Monday, March 23, 2009

6th SENSE

Ntah naper...erisya tak jemu2 menonton filem 6th sense arahan pengarah kegemaran , M.Night Syamalan. Tiap kali menonton, pasti merembes air mata....sedih , tersentuh serta diiring rindu pada anak dan mak yang telah lama pergi.
Cerita itu juga mengingatkan erisya pada pengalaman diri dan anak. Perasaan yang sama seperti Cole....membuatkan erisya menjadi penakut ketika kecil dan malangnya anak turut mewarisi ketakutan yang sama. Dulu erisya sekeluarga pernah tinggal di kuarters kerajaan ...sebuah apartment di tepi laut. Ada tiga bilik....oleh kerana kami cuma tiga beranak, bilik paling kecil dijadikan tempat solat.

Erisya ingat lagi..ketika berusia 3 tahun, anak pernah bercerita.

" ibu, tadi ada burung hitam" sambil menarik tangan erisya masuk ke dalam bilik utama.


" burung hitam? ooo itu burung gagak kot..." jawab erisya sambil mengekorinya ke bilik.

Namun burung yang diperkatakan telah tiada.

" Besar ke burung tuh?"

" besar!" jawab anak sambil mengangkat tangn separas kepalanya.

Erisya ketawa..mana ada burung sebesar itu! Namun erisya layani juga cerita si kecil tuh lalu bertanya apa yang burung tu buat.

Anak menunjukkan aksi burung itu mendepang tangan ke kiri dan kanan, menelengkan kepala ke kiri sambil ketawa " he he he"

Sebagaimana ibu2 lain....erisya tak ambil pot dengan cerita anak...maklum anak kan kaya dengan imaginasi! Lagipun erisya tak mahu anak takut dengan kejadian itu....maklum, sebelum tuh suami pernah lari keluar dari bilik solat kerana terbau bau kemeyan! Masa kejadian adalah 3 pagi. Sejak tuh, kain sembahyang erisya juga berbau kemeyan....seminggu baru hilang! (cuma kain..telekong tak bau apa2) . Bab barang hilang toksah citer lah...ada ajer yang ilang...kemudian dua tiga hari lepas tuh tetiba jer ada di tempat asalnya!

Tidak lama kemudian kamipun berpindah ke rumah sendiri. Bukan kerana pengalaman kami sekeluarga tuh tapi sebab tak tahan lif selalu rosak...sementelah pula kami tinggal di tingkat 16! Tak larat naik-turun tangga!

Ketika di rumah baru, kejadian aneh berlaku lagi. Ketika menonton VCD sesame street, tetiba ajer anak erisya menjerit dan menyorok balik pintu.....menangis teresak-esak dalam ketakutan. Erisya cuba bertanya namun anak enggan bercerita. Esoknya, erisya pasang VCD tuh lagi...kejadian yang sama berulang lagi..setelah menyiasat...sah anak berperangai begitu tiap kali tiba ke bahagian kisah burung besar berwarna hitam!

Akhirnya kami mengerti rupanya kisah burung hitam benar2 tinggalkan kesan di hati anak. Namun oleh kerana sikap endah tak endah kami kepada ceritanya buat anak enggan bercerita lagi . [Sebab yang sama Cole enggan memberitahu ibunya tentang rahsianya-6th sense]. Itulah kesilapan kami...tidak mengambil berat bila anak ingin berkongsi rasa. Lepas kejadian tuh, kami membawa anak ke Kulim untuk dipulihkan semangat. Menurut ustaz, 'alien' tu cuma nak bergurau senda jer! Lepas tuh, anak erisya pulih .....hinggalah kami berpindah ke KL ketika usianya 9 tahun.

Kisah 6th sense juga mengingatkan erisya pada pengalaman anak sedara kakak yang berusia 5 tahun.....pada pagi pengkebumian ibu mertua kakak , anak sedaranya memberitahu ibunya, " mak..malam tadi kakak nampak opah datang"

"iyalah....kan opah terbaring kat situ"

"bukanlah mak...along betul2 nampak opah datang . Tapi heran....opah tak masuk ikut pintu tapi boleh meresap masuk ikut dinding!"

Kesimpulannya....jadilah pendengar yang baik kepada anak...tak kira apa yang anak citer....kena dengar dulu sebelum buat apa2 tanggapan....jangan biarkan anak hidup dalam ketakutan macam dalam citer 6th sense tuh! Alhamdulillah sekarang anak dah berani tidur seseorang dalam biliknya....erisya pula? syukur tak nampak apa2 lagi di rumah ni....malah bulu tengkuk tidak pernah meremang lagi. Tetamu yang datang juga tak komplen apa2 lagi :)


p/s: Tahniah Fina....bagai mimpi dah jadi ibu kan?
Tahniah Dr Y kerana bertugas di tempat baru....ehem! pasti banyak cerita baru!
Buat adik....terima kasih....keropok tuh sedap bah!
Kak sakura....pasti kak pun menangis nonton filem tuh...errr nak pinjam ka?




17 comments:

  1. huhu..
    lamanyer baru update..

    dah keliru dah..
    LOL or adik?
    huhu..

    aku pun suka nengok citer tue..
    tapi takut sangat..
    huhu..

    **pelakon budak tu dah besar panjang now..
    hensem jer..
    huhu..

    ReplyDelete
  2. Erisya
    yes nanti akak nak pinjam tau cd tu.

    ReplyDelete
  3. akak pun minat tengok 6th sense tu.. tapi selalu berdoa agar tidak diberi kelebihan seperti tu..

    ReplyDelete
  4. saya pun ada pengalaman pelik masa umur 7 tahun (alien ler), tapi saya simpan rahsia tu sampailah saya berumur 19 tahun or 20 tahun, baru berani nak ceritakan kat mak. dia kata kenapa tak cerita awal-awal? saya kata takut tak dipercayai. maklumlah, cerita budak2 selalunya tak dipercaya. padahal masa kejadian tu, saya...iya, 7 tahun gitu.

    ReplyDelete
  5. Hhehe..baru 'jumpa' kak erisya:).
    saya pun tak tau knpa tak leh tnggal komen..gmbar muka ngan mlut yg kt gmbr mane ek..xpe xpe..bace crite ni seram plak tetibe..huu..
    tringat yg mak crite,saya nampak benda tu dalam bilik mase kecik..saya terus kluar dari bilik tu..crite kat ayah sedare tapi saya dah lupe..huhuhuhu..mudah2an dilindungi dripada gangguan semua tu..amin..(agk pengcut:>)

    ReplyDelete
  6. ok..aja akan dengar nati pape ank, eh bakal anak nak bercerita..

    takuu jugak la..

    ReplyDelete
  7. salam kak erisya...
    ma kasih, a'ah, mmg rasa mcm x percaya...cam muda jer lagi...hehehe...

    ReplyDelete
  8. Salam ziarah,
    dah lama tak kunjung blog nih, sebok tak habis-habis

    ReplyDelete
  9. many greetings from Poland

    ReplyDelete
  10. Hola desde algún lugar de México. Ya me tienes muy abandonado, jejeje.

    Vine a desearte unbonito día ya a invitarte a pasar por mi sitio.

    ciao

    "La vida es un gran circo, pero sin espectadores"

    ReplyDelete
  11. kak erisya p mana?keje kat luar ek?

    ReplyDelete
  12. anak2 terutama yg kecil memang memilikinya cm kita yg dewasa nie enggan menerima.

    ReplyDelete
  13. saja..
    datang bertandang tanpa diundang..
    huhu..
    xdpt jumpa akak, datang 'rumah' maya pun jadik ar..
    huhu..

    ReplyDelete
  14. Fina....kalau anak dah sebesar afiq pun...masih muda lagi, tau?! esok kak erisya nak ke rumah kak sakura...kalau Fina ada kan best...boleh ronggeng sama2!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah