Tuesday, July 20, 2010

DOA DIZALIMI

Diam tak diam, dah setahun lamanya Erisya tak menjejakkan kaki di sini. Dalam setahun ini juga, Erisya tak menang tangan dengan tugas sebagai penjawat awam, pelajar, isteri dan ibu. Alhamdulilah kini keadaan telah terkawal.
Bila baca post yang lepas, hati Erisya terusik...kerana Erisya tidak lagi bertugas di bawah boss yang penyayang. Jika sebelum ni, Erisya rasa hepi dan selalu berkongsi pendapat dengan boss...namun kini keadaan telah berubah 180 darjah! Sukar untuk menyelami hati insan yang ... (nak tulispun buat penat tangan jer!).
Mungkinkah ini hukum karma? Dulu Erisya tak syukuri nikmatNya. Dapat boss yang begitu baik. Lalu digantikan boss yang lain. Oooppps! Erisya tak berniat langsung nak citer ttg boss Erisya di sini...jangan salah anggap.
Namun akhir-akhir ini keadaan bertambah baik selepas Erisya dan rakan sekerja serahkan segala-galanya kepada Illahi. Kami tidak percaya lagi dengan pihak pengurusan yang hanya menanam tebu di bibir mulut. Salah satu ciri "bully at work " adalah, pihak pengurusan tidak dapat berbuat apa-apa untuk menangani masalah stress para pekerja di bawah pembuli tersebut! Mereka mengakui bahawa kes ini telah berjalan bertahun lamanya...dah berkali-kali tukar dinasti pengurusan....namun kudis yang dianggap tidak penting ini akhirnya telah menular menjadi kanser yang mampu melumpuhkan mana-mana organisasi. Keadaan politik yang busuk ini membuatkan kami semua sedar bahawa meminta daripada manusia akan hanya menghina diri. Pintalah kepada Allah. Doa orang yang dizalimi tiada tabirnya dengan Allah. Akan dimakbulkan. Pasti!

Doa Nabi Musa as. (S.Thaha:25)
"Ya Allah ya Tuhanku! Lapangkanlah dadaku, mudahlanlah urusanku, dan bukakanlah buhul-buhul kesulitanku sehingga mereka memahami ucapanku".
Doa Nabi Ayyub a.s. (S.al Anbiya:83)
"Ya Allah ya Tuhanku! Sesungguhnya aku sedang tertimpa kepayahan, dan Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang".

Doa rasulullah s.a.w. (S. al Isra:80)

Ya Allah ya Tuhan yang Maha Pendidik! masukkanlah ku melalui pintu masuk yang benar dan keluarkanlah ku melalui pintu keluar yang benar, dan jadikanlah untukku kekuatan/kekuasaan dari sisi-Mu yang dapat menolong".


Kami juga bermohon agar Allah balas segala tipu daya mereka dengan mengutip doa dari S. al Imran: 54.

Kami kini lebih tenang dan pasrah. Biarlah kami diugut dan dihina namun, ianya tidak memberi kudis kepada kami. Sesungguhnya rezeki bukan milik siapa-siapa...hanya Allah penentu segala!

Malaikat Jibril pernah mengucapkan kata :

HIDUPLAH SESUKAMU, NAMUN ENGKAU PASTI MATI

BERBUATLAH SESUKAMU, NAMUN ENGKAU PASTI AKAN DIBALAS

CINTAILAH SIAPAPUN ATAU APAPUN YANG PALING ENGKAU CINTAI,

NAMUN ENGKAU PASTI AKAN BERPISAH DENGANNYA"

(H.R.ath Thabrany)

8 comments:

  1. xrugi meminta pada-Nya. lambat laun Allah akan tunjuk juga mana yg benar dan memberi pengajaran kepada orang yg berkenaan.

    ReplyDelete
  2. Betul tuh Fina....sekarang dah nampak kesan tuh...berkat doa dan bacaan yasin kami semua!

    ReplyDelete
  3. salam kak erisya..
    masih ingt dgn acu??
    tetiba acu teringat kan akak
    terus cari link blog akak...
    ingat kan akak dah tak aktif menulis blog...rupa2 nye telahan acu salah...i miss u so much..

    ReplyDelete
  4. Kak Erisya Nor.....

    Kak..
    Kak..
    Kak..

    Mcm tak percaya je......

    Kak, rindunya kat Kakak...

    Welcome back kak...

    *semalam cerita kat kawan masalah di tempat kerja, tak pasal2 dik emosi.
    sob.. sob...

    papun, rindu kat kak...
    ceritalah banyak2 lagi kak...
    hehehe..

    ReplyDelete
  5. Salam buat Puan Erisya

    Lama tak menjelma
    tapi masih berbayang
    disangkakan hilang
    tapi akhirnya kembali
    menemu rakan
    selamat kembali kealam maya

    ReplyDelete
  6. terima kasih dik LOL dan saudara Fital :)

    Adik LOL, sebetulnya akak ke blog adik tapi ntah naper tak leh tinggalkan komen...tak jumpa ruangan tinggal komen

    ReplyDelete
  7. terima kasih dik LOL dan saudara Fital :)

    Adik LOL, sebetulnya akak ke blog adik tapi ntah naper tak leh tinggalkan komen...tak jumpa ruangan tinggal komen

    ReplyDelete
  8. Dear Kak,
    Ruangan komen ada dibahagian atas sebelah kiri bawah tarikh entry.

    dalam kotak segi empat.

    ada tak..?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah