Maka masing2 memilih cawan kesukaan....maklum, masing2 ada taste yang tersendiri. Kemudian, pensyarah berkata : "Yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! Kamu senua dah pilih cawan yang mahal dan cantik. Sudah menajdi lumrah kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!Sedangkan apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!"
Bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:
# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain.. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan 'keseronokan' atau terasa nikmat dengan pemberian itu.
# Kita terlalu banyak 'komplen' dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.
# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.
# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah 'kematian' itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.
Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak."Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan Yang Maha Pencipta.
(dipetik dari emel yang dihantar oleh adik bongsu)
p/s: Dalam dunia yang hitam putih...hati tetap berwarna-warni!






26 yang singgah:
em..menginsafkan..thnx tuk prkongsian..
memang kadang2 kita tak nampak airnya..
salam jumaat;)
salam erisya, biasalah adat kehidupan.. pandangan pertama tentunya hanya pada luaran sahaja.. never judge a book by its cover, kann..
salam ka erisya...
itulah realiti kehidupan. org selalu kata, "don't judge a book by it's cover". tapi sebagai manusia yg mempunyai nafsu dan selera tersendiri, kita selalu tersasar.
namun, kita selalu perlu mendidik hati agar sentiasa bersyukur dengan nikmat dari Allah Taala serta sentiasa mengingati mati. Selain daripada itu, dengan mengingati Allah hati akan tenang.
ibarat air dan cawan. perumpamaan yang bagus! biasalah, orang sekarang memang lbh mgejar benda luaran. dari jodoh hingga ke kasut. hu hu hu
Dear Kak Sayang..
Thanks for sharin dis article kak..
Sangat berguna and adik copy and print untuk ingatan adik sendiri.
Really thanks to you Kak..
Apa yg Kakak paparkan kali ini sangat berguna untuk suluh kepada kita insan yang seringkali alpa terutama adik.
Thanks a lot Kak..
Sayang Kakak.
ye lah mengapa la kehidupan sebegini?...sapa la yang start dulu duk pilih2 yang cantik2 ni ...
Terima kasih di atas sumer komen :)....sebagai manusia kita suka yang cantik, tak gitu? sebagai Muslim juga kita harus sukakan keindahan...cuma yang salahnya jika kita terlalu beri penekanan kepada kecantikan luaran...sampai tensionkan diri dengan sifat hasad dengki dsbnya.
Hello Erisya Nor, just dropped by say hello.
How you doin'?
Keep well and have a pleasant week, Lee.
Salam erisya.
Benar erisya. Kebanyakan dari kalangan manusia adalah "Buta"
salam erisya,
kita ni memang selalu cemburu dgn apa yg org ade, sehingga terlupa bahwa kurniaan Allah untuk kita adalah yang terbaik untuk diri kita..
Aslmualaikum Erisya. Lama saya tak bertandang kerana kesebokan yang amat sangat hingga tak tahu pulak yang Erisya dan suami jatuh sakit.
Segalanya itu adalah ujian dari Tuhan yang menyayangi hambanya.
Memang benar kata erisya bahawa kita sering melihat kepada keindahan luaran tanpa melihat hakikat sebenarnya.Kita lebih senang mencari kelemahan orang lain dari mencari kelemahan diri sendiri. Tapi Erisya dalam kehidupan ini begitulah hakikatnya. Seperti dalam mahkamah masing masing mencari kelemahan dan kesilapan masing-masing untuk mendapatkan penghakiman yang bepihak kepada mereka.Yang lemah pembelaannya akan kecundang dan akan dan menerima hukuman walaupun hakikatnya dia tidak bersalah.Jadi di mana keadilan kerana Yang Arif pun terpaksa melihat kepada kehebatan hujahan peguambela/peguamcara yang belum tentu benar.
Dear Friend..
"Friendship Award..
The Best Blogger.."
Anda Dianugerahkan..
Sila ke Mahligai saya..
Ngeeee..
we hv to set our target clearly
Kak..
Apa khabar?
Hope Kak Sihat..
Rindu sangat dengan kak..
Take care, Kak..
erisya
jemput ke blog akak
ada tag untuk erisya tq
Salam erisya.
Lama menghilang. Suami masih belum sihat lagi?
Sabar dan redho' adalah ubatnya.
Salam ziarah,
Dah lama tak melawat ini yang batuk-batuk nih !
slm...baru saya tau....hu3 kena batang hidung sndiri...
Sure Heboh adik RINDU Kak..
I Miss You Today, Kak..
salam...
selagi di hati hanya dunia selagi itu kita akan terus terlena dan dibuai mimpi indah yang sementara.
em..so..hargai lah ape yg ada di genggaman....huhuhu..thx untuk entry yg baik ni..
**1st time masuk sini..salam ziarah...
Kak Erisya Nor..
Happy Mother's Day..
Semoga Kak gembira dan terus ceria..
Sayang Kak..
sukew!!!
ter ec
many kisses from Poland
salam,
hitam putih itu kehidupan
warna warni itu perjalanan pencarian
tak berwarna itu kematian...
Post a Comment