Wednesday, January 5, 2011

HARI LAHIR

 Sejak 12 malam tadi mesej bertalu masuk ke inbox. Dari teman jauh dan dekat serta rakan sekerja. Ucapan tahniah kerana usia  Erisya meningkat setahun lagi. Bersama doa indah berbaur keikhlasan. Tersentuh perasaan...ketika terlupa tarikh lahir....rupanya ramai yang masih mengingati. Meski ada yang telah lama tidak berhubungan. Erisya kira diri ini telah dilupakan.

Anehnya, tahun ini Erisya tidak begitu ghairah menyambut hari lahir. Tahun sebelumnya hati pasti tertanya2 dan tak sabar menanti kejutan dari suami dan anak. Entah kenapa, perasaan itu tiada lagi. 



Tiba-tiba sahaja Erisya terdetik hati ke Tabung Haji. Mendaftar nama sekeluarga. Hilang sudah niat hendak bercuti  melihat negara orang. Sejujurnya Erisya takut ... teramat takut hasrat tunaikan rukun ke lima tidak kesampaian.  Berita demi berita sampai ke telinga. si anu meninggal mengejut, si anu pula dimasukkan ke wad kerana disyaki kanser dsbnya. Tetiba Erisya rasa sedih...dan takut. Tak tahu bila dan di mana nyawa menghilang.

Dan entah kenapa , Erisya rasa seolah Aqil sedang menanti kami untuk bersatu  semula di Mekah.  Hmm mungkin ini cuma perasaan rindu seorang ibu....2hb Januari yang baru berlalu, genaplah 5 tahun Aqil meninggalkan kami.


4 comments:

  1. Happy Birthday kak!!!
    semoga dipanjangkan umur, diberi kesihatan yg baik, murah rezeki & dirahmati Allah selalu...

    between, birthday akak sama dgn Mr.EE saya..hehehehe

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday Kak Sayang..

    Kak jangan sedih2 k.
    anggap sahaja perasaan itu cuma perasaan rindu seorang ibu seperti yang kak coretkan.

    salam rindu daripada adik.

    ReplyDelete
  3. acu...TQ hmmm..buat hati tertanya2 siapakah Mr EE , musykil!

    adik sayang,
    TQ . Ya rindu kali! Setiap tahun baru pasti akak kehilangan seseorang...syukur kita masih bisa liat fajar tahun baru.

    ReplyDelete
  4. ~ Perasaan seorang ibu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah