Tadi siang sementara menanti jam 2.30 petang untuk jalankan tugas...sempat juga erisya berkejar ke hospital menziarahi rakan sekerja . Badannya agak susut ...tapi nampak bersemangat walau keletihan kerana tadi pagi menjalani radiasi. Dia lahirkan rasa ketidakselesaannya....maklum tulang belakang telah dimasukkan 11 skru! Syukur pada-Nya....tindakan cepat hospital swasta telah selamatkanya dari lumpuh. Rupanya ekoran dari itu, dia telah maklum bahawa dia mungkin mengidap kanser bulan disember lepas...cuma tak nyangka kesannya begitu pantas....sampai terpaksa terlantar begini dalam masa dua bulan!
Iya..asalnya kanser paru-paru saja....kemudian menular ke tulang dan lain2 bahagian badan. ...stage 4 namun dia tetap optimist! Sedang jalani perubatan cara kampung selain dari perubatan moden. Keadaannya yang lemah tidak memungkinnya menjalani kemoterapi. Sejujurnya....kami semua setuju dengan hasratnya untuk tidak jalani kemoterapi. Kenapa? kerana kemoterapi bukan sahaja membunuh sel kanser...malah turut membunuh sel yang sihat....bolehkah dia bertahan? Menurutnya lagi, doktor pakar di hospital swasta menawarkan kaedah lain sebagai alternatif kepada kemoterapi....kaedah yang kini digunakan sepenuhnya di Singapura...iya...pihak hospital Singapura telah BANNED kemoterapi. Malah pesakit kanser di sana diberikan rawatan secara percuma (mungkin teman2 blogger di Singapura boleh mengesahkan hal ini) ...sedangkan harganya di Malaysia adalah USD15,ooo !!!! Bolehkah penjawat awam dikecualikan bayaran rawatan ini? atau setidak2nya memberikan diskaun yang selesa? Sempatkah rakan sekerja erisya mengatasi birokrasi untuk membuat rayuan memohon bantuan tersebut dari pihak kementerian? Kami hanya mampu membuat solat hajat dan berdoa untuknya....sesungguhnya Allah lah yang berkuasa memberikan kesembuhan.
Teringat ketika di Jepun dulu, Yasumura san terkejut penjawat awam mendapat rawatan percuma....menurutnya, " your country must be very rich!".....kerana di sana, mereka harus membayar harga perubatan...pihak insurans hanya melunasi 20 % sahaja.....urggghhh memang mahal!
p/s: syukur adik dah ok kini....I wish I were there with her!
erk..akak
ReplyDeletekimoterapi tu mmg tak bagus ke?
salam erisya, masa mak pergi klinik warga emas di hospital minggu lepas, ada doktor mengesyorkan mak ambil ubat transfer factor.. ianya bagus untuk menguatkan sistem imun.. cuba layari www.molekulajaib.com..
ReplyDeleteseterusnya membaca N3 puan salam simpati untuk seorang kawan yg terlantar : semuga kita tahu - sakit adalah ujian
ReplyDeletemacam saya.deman 3 hari.suara pun hilang.......
semuga kawan yg terlantar diberkatiNya...
semoga walau apa terjadi, tetap tabah :)
ReplyDeleteSalam Erisya,
ReplyDeletetumpang sedih dgn keadaan kwn sekerja erisya..
kakyong teringat seorang kenalan lama, dia dpt tahu kena kanser payudara, & dah di peringkat akhir pun.. walaupun sel tu merebak dgn cepatnya.. tp dia sgt tabah, setiap minggu masih lagi sempat menulis email kpd kami.. akhirnya hayat nya di katil hospital setelah meminta seorg teman membantu dia berwudhu, sempat solat.. sempat lagi mengaji.. & hanya 4 bulan bergelut, dia pergi diambil Ilahi.. sedih bila teringat kisah dia.. terasa nak cari semula email2 dia dulu.. dah hampir 10 thn dia pergi.. tak tahu lah boleh jumpa tak email dia lagi.. semoga kwn sekerja erisya juga tabah & kuatkan hati..
acusayang....kemo tergantung pada kekuatan pesakit tuh sendiri...ada yang sembuh...ada juga yang meninggal sejurus lepas kemo...semuanya seperti yang ditakdirkan....
ReplyDeleteknurdaniella..thanks..nanti erisya lihat website tuh...biasanya org yang jalani kemo makan sesuatu camtuh untuk pulihkan sel sihat yang rosak...
ReplyDeletetuan J...moga lekas sembuh...suara penting bagi seorang pendidik :)
ReplyDeletethanks maksu...tu semua ujian juga penebus dosa agar layak ke syurga-Nya
ReplyDeletethanks kakyong....memang sedih kehilangan kawan....masa dengar citer dia di hospital...tak dapat nak kawal airmata dari bergenang...
ReplyDeleterawatan tradsional kadang2 lebih baik..cuma perlu dapatkan rawatan dari doktor jug auntuk tanda kita berusaha segala macam cara untuk sihat..selbihnya Tawakal pada ALLAH..
ReplyDeletekawan akak tu masih optimis walau dah macam tu..mungkin kekuatannya akan lebih memanjangkan dan tak mustahil kalau disembuhkan dengan izin ALLAH:)
fahana , betul tuh....banyak kes pesakit stage 4 dah sembuh...kerana semangat dan sokongan kuat dari semua orang.
ReplyDeleteKak..
ReplyDeleteLOVE ya..
thanx owez be with me..
appreciates u kak..
God Bless kak and family..
Dik LOL...luv U more :)
ReplyDelete