Tuesday, January 25, 2011

RAWATAN BATU KARANG

Sebelum teruskan bicara, Erisya ingin mohon maaf kerana tidak pernah membalas pertanyaan mengenai rawatan batu karang di Melaka....bukan apa , kerana kami sendiri tak pernah ke sana! Sekarang baru Erisya berani memberikan alamat dan no tel.

Ahad lepas,kami sekeluarga ke rumah en Jamil di Kg Gangsa , Durian Tunggal Melaka. Kami ikut lebuhraya Utara-Selatan. Kami keluar melalui exit 231 Ayer Keroh. Dari plaza tol kami terus memandu ke arah jejantas/jambatan  di hadapan.Selepas jejantas/jambatan , kami belok ke kiri iaitu ke arah Sungai Udang (ada signboard). Terus memandu ikut arah Sg Udang. Dalam perjalanan , boleh nampak PLKN di sebelah kiri.

Setibanya di traffic light yang ke DUA , belok ke kanan (ada signboard Durian Tunggal). Perlahankan kereta. Di sebelah kiri ada gerai kecil dan signboard UMNO bahagian Gangsa. Masuk ke lorong tersebut. Di sebelah kanan ada parking lot (RM2). Selepas parking berjalan ikut lorong tadi. Setibanya di rumah berwarna putih, belok ke kiri. Dihujung lorong ini adalah rumah en Jamil. Ada orang menjual jajan di sebelah kirinya.

Oh ya..Jangan lupa bawa bekas air kosong ke sana. Tapi kalau tak ada pun tak pe sebab di sana jiran2 menjual bekas kosong dengan harga RM4.

Kemudian pesakit harus ambil nombor giliran (macam hospital lak..tapi tak de misi/suster  cun!). Namun nasib kami baik kerana orang tak ramai jadi tak perlu lah ambil no. Lima orang masuk ke dalam bilik rawatan. Erisya tak ikut masuk sebab seganlah...semua lelaki! Menurut suami, en Jamil menggosok2 bahagian belakang pinggang. Kemudian beliau pegang bahagian perut kanan...rasa pedih ..tetiba voila! ada seketul batu. Menurut suami, semasa orang sebelah terima rawatan, dia asyik memandang tangan en Jamil...kotlah ada batu! tapi kedua belah tangan memang kosong..tetiba .terdengar bunyi batu bergeser semasa en Jamil menggosok...bila en Jamil keluarkan tangan, .rupanya ada dua biji batu dikeluarkan dari pesakit sebelah!

Keluar bilik, pesakit dibekalkan air yasin dan satu bekas krim panas (RM10)...bayaran lain, berilah seikhlas hati.

Erisya enggan membuat spekulasi mengenai kaedah rawatan beliau. Yang pasti, suami tidak lagi kencing berdarah, ari-ari dah tak sakit dan perutpun tidak senak lagi. Namun masih belum berkesempatan nak scan di hospital lagi. Menurut seorang kenalan, dia pernah membawa anaknya menerima rawatan di situ. Bila ke hospital, doktor pun heran sebab tiada batu karang lagi!

Semua nya dengan keizinan Allah taala. Kita hanya berusaha. Bagi yang berminat untuk mencuba:

En Jamil
Kpg Gangsa , Durian Tunggal Melaka 
No Tel: 016-6166694
Pusat Rawatan dibuka setiap hari KECUALI Isnin, Khamis Jumaat (jam 6 pagi hingga 4 ptg)

Sebetulnya en Jamil ni boleh merawat lain-lain penyakit juga...namun kebanyakan pesakit adalah penghidap sakit batu karang. Rakan sekerja juga pernah bercerita, sedaranya pernah berubat batu karang (tapi tak ingat di mana). Semasa rawatan, mereka sekeluarga boleh melihat batu tersebut. Namun bila dilihat dalam foto, batu itu tak kelihatan...invisible! wallahuaklam..namun bagi pesakit en Jamil...masing-masing pulang membawa souvenir....batu karang bukan dari lautan.... tapi dari badan.

60 comments:

  1. Dear Kak Sayang,

    Moga hubby kak akan lebih sihat selepas ini.

    *nanti nak cadangkan kat kawan coz ayah dia ada batu karang.

    hi kak, rindu kat kak.
    heeee

    ReplyDelete
  2. pengidap batu karang hempedu boleh tak cuba kaedah ini?telah banyak kali tanggoh kaedah rawatan hospital,iaitu pembedahan kerana mencari cara alternatif.

    ReplyDelete
  3. adik sayang..rindu kat adik juga,

    anonymous: insyaAllah boleh.cubalah...sehari lepas pulang dari melaka sebutir batu lagi keluar memalui urin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erisya, sy baru buat rawatan semalam (Ahad, 5.1.2014) atas rekomen daripada kenalan masa ada temujanji di GH urologi, dan sepupu sy. Alhamdulillah, keluar 5 ketulan batu daripada buah pinggang kanan. Maaf, nak bertanya, apa khabar suami sekarang.?

      Delete
  4. armouris: thank you for sharing.

    ReplyDelete
  5. Salam Sahabat,

    Lama tak berhubung. Moga berbahagia sekeluarga dan telah selesai MSc dengan jayanya.

    Yati, Tg. Malim.

    ReplyDelete
  6. walaikumsalam sahabat. Actually I did text you last week. well, I guess you had change your cell phone no. please text me your the new one. I've a lot to catch up ;). miss you.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum,,,
    to sis erisya...abah sy mengalami mslh bt karang ni...sudah,sedang dan akan ada lagi rawatan dengan hospital kerajaan...ketika dalam rawatan tersebut abang sekeluarga telah menghantar abah utk rawatan alternatif d melaka cuma sy x igt pula dgn lebih tepat di mana tempatnya...namun mungkin belum bertemu abah dgn 'jodohnya'...ketika appointment seterusnya dgn pakar urologi..hasil xray dan ctu menunjukkan batu tersebut masih di situ...ermmm...memang belum bertemu dgn yg serasi...tp i'allah alamat ni sy cube suggest pada family utk bersama2 berusaha lagi...doakan ye buat abah sy...terima kasih ats info...

    ReplyDelete
  8. salam.. saya cuba call no en. jamil tu tapi tak berjawab. last time akak pegi hari apa? sabtu & ahad bukak kan?

    ReplyDelete
  9. salaams Uji, mungkin dah tukar no kot.akak pegi pada hari sabtu ahad. en Jamil kata usia 50 thn dia nak berhenti berubat. adik dia buat bisnes yang sama di KL tapi x pasti kat ner. Dengar citer diroang tiga beradik. sorang lagi di Johor.same business.

    ReplyDelete
  10. Saya pernah pergi and memang keluar batu. Terjumpa blog ni sebab sakit semula tiba2. Nak kena pergi sekali lagi. Punca ialah kurang minum air.

    ReplyDelete
  11. saya ingin tahu jika encik jamil ada memesan supaya suami awak pantang makan selepas rawatan?
    apakah soalan peribadi yg ditanya encik jamil?
    terima kasih.

    ReplyDelete
  12. boleh saya dapat kan no talifon..saya nk datang dri png. nie contact no saya, sesiapa ade no fon boleh text saya. 0174038127

    ReplyDelete
  13. salam. saya try call no kt atas tu tp xdpat. boleh x sy dapatkan no baru beliau? ataupon contact sy di 0174038127. pertolongan anda amat dihargai. terima kasih.

    ReplyDelete
  14. thanks for sharing..memang tgh mencari adress en jamil.thnks sekali lagi cause maklumatnya tepat and jelas.tgh mencari hari yg sesuai..

    ReplyDelete
  15. Dear all, maaf terlewat balas...maaf saya tak ada no tel baru beliau kerana suami saya telah sembuh sepenuhnya selepas minum produk kesihatan yang serasi. semoga kalian semua sembuh....maaf tak dapat membantu.

    ReplyDelete
  16. Assalammualaikum...
    Sekarang waktu rawatan dia hari selasa,rabu,sabtu dan ahad.waktunya dari pukul 6 pagi - 2 petang sahaja...Bayaran untuk buang batu karang sekurang-kurangnya RM 100.Baru sabtu lepas saya pg, dikenakan bayaran RM 100. no fon dia 013-9990935,013-6426663,012-2658199. alamat bt7 1/2, kg gangsa,76100 durian tunggal melaka.

    ReplyDelete
  17. Salam..en. Jamil sudah tukar no. fon 0139990935
    Waktu berubat : Selasa, Rabu, Sabtu n Ahad (6pg-2ptg)
    Cuti : Isnin, Khamis n Jumaat
    Jika ingin menghubungi en. Jamil sila tel. sehari sblm nk dtg jika ingin booking no. atau bertanye mengenai penyakit anda..tq

    ReplyDelete
  18. Ni No HP en jamil 0139990935..sila hubungi beliau untuk meminta atau booking no. giliran anda..tq

    ReplyDelete
  19. perunding perubatan batu karang batu 7 1/2, Kg Gangsa Durian Tunggal Melaka, Waktu Rawatan Selasa, Rabu, Sabtu dan Ahad 6.00 pagi hingga 2.00pm. Datang aje pada hari yg tertera diatas, insyallah ada.
    Baru balik semalam berubat ayah, umur lebih 60tahun, 3 biji batu dari buah pinggang kanan, 2 buah pinggang kiri dan 3 kat hempedu. 1 hari berubat sebelah buah pinggang, so saya berubat 2 hari. Datang sebelum subuh ambil nombor, tapi dah ada org yg datang awal sehari sebelum untuk ambil no, so pukul 9 pagi baru dapat berubat, tapi untuk hari kedua selesai 6.30am, sebab dah booking nombor awal sehari sebelumnya. Warga emas/emergency /kanak2 diutamakan.

    ReplyDelete
  20. Saya bawa Abang Ipar saya yang mengidap sakit buah pinggang dan batu karang pada hari sabtu 10 November 2012, Alhamdulillah selamat dikeluarkan batunya oleh Tuan Haji Jamil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam gajet macro...
      boleh saya tau berapa kos rawatan untuk buang batu karang nie??
      mak saya menghidap batu karang kat hempedu..betol ke akan dikenakan bayaran seratus???

      Delete
  21. Salam. . .saya sudah 8 kali pergi ke Hj Jamil. Kerana kadang2 tak ikut pantang jangan makan kacang tanah. Kacang tanah ada protein yang boleh buat tepong jadi pasir dan pasir jadi batu. Saya sudah keluarkan 12 ketul batu dari buah pinggang dan pundi kencing. Sekarang dekat 2 tahun ok. Boleh buang air tanpa masalah. Tapi pantang kena ikut. Saya percaya dan yakin, Allah SWT ada beri kelebihan kepada tuan Hj Jamil kebolehan keluarkan batu karang tanpa pembedahan mahal. Hanya RM 2 atau RM 20 masuk tabung atas meja dia.

    ReplyDelete
  22. salam... agak2 kalau masalah tiriod dia boleh ubatkan ke?

    ReplyDelete
  23. salam semua saya baru saja balik dr hospital putra melaka...kira 2 minggu lepas sya di diagnose ada bt karang dlam buah pinggang so sy perli la iktiar dengah hj jamil...alhamdulillah tadi gi sekali lg jumpa dr ..syukur bt tu dah hilang kata dr tinggal lendir saja..dia kata mungkin mesin scan rosak..so alhamdullilah syukur kepada kebesaran Allah..hj jamil hanya penyebab saja yg menentu kan ALLAH..so pada sesiap yg pernah tuduh org ke sana syirik so hati la..jg cepat menuduh org tanpa selidik usul asal camne ilmu hj jamil tu..

    ReplyDelete
  24. kena 100? ye ke ? saya dah p bayaran ikhlas hingga skrg penyakit batu karang sy ok dgn izin allah

    ReplyDelete
  25. Asalam... Semua saya ingin berkonsi cerita batu karang. Saya pernah gi sana berubat batu karang alhamdulilah setelah berubat dgn En Jamil sakit batu karang dah ok. Saya dah beberapa kali gi sana koleksi batu yg dikeluarkan pun banyak juga dan saya telam membawa ramai juga kawan2 yg ada batu karang berubat kat sana allhamdulilah semuanya ok balik boleh senyum. Batu Karang/Jantung/Barah penyakit ini kepakaran Hj Jamil DLL penyakit. Jangan terkejut kalau gi sana depan umah parking kereta mewah semua tu hadiah dari persakit Hj Jamil (Barah Otak) lagi satu sesiapa gi sana jangan tanya berapa harga atau cross no. atau buat2 sakit habis dia taruk kaw kaw tak kira tua atau muda. Di dalam bilik berubat tu ada kotak duit masukkan aje kat situ salam pastu chaw ambik ubat yg dia tulis. Kalau betul2 sakit tak tahan sangat tak yah ikut no. Gi aje jumpa dia boleh cross org lain tapi jangan tipu tak caya cuba la... Hahaha
    Pantang Batu karang jangan makan kacang tanah bukan tak boleh makan tapi kacang tanah tu Hj bagi tau dia mencepatkan tumbuh batu tu. Sesiapa yg ada sakit yg saya bagi tahu tu gi la sana allamdullilah baik boleh senyum Ok shahneu

    ReplyDelete
  26. TiRiOD juga kepakaran Hj Jamil

    Shahneu

    ReplyDelete
  27. salam.. pg ni selepas t'baca blog akk sy trus ajak suami ke sana.. coz suami sy br 3hr dpt tau die ade bt karang dan dh berumah 3hr gak kat hospital..ckp dgn specialist x nk operate dulu nk try cara tradisional dan die setuju utk discaj dan dtg seminggu lg utk buat city scan lagi.. pg td trus g Melaka tp syg dia dah tutup tgk jam baru pukul 1.15pm kate tutup pukul 2.00pm..rupanya sebab pukul 11am dia dh t'putus pesakit..dlm hati ish kami smpai jauh2 takkan tak nak layan..sedih sangat..ada makcik tu siap suruh balik..tapi kami kepenatan menempuh p'jalanan yg jauh..lg2 suami yg sakit b'degil nk drive demi keselamatan kami..hampa..tp sy b'doa dlm hati semoga Allah buka kan pintu hati en.Jamil untuk menolong kami kerana kelebihan itu Engkau telah beri padanya..kami cuma mampu berusaha.. pesakit lain dh lemah longlai patah balik..hampa seperti kami.. tiba2 makcik tadi panggil kami..kamu semua boleh beratur..Syukur Dia mendengar.. owh sekejap je rupenya kan kak x sampai 2 minit berubat dah boleh balik.. Syukur sangat2 suami saya rasa lega yg amat2..

    ReplyDelete
  28. salam nama sya zul dari jb.sabtu 06.04.2013 sye dah pergi mendapat rawatan kat umah hj jamil..dia berjaya keluarka 1 biji batu karang yg agak besar kat pundi kencing saya yg teramat sakit dulu ..lepas rawatan saya macam sgt2 gembira sbb sudah tiada sakit lg skg..sya dpt tahu ini pon dri kwn sya kat kl en muhammad...syur semuanya baik utk saya...skg niat saya nak tlg pula sape2 yg ada sakit batu karang macam saya..bleh tel saya no 0107090138...saya akan bantu anda pula agar penyakit batu karang ini dapat sembuh dan anda mampu tersenyum gembira insyaALLAH...jgn segan call sya eh...sya niat nak bantu saja...

    ReplyDelete
  29. saya pun pernah gak berubat ngan Haji Jamil nie..tapi ada orang kata Datuk Jamil ..emm entahlah.. tapi memang berkesan time tu berubat gara2 sakit kat pinggang kat belah kiri mcm dihiris2 n gi ngan mak.. dia ckp memamng ada btu tpi x la besar sgt ..huhu bila dia duk pegang kat pinggang tu...aah memang kuar la batu tu kecik dalam 3-4cm n ia tajam2 n berduri2 gitu..pattlah sakit...lepas dah buang tu memang sakit n pedih sikit..n kira lama gak la pantang makan..nak bgi betul2 baik ...la ni alhamdulliah .syukur pada allah ...

    ReplyDelete
  30. Untuk yg beginner sakit try makan ubat herba nama Cystone,kat farmasi ada jual,Alhamdulillah lega

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum, saya baru saja selesai menonton 1 program di tv tentang seorang pakar perubatan batu karang n perbagai jenis penyakit. Tapi saya tak sempat untuk mencatat alamat rumah pakar. Jadi saya cuba google dan nampak blog ini. Saya harap segala details tentang pakar adalah sama dengan orang dan tempat yg saya ingin cari. Saya ingin menghantar bapa saya yang sedang menghadapi penyakit batu karang & cancer usus.

    ReplyDelete
  32. Saya ingin mencuba menghantar bapa saya ke sana utk rawatan. Dia menghidapi batu karang & cancer usus. Saya harap alamat & no.telipon yg tentera di atas masih sama.

    ReplyDelete
  33. Assalam semua....ramai yang ingin ke Melaka selepas memabca post ini. Sejujurnya, suami saya telah berhenti ke sana kerana tak sanggup setiap minggu ke sana ...masih ada batu yang dikeluarkan. Dia minum jus dan detox .Alhamdulillah sekarang pulih sepenuhnya dari gout dan batu karang. Sekadar ingin beri penerangan bahawa suami tidak sembuh sepenuhnya kerana buang batu secara 'ghaib'. Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi rawatan disitu sebenarnya tidak menyembuhkan? sekarang suami bagaimana? apa rawatan yg dah dibuat selepas tu? jus dan detox apa ya?

      saya bertanya untuk ayah saya yang sakit batu karang teruk sampai tak boleh nak buang air sakit..

      Delete
  34. As salam..minum jus n detox ape ye...

    ReplyDelete
  35. As salam...blh tau minum jus n detox ape?

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum,

    Saya PELIK dengan komen "erisya nor". Kenapa perlu nak berulang alik setiap minggu? Saya pernah dapatkan rawatan disana pada 2004, 2008, 2010 dan akan ke sana lagi minggu ini. Setahu saya batu karang akan berulang kerana ianya terbentuk berdasarkan pemakanan kita.

    Kalau yang wanita biasa akan kena batu hempedu.
    Yang lelaki biasanya batu karang @ gout.

    Siapa yang kerap ambil buahan citrus @ tablet vitamin C dan kurang minum air (purata 1 gelas / 10kg berat badan sehari) akan ada risiko tinggi untuk kena BATU HEMPEDU dan BATU KARANG.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doktor yg merawat saya suggestkan supaya pengambilan citrus yg banyak kerana katanya citruslah yg menhalang pembentukan batu karang. Byk org suggest hj jamil ni, tp setelah baca buk blog di internet, sy rasa sy x akan kesana kerana sy mmg tak mau terlibat dgn perubatan batin... Kalau perubatan traditional tanpa batin, insya Allah sy boleh try..

      Delete
  37. Assalamualaikum,

    Saya PELIK dengan komen "erisya nor". Kenapa perlu nak berulang alik setiap minggu? Saya pernah dapatkan rawatan disana pada 2004, 2008, 2010 dan akan ke sana lagi minggu ini. Setahu saya batu karang akan berulang kerana ianya terbentuk berdasarkan pemakanan kita.

    Kalau yang wanita biasa akan kena batu hempedu.
    Yang lelaki biasanya batu karang @ gout.

    Siapa yang kerap ambil buahan citrus @ tablet vitamin C dan kurang minum air (purata 1 gelas / 10kg berat badan sehari) akan ada risiko tinggi untuk kena BATU HEMPEDU dan BATU KARANG.

    ReplyDelete
  38. waalaikumsalam sani.....saya jg pelik....tiap mgg u ke sana ada je batu yg keluar.....rupanya x sama dgn batu karang yg dikeluar cara operation.kwn baik sy yg bertgs sbg doktor x benarkan kami ke sana lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy sependapat dengan erisya nor dah saya sendiri telah ke sana...tp hakikatnya di pengakhiran saya ke hospital untuk operate PCNL....

      Delete
    2. Diceritakan bahawa Musa as. pernah mengeluh kepada Allah swt kerana menderita sakit gigi. Maka Allah swt memerintahkan: “Ambillah rumput orang itu dan letakkan pada gigi kamu!” Lalu Musa a.s pun berbuat demikian, maka sakitnya pun sembuh.


      Beberapa hari kemudian, sakit gigi yang dialami Musa a.s datang lagi. Maka Musa a.s pun mengambil kembali rumput yang pernah diambil dulu dan meletakkan pada giginya. Hasilnya bukan bertambah sembuh, sebaliknya sakit giginya bertambah teruk dari biasa. Langsung dari itu Musa a.s pun mengadu kepada Allah swt dengan katanya, “ Wahai Tuhanku, bukankan engkau mengarahkan aku untuk berbuat demikian tetapi mengapa ianya tidak melegakan aku?”


      Allah swt menjawab: “Wahai Musa, Akulah yang menyembuhkan dan Akulah yang menyihatkan. Aku yang memberi bencana dan akulah yang memberi manfaat. Kali pertama kamu datang kepadaKu dan mengharapkan pertolongan Aku, lalu Aku sembuhkan sakit kamu. Sekarang engkau menuju kepada rumput dan tidak menuju kepada-Ku.”

      Delete
    3. Diceritakan bahawa Musa as. pernah mengeluh kepada Allah swt kerana menderita sakit gigi. Maka Allah swt memerintahkan: “Ambillah rumput orang itu dan letakkan pada gigi kamu!” Lalu Musa a.s pun berbuat demikian, maka sakitnya pun sembuh.


      Beberapa hari kemudian, sakit gigi yang dialami Musa a.s datang lagi. Maka Musa a.s pun mengambil kembali rumput yang pernah diambil dulu dan meletakkan pada giginya. Hasilnya bukan bertambah sembuh, sebaliknya sakit giginya bertambah teruk dari biasa. Langsung dari itu Musa a.s pun mengadu kepada Allah swt dengan katanya, “ Wahai Tuhanku, bukankan engkau mengarahkan aku untuk berbuat demikian tetapi mengapa ianya tidak melegakan aku?”


      Allah swt menjawab: “Wahai Musa, Akulah yang menyembuhkan dan Akulah yang menyihatkan. Aku yang memberi bencana dan akulah yang memberi manfaat. Kali pertama kamu datang kepadaKu dan mengharapkan pertolongan Aku, lalu Aku sembuhkan sakit kamu. Sekarang engkau menuju kepada rumput dan tidak menuju kepada-Ku.”

      Delete
  39. mira.....boleh emel erisya0501@gmail.com......sy x ingat jenama detox tu.tp kak ipar yg juga ada batu hempedu berjaya keluarkan batu melalui najis tanpa operation.

    ReplyDelete
  40. saya zulkefli dari johor baharu yang telah mendapat rawatan dgn haji jamil pada 6.4.2013..pada 18.7.2013 saya telah membuat pemeriksaan ultrasound di hospital jb.doktor juga terkejut mcm mana batu karang tersebut sudah tiada.saya ckp dah buang kat melaka..dia terus ckap kes batu karang saya ditutup.selesai ..amin suka sgt saya pada ALLAH S.W.T..kalu kawan2 ada masalah bleh call saya 0107090138/ sms je..ikhlas nak tlg bg sihat aje..kalu nak tgk report doktor pakar sebelum dan selepas saya pun ada kwn2...

    ReplyDelete
  41. org perempuan dia rawat tak? saya ingin bawa mak saya.

    ReplyDelete
  42. org perempuan dia rawat tak? saya nak bawa mak saya.

    ReplyDelete
  43. Boleh cuba ambil URINEX. Manfaat yang anda perolehi :
    1. Membantu memecahkan & mengeluarkan batu karang dari saluran kencing.
    2. Mengurangkan kekejangan & radang saluran kencing yang dikaitkan dengan batu karang.
    3. Melawaskan pembuangan air kencing & meredakan gangguan buah pinggang yang disebabkan oleh batu karang.

    HALAL & BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. Berminat untuk membuat pembelian, boleh PM/SMS/WhatsApps saya di 016-6521445 (Mas).

    Fb Pages : https://www.facebook.com/pages/Cinderellacute-Baraka-Habbatus-Sauda-Kapsul/126502494148896

    ReplyDelete
  44. Boleh cuba ambil URINEX. Manfaat yang anda perolehi :
    1. Membantu memecahkan & mengeluarkan batu karang dari saluran kencing.
    2. Mengurangkan kekejangan & radang saluran kencing yang dikaitkan dengan batu karang.
    3. Melawaskan pembuangan air kencing & meredakan gangguan buah pinggang yang disebabkan oleh batu karang.

    HALAL & BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. Berminat untuk membuat pembelian, boleh PM/SMS/WhatsApps saya di 016-6521445 (Mas).

    Fb Pages : https://www.facebook.com/pages/Cinderellacute-Baraka-Habbatus-Sauda-Kapsul/126502494148896

    ReplyDelete
  45. Saya Akmal.Rumah sye kat 559-N, Jalan Kenanga 1/14, Taman Kenanga Seksyen 1,75200 Melaka.Sye patah tulang lengan tangan kanan.Ade kaedah rawatan tak?

    ReplyDelete
  46. Maaf mencelah ,akmal klu patah tangan berubat kat anak wak sabar .rumahnye kat jln pulasan tmn kota masai pasir gudang johor .maafla sy x tau alamat detail dan no phone .tp klu nk sy bole carikan.call sy 0197803440 wanis

    ReplyDelete
  47. saya dah buat stenting di Urologi HKL dan sekarang menunggu appoiment checkup bulan 5 nanti.Ada sesiapa yg pernah mengalami masalah mcm saya ni boleh kita berkongsi pengalaman perubatan tradisional yg sesuai.

    ReplyDelete
  48. Sy bru je pegi hr selasa lps.bw mak mertua sy kna btu karang.hj jamil berjaya kuarkn 2bj batu.tp ubatnye terlalu mhl.mak mertua sy kna rm300 utk ubt.rs xlogik btul byran utk ubt tu

    ReplyDelete
  49. saya dah cuba rawatan batu karang hj jamil kg gangsa ni... hanya silap mata jer beb... toksah le korang percaya.. membazir duit aku jer.. time berubat tu kononya dpt bawak keluar batu. bila g scan kat hospital batu karang tu dok lagu tu gak.... kene kencing jer

    ReplyDelete
  50. Rawatan b.karang secara tradisional@ moden ada yg gagal@ berjaya, sekali cuba jgn putus asa. Bagi yg kata itu penipuan , fikirkan juga bagi yg kata dah berjaya.

    ReplyDelete
  51. sy ada berubat dgn en jamil dari durian tunggal.... tp sy x pasti adakah ini en jamil yg sama... yg pastinya en jamil tu mmg popular dengan rawatan batu karang di kg durian tunggal.

    sy telah membuat ct scan dan doc ckp ada batu karang saiz 3cm belah kanan. masa jumpa en jamil sy saje nk test dia sy ckp belah kiri pon sakit.. ok dia ckp belah kiri pon ada gak. 2 kali sy jumpa... tiap kali jumpa tu dia bagi batu... bila dikumpulkan lebih dari 3cm. so sy decide xnk jumpa lg, lgpon sy tgk kaedah perubatannya ala2 magic yg kita sedia maklum semua perubatan yg ala2 magic ini menggunakan perataraan. sy takut dosa syirik.

    bila pi spital sy srh doc scan balik, sy ckp batu dh keluar... doc xmo scan, dia ckp dia confident batu tu masih ada lg kt situ. sblm tu ada bgtau nusre batu dh kuar.. dia diam jer. bila dia dgr sy ckp gitu dia ckp tu semua tipu, tu batu jalan... mmg ramai yg dh terkena. dia ckp td dia diam sbb dia ingt batu tu kuar dari punding kencing.

    ok.. sy pon buat laser. mmg berketul2 batu tu kuar bila dilaser. harus diingat... Allah juga boleh mengizinkan cara magic yang dibuat oleh pengamal tersebut sebagai ujian untuk kita sejauh mana kepercayaan dan keimanan kita. Wallahualam.......

    Renungan bersama....

    Memang satu kewajipan untuk kita terus berusaha mencari penawar bagi setiap penyakit yang dihadapi. Seperti terkandung dalam hadis:
    “Tidak ada penyakit yang Allah turunkan itu melainkan ada ubatnya…”
    Tetapi berwaspadalah kita, dengan setiap cara untuk kita berubat atau berikhtiar, perkara HARAM tetap menjadi HARAM dan alasan tidak akan menghalalkan cara. Wallahualam......

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah