Thursday, March 17, 2011

HUNGARY 5-12 MAC 2011

Pelbagai pengalaman berada di rantau orang. Pertama kali ke Eropah banyak memberi pengalaman yang bermakna..betapa kita harus benar-benar bersedia menghadapi segala kemungkinan...walau kedengaran remeh namun boleh membuat kita merana di tempat orang. Ketika di sana Erisya hadapai masalah dengan cuaca...kulit menjadi kering dan gatal-gatal. Kulit menjadi kasar dan kusam. Sebetulnya Erisya ada membawa losyen namun bila sapu ke kaki rasa melekit dan berbuih....rupa-rupanya Johnson Baby Bath...bukan baby lotion!

Checklist berguna sebelum menjalankan urusan rasmi di negara orang (berdasarkan pengalaman ) :
1.  Pastikan pasport masih hidup sekurang-kurangnya 6 bulan lagi sebelum ke luar negara. Fotokopi paspot. Paspot boleh di simpan dalam peti keselamatan di hotel, memadai membawa salinan sahaja kecuali kita ingin menukar wang di money changer atau melawat tempat rasmi sepesti parlimen dsbnya yang memerlukan paspot.
2.  Hubungan kedutaan Malaysia di negara berkenaan. Erisya mendapat layanan mesra daripada kedutaan Malaysia di sini. Mereka perlukan rekod maklumat diri kita seperti alamat hotel dan no tel berguna sekiranya ada kecemasan. Ini juga memudahkan kita bila dah kenal mudahlah minta bantuan mereka....jangan bila susah baru nak hubungi!
3.  Membawa krim untuk kulit kering di farmasi - utk satu badan termasuk tangan dan muka. Cadangan: Rosken skin repair berharga RM14.80 jer.
4.  Dapatkan nasihat tentang pakaian dan makanan yang perlu dari kedutaan Malaysia di sana.
5.  Bawa wang tunai mencukupi. Di sana mungkin sukar dapatkan mesin ATM. Tambahan pula bukan semua negara ada bahasa Inggeris. Ada kes rakyat Malaysia gagal keluarkan wang tunai kad kredit. Setengah negara meminta kita berikan nombor pin T bila berurusan hatta shopping sekalipun!
6.  Sekiranya bermesuarat sepanjang hari, tak perlu memakai long john bulu biri-biri sebab kurang selesa maklumlah... bilik mesyuarat ada heater. Namun sekiranya berjalan2 di luar bangunan sebaiknya pakai long john kambing biri-biri. Tak perlu memakai kot yang tebal jika suhu sekitar 5 C.
7.  Bawa pakaian seminimum yang boleh. Mungkin lepas mesyuarat kita dipinta membawa pulang buku dsbnya berkaitan mesyuarat tersebut.Erisya terpaksa habis hampir 300 Euro kerana terlebih bagasi! Bayangkanlah mereka suruh bawa balik buku satu beg penuh!
8.  Sebolehnya roaming sebelum ke luar negara. Pengalaman Erisya di Italy, burn 30 euro ketika membeli kad sim dan kad telefon. Semua arahan dalam bahasa Itali...bila bertanya kepada penjual mereka bo layan! Kebanyakan pekedai di sini sangat sombong dan angkuh. Service after sales amat buruk.
9.  Sediakan juga wang syiling 1 euro ..manalah tahu terpaksa ke tandas! Maklum semua pakai mesin tak seperti di Malaysia masih ada pekerja yang mengutip wang tandas untuk berikan wang baki.  Memang haru-biru jika nak qadha hajat tanpa wang shiling!(pengalaman ketika di rome )...juga jgn lupa wet tissue :)
10. Belajar dari pengalaman teman2 yang pernah ke negara yang ingin kita tuju.


BUDAPEST, HUNGARY

Memang seronok berjalan-jalan di Budapest...no traffic jam! Mereka ada banyak kenderaan awam. Walau buruk namun amat efisien. Mereka ada metro (3 line), tram dan train (HEV). Memang mudah ...hanya bayar day pass sebanyak 1550 Ft (lebih kurang 7 euro) kita boleh ke mana-mana sahaja , naik kenderaan apa sahaja selama 24 jam!





Bangunan parlimen 




 Sebelah sini Buda dan di seberang sana adalah Pest


 Memang boleh histeria tengok kraftangan di sini. satu alas meja boleh 
ambil masa sebulan untuk menyulamnya! harganya? berbaloi ngan usaha pembuatnya
 Mangga kunci yang bertulis nama pasangan bercinta
Lagi sulaman alas meja....Erisya memang minat benda-benda camni tapi tak mampu nak beli :(







 Pusat membeli-belah tapi kedainya berasingan. Bila masuk ke dalam hanya menjual
pakaian wanita sahaja atau lelaki sahaja.
 Tiles di jual di tepi jalan
 Masih hairan kenapa cili kering dijual di tempat pelancongan ..malah di airport juga!
 Teh ini amat sedap...bila ditanya, waitress tu kata teh donatello

 Ada sesiapa boleh baca tulisan putih di belakang tuh?

Inilah kamar Erisya selama 7 hari..siap ada bantal peluk!

p/s: Erisya ingin merakam penghargaan kepada layanan mesra semua krew Malaysia Airlines...Your smiles make all the difference! Tidak ketinggalan layanan mesra para pegawai di Kedutaan Malaysia Hungary....terima kasih daun keladi..semoga bertemu lagi. Jika balik Malaysia jangan lupa singgah rumah :)

4 comments:

  1. moji16.blogspot.com

    sya sudah 2bln disini (hungary-2jam dr capital)

    tapi masih belum sempat singgah ke budapest hatta ke kedutaan sekalipun...

    huhu,bole kasi tips landmark nk cari kedutaan x??

    ReplyDelete
  2. moji, sorry . saya tak tau lendmark sebab pegi ke kedutaan pun kereta kedutaan yang jemput...dok dalam kete sembang2 tak perasan lak landmark. leh google kedudukan kedutaan malaysia..bil balik malaysia?

    ReplyDelete
  3. Ya, mungkin karena itu

    ReplyDelete
  4. maaf tanya...susah tak nak dapat makanan halal di sana? org islam di sana mcm mana?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah