah mencubanya kerana tidak mempunyai penyakit ini. Namun, orang yang menceritakannya telah menunjukkan foto batu yang telah berjaya dikeluarkannya. Malangnya Erisya tak tahu cara nak upload foto tuh kat sini sebab bukan jpg.

Selamat mencuba dan....Semoga lekas sembuh!


Cara Pembuangan Batu Karang Di Hati & Hempedu:
1.   Puasa selepas pukul 4pm
2.   6pm Minum EPSOM SALT (1 sudu the+air suam) untuk buang
      najis.
3.   8pm Minum EPSOM SALT lagi
4.   10pm minum campuran 125ml Monavie+ 125ml Minyak Zaitun
      (cool pressed)
5.   6am pagi esok minum EPSOM SALT lagi.
6.   8am minum EPSOM SALT lagi.
7.   Tunggu buang najis



Friday, September 23, 2011

SATU vs DUA

Bohonglah jika Erisya tak marah. Tak kecewa bila kehilangan dua orang yang paling erisya percayai. Namun, kekeciwaan tuh tertebus dengan dua berita gembira. Pertama rumah yang Erisya beli telah siap sepenuhnya. Kedua meraikan konvokesyen. Ya, setiap pintu yang tertutup, akan terbuka dua lagi pintu. Sebagaimana tertutup satu-satunya pintu rezeki yang menghubungkan ibu dan bayi; tali pusat ...lantas terbuka pula dua pintu rezeki  yang lain iaitu payudara ibu.

Jangan digusarkan pintu yang tertutup. Sebaliknya mata harus dibuka luas untuk mencari dua pintu yang telah dibuka untuk kita. Bagi Erisya, setiap kali diuji, Erisya akan menangis..benar2 menangis sepuas hati. Munajat minta kekuatan dari Yang Maha Kuat. Luahkan sedih, marah, sebal. Namun ada time framenya. Berilah masa untuk keluarkan apa yang terbuku di hati bersama air mata ..seminggu, sebulan....paling lama adalah 3 bulan. Kemudian kesat air mata dan bangun semula! Jangan diingat pintu yang telah tertutup itu...sudah tiba masa untuk mencari dua pintu baru yang dibuka oleh Maha Pencipta.

Tiada siapa yang selamanya susah. Akan tiba masanya, kita  mampu ketawa bila mengimbas semula zaman susah kita dulu. Semasa Erisya menyusuri kampus malam  tadi, Erisya terpegun dengan keindahan malam yang meraikan konvokesyen yang akan berlangsung. Anehnya Erisya tidak ingat langsung kemeriahan konvokesyen Erisya yang pertama dulu. Yang Erisya ingat, masa tuh Erisya keseorangan. Tiada siapa untuk berkongsi kegembiraan. Sebagaimana Erisya keseorangan ketika mendaftar diri di sekolah rendah dulu...begitulah juga Erisya berseorangan di hari konvokesyen yang pertama. Namun kini, Allah telah memberi peluang Erisya menebus kesedihan dahulu.

Kali ini, Erisya tidak lagi seorang diri di hari konvokesyen...Allah telah memberi peluang kedua.

      Syukur di atas ni'mat-Mu, ya Allah!

Thursday, September 22, 2011

TERUJA

Alhamdulillah...pagi tadi barulah rasa teruja nak konvo. Kalau tak, rasa biasa jer...tanpa perasaan. Gembira lihat wajah ceria para graduan. Maklum selepas lama bertungkus lama akhirmya ijazah dalam genggaman. Bagi Erisya meskipun ianya tidak membuahkan apa2...baik kenaikan pangkat atau kenaikan gaji, namun tetap rasa puas dengan pencapaian diri. Biarlah majikan tidak memberi insentif...Erisya tetap hargai pengalaman dan pengajaran yang dipelajari. Menghargai erti kepayahan dan kesabaran, hargai sokongan insan2 tersayang baik keluarga, kawan2 mahupun supervisor. Tanpa sokongan mereka, rasanya dah lama Erisya berputus asa....bukan sedikit rakan sekerja yang terkandas. Kenapa? Supervisor yang telalu sibuk, masalah sampel, tiada sokongan pihak majikan dll.

Erisya amat faham perasaan mereka....kerana pernah berada di tempat yang sama. Pihak pengurusan hanya mencari kesalahan namun bila minta bantuan....apa pun tak de. Cakap kosong. Sedangkan satu-satunya bantuan yang Erisya pinta adalah tandatangan untuk sahkan Erisya kaki tangan kerajaan bagi mengambil sampel di luar negara....surat telah Erisya sediakan dan cetak...cuma tandatangan saja! Tak minta duit sesen pun duit  jabatan. Semuanya ditanggung oleh geran universiti. Akibatnya Erisya terpaksa menukar tajuk projek dan bermula dari bawah...mencari sampel haiwan yang baru! Dah lah terpaksa extend, pihak universiti pula tak bertolak ansur beri diskaun yuran pengajian walaupun Erisya tidak menggunakan makmal. Surat rayuan dibakulsampahkan. Bayanglah teman di universiti lain hanya membayar RM350 setahun tapi Erisya bayar RM1500 ! Beza harga yang amat tinggi. Syukur ada wang EPF...lepas lah bayaran yuran pengajian.

Pengajaran, berhati2lah memilih universiti dan supervisor. Pastikan juga sampel yang kita perlukan mudah diperolehi. Jangan jadi seperti Erisya meskipun CGPA melayakkan Erisya convert kepada PhD namun masalah data keputuan penyelidikan yang tidak cukup membuatkan tidak layak memohon pertukaran. Betul2 study program pengajian yang ditawarkan, bertemu bakal spervisor berulang kali sebelum daftar...pastikan mereka adalah pakar dalam bidang yang ingin kita dalami..apakah mereka mempunyai dana yang mencukupi dsbnya. Jika diteliti semua rakan-rakan Erisya yang tewas adalah pelajar universiti dan supervisor yang sama! Bukan suatu kebetulan yang aneh.

Buat adik2 yang konvo sama..Tahniah! inilah masanya kalian tuai apa yang telah disemai bertahun2....semoga kalian dapat pekerjaan yang diidamkan!

Tuesday, September 20, 2011

PULANG LAGI

Wiken baru ni Erisya pulang lagi ke kampung. Kali ini menghadiri majlis pertunangan adik sepupu. Majlis Pertunangan merangkap Rumah Terbuka. Menu? Nasi ayam, satay, lemang dan rendang serta kambing panggang.

Pulang dari majlis Erisya sekeluarga menziarahi Mak Itam. Sedih..matanya mulai kabur...telinga juga dah mula tak dengar. Meskipun Mak Itam dah jadi pelupa namun Mak Itam masih  kenal Erisya sekeluarga!

Sesuatu yang 'menarik'...cucu-cucu Mak Itam tidak lagi bertutur 'cakap dagang' meskipun sedari kecil diajar bahasa ibunda kami iaitu Bahasa Rao. Malah bahasa Kelantan (sebelah ayah) juga tiada dalam kamus hati mereka. Mereka lebih senang bertutur dalam Bahasa Malaysia. Teringat ketika berada di Okinawa...rata-rata anak muda pulau itu lupa bahasa ibunda..lebih mahir bertutus Bahasa Jepun. Nampaknya Japanisation telah berjaya! Hmm..bagaimana pula di Malaysia? Hanya orang Melayu kah yang lupa bahasa suku mereka? Bagaimana dengan kaum China dan India? Masih perlukah sekolah bahasa Tamil dan Mandarin ketika konsep 1 Malaysia dilaung-laungkan?

Erisya? Sejujurnya Erisya juga tidak boleh bertutur bahasa Rao. Maklum dibesarkan oleh nenek sebelah ibu yang berdarah Aceh. Hmm...bahasa Aceh juga Erisya tak faham. Sesuatu yang amat menyedihkan bagi Erisya. Kini anak Erisya juga lebih senang bertutur Bahasa Malaysia...'cakap KL'. Cakap Penang pun dah tak betul...jadi bahan ketawa kami sekeluarga!

Berbalik pada kisah Mak Itam...rupanya ada sesuatu yang berbuku di hatinya. Dah 4 tahun tidak bertemu dengan cucunya Muhammad Afiq. Masih ingat si kecil yang pernah Erisya cerita dulu? Si kecil yang kehilangan ibunya ketika berusia 4 tahun. Si kecil yang menangis-nangis kejutkan ibunya agar bangun dari mati. Si kecil yang pulang ke kampung dan mencari-cari ibunya di semua bilik kerana menyangka ibunya disorok opah!

Sayu hati Erisya melihat air mata Mak Itam. Cucu kini berusi 14 tahun. Namun telah berpindah jauh selepas ayahnya bernikah sekali lagi. Kali terakhir Erisya dengar Afiq telah berpindah bersama ibu tiri ke Kulim Kedah. Kejadian ini membuatkan Erisya tertanya-tanya...salahkah kami kebumikan ibunya di Pulau Pinang...di depan rumah ibu ayahnya ..dan bukan di tanah kelahiran ibunya di Tapah? Sekiranya dikebumikan di Tapah pastilah Mak Itam dapat bertemu cucunya tiap kali Afiq ziarah kuburan ibunya tiap kali raya. Hmmm...ntahlah. Mungkin ada baiknya jika aruah dikebumikan di tanah kelahirannya...setidak2nya tidaklah Mak Itam berendam air mata. Selaku orang yang telah memujuk Mak Itam agar merelakan jasad anaknya dikebumikan di Pulau Pinang..Erisya rasa amat bersalah dan ingin sekali pertemukan Mak Itam dengan cucunya semula...

Tapi di manakah harus Erisya bermula?

Thursday, September 15, 2011

PENGAJARAN BARU

Alhamdulillah...hari ini mendapat pengajaran baru. Tanpa disengaja ianya keluar dari mulutnya sendiri. Dimana perkhabaran dusta telah disampaikannya pada KP. Kata dusta itu pula lahir dari mulut teman Erisya sendiri. Aneh bukan...kedua-duanya adalah teman yang makan bersama Erisya setiap hari! Yang menyatakan rindu tiap kali Erisya bercuti.

Erisya pun heran camner  tetiba saja lidahnya membuat pengakuan...pengakuan berani mati yang telah membunuh sebuah persahabatan.  Nasib baik lah masa tuh tak de panah petir guruh berdentum macam citer Hindi....maklum...terkejut! Wajahnya berubah ketika Erisya terangkan perkara sebenar bersaksikan nama Allah Yang Maha Melihat. Namun apalah gunanya Erisya clarify lagi sedangkan ianya telah sampai ke telinga KP. Nampaknya kata-kata seorang lagi tuh lebih dipercayai...tak pe lah. They deserve each other.

Anehnya Erisya tak rasa sedih langsung dengan kehilangan ini...cuma rasa diri ini dikhianati.  Hmm...apa-apapun syukurlah Allah membongkarnya melalui lidahnya sendiri...andaikata ada orang yang menyampaikannya pasti Erisya takkan percaya...tak mungkin percaya.

Alhamdulillah...syukur kerana selepas ini Allah pasti akan menghantar dua orang sahabat lain yang lebih baik sebagai ganti....hmmm mungkinkah yang berada di depan komputer ni ?


p/s:
 "BUKANLAH ORANG YANG KUAT ITU YANG PANDAI BERGUSTI TETAPI ORANG YANG KUAT ITU YANG (MAMPU) MENGENDALIKAN NAFSUNYA KETIKA MARAH"
H.R.Bukhari dan Muslim


Semoga Erisya akan terus kuat...

Tuesday, September 13, 2011

KEPULANGAN

Sabtu baru ni, Erisya benar-benar pulang...seperti yang dijanjikan dalam mimpi dulu. Semasa membuka langkah ke sana...Erisya berusaha luruskan niat...biar apapun yang berlaku Erisya terus melangkah.

Pada hari pertama Erisya gagal bertemu. Panggilan telefon tidak berjawab. Kekeciwaan hati terubat bila Erisya telah berjaya menjual 10 kotak Monavie pada hari pertama! Tanpa di duga sambil beraya dapat rezeki! Subhanallah....dengan hanya niat walaupun belum ketemu, Allah telah beri imbalannya! Alhamdulillah...alhamdulillah alhamdulillah. Hanya itu yang mampu Erisya katakan.

Sebelum kami pulang ke Bangi barulah kami berpeluang bertemu. Banyak bercerita kisah dulu-dulu....rupanya  nama Erisya masih terlekat jauh di sudut hatinya...terasa diri ini masih disayangi. Pertemuan ini telah leburkan rajuk yang lama.Dah lama kami tak berbual begini. Biasanya tiap kali pertemuan perbualan kami lebih formal. Dan tiba-tiba sahaja Erisya ingin kami tinggal bersama....melampaukah permintaan ini? Kerana sekiranya terlaksana, mahligai yang dibinanya akan hancur. Hmmm....Erisya tak berani...benar-benar tak berani membuat permintaan ini. Hanya boleh berdoa agar dirinya dilindungi...dirahmati dan diberi petunjuk dan hidayah agar insaf segala kekhilafan. Diampuni segala dosa sebelum dijemput kembali padaNya.

Ya...tiada lagi berbuku di hati....kalini Erisya benar-benar telah terima segala kekurangannya....sebagaimana Allah terima kekurangan Erisya dan tidak putus memberi keampunan tiap kali memohon. Malah memberi rezeki yang tidak di sangka-sangka bila Erisya ingin menghentikan rajuk lama demi kerana Nya.

Kini Erisya rasa lebih tenang...redho dengan apa yang berlaku. Apa yang ditakdirkan pasti akan berlaku. Siapalah kita hendak memprotes? Sedangkan kasih Allah melebihi segala-galanya. Tiap yang berlaku ada hikmahnya..banyak kebaikannya . Yang hanya boleh dilihat sekiranya kita membuka mata.......bersama mata hati!




"Sesiapa yang mendatangi katilnya sambil berniat melakukan solat lail, tetapi dia diserang mengantuk sampai pagi, dia akan mendapat pahala sesuai dengan niatkan" H.R. Al-Bukhari

"... dan tidurnya adalah sedekah baginya dari Tuhannya" H.R. Ibnu Majah

Friday, September 9, 2011

DRAMA KOREA

Malam ni episod terakhir citer "you dont know women"...memang peminat tegar! Kisah isteri yang teraniaya ...akhirnya dapat balasan yang baik....si bekas suami dan keluarganya juga mendapat balasan setimpal. Memang adil!

Bila terlalu banyak menonton drama Korea, Erisya TERperasaan beberapa perkara:

1. Orang Korea suka makan buah-buahan. Adegan berehat bersama keluarga. menonton tv, mentong..pasti ada buah-buahan.Hmm..sebab tu lah agaknya  wajah mereka fresh! Tabiat yang patut dicontohi...kalau malas nak buang kulit...minum jer MonaVie!

2. Orang Korea masih berpegang teguh pada adat resam walaupun  mereka moden. Betullah kata mereka, anak yang baik tidak boleh menjadi suami yang baik! Ibu punya kuasa veto yang mampu menghancurkan rumah tangga anak jika bukan menantu pilihan!

3. Tidak seperti kelaziman  isteri orang Jepun, isteri orang Korea bekerja membantu suami mencari nafkah.

4. Stress jadi menantu orang korea ni terutamanya menantu sulung...Hmm...tingat kat kak Tie.Masa kak Tie menolak lamaran cinta jurutera Korea.....Erisya rasa rugi nya......rupanya sebagai muslim bukan mudah nak suaikan diri dengan budaya Korea..maklumlah... banyak adat yang dilarang dalam Islam seperti sujud di depan mertua dsbnya.

5. Lelaki Korea mudah menangis...hmmmm..betul ka? atau sekadar lakonan semata-mata? Amat berbeza dengan Jepun di mana watak lelaki digambarkan kasar dan keras

6. Masyarakat Korea masih pentingkan latar belakang bakal  menantu ....harta dan wang ringgit menjadi batu pemberat...lebih kaya lebih baik!

7. Masyarakat Korea memandang rendah kepada seorang janda..apatah lagi jika mempunyai anak! Hmm...yang ni Erisya tak boleh nak terima....kenapa harus ada stigma sebegini? Ada dua-tiga drama Korea menunjuk adegan lelaki yang menghina bekas isteri sebagai janda...hellloooo..siapa yang menjadikan isteri menjadi janda? pastuh nak hina-hina pula......hmmm..

8. Kebanyakan citer drama Korea happy ending. Yang jahat pasti dapat balasan. Yang baik pasti dapat imbalan yang sewajarnya. Kisah yang baik untuk menaikkan semangat para wanita yang ditindas oleh suami yang durjana. Tak macam drama siam tuh (lupa tajuk)....Citer tuh kisah lelaki cacat yang kena dera....ingatkan dia akan berjaya menghadapi deraan dan cemuhan orang kampung... penat-penat ikut minggu demi minggu... si hero mati akhirnya!!! Apa lagi...housemate Erisya punya lah menangis ...ingatkan sedih ....rupanya  tangisan sakit hati sebab buang masa ikut citer bodoh  tuh! Apa tak nya dari mula kenal hidup sampai mati...asyik kena buli jer!

9. Wanita amat tabah. Biarpun mendapat tekanan dari suami dan keluarga mertua mereka enggan diceraikan....tetap melayan suami dan keluarga mertua dengan baik....meskipun hidup tak ubah seperti orang gaji di rumah mertua.

10. Tok besan tidak boleh hidup di bawah satu bumbung. .....jika mesra ianya adalah sesuatu yang pelik lagi aneh!

11. Mereka suka berdoa kepada nenek moyang..bukan Tuhan.

12. Watak lelaki tua biasanya jenis yang  banyak beralah dengan isteri...lebih suka mendiamkan diri walau isteri berbuat salah.....demi menjaga keharmonian rumah tangga yang telah terbina bertahun lamanya.....eh...bukan takut bini tau....tapi bini yang tak takut mereka!

13. ...Hmm apa lagi ya? Yang pasti tak sanggup rasanya Erisya  menjadi menantu orang Korea meskipun lelaki sana tampan dan segak bergaya!

Papepun, Erisya suka nonton drama Korea....belajar tentang budaya mereka yang unik dan menarik!Hmm bilakah agaknya Erisya boleh menjejakkan kaki ke sana?



P/S: tak lama lagi drama new story of gisaeng pula akan berakhir.....:(

Tuesday, September 6, 2011

IF


If a picture paints a thousand words,
Then why can't I paint you?
The words will never show the you I've come to know.
If a face could launch a thousand ships,
Then where am I to go?
There's no one home but you,
You're all that's left me too.
And when my love for life is running dry,
You come and pour yourself on me.

If a man could be two places at one time,
I'd be with you.
Tomorrow and today, beside you all the way.
If the world should stop revolving spinning slowly down to die,
I'd spend the end with you.
And when the world was through,
Then one by one the stars would all go out,
Then you and I would simply fly away
 

Tetiba saja teringat lirik lagu ini. Juga pada yang mengirimnya. Sesungguhnya hidup ini sukar ditafsirkan. Sesuatu yang paling kita inginkan dalam hidup kita, namun ternyata ianya tidak ditakdirkan untuk kita. Erisya yakin, setiap kehilangan pasti ada penggantinya...yang lebih baik...meski kita tidak menghargainya kini sehinggalah bila kita sedar yang kita akan kehilangannya.

Bagi yang pernah kehilangan, jangan disesalkan. Setidak-tidaknya, di sudut hati yang paling dalam, kita tahu kita pernah disayangi. Biarpun sesaat..itulah detik paling indah dalam hidup kita.

Sayang , cinta tidak perlu bersyarat. Kita tidak hanya menyayangi untuk disayangi. Kita juga tidak cinta hanya untuk dicintai. Andai kata kita tidak disayangi lagi, andaikata kita tidak dicintai lagi apakah kita harus melupakannya? apakah kita harus berhenti menyayangi? apakah kita harus berhenti mencintai?

Sayangilah, cintailah. Tanpa mengharapkan balasan. Unconditional love. Tak perlu menyimpan dendam atau sakit hati. Tak siapa dapat menahan bila perasaan kita berubah. Yang telah ditakdirkan pasti berlaku. Mengingatkan diri ....betapa kerdilnya kita sebagai manusia. 



p/s: Wajah kita lebih cantik jika senyum berbanding menangis....ceria-ceria selalu agar sentiasa cantik ;)

Sunday, September 4, 2011

PULANG?

Mimpi malam tadi amat mengerikan. Amat menyedihkan. Meminta tangguh dari Allah. Memohon agar ianya hanyalah mimpi agar masih diberi kesempatan lagi. Sebetulnya dah dua tiga kali mimpikan perkara yang sama. Dan berulang kali juga memohon agar diberi kesempatan. Nampaknya kalini Erisya harus ketepikan emosi dan benar-benar lakukannya demi keikhlasan. Mungkin saja inilah peluang terakhir. Mungkin saja inilah pertemuan terakhir. Sesuatu yang bukan mudah untuk dilakukan jika tidak diluruskan niat.Erisya sendiri tak ngerti kenapa ianya begitu susah untuk dilakukan. Sedangkan dalam hati tiada lagi rasa sakit hati. Tiada lagi rasa dikhianati. Tiada lagi kesedihan.  Malah turut gembira dengan kebahagiaannya disisi keluarga baru meskipun ianya terbina di atas puing-puing hati yang telah berkecai.

Yang dtakdirkan pasti akan berlaku...sekiranya benar segala perasaan telah terkubur...kitalah yang harus meletakkan batu nesannya agar boleh teruskan hidup ini.....tanpa sesal ....segala pujian dan cacian tidak lagi mengundang apa-apa makna sekiranya perjalanan ni diteruskan demi kerana Nya.... Hanya kerana Nya!