Friday, April 24, 2009

KENAPA TAK TENTERAM

Sekumpulan bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Sudah semestinya kunjungan tersebut menggembirakan si pensyarah...mereka berbual mesra...dari kejayaan karier msing-masing hinggalah yang bersangkutan dengan kisah peribadi....masalah keluarga, masalah ofis, masalah sekitaran dan macam-macam lagi masalah biasa bagi yang bergelar manusia. Pensyarah itu hanya tersenyum dan menghidangkan minuman....anehnya..ada pelbagai warna dan jenis cawan...bak kata orang pompuan..tak matching langsung!Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah.

Maka masing2 memilih cawan kesukaan....maklum, masing2 ada taste yang tersendiri. Kemudian, pensyarah berkata : "Yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! Kamu senua dah pilih cawan yang mahal dan cantik. Sudah menajdi lumrah kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!Sedangkan apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!"

Bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain.. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan 'keseronokan' atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak 'komplen' dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah 'kematian' itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak."Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan Yang Maha Pencipta.

(dipetik dari emel yang dihantar oleh adik bongsu)



p/s: Dalam dunia yang hitam putih...hati tetap berwarna-warni!


Wednesday, April 22, 2009

BERTUGAS SEMULA

Sejak pulang dari Perlis tempohari, arinilah hari pertama erisya bertugas semula. Tadi ramai yang bertanya khabar ...maklum dua minggu tak nampak batang hidung....pada yang bertanya erisya jawab, " pergi London" dengan senyum gembira.....alahh saja jer gurau....pastinya mereka tahu erisya bertapa di hospital! Hmm..rasa gembira bila dapat kembali bertugas...maklum ramai pulak yang rindu...terutama boss! Syukur di saat ditimpa musibah boss erisya...baik Ketua Unit mahupun Ketua Seksyen amat memahami.....malah menelefon memberikan petua agar suami lekas sembuh.

Teman2 baik juga ada yang terkilan ....kerana semasa suami sakit erisya tidak menelefon mereka meminta bantuan....maklum semua dah tahu lesen memandu erisya ni hanya hiasan dalam dompet.....malah ngambil lesen pun kerana dipaksa oleh boss! Pejam celik dah 15 tahun erisya simpan lesen memandu....ish! lama tuh! ahli JPJ yang setia....saban tahun perbaharui lesen...

Tiga hari yang pertama suami tak leh bangun langsung. Cirit-birit dan muntah....selepas ke klinik ada perubahan sikit ....akhirnya bila erisya nampak suami naik ruam, erisya pun mendesak suami agar ke hospital swasta....namun doktor tu tak check apapun....hatta tekanan darah sekalipun! dia hanya busy membetul2kan tali leher jer...ish! suami pun naik sebal melihat gelagatnya....Akhirnya suami diberi ubat cirit-birit saja. Lepas makan ubat tuh suami sembelit ....aikk dah bertukar lak! Walau dah boleh berjalan namun suami masih tak boleh bersolat cara normal...menurutnya kepala masih pening dan sakit. Tak selera makan dan lebih banyak berdiam diri. Yang lebih merisaukan, suami tak mahu jauhkan pandangan dari erisya........malah bila erisya taip tugasan di luar kamar suami melarang erisya menutup pintu...nak lihat erisya katanya....ish! suspens lak.....maklum, erisya baru sahaja terima berita pemergian rakan sekerja ke rahmatullah (Erisya pernah citer tentang aruah yang mendapat kanser paru2 dan tulang dalam n3 sebelum ni).

Atas desakan sahabat tersayang , Dr Y yang kebetulan berada di sini, erisya dan suami ke hospital yang sama pada 12 malam tepat. Kalini erisya pastikan tidak bertemu dr yang sama lagi ketika membuat pendaftaran. Syukur, Dr dari Myanmar yang bertugas malam tuh. Kalini, dia benar2 memeriksa suami....dan keputusan ujian darah benar2 memeranjatkan...platlet suami 14! Kami berdua terpaksa menginap di hospital pada malam tuh juga.

Di hospital, ketika lihat wajah lesu suami , erisya tertanya2 dalam hati. Bilakah kali terakhir erisya melihat wajah suami yang sedang lena....hmmm.....(sejak bergelar pelajar, erisya banyak luangkan masa mengadap komputer pada waktu malam....adakalanya erisya dikejutkan dengan laungan bilal mengajak insan solat subuh! ) Sejak detik itu... erisya lebih senang mematikan telefon bimbit. Kalini, erisya ingin luangkan masa bersama suami tanpa gangguan sesiapa. Sesuatu yang aneh...selama ini erisya merasakan tak selesa tanpa hp.....rupa2nya hidup lebih aman tanpa kehadirannya! Masa yang ada , erisya peruntukkan buat suami dan Tuhan. Ketika itu erisya hanya berserah 100% kepada Allah swt . Ingin bersamaNya di saat itu....no...not seeking for answers .....just for comfort. Ketika itu, tiada lain yang erisya hargai kecuali ketenangan. Betul..erisya benar2 tenang ketika itu. Semua doa erisya dikabulkan ..Rupanya bila kita serahkan 100% padaNya..tanpa bergantung harap pada mana2 manusia...segalanya Allah permudahkan! Dulu, tiap kali keresahan erisya lebih senang berkongsi rasa dengan sahabat baik erisya....sampai bil tel mencecah RM500....namun sejak dikhianati, erisya lebih suka bercerita pada Tuhan....bukan tak teringin nak meluahkan kesedihan dalam teman2 di sini seperti blogger lain.....tapi ntah kenapa....erisya tak mampu nak menulis walau sepatah kata!

Alhamdulillah kini suami dah sihat....namun yang buat erisya rasa lebih gembira lagi adalah keprihatinan semua adik-adik, rakan sekerja, bosses serta sahabat2 ....terutama adik bongsu erisya .....berulangkali nak tolong bayarkan bil hospital! Ish! tak tergamak erisya nak ambil duitnya...bukan ratusan tapi ribu! Allah tak uji kesihatan suami disaat kami kesempitan wang.....syukur!

p/s:

Antara petua demam denggi yang diberi adalah:

1) Minum air gamat
2)minum sup ketam (tapi erisya tak rekomen sebab masa anak demam denggi dulu...habis badannya gatal2....fening bila dia minta garukan tapak kaki!)
3)minum 1 gelas air rebusan pucuk betik (platlet darah anak kembali normal lepas sekali minum saja!)
4)minum satu sudu besar air perahan daun betik (jgn dicamput air biasa. Cuma tumbuk daun dan perah airnya...platlet darah suami jadi normal lepas sekali minum aje)

Alhamdulillah....tidak Allah berikan penyakit melainkan ada penawarnya!

p/s lagi : Dr Y, Walau kita jarang berSMSan....namun kita saling mengingati.....serta saling mendoakan....ikatan persahabatan kita bukan sekadar luahan kata2 semata tapi kukuh dengan tali Yang Maha Esa....
terima kasih kerana memahami ...terimakasih kerana mendoakan...terima kasih kerana memberikan petua...memang mujarab!

Buat adik pula...makasih kerna tidak berkecil hati ....kak tahu adik sedih....makasih sekali lagi...kerna memahami...saaaaayanggggg adik!


Wednesday, April 8, 2009

SILAP MAKAN

Dalam teksi erisya tanya pada pemandu, makanan apa yang terkenal di situ. Pemandu tersebut rekomen makanan hailam. hahhh ? halal kah? Menurut pemandu tuh, ramai orang Melayu makan di situ. Hmmmm...bolehkah itu dijadikan sandaran? Tak semestinya pandangan majoriti adalah betul. Jujur, erisya tak berani makan di situ...dan kebetulan pula restoran hailam ditutup pada hari tuh...jadi erisya tak dapat lihat sendiri sejauh mana sambutan masyarakat Melayu.

Bila dengar kata2 " sape kata Melayu tak makan babi?" Ramai yang menjuih. Marah kerana tidak sensitif dengan perasaan Melayu. Hmmm...tapi ada benarnya juga ...hanya orang Muslim tak makan babi....Melayu? ramai yang dah tak kisah. Dulu pernah pakcik bercerita. Dia suka makan char koay teow masakan Cina. Kedai tuh kedai lama....dah 20 tahun dia makan di situ ketika berulang-alik dari KL ke Ipoh. Yakin halal kerana ramai orang Melayu makan di situ. Pak Haji pun ada.

Suatu hari, pakcik masuk ke dapur. Nak lihat sendiri rahsia keenakan char koay teow. Pakcik nampak temannya itu pegang botol kecil ada bahan berwarna putih di dalamnya. Dengan gembira (sebab dah tahu rahsia) pakcik tanya apa benda yang dipegang tuh. Temannya jawab, " sape kata Melayu tak makan babi?" Berderau darah pakcik. Tetiba jer tengkuknya kembang. Loya. Mual. Baru dia tahu rahsia kenakan char koay teow tuh....rupanya lemak babi (lard)...patutlah lemak secukup rasa!

Sejak tuh pakcik tak singgah lagi ke kedai itu. Biarlah. Walau ada rasa rindu nak menjamah char koay teow kegemarannya itu. Terbuku di hati...rupanya selama ini dia makan makanan haram....selama 20 tahun!

Cerita pakcik membuat erisya lebih berhati2. Pastikan ada logo halal. Walau pun meletakkan logo halal bukan mandatori....hanya voluntary namun seboleh mungkin erisya mencari logo tersebut. Misalnya makanan segara...bukan semua outletnya ada logo halal. Tak semestinya jika outlet di KL halal maka di tempat lain juga halal. Pada anak erisya juga berpesan, nampak penjual bertudung tak semestinya halal...maklum rata2 adalah pekerja Indonesia. Sebagai pekerja yang baik, mereka tak kisah memegang atau memegang daging babi jika itu yang diarah oleh majikan.

Dulu erisya pernah makan chicken puff di kedai roti cina. Erisya sangka halal kerana ada logo halal...namun bila diamati, rupanya logo itu hanya untuk roti sahaja...tak termasuk makanan lainnya. Tapi pengalaman ini tak sedahsyat teman yang belajar di Jakarta dulu. Oleh kerana sibuk kuliah, teman dan rakan serumah sepakat menggaji pembantu untuk mengemas rumah dan memasak. Suatu hari, jiran sebelah bertanya adakah teman erisya Muslim. Pecahlah rahsia rupanya selama ini pembantu tersebut masak daging babi kerana dia bukan Muslim! Ketika ditanya teman erisya menjawab, " sedap gak!"




Tuesday, April 7, 2009

SEHARI DI KANGAR

Erisya baru pulang dari Kangar, Perlis. Syukur, perasaan resah sebelum ke sana tidak berasas sama sekali. Resah kerana pergi ke sana tanpa ditemani suami. Hmmm...boss kata pasti suami amat menyintai erisya kerana selalu menghantar erisya bertugas di luar kawasan. Hmm..suami mana yang tak sayangkan isteri, tak gitu?

Asalnya suami nak pergi bersama...maklum, dah lama erisya tak ke sana. Dah lupa lokasi tempat yang hendak dituju dsbnya. Tapi saat akhir terpaksa batalkan sebab kesian ngan seseorang tuh. Erisya cuma menyerahkan diri pada Nya agar dipermudahkan segala urusan sebagaimana suami mudahkan urusan insan tersebut.

Perjalanan ke sana selesa, alhamdulillah. Erisya tak naik flight walau ada yang berjanji nak ambil di airport (Kepala Batas...jauh tuh!)...malas nak nyusahkan sesiapa! Erisya tiba di Kangar tepat jam 7 malam...bas berhenti betul2 di depan tempat makan! Syukur dapat mengisi perut sebelum mencari hotel. Di situ erisya terpandang seorang lelaki tua yang putih rambut dan janggutnya. Meskipun rambut bertukar warna namun beliau kelihatan sihat dan kuat! erisya suka melihat wajah tenangnya. Tuan kedai tuh memanggilnya tok wan....hmmm....regular customer nampaknya. Ketika pulang, tok wan mengejutkan erisya...tok wan membayar RM10 dan beberapa keping duit RM1 untuk minuman dan sepinggan nasi goreng kampung! Sesuatu yang aneh pada hemat erisya. Kemudian tuan kedai tuh bercerita pada erisya...tok wan tuh mencari nafkah dengan menjual akar kayu hutan. Dulu, tuan kedai tuh selalu memberinya makan secara percuma sebab kesian tok wan tak ada rumah. Tapi bila ada duit, tok wan selalu membayarnya dengan harga yang lebih! Jika dipulangkan wang baki tok wan akan marah!

Pada keesokannya harinya, semasa lunch break, en S tunaikan janjinya membawa erisya makan laksa kuala perlis...iaitu laksa kak su . Kedainya di belakang bangunan Maybank di Kuala Perlis (tak jauh dari jeti)....Memang sedap....tanpa rasa malu erisya habiskan semua kuah! Erisya makan pulut udang bersama laksa....ish! teringat2 sampai kini....sedap! Lepas makan en S singgah beli buah harumanis untuk erisya bawa pulang. urrrggghhhh dulu dalam telefon erisya yang gatal mulut beritahu suka laksa dan harumanis! (Hmmmm......tu yang suami marah tuh....terlebih peramah!).

Oleh kerana tiada bas, en S menghantar erisya ke Alor Setar selepas menelepon isteri memberitahu bahawa beliau pulang lewat kerana menghantar erisya (siap sebut nama penuh erisya pada isteri! ). Bagaikan tak percaya en S temankan erisya hingga bas datang. Ketika tuh erisya teramat lapar...tapi tak berani nak ajak beliau makan takut nanti en S nak belanja lagi! Seperti mana2 lelaki yang gentleman en S tak suka dibelanja pompuan! Sebelum pulang, sempat erisya sampaikan pesan suami agar menjemput en S sekeluarga ke rumah....dan en S juga berpesan, jika ke Kangar atau Alor Setar lagi , beritahu sebab beliau nak beri buah harumanis lagi (kerana dua minggu lagi baru musim).

Jujur erisya terharu dengan kebaikan en S. Hmm....teringat dulu masa zaman anak dara trang tang tang. erisya ke Kangar. Temani kawan yang nak cari rumah sewa di sana. Hingga maghrib kami gagal jumpa sebarang rumah sewa. Nak tidur mana malam tuh? Akhirnya kami mengetuk2 pintu sebuah rumah. Syukur tuan rumah sudi tumpangkan kami tidur.....bukan tu saja..siap bawa kami jalan2 ke pasar malam!Hmmm..erisya lupa nama abang tuh ...tapi nama isterinya adalah cikgu Aishah. Erisya tahu sebab jirannya bertanya pada erisya..." adik cikgu Aisyah ka? Mirip wajah cikgu Aisyah masa muda dulu". ...Suatu kebetulan yang menarik. Apapun, semoga cikgu Aisyah sekeluarga terus dirahmati Allah swt. Malang sekali lepas tuh kami dah terputus hubungan. Bagaimanapun,budi yang baik kanterus dikenang...selagi hayat dikandung badan.

p/s: dalam perjalanan ke Perlis , sempat khatam baca buku kisah cinta sejati Khadijah....antara doa rasulullah saw di dalamnya adalah:

"YA ALLAH , JAUHKANLAH KUDARI KEBURUKAN DIRI SENDIRI DAN BERIKU KEMAMPUAN MEMILIH YANG TERBAIK DALAM URUSANKU. YA ALLAH, AMPUNILAH DOSA-DOSA YANG KULAKUKAN SECARA SEMBUNYI2 MAHUPUN YANG TERANG-TERANGAN, DOSA-DOSA YANG KUSENGAJA MAHUPUN YANG TIDAKKU SENGAJA, SERTA DOSA2 YANG TIDAK KUKETAHUI."

Friday, April 3, 2009

DEKAT PADA MU

Hari ini, julung2 kalinya agensi kami sambut maulidurrasul. Pertama kali juga erisya hadiri ceramah Dr Robiah K.H. Tadi beliau sempat bercerita tentang kisah Abu Bakar yang amat menyintai rasulullah saw. Tanda cinta? Mengikut syariatnya 100 % . Bukan sekadar serpihan...memilih yang mana sesuai dengan jiwa saja. Umpama membaca al Quran pada surah tertentu ajer...malah al Quran telah menjadi asing buat kita...bukan lagi surat cinta dari Allah. Asing? Hmm...sekiranya al Quran dibacakan tanpa henti di kaca TV....apa soalan pertama di benak kita? Ish! siapa pulak yang mati ya?

Sumer orang tahu Abu Bakar adalah sahabat baik rasulullah saw. Kecintaannya pada nabi bukan bandingan. Justeru selepas kewafatan rasulullah saw, Abu Bakar bertanya kepada Aisyah, ada lagikah amalan rasulullah saw yang masih belum beliau lakukan. Aisyah jawab semua amalan telah dilakukannya, kecuali satu ajer. Abu Bakar bertanya lagi apakah amalan itu.

Menurut Aisyah , ketika hayatnya setiap pagi rasulullah saw ke pasar menyuap makanan ke mulut seorang wanita yahudi yang telah tua dan buta. Maka keesokan paginya, Abu Bakar pun ke pasar mencari2 wanita yahudi yang tua lagi buta. Dari kejauhan Abu Bakar terdengar suara marah2 wanita tua menyumpah seranah rasulullah saw. Macam2 kata2 kesat yang dilontarkan kepada junjungan kita.



Setelah diamati, Abu Bakar yakin itulah wanita tua yang dimaksudkan oleh Aisyah. Lalu Abu Bakarpun menyuap roti ke mulut wanita itu. Tak semena2 wanita itu meluahkannya kembali. Abu Bakar kaget lalu bertanya, " kenapa ibu luahkan makanan itu , bu?" . Wanita itu menjawab, " Siapa kamu? Kamu bukanlah orang yang suapkanku makanan setiap pagi. Di mana orang itu?"

Abu Bakar menjawab lirih bahawa rasulullah saw telah wafat. Abu Bakar heran bagaimana wanita yang buta bisa tahu bahawa bukan rasulullah saw yang suapkan makanan tuh. Menurut wanita itu, " Setiap pagi orang itu suapkan makanan dengan lembut. Penuh santun. Dia tahu aku dah tak ada gigi. Lalu dia melumat-lumatkan dulu roti sebelum menyuapkannya ke mulutku. Tapi roti yang kamu suapkan tadi keras!" bentak wanita itu. " Siapakah lelaki itu?" Buat pertama kalinya wanita itu bertanyakan nama lelaki yang telah berjasa padanya.

" Wahai ibu, itulah Muhammad ...insan yang ibu sumpah dan hina setiap pagi dan petang!" Berderau darah wanita tua itu! Tanpa diduga rupanya tangan yang selama ini suapkan makanan ke mulutnya adalah milik lelaki yang amat dibencinya!

Wanita itu menangis penuh kesal. Dalam sedu-sedan dia memohon Abu Bakar saksikan bahawa dia ingin menjadi pengikut Muhammad," Wahai anak....saksikanlah bahawa aku ingin menjadi umat Muhammad......saksikanlah pengucapan syahadahku ini".


Seperti biasa air mata erisya mencurah turun. Nonton filem hindi pun tak macam ni! Hmmm..seandainya kita di tempat baginda...apakah tindakbalas kita terhadap orang yang menyumpah-nyumpah kita pagi dan petang? Menyumpahnya balik? atau kita menghinanya, " ish! tak padannya tua...buta pulak tuh ...!" atau ntah apa2 lagi kata carut-marut yang tak ada dalam kamus terhambur dari lidah kita.....paling tidakpun, kita membalas caci-makinya dalam blog! alahhh bukan dia baca pun! gasaklah..asal hati puas! Ada sesiapa tak yang akan buat macam rasulullah buat.....dah lah tak membalas segala cacian tersebut...malah disuapkan pulak makanan!

Tadi, Dr Robiah bertanyakan 3 soklan iaitu:

1)Siapa ingat bila pertama kali kita ucapkan kalimah syahadah? Akujanji teragung kita dengan Maha Pencipta.

2) Bila anda rasa dekat dengan Allah?

Ehem! kena jawab sebelum 3 saat! Bila? masa susah? Hmmm...ada sesiapa yang suka susah ? tak suka? maknanya tak suka dekat dengan Allah?

Ada yang jawab masa solat....ish! betul ka tu? Secara purata, berapa lama kita solat? 5 minit? Maknanya 25 minit kita dekat dengan Allah. 25 minit jer? Berapa lama masa yang Allah beri pada kita....24 jam, kan? Jika dikira...berapa peratus kita dekat dengan Allah? Dah kira ? Selebihnya kita dekat dengan siapa? Rasulullah saw kata jika kita dekat dengan Allah, maknanya kita jauh dari iblis. Begitulah sebaliknya....Kekadang bila kita leka dengan kerja kita lewat solat...tapi naik pangkat nak cepat! rezeki nak banyak!

Sesungguhnya orang yang dekat dengan Allah boleh kita kenal dari wajahnya....dari tutur-katanya....dari kepimpinannya.

3) Siapa orang yang paling anda sayang?

Suami? Isteri? anak2? Jika itulah jawapan kita....

Ingat lagi kisah ketika rasulullah saw nazak? nama siapakah yang baginda sebut? Nama isteri? Nama anak? Bukan! sebaliknya baginda tak putus menyebut "ummati!ummati" iaitu umatku!umatku! sehinggakan jibrail heran...tak gembirakah rasulullah bertemu kekasihnya? rasulullah menjawab bahawa baginda bukan sedih meninggalkan dunia tapi takut jika umat baginda diazab sebagaimana umat2 sebelumnya. Maka baginda pohonkan jaminan bahawa umatnya TIDAK akan diazab. Maka Jibrailpun sampaikan jaminan dari Allah taala bahawa umat nabi Muhammad tidak akan diazab.....selagi masih berpegang pada syariat rasulullah saw.

Itulah cinta nabi pada kita. Tanda cinta kita ?

p/s: Pesanan Dr Robiah :

1.Ajarilah anak dua kalimah syahadah

2.Hafal dan hayatilah 99 nama Allah. Agar kita lebih mengenal Allah. InsyaAllah kita tak perlukan sesiapa lagi. Tak perlu takutkan apa-apa lagi. ...kenapa? Bila takut, zikirlah al Malik. rasai kekuasaanNya. Bila tak selesa , zikirlah as Salam. Bila jalan jam..zikirlah al Fatah. Pendekata, serulah nama2 Allah dalam apa juga keadaan....nescaya kita tak perlukan sape-sape lagi.

p/s lagi : Buat para isteri: amalkanlah an Naam ayat 63-64 sebanyak 5 X tiap kali lepas solat...insyaAllah tiada lagi kesusahan....(bukan mudah menjadi isteri!)......err pesanan ni bukan dari Dr Robiah.


Thursday, April 2, 2009

RINDUNYERRRR

AIR BALLOONS -PUTRAJAYA







Salam rindu semua teman2 ...amboi rindu betul erisya kat kalian semua. Maaflah sebab tak sempat nak update..bak kata pak karamu...sebok tak abih2! Nak buat camner...bila ada kelapangan, internet lak buat hal.... urrrgghhh!

Semalam,dalam perjalanan ke tempat kerja, ada accident jalan raya. Masa erisya lalu , ambulans baru sahaja tiba. Kemalangan motosikal. Tapi erisya tak pandang ke arahnya....ngeri! Malam baru suami cerita bahawa ada kematian di taman sebelah. Mungkinkah penunggang motosikal tuh? Mungkin juga ...kerana rata2 yang menziarah jenazahnya adalah orang2 muda...pasti kengkawan kepada si mati....yang juga masih muda, mungkin!
Hmm...tu lah kan? Tiap pagi kita berkejar ke ofis...siapa sangka jika lepas tuh kita tak pulang ke rumah! Itulah pagi terakhir kita bersama keluarga tercinta. Itulah kali terakhir kita tersangkut dalam jam trafik. Itulah kali terakhir ...ini itu.....siapa sangkakan? Tak semua orang dapat alamat bila dia akan meninggal.

Dan untuk ke sekian kalinya kita kesal kerana tak sempat nyatakan sayang kita pada keluarga, kengkawan dsbnya. Oleh itu, erisya ambil kesempatan ini mengucapkan sayang dan rindu pada teman2 blogger semua....rasa yang aneh kerana kita bisa sayang-menyayangi meski tak pernah bersua apatah lagi bermesra...sekadar bergurau senda di alam maya ....itukah ukhuwwah?


p/s: foto2 anak bujang erisya ketika bersama ayahnya di putrajaya dan taman cempaka. erisya tak dapat ikut :(
banyak nyer komen di entry lama....nanti pelan2 erisya jawab, k?
terima kasih di atas kiriman sms .....rupanya ada juga yang rindu!