Friday, April 3, 2009

DEKAT PADA MU

Hari ini, julung2 kalinya agensi kami sambut maulidurrasul. Pertama kali juga erisya hadiri ceramah Dr Robiah K.H. Tadi beliau sempat bercerita tentang kisah Abu Bakar yang amat menyintai rasulullah saw. Tanda cinta? Mengikut syariatnya 100 % . Bukan sekadar serpihan...memilih yang mana sesuai dengan jiwa saja. Umpama membaca al Quran pada surah tertentu ajer...malah al Quran telah menjadi asing buat kita...bukan lagi surat cinta dari Allah. Asing? Hmm...sekiranya al Quran dibacakan tanpa henti di kaca TV....apa soalan pertama di benak kita? Ish! siapa pulak yang mati ya?

Sumer orang tahu Abu Bakar adalah sahabat baik rasulullah saw. Kecintaannya pada nabi bukan bandingan. Justeru selepas kewafatan rasulullah saw, Abu Bakar bertanya kepada Aisyah, ada lagikah amalan rasulullah saw yang masih belum beliau lakukan. Aisyah jawab semua amalan telah dilakukannya, kecuali satu ajer. Abu Bakar bertanya lagi apakah amalan itu.

Menurut Aisyah , ketika hayatnya setiap pagi rasulullah saw ke pasar menyuap makanan ke mulut seorang wanita yahudi yang telah tua dan buta. Maka keesokan paginya, Abu Bakar pun ke pasar mencari2 wanita yahudi yang tua lagi buta. Dari kejauhan Abu Bakar terdengar suara marah2 wanita tua menyumpah seranah rasulullah saw. Macam2 kata2 kesat yang dilontarkan kepada junjungan kita.



Setelah diamati, Abu Bakar yakin itulah wanita tua yang dimaksudkan oleh Aisyah. Lalu Abu Bakarpun menyuap roti ke mulut wanita itu. Tak semena2 wanita itu meluahkannya kembali. Abu Bakar kaget lalu bertanya, " kenapa ibu luahkan makanan itu , bu?" . Wanita itu menjawab, " Siapa kamu? Kamu bukanlah orang yang suapkanku makanan setiap pagi. Di mana orang itu?"

Abu Bakar menjawab lirih bahawa rasulullah saw telah wafat. Abu Bakar heran bagaimana wanita yang buta bisa tahu bahawa bukan rasulullah saw yang suapkan makanan tuh. Menurut wanita itu, " Setiap pagi orang itu suapkan makanan dengan lembut. Penuh santun. Dia tahu aku dah tak ada gigi. Lalu dia melumat-lumatkan dulu roti sebelum menyuapkannya ke mulutku. Tapi roti yang kamu suapkan tadi keras!" bentak wanita itu. " Siapakah lelaki itu?" Buat pertama kalinya wanita itu bertanyakan nama lelaki yang telah berjasa padanya.

" Wahai ibu, itulah Muhammad ...insan yang ibu sumpah dan hina setiap pagi dan petang!" Berderau darah wanita tua itu! Tanpa diduga rupanya tangan yang selama ini suapkan makanan ke mulutnya adalah milik lelaki yang amat dibencinya!

Wanita itu menangis penuh kesal. Dalam sedu-sedan dia memohon Abu Bakar saksikan bahawa dia ingin menjadi pengikut Muhammad," Wahai anak....saksikanlah bahawa aku ingin menjadi umat Muhammad......saksikanlah pengucapan syahadahku ini".


Seperti biasa air mata erisya mencurah turun. Nonton filem hindi pun tak macam ni! Hmmm..seandainya kita di tempat baginda...apakah tindakbalas kita terhadap orang yang menyumpah-nyumpah kita pagi dan petang? Menyumpahnya balik? atau kita menghinanya, " ish! tak padannya tua...buta pulak tuh ...!" atau ntah apa2 lagi kata carut-marut yang tak ada dalam kamus terhambur dari lidah kita.....paling tidakpun, kita membalas caci-makinya dalam blog! alahhh bukan dia baca pun! gasaklah..asal hati puas! Ada sesiapa tak yang akan buat macam rasulullah buat.....dah lah tak membalas segala cacian tersebut...malah disuapkan pulak makanan!

Tadi, Dr Robiah bertanyakan 3 soklan iaitu:

1)Siapa ingat bila pertama kali kita ucapkan kalimah syahadah? Akujanji teragung kita dengan Maha Pencipta.

2) Bila anda rasa dekat dengan Allah?

Ehem! kena jawab sebelum 3 saat! Bila? masa susah? Hmmm...ada sesiapa yang suka susah ? tak suka? maknanya tak suka dekat dengan Allah?

Ada yang jawab masa solat....ish! betul ka tu? Secara purata, berapa lama kita solat? 5 minit? Maknanya 25 minit kita dekat dengan Allah. 25 minit jer? Berapa lama masa yang Allah beri pada kita....24 jam, kan? Jika dikira...berapa peratus kita dekat dengan Allah? Dah kira ? Selebihnya kita dekat dengan siapa? Rasulullah saw kata jika kita dekat dengan Allah, maknanya kita jauh dari iblis. Begitulah sebaliknya....Kekadang bila kita leka dengan kerja kita lewat solat...tapi naik pangkat nak cepat! rezeki nak banyak!

Sesungguhnya orang yang dekat dengan Allah boleh kita kenal dari wajahnya....dari tutur-katanya....dari kepimpinannya.

3) Siapa orang yang paling anda sayang?

Suami? Isteri? anak2? Jika itulah jawapan kita....

Ingat lagi kisah ketika rasulullah saw nazak? nama siapakah yang baginda sebut? Nama isteri? Nama anak? Bukan! sebaliknya baginda tak putus menyebut "ummati!ummati" iaitu umatku!umatku! sehinggakan jibrail heran...tak gembirakah rasulullah bertemu kekasihnya? rasulullah menjawab bahawa baginda bukan sedih meninggalkan dunia tapi takut jika umat baginda diazab sebagaimana umat2 sebelumnya. Maka baginda pohonkan jaminan bahawa umatnya TIDAK akan diazab. Maka Jibrailpun sampaikan jaminan dari Allah taala bahawa umat nabi Muhammad tidak akan diazab.....selagi masih berpegang pada syariat rasulullah saw.

Itulah cinta nabi pada kita. Tanda cinta kita ?

p/s: Pesanan Dr Robiah :

1.Ajarilah anak dua kalimah syahadah

2.Hafal dan hayatilah 99 nama Allah. Agar kita lebih mengenal Allah. InsyaAllah kita tak perlukan sesiapa lagi. Tak perlu takutkan apa-apa lagi. ...kenapa? Bila takut, zikirlah al Malik. rasai kekuasaanNya. Bila tak selesa , zikirlah as Salam. Bila jalan jam..zikirlah al Fatah. Pendekata, serulah nama2 Allah dalam apa juga keadaan....nescaya kita tak perlukan sape-sape lagi.

p/s lagi : Buat para isteri: amalkanlah an Naam ayat 63-64 sebanyak 5 X tiap kali lepas solat...insyaAllah tiada lagi kesusahan....(bukan mudah menjadi isteri!)......err pesanan ni bukan dari Dr Robiah.


23 comments:

  1. Hmm..
    Salam kak..
    Terkedu aku seketika..
    Terasa diri begitu jauh denganNya kerana seringkali lalai menjalankan kewajiban..

    Thanx for da sharin kak..
    Setiap patah perkataan yang menghasilkan sebuah 'kisah' ini begitu menyentuh dan menyedarkan aku betapa kerdilnya diri..

    -Salam kasih from Lots Of Love-

    ReplyDelete
  2. salam erisya.. huhu.. ikut terharu bila baca n3 ni.. masih ada lagikah orang yang berbudi pekerti seperti rasulullah?? nak jumpa 5% seperti sifat nabi pun susah rasanya..

    ReplyDelete
  3. konnichiwa dik...ya ...sesekali memang elok dengar ceramah untuk betulkan diri yang makin jauh dariNya

    ReplyDelete
  4. konnichiwa dik...ya ...sesekali memang elok dengar ceramah untuk betulkan diri yang makin jauh dariNya

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. knurdaniella..jika baca kisah nabi lagi tersentuh...baginda seorang suami dan ayah yang hebat. Suka baca bagaimana baginda tak pernah memaksa anak2 daranya terima lamaran....baginda akan meminta isterinya bertanya pendapat anak2 dulu. Kalau ada apa2 hal...berbincang dengan isteri dulu. Tak guna kuasa veto sewenang2nya mcm segelintir suami akhir zaman. Seperti prsanan Dr Robiah, Semalam erisya mengajar kalimah syahadah pada anak....agar dia benar menghayati konsepnya....pertama kali anak solat panjang lepas tuh. semoga solat bukan lagi amalan ritual...tapi masa untuk bersama Allah mensyukuri segala yang ada.

    ReplyDelete
  7. Menarik!

    Gud mom, gud sister!

    Love ya much kak..

    ReplyDelete
  8. adik nak balik rumah dah.
    kat rumah xleh nak online..
    thanx commentin adik nyer oldest n3..
    hehe..
    suka, suka..

    bye kak..

    ReplyDelete
  9. salam erisya..

    terima kasih erisya, berkongsi ilmu selepas menghadiri majlis ilmu. Rindu nya nak ke majlis ilmu.. apa2pun terima kasih sekali lagi, entri ni sebagai ingatan utk diri kakyong yg daif ini.

    ReplyDelete
  10. walaupun dh lame dgn entri yg baru trsiar ni mengingatkan kita sama2 kmbali mengingati dn mncintai Rasulullah.Trima kasih atas prkongsian yang byk manfaat ni..em,bace blog2 kat sini pun, mengingtkan pada TUHAN..trima kasih kak untuk prkongsian sangt brmakna ni..saye sndri dah lame trlupa..huhu

    ReplyDelete
  11. ok dik...baguslah adik suka ;)

    kakyong dan fahana....sama2lah kita berkongsi ilmu yang diperolehi...maklum, baca buku tak sama ngan majlis ilmu (taman syurga)...

    ReplyDelete
  12. Salam erisya.

    Satu soalan cepu mas dari uncle. "Berapa ramaikah di antara kita yang sanggup mati kerana Allah dan Rasulnya?"

    ReplyDelete
  13. salam erisya ...
    dengan sebak didada sha ..rase bersyukur sangat menemui coretan blog ini ...
    mohon pada erisya ..untuk sha copy sbg tatapan di blog sha juga ...

    salam ziarah n kenalan kak

    ReplyDelete
  14. sharing is caring...
    terima kasih..

    betapa kerdilnya sy dibumi tuhan ini...

    ReplyDelete
  15. salam uncle...hmmm...ni adalah pandangan erisya yerr...harap tiada yang kecil hati...maklum ramai yang mengaku cintakan Allah dan rasulNya...tak ramai yang sanggup ikut syariat nabi...justeru pendapat erisya tak ramai yang sanggup mati kerana Allah dan rasul...masih ada terselit ingin mati kerana bangsa dan negara...berapa ramai seperti khalid al walid yang telah menghunus pedang kepada musuh Allah tapi bila wajahnya diludah oleh kafirun itu, khalid simpan semula pedang tuh...kenapa? sebab takut dia membunuh bukan kerana Allah tapi kerana marah! (pasti uncle ingat citer ni lagi kan?) papepun, erisya yakin masih ada orang yang sebegini di luar sana..Allah sentiasa memberi pengganti kepada mereka yang syahid di jalanNya...cuma mungkin bilangannya tak seramai di zaman rasulullah saw.

    ReplyDelete
  16. ayshanur..salam kenal ...sebak erisya baca komen ni....boleh...silalah panjangkan coretan ni entry ini TK

    ReplyDelete
  17. kuIna, kita adalah insan kerdil tapi bertguah kerana terpilih menjadi khalifah Allah dan umat nabi Muhammad saw

    ReplyDelete
  18. maksu,

    sama2...juga terima kasih kerana maksu juga banyak berkongsi dengan kami semua :)

    ReplyDelete
  19. selalu terasa diri tak disayangi tp tak sedar yg DI ATAS tu sentiasa menyayangi kita cuma kita ja yg selalu melupakan-NYA..

    ReplyDelete
  20. afsal..betul betul betul!samalah kita saling mengingatkan!

    ReplyDelete
  21. salam erisya

    ke mana erisya menghilang.. sangat lama tidak update blog??

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah