Tuesday, April 7, 2009

SEHARI DI KANGAR

Erisya baru pulang dari Kangar, Perlis. Syukur, perasaan resah sebelum ke sana tidak berasas sama sekali. Resah kerana pergi ke sana tanpa ditemani suami. Hmmm...boss kata pasti suami amat menyintai erisya kerana selalu menghantar erisya bertugas di luar kawasan. Hmm..suami mana yang tak sayangkan isteri, tak gitu?

Asalnya suami nak pergi bersama...maklum, dah lama erisya tak ke sana. Dah lupa lokasi tempat yang hendak dituju dsbnya. Tapi saat akhir terpaksa batalkan sebab kesian ngan seseorang tuh. Erisya cuma menyerahkan diri pada Nya agar dipermudahkan segala urusan sebagaimana suami mudahkan urusan insan tersebut.

Perjalanan ke sana selesa, alhamdulillah. Erisya tak naik flight walau ada yang berjanji nak ambil di airport (Kepala Batas...jauh tuh!)...malas nak nyusahkan sesiapa! Erisya tiba di Kangar tepat jam 7 malam...bas berhenti betul2 di depan tempat makan! Syukur dapat mengisi perut sebelum mencari hotel. Di situ erisya terpandang seorang lelaki tua yang putih rambut dan janggutnya. Meskipun rambut bertukar warna namun beliau kelihatan sihat dan kuat! erisya suka melihat wajah tenangnya. Tuan kedai tuh memanggilnya tok wan....hmmm....regular customer nampaknya. Ketika pulang, tok wan mengejutkan erisya...tok wan membayar RM10 dan beberapa keping duit RM1 untuk minuman dan sepinggan nasi goreng kampung! Sesuatu yang aneh pada hemat erisya. Kemudian tuan kedai tuh bercerita pada erisya...tok wan tuh mencari nafkah dengan menjual akar kayu hutan. Dulu, tuan kedai tuh selalu memberinya makan secara percuma sebab kesian tok wan tak ada rumah. Tapi bila ada duit, tok wan selalu membayarnya dengan harga yang lebih! Jika dipulangkan wang baki tok wan akan marah!

Pada keesokannya harinya, semasa lunch break, en S tunaikan janjinya membawa erisya makan laksa kuala perlis...iaitu laksa kak su . Kedainya di belakang bangunan Maybank di Kuala Perlis (tak jauh dari jeti)....Memang sedap....tanpa rasa malu erisya habiskan semua kuah! Erisya makan pulut udang bersama laksa....ish! teringat2 sampai kini....sedap! Lepas makan en S singgah beli buah harumanis untuk erisya bawa pulang. urrrggghhhh dulu dalam telefon erisya yang gatal mulut beritahu suka laksa dan harumanis! (Hmmmm......tu yang suami marah tuh....terlebih peramah!).

Oleh kerana tiada bas, en S menghantar erisya ke Alor Setar selepas menelepon isteri memberitahu bahawa beliau pulang lewat kerana menghantar erisya (siap sebut nama penuh erisya pada isteri! ). Bagaikan tak percaya en S temankan erisya hingga bas datang. Ketika tuh erisya teramat lapar...tapi tak berani nak ajak beliau makan takut nanti en S nak belanja lagi! Seperti mana2 lelaki yang gentleman en S tak suka dibelanja pompuan! Sebelum pulang, sempat erisya sampaikan pesan suami agar menjemput en S sekeluarga ke rumah....dan en S juga berpesan, jika ke Kangar atau Alor Setar lagi , beritahu sebab beliau nak beri buah harumanis lagi (kerana dua minggu lagi baru musim).

Jujur erisya terharu dengan kebaikan en S. Hmm....teringat dulu masa zaman anak dara trang tang tang. erisya ke Kangar. Temani kawan yang nak cari rumah sewa di sana. Hingga maghrib kami gagal jumpa sebarang rumah sewa. Nak tidur mana malam tuh? Akhirnya kami mengetuk2 pintu sebuah rumah. Syukur tuan rumah sudi tumpangkan kami tidur.....bukan tu saja..siap bawa kami jalan2 ke pasar malam!Hmmm..erisya lupa nama abang tuh ...tapi nama isterinya adalah cikgu Aishah. Erisya tahu sebab jirannya bertanya pada erisya..." adik cikgu Aisyah ka? Mirip wajah cikgu Aisyah masa muda dulu". ...Suatu kebetulan yang menarik. Apapun, semoga cikgu Aisyah sekeluarga terus dirahmati Allah swt. Malang sekali lepas tuh kami dah terputus hubungan. Bagaimanapun,budi yang baik kanterus dikenang...selagi hayat dikandung badan.

p/s: dalam perjalanan ke Perlis , sempat khatam baca buku kisah cinta sejati Khadijah....antara doa rasulullah saw di dalamnya adalah:

"YA ALLAH , JAUHKANLAH KUDARI KEBURUKAN DIRI SENDIRI DAN BERIKU KEMAMPUAN MEMILIH YANG TERBAIK DALAM URUSANKU. YA ALLAH, AMPUNILAH DOSA-DOSA YANG KULAKUKAN SECARA SEMBUNYI2 MAHUPUN YANG TERANG-TERANGAN, DOSA-DOSA YANG KUSENGAJA MAHUPUN YANG TIDAKKU SENGAJA, SERTA DOSA2 YANG TIDAK KUKETAHUI."

18 comments:

  1. "(siap sebut nama penuh erisya pada isteri! ).."

    nama penuhnya apa?
    huhu..
    Thank God sumenya berjalan lancar..
    Alex pun dah terikut ikut dah 'Kak Erisya' or 'Kakak ko'
    huhu..

    Hari tu g tau Alex.. Rindu kat Kak erisya.. dier kata g tau ar kat kakak, kita jumpa dier. no prb..
    hehe..

    happy berehat ya..
    kesihatannya harus dijaga..
    doaku bersamamu selalu..

    cheers kak!

    ReplyDelete
  2. salam...
    Erisya terima kasih singgah kat laman saya... mekasih bbyk.

    adat orang berbudi kita berbahasa...
    orang memberi kita merasa.

    ReplyDelete
  3. wah..sedap nye laksa kuala perlis..
    dah lama tak p perlis tu...

    ReplyDelete
  4. Adik...beritahu alex thanks sebab temukan kita berdua lagi...jgn malu makan di rumah kakak lagi, ya?

    ReplyDelete
  5. Nas betul tuh...oleh kerana en S tuh baik dan tak lokek dengan bantuan maka anak2pun murah rezeki....abis jer belajar terus dapat kerja! Seronok nak lepak di blog Nas :)

    ReplyDelete
  6. acusayang...pegi lah ke sana...selagi masih ada laksa yang femes tuh huhuhu rasa nak tapau jer laksa tuh tapi control ayu...malu!

    ReplyDelete
  7. Hi Donata...nice to c ur smile again :)

    ReplyDelete
  8. haha..
    ur welcome..
    ngee.. bagi pihak alex..

    baik kak..
    adik xkan malu..
    huhu..

    ReplyDelete
  9. Jika kita baik dan ikhlas dengan orang, insyaAllah orang pun akan baik dan ikhlas dengan kita kan Erisya?

    ReplyDelete
  10. hahaha kakak suka punya adik yang tak malu ngeeeee

    ReplyDelete
  11. Tirana,

    betul kata Tirana. Tak rugi berbuat baik..kawan pun bertambah! tapi suasana kerja di KL ni lain sikit lah...perhubungan agak formal tak seperti di cawangan dulu...pelanggan boleh menjadi kawan!

    ReplyDelete
  12. hahaha..
    kak ble nilai sbnrnya adik malu ke tak..
    hakhak..

    ReplyDelete
  13. erm...
    belum pernah singgah di sana ....

    ReplyDelete
  14. LOL...iya...kakak ble kenal ngeee

    ReplyDelete
  15. ayshanur,

    jika ke lagkawi singgahlah makan laksa kaksu...sedap!

    ReplyDelete
  16. thn bila tu ms p cari umah sewa??
    awat tak habaq...kalo dak
    leh cek tumpangkan...hehehe

    peacee

    ReplyDelete
  17. afsal....

    sayangnya kita terlewat berkenalan huhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah