Wednesday, February 2, 2011

BERDOALAH

"...siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya?
(al-Naml:62)

"...berdoalah kamu kepada Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu"
(Ghafir:60)


"Doa seorang hamba sentiasa mustajab selagimana ia tidak mendoakan dengan perkara dosa atau memutuskan hubungan silaturrahim, dan selagimana ia tidak tergopoh-gapah". Sahabat bertanya,"Bagaimana ia tergopoh-gapah?" Rasulullah SAW menjawab, "Orang itu berkata, aku berdoa tetapi tidak mustajab. Ketika itu ia berputus asa dan tidak lagi berdoa."

(Sahih Muslim)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah