Semalam kesabarannya menipis. Benar-benar berkecil hati kerana rakan sekerja yang terpilih menerima anugerah cemerlang. Merasakan dirinya dizalimi. Merasakan harapan untuk kenaikan pangkat kian menjauh. Merasakan pengorbanannya selama ini adalah sia-sia kerana tiada penghargaan dari bos. Tidak mendapat imbalan sewajarnya dari top management.
Dalam kesedihan itu, dia terlupa bahawa Allah Maha Melihat. Allah Mata Tahu segala apa yang kita kerjakan. Tak mungkin Allah akan biarkan kita dalam penderitaan. Tak mungkin segala yang kita kerjakan adalah sia-sia. Tak mungkin Allah tidak pandai membahagi-bahagikan rezeki kepada hamba-hamba-Nya. Anugerah cemerlang yang diterima oleh rakan sekerja adalah rezeki dari Allah padanya. Tergamakkah kita mempertikaikan keadilan dan kebijaksanaan Pencipta kita?
Segala yang berlaku adalah takdir yang telah tertulis sebelum kita dilahirkan lagi. Segala perjalanan hidup, rezeki, jodoh telah ditetapkan. Segala takdir buruk yang berlaku adalah ingatan Allah agar kita sentiasa ingat kepada Nya...memberi kita peluang mendekatkan diri pada-Nya. Dalam kesedihan sewajarnya kita bertanya diri bagaimanakah perhubungan kita dengan Pencipta...apakah kita sentiasa ingat dan mensyukuri- Nya ketika senang sehingga tak perlu lagi Allah berikan musibah untuk mengingatkan kita?
Apakah kita bekerja benar-benar kerana Allah? Bekerja kerana itu adalah tanggungjawab kita bersesuaian dengan gaji yang diterima. Bekerja kerana itu adalah amanah Allah yang telah memberikan kita pekerjaan. Jika benar, kenapa kita harus gusar kerana tidak mendapat pujian manusia? Tidak mendapat pengiktirafan manusia. Cukuplah Allah bagi kita. Tempat kerja hanya sebahagian kecil dari kehidupan kita. Ada sebabnya Allah memberi rezeki kepada kita di sisi lain kehidupan kita.
Yang lebih menyedihkan dari kehilangan anugerah cemerlang adalah kehilangan iman. Melupai bahawa salah satu rukun iman adalah mempercayai Qada' dan Qadar. Percaya dengan takdir yang telah ditetapkan dan takdir yang bisa kita ubah dengan munajat dan amal. Seharusnya kita tingkatkan usaha untuk menjauhkan takdir yang buruk....dengan pelbagai cara yang diajar Rasulullah SAW.....membuat yang terbaik bagi mendapat keredhaan-Nya...semata-mata kerana-Nya!
Pilihan negatif akibat kekeciwaan akan menjerumuskan dirinya...bukan sahaja rugi di dunia malah di akhirat! Sedangkan matlamat kita adalah akhirat. Dunia hanya jalan menuju ke sana. Hanya sementara... sedangkan akhirat adalah kekal abadi. Tempat kembalinya kita nanti.
Dan sekiranya kita benar-benar yakin Allah Maha Melihat...mintalah pada-Nya. Rayulah!Rintihlah pada-Nya. Mohon keampunan. Mohon rezeki. Mohon keberkatan pada pekerjaan dan gaji kita. Pasti ....Pasti Allah akan menjawab doa kita. Menjawab pertanyaan kita. Sesungguhnya ampunan Allah lebih besar dari kemurkaan-Nya. Kasih-sayang Allah lebih besar dari taat kita pada-Nya.
InsyaAllah, Isnin ini Erisya bercadang mahu 'berbual panjang' dengannya. Tindakan negatifnya bakal menyusahkan Erisya dan team. Tapi bisakah Erisya nyatakan semua ini? Erisya bukan orang yang selayaknya menyatakan ini. Memberi nasihat padanya. Serik... Erisya lebih mudah menasihati dan memberi semangat kepada orang bukan Islam...namun tidak pernah berjaya melakukan perkara yang sama kepada rakan sekerja yang bertudung labuh! Segalanya bagaikan mencurah air ke daun keladi...Sesuatu yang Erisya kesali dan harus ditangani ...bermula dengan muhasabah diri!
Sesungguhnya hanya Allah yang memberi petunjuk dan hidayah....Erisya hanya menyampaikan!

"BARANGSIAPA TIDAK RELA DENGAN KETETAPAN-KU DAN TIDAk BERSABAR ATAS COBAAN-KU, MAKA HENDAKLAH DIA KELUAR DARI NAUNGAN LANGIT-KU, DAN HENDAKLAH DIA MEMILIH TUHAN SELAIN-KU"
(Hadis Qudsi)
3 M : MULAI LAH DARI DIRI SENDIRI
MULAILAH DARI HAL YANG KECIL
MULAILAH DARI SEKARANG!
(-Aa Gym)