Wednesday, April 8, 2009

SILAP MAKAN

Dalam teksi erisya tanya pada pemandu, makanan apa yang terkenal di situ. Pemandu tersebut rekomen makanan hailam. hahhh ? halal kah? Menurut pemandu tuh, ramai orang Melayu makan di situ. Hmmmm...bolehkah itu dijadikan sandaran? Tak semestinya pandangan majoriti adalah betul. Jujur, erisya tak berani makan di situ...dan kebetulan pula restoran hailam ditutup pada hari tuh...jadi erisya tak dapat lihat sendiri sejauh mana sambutan masyarakat Melayu.

Bila dengar kata2 " sape kata Melayu tak makan babi?" Ramai yang menjuih. Marah kerana tidak sensitif dengan perasaan Melayu. Hmmm...tapi ada benarnya juga ...hanya orang Muslim tak makan babi....Melayu? ramai yang dah tak kisah. Dulu pernah pakcik bercerita. Dia suka makan char koay teow masakan Cina. Kedai tuh kedai lama....dah 20 tahun dia makan di situ ketika berulang-alik dari KL ke Ipoh. Yakin halal kerana ramai orang Melayu makan di situ. Pak Haji pun ada.

Suatu hari, pakcik masuk ke dapur. Nak lihat sendiri rahsia keenakan char koay teow. Pakcik nampak temannya itu pegang botol kecil ada bahan berwarna putih di dalamnya. Dengan gembira (sebab dah tahu rahsia) pakcik tanya apa benda yang dipegang tuh. Temannya jawab, " sape kata Melayu tak makan babi?" Berderau darah pakcik. Tetiba jer tengkuknya kembang. Loya. Mual. Baru dia tahu rahsia kenakan char koay teow tuh....rupanya lemak babi (lard)...patutlah lemak secukup rasa!

Sejak tuh pakcik tak singgah lagi ke kedai itu. Biarlah. Walau ada rasa rindu nak menjamah char koay teow kegemarannya itu. Terbuku di hati...rupanya selama ini dia makan makanan haram....selama 20 tahun!

Cerita pakcik membuat erisya lebih berhati2. Pastikan ada logo halal. Walau pun meletakkan logo halal bukan mandatori....hanya voluntary namun seboleh mungkin erisya mencari logo tersebut. Misalnya makanan segara...bukan semua outletnya ada logo halal. Tak semestinya jika outlet di KL halal maka di tempat lain juga halal. Pada anak erisya juga berpesan, nampak penjual bertudung tak semestinya halal...maklum rata2 adalah pekerja Indonesia. Sebagai pekerja yang baik, mereka tak kisah memegang atau memegang daging babi jika itu yang diarah oleh majikan.

Dulu erisya pernah makan chicken puff di kedai roti cina. Erisya sangka halal kerana ada logo halal...namun bila diamati, rupanya logo itu hanya untuk roti sahaja...tak termasuk makanan lainnya. Tapi pengalaman ini tak sedahsyat teman yang belajar di Jakarta dulu. Oleh kerana sibuk kuliah, teman dan rakan serumah sepakat menggaji pembantu untuk mengemas rumah dan memasak. Suatu hari, jiran sebelah bertanya adakah teman erisya Muslim. Pecahlah rahsia rupanya selama ini pembantu tersebut masak daging babi kerana dia bukan Muslim! Ketika ditanya teman erisya menjawab, " sedap gak!"




26 comments:

  1. Pihak restoran/kedai makan/atau yg mengusahakan makanan seharusnya sensitif dengan isu ini..

    tanda 'TIDAK HALAL' bukannya susah nak pamer..

    ReplyDelete
  2. hello
    This is turn
    turn on the narrow track
    just do it
    will be traveling to the past
    small narrow railway ;-)
    hugs and kisses from Poland

    ReplyDelete
  3. Salam erisya.

    Kalau nak jaga iman, jangan masukkan benda haram ke perut. Itu adalah pesan arwah guru uncle.

    Arwah memang tidak bagi sesiapa dari muridnya (yang taat) makan dan minum di kedai non muslim. Katanya walau makanan yang disediakan adalah halal tetapi adakah cara membersih/membasuhnya mengikut syariat?

    ReplyDelete
  4. cite pasal halal nie,
    acu pernah 'termakan' sosej masa ari pertama jejak kan kaki ke Paris...masa tu acu t'lupa yg acu bukan berada di Malaysia...

    dah selamat masuk mulut,tourist guide yg bawa kitaorang tu cakap

    "Ini sosej jgn makan ya..tak halal"

    erk...acu baru tersedar dari lamunan.."AKU BUKAN DI MALAYSIA"

    ReplyDelete
  5. salam erisya, bab makan ni, kena extra berjaga2 sebab banyak usaha untuk merosakkan umat Islam sekarang nih.. huhu..

    ReplyDelete
  6. "Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

    Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

    ReplyDelete
  7. iya, itu ler sebabnya kita perati betul2 bab makan ek... takut-takut was-was

    ReplyDelete
  8. salam erisya,

    kakyong pun kekadang skeptikal juga bila makan di luor ni.. ingat masa kecik2 bila ke KL, ayah selalu singgah makan roti bakar kedai cina (tak ingat kat mana).. tp sejak kita dah berakal, nak masuk kedai makan cina pun geli.. walopun depa kata halal@vege, tp depa yg tukang masak tu tak mandi hadas (heheh.. ni logik suami kakyong).. logik kan!
    skrg ni bila dah 3 anak, kalo tingin nak makan apa2, cuba2 lah masak.. :D

    ReplyDelete
  9. salam..
    minta dijauhkan... tu yang saya muskil ni zaman sekarang ni apa yang mata kita nampak belum tentunya benar... jangan kata kat KL kat bandar tempat sy ni pun macam tu gak... kalau tengok peniaganya dan pekerjanya semua orang cina... tapi yang peliknya yang datang makan kebanyakannya orang melayu... klu nmp mcm tu sll ingatkan anak-anak hati-hati bla nk mkn kt kedai jgn ikut2 jer tengok dulu.

    ReplyDelete
  10. akak, doa yang kat antri sblum ni tu sangat sesuai untuk smeua kan..hehe..bestnyer makan kat perlis..huhu..bile ntah nak ke sana legi..
    hoho.daging babi sedap? hukhukhukk..naik loye tekak ni kak erisya..huhuhuhu..

    ReplyDelete
  11. dulu sha pn tak percaya ... masih ada melayu yang masih makan bab* ..berani sungguh ..ini pn diberitahu oleh ofismate sha chinese ..sebab ms tu dia ajak sha makan sekali ..dia tak tau benda tu haram untuk Islam..katanya kawan pakcik dia selamba je makan ..melayu ..astaghafirullah

    sekarang ni di KL housemate sha dulu suka makan kat blakang sepital kat KG baru ... mee kari ...katanya halal .. tapi yang memasaknya bukan orang Islam ... hanya dihidangkan oleh minah indon yang diambil bekerja ..tak sure Islam atau tak ...

    akak konpius ..ramai betul melayu yang menjamu disana ..

    ReplyDelete
  12. ayai...
    xmau makan la camnie..
    bahya bahya~

    ReplyDelete
  13. Kak Erisya yg dirindui..
    Harap sumer ok2 saja k.

    Adik Rindu Kakak :(

    ReplyDelete
  14. salam..
    nak sibuk bg pendapat
    betul tak semua MELAYU tu ISLAM
    tp dah pasti yg ISLAM tu MELAYU
    sbb tu kita selalu kena hati2..

    peacee

    ReplyDelete
  15. Hye there Kak Erisya..
    Datang kat blog LOL k.
    Amik Award ChanteQ..
    Hehe..
    Gud day Kakak sayang..

    ReplyDelete
  16. Hye there Kak..
    Datang kat blog LOL k.
    Amik Award ChanteQ..
    Hehe..
    Gud day Kak.

    Rindu Kakak..

    ReplyDelete
  17. Persilakan erisya ke blog uncle dan sudilah terima cendera hati yang dihulurkan.

    ReplyDelete
  18. melayu indonesia ramai bukn muslim....

    bila sy p tesco sy selalu tgk makanan yg diimport dr tesco UK... sapa perasan.. diletkkn bersama2 makanan lain..

    mak bapa sy selalu pesan... wlpun org bukan islam memasak makanan yg halal tp mereka tidak bersuci..

    ReplyDelete
  19. Adik....memang tak susah tapi payah ;)

    ReplyDelete
  20. Donata..thanks for dropping by :)

    ReplyDelete
  21. salam uncle...betul tuh uncle...terutama masa hamil...kata orang nati anak degil!

    acusayang....errr tak fobia ka makan sosej sekarang?

    ReplyDelete
  22. salam kNurdaniella....betul tuh..kena hati2 walau di negara sendiri

    anak pendang sekeluarga...terimakasih na...datang ziarah!

    ReplyDelete
  23. maksu...betul..kena ectra care!

    kyong....ehh logik gak tuh!

    ReplyDelete
  24. naz ilyn..betoi tuhhhh

    fahana...doa tuh sesuatu untuk semua org dan semua keadaan :)

    ReplyDelete
  25. Donata..thanks :)

    ayshanur..tu lah masalahnya bila hati kita tak lagi menolak makanan haram :(

    ReplyDelete
  26. ajaa ...tak mau makan? errr kena masak seniri nampaknya ;)

    adik...me too :) tq 4 d award

    afsal...peace :)

    uncle...thanks :)

    kuIna...anehkan? dinegara seniri pun tak selamat!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah