Lihatlah ke kiri dan ke kanan
anda akan menyaksikan betapa ramainya
insan yang sedang mendapat cubaan.
Selusurilah di setiap rumah
pasti ada yang merintih dan setiap pipi
pasti pernah basah oleh air mata.
Maka anda bukan satu-satunya insan
yang menerima dugaan.
Percayalah...Allah tidak pernah
mahu menyulitkan hamba-Nya.
Namun, harus diinsafi bahawa Dia
tidak memberikan apa yang kita mahu tapi
memberikan apa yang kita perlu.
Terimalah segala ketentuan dengan lapang dada, tanpa dendam
tanpa prasangka
Dipetik dari buku "Rawatlah Hati" karya Dr. Robiah K. Hamzah
ISBN 978-967-86-0356-0
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah