Friday, April 24, 2009

KENAPA TAK TENTERAM

Sekumpulan bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Sudah semestinya kunjungan tersebut menggembirakan si pensyarah...mereka berbual mesra...dari kejayaan karier msing-masing hinggalah yang bersangkutan dengan kisah peribadi....masalah keluarga, masalah ofis, masalah sekitaran dan macam-macam lagi masalah biasa bagi yang bergelar manusia. Pensyarah itu hanya tersenyum dan menghidangkan minuman....anehnya..ada pelbagai warna dan jenis cawan...bak kata orang pompuan..tak matching langsung!Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah.

Maka masing2 memilih cawan kesukaan....maklum, masing2 ada taste yang tersendiri. Kemudian, pensyarah berkata : "Yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! Kamu senua dah pilih cawan yang mahal dan cantik. Sudah menajdi lumrah kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!Sedangkan apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!"

Bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain.. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan 'keseronokan' atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak 'komplen' dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah 'kematian' itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak."Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan Yang Maha Pencipta.

(dipetik dari emel yang dihantar oleh adik bongsu)



p/s: Dalam dunia yang hitam putih...hati tetap berwarna-warni!


Wednesday, April 22, 2009

BERTUGAS SEMULA

Sejak pulang dari Perlis tempohari, arinilah hari pertama erisya bertugas semula. Tadi ramai yang bertanya khabar ...maklum dua minggu tak nampak batang hidung....pada yang bertanya erisya jawab, " pergi London" dengan senyum gembira.....alahh saja jer gurau....pastinya mereka tahu erisya bertapa di hospital! Hmm..rasa gembira bila dapat kembali bertugas...maklum ramai pulak yang rindu...terutama boss! Syukur di saat ditimpa musibah boss erisya...baik Ketua Unit mahupun Ketua Seksyen amat memahami.....malah menelefon memberikan petua agar suami lekas sembuh.

Teman2 baik juga ada yang terkilan ....kerana semasa suami sakit erisya tidak menelefon mereka meminta bantuan....maklum semua dah tahu lesen memandu erisya ni hanya hiasan dalam dompet.....malah ngambil lesen pun kerana dipaksa oleh boss! Pejam celik dah 15 tahun erisya simpan lesen memandu....ish! lama tuh! ahli JPJ yang setia....saban tahun perbaharui lesen...

Tiga hari yang pertama suami tak leh bangun langsung. Cirit-birit dan muntah....selepas ke klinik ada perubahan sikit ....akhirnya bila erisya nampak suami naik ruam, erisya pun mendesak suami agar ke hospital swasta....namun doktor tu tak check apapun....hatta tekanan darah sekalipun! dia hanya busy membetul2kan tali leher jer...ish! suami pun naik sebal melihat gelagatnya....Akhirnya suami diberi ubat cirit-birit saja. Lepas makan ubat tuh suami sembelit ....aikk dah bertukar lak! Walau dah boleh berjalan namun suami masih tak boleh bersolat cara normal...menurutnya kepala masih pening dan sakit. Tak selera makan dan lebih banyak berdiam diri. Yang lebih merisaukan, suami tak mahu jauhkan pandangan dari erisya........malah bila erisya taip tugasan di luar kamar suami melarang erisya menutup pintu...nak lihat erisya katanya....ish! suspens lak.....maklum, erisya baru sahaja terima berita pemergian rakan sekerja ke rahmatullah (Erisya pernah citer tentang aruah yang mendapat kanser paru2 dan tulang dalam n3 sebelum ni).

Atas desakan sahabat tersayang , Dr Y yang kebetulan berada di sini, erisya dan suami ke hospital yang sama pada 12 malam tepat. Kalini erisya pastikan tidak bertemu dr yang sama lagi ketika membuat pendaftaran. Syukur, Dr dari Myanmar yang bertugas malam tuh. Kalini, dia benar2 memeriksa suami....dan keputusan ujian darah benar2 memeranjatkan...platlet suami 14! Kami berdua terpaksa menginap di hospital pada malam tuh juga.

Di hospital, ketika lihat wajah lesu suami , erisya tertanya2 dalam hati. Bilakah kali terakhir erisya melihat wajah suami yang sedang lena....hmmm.....(sejak bergelar pelajar, erisya banyak luangkan masa mengadap komputer pada waktu malam....adakalanya erisya dikejutkan dengan laungan bilal mengajak insan solat subuh! ) Sejak detik itu... erisya lebih senang mematikan telefon bimbit. Kalini, erisya ingin luangkan masa bersama suami tanpa gangguan sesiapa. Sesuatu yang aneh...selama ini erisya merasakan tak selesa tanpa hp.....rupa2nya hidup lebih aman tanpa kehadirannya! Masa yang ada , erisya peruntukkan buat suami dan Tuhan. Ketika itu erisya hanya berserah 100% kepada Allah swt . Ingin bersamaNya di saat itu....no...not seeking for answers .....just for comfort. Ketika itu, tiada lain yang erisya hargai kecuali ketenangan. Betul..erisya benar2 tenang ketika itu. Semua doa erisya dikabulkan ..Rupanya bila kita serahkan 100% padaNya..tanpa bergantung harap pada mana2 manusia...segalanya Allah permudahkan! Dulu, tiap kali keresahan erisya lebih senang berkongsi rasa dengan sahabat baik erisya....sampai bil tel mencecah RM500....namun sejak dikhianati, erisya lebih suka bercerita pada Tuhan....bukan tak teringin nak meluahkan kesedihan dalam teman2 di sini seperti blogger lain.....tapi ntah kenapa....erisya tak mampu nak menulis walau sepatah kata!

Alhamdulillah kini suami dah sihat....namun yang buat erisya rasa lebih gembira lagi adalah keprihatinan semua adik-adik, rakan sekerja, bosses serta sahabat2 ....terutama adik bongsu erisya .....berulangkali nak tolong bayarkan bil hospital! Ish! tak tergamak erisya nak ambil duitnya...bukan ratusan tapi ribu! Allah tak uji kesihatan suami disaat kami kesempitan wang.....syukur!

p/s:

Antara petua demam denggi yang diberi adalah:

1) Minum air gamat
2)minum sup ketam (tapi erisya tak rekomen sebab masa anak demam denggi dulu...habis badannya gatal2....fening bila dia minta garukan tapak kaki!)
3)minum 1 gelas air rebusan pucuk betik (platlet darah anak kembali normal lepas sekali minum saja!)
4)minum satu sudu besar air perahan daun betik (jgn dicamput air biasa. Cuma tumbuk daun dan perah airnya...platlet darah suami jadi normal lepas sekali minum aje)

Alhamdulillah....tidak Allah berikan penyakit melainkan ada penawarnya!

p/s lagi : Dr Y, Walau kita jarang berSMSan....namun kita saling mengingati.....serta saling mendoakan....ikatan persahabatan kita bukan sekadar luahan kata2 semata tapi kukuh dengan tali Yang Maha Esa....
terima kasih kerana memahami ...terimakasih kerana mendoakan...terima kasih kerana memberikan petua...memang mujarab!

Buat adik pula...makasih kerna tidak berkecil hati ....kak tahu adik sedih....makasih sekali lagi...kerna memahami...saaaaayanggggg adik!


Wednesday, April 8, 2009

SILAP MAKAN

Dalam teksi erisya tanya pada pemandu, makanan apa yang terkenal di situ. Pemandu tersebut rekomen makanan hailam. hahhh ? halal kah? Menurut pemandu tuh, ramai orang Melayu makan di situ. Hmmmm...bolehkah itu dijadikan sandaran? Tak semestinya pandangan majoriti adalah betul. Jujur, erisya tak berani makan di situ...dan kebetulan pula restoran hailam ditutup pada hari tuh...jadi erisya tak dapat lihat sendiri sejauh mana sambutan masyarakat Melayu.

Bila dengar kata2 " sape kata Melayu tak makan babi?" Ramai yang menjuih. Marah kerana tidak sensitif dengan perasaan Melayu. Hmmm...tapi ada benarnya juga ...hanya orang Muslim tak makan babi....Melayu? ramai yang dah tak kisah. Dulu pernah pakcik bercerita. Dia suka makan char koay teow masakan Cina. Kedai tuh kedai lama....dah 20 tahun dia makan di situ ketika berulang-alik dari KL ke Ipoh. Yakin halal kerana ramai orang Melayu makan di situ. Pak Haji pun ada.

Suatu hari, pakcik masuk ke dapur. Nak lihat sendiri rahsia keenakan char koay teow. Pakcik nampak temannya itu pegang botol kecil ada bahan berwarna putih di dalamnya. Dengan gembira (sebab dah tahu rahsia) pakcik tanya apa benda yang dipegang tuh. Temannya jawab, " sape kata Melayu tak makan babi?" Berderau darah pakcik. Tetiba jer tengkuknya kembang. Loya. Mual. Baru dia tahu rahsia kenakan char koay teow tuh....rupanya lemak babi (lard)...patutlah lemak secukup rasa!

Sejak tuh pakcik tak singgah lagi ke kedai itu. Biarlah. Walau ada rasa rindu nak menjamah char koay teow kegemarannya itu. Terbuku di hati...rupanya selama ini dia makan makanan haram....selama 20 tahun!

Cerita pakcik membuat erisya lebih berhati2. Pastikan ada logo halal. Walau pun meletakkan logo halal bukan mandatori....hanya voluntary namun seboleh mungkin erisya mencari logo tersebut. Misalnya makanan segara...bukan semua outletnya ada logo halal. Tak semestinya jika outlet di KL halal maka di tempat lain juga halal. Pada anak erisya juga berpesan, nampak penjual bertudung tak semestinya halal...maklum rata2 adalah pekerja Indonesia. Sebagai pekerja yang baik, mereka tak kisah memegang atau memegang daging babi jika itu yang diarah oleh majikan.

Dulu erisya pernah makan chicken puff di kedai roti cina. Erisya sangka halal kerana ada logo halal...namun bila diamati, rupanya logo itu hanya untuk roti sahaja...tak termasuk makanan lainnya. Tapi pengalaman ini tak sedahsyat teman yang belajar di Jakarta dulu. Oleh kerana sibuk kuliah, teman dan rakan serumah sepakat menggaji pembantu untuk mengemas rumah dan memasak. Suatu hari, jiran sebelah bertanya adakah teman erisya Muslim. Pecahlah rahsia rupanya selama ini pembantu tersebut masak daging babi kerana dia bukan Muslim! Ketika ditanya teman erisya menjawab, " sedap gak!"




Tuesday, April 7, 2009

SEHARI DI KANGAR

Erisya baru pulang dari Kangar, Perlis. Syukur, perasaan resah sebelum ke sana tidak berasas sama sekali. Resah kerana pergi ke sana tanpa ditemani suami. Hmmm...boss kata pasti suami amat menyintai erisya kerana selalu menghantar erisya bertugas di luar kawasan. Hmm..suami mana yang tak sayangkan isteri, tak gitu?

Asalnya suami nak pergi bersama...maklum, dah lama erisya tak ke sana. Dah lupa lokasi tempat yang hendak dituju dsbnya. Tapi saat akhir terpaksa batalkan sebab kesian ngan seseorang tuh. Erisya cuma menyerahkan diri pada Nya agar dipermudahkan segala urusan sebagaimana suami mudahkan urusan insan tersebut.

Perjalanan ke sana selesa, alhamdulillah. Erisya tak naik flight walau ada yang berjanji nak ambil di airport (Kepala Batas...jauh tuh!)...malas nak nyusahkan sesiapa! Erisya tiba di Kangar tepat jam 7 malam...bas berhenti betul2 di depan tempat makan! Syukur dapat mengisi perut sebelum mencari hotel. Di situ erisya terpandang seorang lelaki tua yang putih rambut dan janggutnya. Meskipun rambut bertukar warna namun beliau kelihatan sihat dan kuat! erisya suka melihat wajah tenangnya. Tuan kedai tuh memanggilnya tok wan....hmmm....regular customer nampaknya. Ketika pulang, tok wan mengejutkan erisya...tok wan membayar RM10 dan beberapa keping duit RM1 untuk minuman dan sepinggan nasi goreng kampung! Sesuatu yang aneh pada hemat erisya. Kemudian tuan kedai tuh bercerita pada erisya...tok wan tuh mencari nafkah dengan menjual akar kayu hutan. Dulu, tuan kedai tuh selalu memberinya makan secara percuma sebab kesian tok wan tak ada rumah. Tapi bila ada duit, tok wan selalu membayarnya dengan harga yang lebih! Jika dipulangkan wang baki tok wan akan marah!

Pada keesokannya harinya, semasa lunch break, en S tunaikan janjinya membawa erisya makan laksa kuala perlis...iaitu laksa kak su . Kedainya di belakang bangunan Maybank di Kuala Perlis (tak jauh dari jeti)....Memang sedap....tanpa rasa malu erisya habiskan semua kuah! Erisya makan pulut udang bersama laksa....ish! teringat2 sampai kini....sedap! Lepas makan en S singgah beli buah harumanis untuk erisya bawa pulang. urrrggghhhh dulu dalam telefon erisya yang gatal mulut beritahu suka laksa dan harumanis! (Hmmmm......tu yang suami marah tuh....terlebih peramah!).

Oleh kerana tiada bas, en S menghantar erisya ke Alor Setar selepas menelepon isteri memberitahu bahawa beliau pulang lewat kerana menghantar erisya (siap sebut nama penuh erisya pada isteri! ). Bagaikan tak percaya en S temankan erisya hingga bas datang. Ketika tuh erisya teramat lapar...tapi tak berani nak ajak beliau makan takut nanti en S nak belanja lagi! Seperti mana2 lelaki yang gentleman en S tak suka dibelanja pompuan! Sebelum pulang, sempat erisya sampaikan pesan suami agar menjemput en S sekeluarga ke rumah....dan en S juga berpesan, jika ke Kangar atau Alor Setar lagi , beritahu sebab beliau nak beri buah harumanis lagi (kerana dua minggu lagi baru musim).

Jujur erisya terharu dengan kebaikan en S. Hmm....teringat dulu masa zaman anak dara trang tang tang. erisya ke Kangar. Temani kawan yang nak cari rumah sewa di sana. Hingga maghrib kami gagal jumpa sebarang rumah sewa. Nak tidur mana malam tuh? Akhirnya kami mengetuk2 pintu sebuah rumah. Syukur tuan rumah sudi tumpangkan kami tidur.....bukan tu saja..siap bawa kami jalan2 ke pasar malam!Hmmm..erisya lupa nama abang tuh ...tapi nama isterinya adalah cikgu Aishah. Erisya tahu sebab jirannya bertanya pada erisya..." adik cikgu Aisyah ka? Mirip wajah cikgu Aisyah masa muda dulu". ...Suatu kebetulan yang menarik. Apapun, semoga cikgu Aisyah sekeluarga terus dirahmati Allah swt. Malang sekali lepas tuh kami dah terputus hubungan. Bagaimanapun,budi yang baik kanterus dikenang...selagi hayat dikandung badan.

p/s: dalam perjalanan ke Perlis , sempat khatam baca buku kisah cinta sejati Khadijah....antara doa rasulullah saw di dalamnya adalah:

"YA ALLAH , JAUHKANLAH KUDARI KEBURUKAN DIRI SENDIRI DAN BERIKU KEMAMPUAN MEMILIH YANG TERBAIK DALAM URUSANKU. YA ALLAH, AMPUNILAH DOSA-DOSA YANG KULAKUKAN SECARA SEMBUNYI2 MAHUPUN YANG TERANG-TERANGAN, DOSA-DOSA YANG KUSENGAJA MAHUPUN YANG TIDAKKU SENGAJA, SERTA DOSA2 YANG TIDAK KUKETAHUI."

Friday, April 3, 2009

DEKAT PADA MU

Hari ini, julung2 kalinya agensi kami sambut maulidurrasul. Pertama kali juga erisya hadiri ceramah Dr Robiah K.H. Tadi beliau sempat bercerita tentang kisah Abu Bakar yang amat menyintai rasulullah saw. Tanda cinta? Mengikut syariatnya 100 % . Bukan sekadar serpihan...memilih yang mana sesuai dengan jiwa saja. Umpama membaca al Quran pada surah tertentu ajer...malah al Quran telah menjadi asing buat kita...bukan lagi surat cinta dari Allah. Asing? Hmm...sekiranya al Quran dibacakan tanpa henti di kaca TV....apa soalan pertama di benak kita? Ish! siapa pulak yang mati ya?

Sumer orang tahu Abu Bakar adalah sahabat baik rasulullah saw. Kecintaannya pada nabi bukan bandingan. Justeru selepas kewafatan rasulullah saw, Abu Bakar bertanya kepada Aisyah, ada lagikah amalan rasulullah saw yang masih belum beliau lakukan. Aisyah jawab semua amalan telah dilakukannya, kecuali satu ajer. Abu Bakar bertanya lagi apakah amalan itu.

Menurut Aisyah , ketika hayatnya setiap pagi rasulullah saw ke pasar menyuap makanan ke mulut seorang wanita yahudi yang telah tua dan buta. Maka keesokan paginya, Abu Bakar pun ke pasar mencari2 wanita yahudi yang tua lagi buta. Dari kejauhan Abu Bakar terdengar suara marah2 wanita tua menyumpah seranah rasulullah saw. Macam2 kata2 kesat yang dilontarkan kepada junjungan kita.



Setelah diamati, Abu Bakar yakin itulah wanita tua yang dimaksudkan oleh Aisyah. Lalu Abu Bakarpun menyuap roti ke mulut wanita itu. Tak semena2 wanita itu meluahkannya kembali. Abu Bakar kaget lalu bertanya, " kenapa ibu luahkan makanan itu , bu?" . Wanita itu menjawab, " Siapa kamu? Kamu bukanlah orang yang suapkanku makanan setiap pagi. Di mana orang itu?"

Abu Bakar menjawab lirih bahawa rasulullah saw telah wafat. Abu Bakar heran bagaimana wanita yang buta bisa tahu bahawa bukan rasulullah saw yang suapkan makanan tuh. Menurut wanita itu, " Setiap pagi orang itu suapkan makanan dengan lembut. Penuh santun. Dia tahu aku dah tak ada gigi. Lalu dia melumat-lumatkan dulu roti sebelum menyuapkannya ke mulutku. Tapi roti yang kamu suapkan tadi keras!" bentak wanita itu. " Siapakah lelaki itu?" Buat pertama kalinya wanita itu bertanyakan nama lelaki yang telah berjasa padanya.

" Wahai ibu, itulah Muhammad ...insan yang ibu sumpah dan hina setiap pagi dan petang!" Berderau darah wanita tua itu! Tanpa diduga rupanya tangan yang selama ini suapkan makanan ke mulutnya adalah milik lelaki yang amat dibencinya!

Wanita itu menangis penuh kesal. Dalam sedu-sedan dia memohon Abu Bakar saksikan bahawa dia ingin menjadi pengikut Muhammad," Wahai anak....saksikanlah bahawa aku ingin menjadi umat Muhammad......saksikanlah pengucapan syahadahku ini".


Seperti biasa air mata erisya mencurah turun. Nonton filem hindi pun tak macam ni! Hmmm..seandainya kita di tempat baginda...apakah tindakbalas kita terhadap orang yang menyumpah-nyumpah kita pagi dan petang? Menyumpahnya balik? atau kita menghinanya, " ish! tak padannya tua...buta pulak tuh ...!" atau ntah apa2 lagi kata carut-marut yang tak ada dalam kamus terhambur dari lidah kita.....paling tidakpun, kita membalas caci-makinya dalam blog! alahhh bukan dia baca pun! gasaklah..asal hati puas! Ada sesiapa tak yang akan buat macam rasulullah buat.....dah lah tak membalas segala cacian tersebut...malah disuapkan pulak makanan!

Tadi, Dr Robiah bertanyakan 3 soklan iaitu:

1)Siapa ingat bila pertama kali kita ucapkan kalimah syahadah? Akujanji teragung kita dengan Maha Pencipta.

2) Bila anda rasa dekat dengan Allah?

Ehem! kena jawab sebelum 3 saat! Bila? masa susah? Hmmm...ada sesiapa yang suka susah ? tak suka? maknanya tak suka dekat dengan Allah?

Ada yang jawab masa solat....ish! betul ka tu? Secara purata, berapa lama kita solat? 5 minit? Maknanya 25 minit kita dekat dengan Allah. 25 minit jer? Berapa lama masa yang Allah beri pada kita....24 jam, kan? Jika dikira...berapa peratus kita dekat dengan Allah? Dah kira ? Selebihnya kita dekat dengan siapa? Rasulullah saw kata jika kita dekat dengan Allah, maknanya kita jauh dari iblis. Begitulah sebaliknya....Kekadang bila kita leka dengan kerja kita lewat solat...tapi naik pangkat nak cepat! rezeki nak banyak!

Sesungguhnya orang yang dekat dengan Allah boleh kita kenal dari wajahnya....dari tutur-katanya....dari kepimpinannya.

3) Siapa orang yang paling anda sayang?

Suami? Isteri? anak2? Jika itulah jawapan kita....

Ingat lagi kisah ketika rasulullah saw nazak? nama siapakah yang baginda sebut? Nama isteri? Nama anak? Bukan! sebaliknya baginda tak putus menyebut "ummati!ummati" iaitu umatku!umatku! sehinggakan jibrail heran...tak gembirakah rasulullah bertemu kekasihnya? rasulullah menjawab bahawa baginda bukan sedih meninggalkan dunia tapi takut jika umat baginda diazab sebagaimana umat2 sebelumnya. Maka baginda pohonkan jaminan bahawa umatnya TIDAK akan diazab. Maka Jibrailpun sampaikan jaminan dari Allah taala bahawa umat nabi Muhammad tidak akan diazab.....selagi masih berpegang pada syariat rasulullah saw.

Itulah cinta nabi pada kita. Tanda cinta kita ?

p/s: Pesanan Dr Robiah :

1.Ajarilah anak dua kalimah syahadah

2.Hafal dan hayatilah 99 nama Allah. Agar kita lebih mengenal Allah. InsyaAllah kita tak perlukan sesiapa lagi. Tak perlu takutkan apa-apa lagi. ...kenapa? Bila takut, zikirlah al Malik. rasai kekuasaanNya. Bila tak selesa , zikirlah as Salam. Bila jalan jam..zikirlah al Fatah. Pendekata, serulah nama2 Allah dalam apa juga keadaan....nescaya kita tak perlukan sape-sape lagi.

p/s lagi : Buat para isteri: amalkanlah an Naam ayat 63-64 sebanyak 5 X tiap kali lepas solat...insyaAllah tiada lagi kesusahan....(bukan mudah menjadi isteri!)......err pesanan ni bukan dari Dr Robiah.


Thursday, April 2, 2009

RINDUNYERRRR

AIR BALLOONS -PUTRAJAYA







Salam rindu semua teman2 ...amboi rindu betul erisya kat kalian semua. Maaflah sebab tak sempat nak update..bak kata pak karamu...sebok tak abih2! Nak buat camner...bila ada kelapangan, internet lak buat hal.... urrrgghhh!

Semalam,dalam perjalanan ke tempat kerja, ada accident jalan raya. Masa erisya lalu , ambulans baru sahaja tiba. Kemalangan motosikal. Tapi erisya tak pandang ke arahnya....ngeri! Malam baru suami cerita bahawa ada kematian di taman sebelah. Mungkinkah penunggang motosikal tuh? Mungkin juga ...kerana rata2 yang menziarah jenazahnya adalah orang2 muda...pasti kengkawan kepada si mati....yang juga masih muda, mungkin!
Hmm...tu lah kan? Tiap pagi kita berkejar ke ofis...siapa sangka jika lepas tuh kita tak pulang ke rumah! Itulah pagi terakhir kita bersama keluarga tercinta. Itulah kali terakhir kita tersangkut dalam jam trafik. Itulah kali terakhir ...ini itu.....siapa sangkakan? Tak semua orang dapat alamat bila dia akan meninggal.

Dan untuk ke sekian kalinya kita kesal kerana tak sempat nyatakan sayang kita pada keluarga, kengkawan dsbnya. Oleh itu, erisya ambil kesempatan ini mengucapkan sayang dan rindu pada teman2 blogger semua....rasa yang aneh kerana kita bisa sayang-menyayangi meski tak pernah bersua apatah lagi bermesra...sekadar bergurau senda di alam maya ....itukah ukhuwwah?


p/s: foto2 anak bujang erisya ketika bersama ayahnya di putrajaya dan taman cempaka. erisya tak dapat ikut :(
banyak nyer komen di entry lama....nanti pelan2 erisya jawab, k?
terima kasih di atas kiriman sms .....rupanya ada juga yang rindu!





Monday, March 23, 2009

6th SENSE

Ntah naper...erisya tak jemu2 menonton filem 6th sense arahan pengarah kegemaran , M.Night Syamalan. Tiap kali menonton, pasti merembes air mata....sedih , tersentuh serta diiring rindu pada anak dan mak yang telah lama pergi.
Cerita itu juga mengingatkan erisya pada pengalaman diri dan anak. Perasaan yang sama seperti Cole....membuatkan erisya menjadi penakut ketika kecil dan malangnya anak turut mewarisi ketakutan yang sama. Dulu erisya sekeluarga pernah tinggal di kuarters kerajaan ...sebuah apartment di tepi laut. Ada tiga bilik....oleh kerana kami cuma tiga beranak, bilik paling kecil dijadikan tempat solat.

Erisya ingat lagi..ketika berusia 3 tahun, anak pernah bercerita.

" ibu, tadi ada burung hitam" sambil menarik tangan erisya masuk ke dalam bilik utama.


" burung hitam? ooo itu burung gagak kot..." jawab erisya sambil mengekorinya ke bilik.

Namun burung yang diperkatakan telah tiada.

" Besar ke burung tuh?"

" besar!" jawab anak sambil mengangkat tangn separas kepalanya.

Erisya ketawa..mana ada burung sebesar itu! Namun erisya layani juga cerita si kecil tuh lalu bertanya apa yang burung tu buat.

Anak menunjukkan aksi burung itu mendepang tangan ke kiri dan kanan, menelengkan kepala ke kiri sambil ketawa " he he he"

Sebagaimana ibu2 lain....erisya tak ambil pot dengan cerita anak...maklum anak kan kaya dengan imaginasi! Lagipun erisya tak mahu anak takut dengan kejadian itu....maklum, sebelum tuh suami pernah lari keluar dari bilik solat kerana terbau bau kemeyan! Masa kejadian adalah 3 pagi. Sejak tuh, kain sembahyang erisya juga berbau kemeyan....seminggu baru hilang! (cuma kain..telekong tak bau apa2) . Bab barang hilang toksah citer lah...ada ajer yang ilang...kemudian dua tiga hari lepas tuh tetiba jer ada di tempat asalnya!

Tidak lama kemudian kamipun berpindah ke rumah sendiri. Bukan kerana pengalaman kami sekeluarga tuh tapi sebab tak tahan lif selalu rosak...sementelah pula kami tinggal di tingkat 16! Tak larat naik-turun tangga!

Ketika di rumah baru, kejadian aneh berlaku lagi. Ketika menonton VCD sesame street, tetiba ajer anak erisya menjerit dan menyorok balik pintu.....menangis teresak-esak dalam ketakutan. Erisya cuba bertanya namun anak enggan bercerita. Esoknya, erisya pasang VCD tuh lagi...kejadian yang sama berulang lagi..setelah menyiasat...sah anak berperangai begitu tiap kali tiba ke bahagian kisah burung besar berwarna hitam!

Akhirnya kami mengerti rupanya kisah burung hitam benar2 tinggalkan kesan di hati anak. Namun oleh kerana sikap endah tak endah kami kepada ceritanya buat anak enggan bercerita lagi . [Sebab yang sama Cole enggan memberitahu ibunya tentang rahsianya-6th sense]. Itulah kesilapan kami...tidak mengambil berat bila anak ingin berkongsi rasa. Lepas kejadian tuh, kami membawa anak ke Kulim untuk dipulihkan semangat. Menurut ustaz, 'alien' tu cuma nak bergurau senda jer! Lepas tuh, anak erisya pulih .....hinggalah kami berpindah ke KL ketika usianya 9 tahun.

Kisah 6th sense juga mengingatkan erisya pada pengalaman anak sedara kakak yang berusia 5 tahun.....pada pagi pengkebumian ibu mertua kakak , anak sedaranya memberitahu ibunya, " mak..malam tadi kakak nampak opah datang"

"iyalah....kan opah terbaring kat situ"

"bukanlah mak...along betul2 nampak opah datang . Tapi heran....opah tak masuk ikut pintu tapi boleh meresap masuk ikut dinding!"

Kesimpulannya....jadilah pendengar yang baik kepada anak...tak kira apa yang anak citer....kena dengar dulu sebelum buat apa2 tanggapan....jangan biarkan anak hidup dalam ketakutan macam dalam citer 6th sense tuh! Alhamdulillah sekarang anak dah berani tidur seseorang dalam biliknya....erisya pula? syukur tak nampak apa2 lagi di rumah ni....malah bulu tengkuk tidak pernah meremang lagi. Tetamu yang datang juga tak komplen apa2 lagi :)


p/s: Tahniah Fina....bagai mimpi dah jadi ibu kan?
Tahniah Dr Y kerana bertugas di tempat baru....ehem! pasti banyak cerita baru!
Buat adik....terima kasih....keropok tuh sedap bah!
Kak sakura....pasti kak pun menangis nonton filem tuh...errr nak pinjam ka?




Saturday, March 7, 2009

THINK OF ME

Think of me think of me fondly,

when we've said goodbye.

Remember me once in a while

-please promise me you'll try

When you find that,

once again,

you long to take your heart back and be free

-if you ever find a moment,

spare a thought for me

We never said our love was evergreen,

or as unchanging as the sea

-but if you can still remember

stop and think of me . . .

Think of all the things we've shared and seen

-don't think about the things which might have been . . .

Think of me,

think of me waking,

silent and resigned.

Imagine me,

trying too hard to put you from my mind.

Recall those days look backon all those times,

think of the things we'll never do

-there will never be a day,

when I won't think of you . .

we never said our love was evergreen,

or as unchangingas the sea

-but please promise me,

that sometimes you will think of me





Lirik lagu dari filem Phantom of Opera....lagu yang paling erisya suka dalam filem tuh. Meskipun tak minat soprano tapi.....ish! merdu betul suara penyanyi tuh!



Terharu berbaur sedih nonton citer tuh....hmmm..wujudkah cinta sebegitu rupa? Walau terluka namun si 'hantu' kekal menyinta meskipun si jelita telah bersemadi di liang lahat. Banyak konflik jiwa yang dipaparkan.....dan seperti biasa erisya pasti memilih si 'hantu' tersebut...meski hodoh namun hensem di mata erisya..hensem kerna cinta sucinya....walau adakalanya cintanya telah bertukar menjadi 'possessive' .


Hmm....Teringat lak citer sahabat siang tadi....suami kenalannya telah menikah sehari lepas pengkebumian si isteri.....hmmmm....tak salah . memang tak salah. sah nikahnya. tapi sebagai isteri pasti sedih kan? eh.....tapi....lepas meninggal tak mungkin kita alami rasa sedih atau cemburu lagi , tak gitu? Papepun, semoga selepas ketiadaan erisya kelak, suami mencari pengganti ibu buat anak kami.....bukan sekadar isteri sahaja....


Hutang tag lagi....kalini erisya nak lunasi hutang sama knurdaiella...sori ye....lambar sket bayar :)

....The rules are:
1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!


~ Erisya paling kesal tidak dapat mencium Aqil....semasa hayatnya kerana dia masih di NICU...konon takut jangkitan kuman ....sebelum pengkebumian erisya tidak menciumnya kerana percayakan kata2 orang2 tua bahawa mayat sakit jika terkena airmata kita! Kesal dan sebal kerana erisya amat jahil ......setahun kemudian baru tahu, Rasulullah saw juga menangis ketika mengucup pipi anak lelakinya yang meninggal ! Kita dibolehkan menangis tapi bukan meraung menampar tubuh sebagaimana wanita jahiliah dulu :(

2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.

~ ada banyak sebenarnya...oklah erisya tulis top 7 jer ;)

i) Erisya paling suka mencium-cium wajah Afiq ketika dia lena tidur....sejak dia masih bayi hinggalah di saat ini (berusia 12 tahun!) Tapi Afiq tak sedar.....kalau sedar pasti dia lap-lap pipinya ...basah kononnya!

ii) Suka bila mendapat ciuman dari Afiq jika dia suka dengan apa2 yang erisya beri....misalnya baru ni cium pipi erisya semasa nonton upin dan ipin....sebab dia suka sangat tengok citer tuh

iii) Seronok bila Afiq memeluk , mencium pipi sambil ucapkan thank you ibu tiap kali dia nonton babak ibu yang melahirkan anaknya....nampak dia terharu sangat2...bukan senang nak melahirkan!

iv) Rasa gembira bila Aqil memandang wajah erisya dan ayahnya tiap kali kami mengaji di NICU....

v) Tak boleh lupakan perasaan erisya pertama kali dapat menggendong Aqil ...tu pun selepas Aqil tidak lagi bernafas....

vi) Suka lihat kasih-sayang Afiq pada adiknya....sampai sekarang, dia suka lukis komik di mana watak utama adalah Afiq dan Aqil....bagaimana gembiranya mereka bermain berdua....bagaimana Afiq memanjakan Aqil dsbnya

vii) Suka tengok handphone Afiq.....tertera nama Aqil di situ.....Erisya ngerti, afiq amat merindui adiknya...

3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.

~ Hmmm....kebanyakan yang rajin komen di sini adalah anak dara belaka....nak tag pada golongan minoriti iaitu mak dara ...tak sampai hati lak.....namun percayalah di hati erisya kalian semua adalah ibu yang hebat! (sori tak tulis nama sebab takut ada yang tercicir pulak nanti....namun anda tahu anda siapa kan? sudi-sudikanlah mengambil award ini ...tanpa tag dengan syarat....anda adalah seorang ibu ! errr maksu, Tirana , kak yong , kuIna dan lain2 lagi tuh pasti lega kan...tak kena tag huhuhu ...dan bagi kaum bapa, award ni tak sesuailah kannnn....tapi kalau nak jawab tag tuh sambil mengenang saat2 indah bersama anak....silalah jawab tag tuh ;) )


Friday, March 6, 2009

WORKING TIPS

DO NOT GET INTO TROUBLE



AIM FOR GREATER HEIGHTS

STAY FOCUSED ON YOUR JOB




EXERCISE TO MAINTAIN GOOD HEALTH



PRACTICE TEAM WORK


RELY ON YOUR TRUSTED PARTNER TO WATCH YOUR BACK....

TAKE YOUR TIME TRUSTING OTHERS



SAVE FOR RAINY DAY



REST AND RELAX

ALWAYS SMILE WHEN YOUR BOSS IS AROUND


NOTHING IS IMPOSSIBLE



“IF BETTER CAN BE ACHIVED, GOOD IS NOT ENOUGH.”
P/S: hepi besdei adik di Jakarta....06 Maret
moga bertambah bahagia setelah bergelar suami dan.....ayah :)



Monday, March 2, 2009

MALAM AKHIR

Malam ini malam akhir kami di penang. Genap dua malam kami menghuni hotel B suite ....selesa dan murah...RM125 satu malam. Hmm..lumayanlah!

Tadi siang sementara menanti jam 2.30 petang untuk jalankan tugas...sempat juga erisya berkejar ke hospital menziarahi rakan sekerja . Badannya agak susut ...tapi nampak bersemangat walau keletihan kerana tadi pagi menjalani radiasi. Dia lahirkan rasa ketidakselesaannya....maklum tulang belakang telah dimasukkan 11 skru! Syukur pada-Nya....tindakan cepat hospital swasta telah selamatkanya dari lumpuh. Rupanya ekoran dari itu, dia telah maklum bahawa dia mungkin mengidap kanser bulan disember lepas...cuma tak nyangka kesannya begitu pantas....sampai terpaksa terlantar begini dalam masa dua bulan!

Iya..asalnya kanser paru-paru saja....kemudian menular ke tulang dan lain2 bahagian badan. ...stage 4 namun dia tetap optimist! Sedang jalani perubatan cara kampung selain dari perubatan moden. Keadaannya yang lemah tidak memungkinnya menjalani kemoterapi. Sejujurnya....kami semua setuju dengan hasratnya untuk tidak jalani kemoterapi. Kenapa? kerana kemoterapi bukan sahaja membunuh sel kanser...malah turut membunuh sel yang sihat....bolehkah dia bertahan? Menurutnya lagi, doktor pakar di hospital swasta menawarkan kaedah lain sebagai alternatif kepada kemoterapi....kaedah yang kini digunakan sepenuhnya di Singapura...iya...pihak hospital Singapura telah BANNED kemoterapi. Malah pesakit kanser di sana diberikan rawatan secara percuma (mungkin teman2 blogger di Singapura boleh mengesahkan hal ini) ...sedangkan harganya di Malaysia adalah USD15,ooo !!!! Bolehkah penjawat awam dikecualikan bayaran rawatan ini? atau setidak2nya memberikan diskaun yang selesa? Sempatkah rakan sekerja erisya mengatasi birokrasi untuk membuat rayuan memohon bantuan tersebut dari pihak kementerian? Kami hanya mampu membuat solat hajat dan berdoa untuknya....sesungguhnya Allah lah yang berkuasa memberikan kesembuhan.

Teringat ketika di Jepun dulu, Yasumura san terkejut penjawat awam mendapat rawatan percuma....menurutnya, " your country must be very rich!".....kerana di sana, mereka harus membayar harga perubatan...pihak insurans hanya melunasi 20 % sahaja.....urggghhh memang mahal!

p/s: syukur adik dah ok kini....I wish I were there with her!


Saturday, February 28, 2009

DOA PENAWAR BARAH (CANCER)

Atas permintaan k Nurdaniella, erisya berkongsi dua petua untuk sakit barah ie dari Dr Fatma azzahra dan Dtk Haron Din.

Mula-mula bacalah ayat-ayat ini sebanyak 7 X ke air zam-zam atau air biasa (paling baik air Rx) dan minyak zaitun. Banyak mana air? cukup2 untuk minum seminggu (3 cawan sehari) juga cukup2 mandi seminggu (bilasan terakhir). Minyak zaitun pulak mencukupi untuk disapu di tempat sakit selama 21 hari.

1. al Fatihah
2. al Baqarah (ayat 1-5)
3. al Baqarah (ayat 164-165)
4. al Baqarah (ayat 255-257)
5. al Baqarah (ayat 285-286)
6. al Imran (ayat 1-5)
7. al Imran (ayat 18)
8. al Imran (ayat 26-27)
9. al Araaf (ayat 54-56)
10. al Araaf (ayat 117-119)
11. Yunus (ayat 80-82)
12. Thaha (ayat 65-69)
13. al Mukminun (ayat 115-118)
14. al Hasyr (ayat 21-24)
15. as Shafaat (ayat 1-15)
16. ar rahman (ayat 31-33)
17. al Mulk (ayat 3-4)
18. al Qalam (ayat 51-52)
19. al Jin (ayat 3)
20. al kafiruun
21. al Falaq

22. an Naas

Jika leukimia, sapulah minyak pada tulang belakang kaki kanan dan kiri.
Jika breast cancer / kanser rahim/ kanser paru2 memadailah sapu minyak di bahagian luaran saja. Kemudian bacalah doa2 di bawah ni.

[ sebaiknya ulangi bacaan ayat2 di atas seminggu sekali...jangan gusar, ayat2 ni pendek2 jer!]

Satu lagi doa (Datuk Haron Din)


Papepun, yang penting ada keyakinan dan keazaman...jangan lemah semangat. Bagi teman2 yang sama bidang pekerjaan dengan erisya....kenalah kita amalkan ayat2 ni dari sekarang....maklum, kita terdedah dengan penyakit kanser ni...kena jaga pemakanan dan ketenangan minda. Rata2 kaki tangan disini dapat kanser paru2 (maklum....banyak guna bahan pelarut seperti Klorofom , Fenol , Ethidum Bromide dsbnya)...kemudian...pelan2 merebak ke kepala! Kebetulan ? Hmm...papepun....jagalah diri kita tak sape peduli kesihatan kita selain diri kita! Kanser adalah penyakit jahat....tiada simtom....bila dah teruk baru terasa sakit!

Hmmm...teringat masa study dulu...erisya punya sahabat yang amat erisya sayangi...selalu sakit kepala. Suatu hari, erisya mengikutnya bertemu doktor....maklum risaukan kesihatannya. Dr memaklumkan sahabat tuh sakit kanser otak! Lepas tuh kami berdua termenung depan tasik sambil pegang tangan . sedih! keciwa! dan ntah2 apa2 perasaan yang berbaur2....erisya benar2 tak mau kehilangannya. Kemudian erisya bertemu dengan seorang lagi doktor panel...bertanyakan hal tuh....doktor tersebut ketawa berdekah2 ! Menurutnya mana mungkin sahabat erisya menghidap penyakit seserius itu...masih muda belia! Haaaah???? Tak puas hati, erisya ajak sahabat erisya bertemu semula doktor pertama tadi.....ternyata rupanya doktor tu nak pekenakan kami berdua! urrrgggghhhh! geram betul....namun kami bersyukur kerana sahabat erisya sihat dan .......kini telah berkhidmat sebagai seorang doktor di kampung halamannya. ( sebetulnya doktor yang pertama tuh memang suka bergurau ngan erisya....kami selalu bertekak tentang agama dsbnya....selalu pekenakan erisya...cuma kalini gurauannya agak melampau!)



Sunday, February 22, 2009

SAYONARA MY NEW BABY

First night without his biological mother



First time I feed him


He doesn't want to leave his new 'brother'

syoklah tuh atas riba anak dara!


Last day on my lap


"Dont leave me!"


a few minutes before we hand over to the vet of the malacca zoo




gigit-gigit sayang
"tingin nak dukung!" wah..practice nampak!
anak dara ni dah booking anak erisya buat menantu ;)

Sayonara...kenit
Tak taulah naper asyik terbayang wajah kenit jer...rindukan teriakan manjanya bila lapar susu juga teriakan marahnya bila tak sape nak dukung! Kenit memandang wajah kita dan teriak ....tapi bila kita nyorok kenit kurangkan volumenya....nampak jer muka kita, sambung teriakan balik! Kelakar main nyorok2 ngan kenit....Paling seronok bila berbaring nonton tv....kenit pun sibuklah mencelah di ketiak nak nonton bersama...sambil hisap ibu jari nya....
Hmmm...cuma 3 hari jaga dah rindu...apatah lagi ibu kandungnya yang kehilangannya! Pasti sedih giler! sebetulnya Dr B suruh kami ronda2 belakang UKM kotlah nampak ibunya....hmmm....manalah kami kenal....lainlah jika pakai name tag!
Papepun, kami sekeluarga rasai kehilangannya....bukan susah nak menjaganya...minum susupun tak lah banyak...habis minum dia tidur jer dalam buaian yang suami buatkan....terpaksa sediakan buaian dari bantal busuk lama anak erisya...kalau tak kenit merengek nak tidur atas riba...! Lepas masukkan ke dalam buaian, urut2kan ubun2 kepalanya....voila! terus lena hingga waktu menyusu yang seterusnya pada jam 5 am.
Bagaimanapun, kami terpaksa serahkannya kepada pihak yang lebih arif menjaganya.... itulah yang terbaik buat kenit...cuma sedih tak dapat bertemunya lagi kerana bila dia dah boleh berdikari, dia akan dilepaskan oleh pihak zoo. Kenit akan habiskan hidupnya di atas pokok2 yang tinggi....dan tak dapat mengenali kami lagi :(

p/s: I'm sorry! erisya sangka tuh klon Dr Y....rupanya yang asli ...hepi anniversary yang ke 25, moga bertambah mesra dan bahagia :)