Sempena cuti Tahun Baru Cina 2011 kami sekeluarga bercuti di Johor Bharu. Kami menginap di Tune Hotel di Danga Bay. Niat asal nak jimat belanja...hmm...berbaloikah? Rasanya lebih kurang jer ngan hotel lain bila dicampur harga penghawa dingin, tuala dsbnya.
Malam kami naik Danga Cruise...terus-terang jika tak sekali dengan makan (RM50 bayaran) memang tak berbaloi naik cruise ni...terlalu perlahan....amik masa dua jam pusing2 di sekitarnya (RM10 jer kalau tak makan). ...bosan! atau errr...Erisya ni yang tak romantis? Dua cahaya tu adalah lampu jalan raya yang kelihatan dari kapal.
Ini pula adalah Balai Polis Danga Bay....pada pandangan pertama pasti tak tau ianya adalah Balai Polis, kan? Memang unik dan menarik!
Inilah pandangan kapal pada waktu siang
Makanan kegemaran semasa di sana...kupang bakar. Memang sedap giler. Rata2 makanan di sana (Danga Bay) agak mahal...kami empat beranak lebih kurang RM120 sekali makan. Kami juga sempat jamu selera di JB Central. Mulanya nak makan makanan Penang....nampak jer papan tanda nasi kandar PP, kami serbu ...malangnya TIADA gulai (kari). Ish ! tak de maknanya gelar kedai nasi kandar jika tak de kari! Betul2 rasa tertipu. kot ya pun janganlah letak nasi kandar PP jika hanya ada asam pedas...tu kan masakan Melaka. (Erisya agak sensitif jika tipu letak nama Penang atau Perak..tapi hampeh!). Oh ya..hati2 ada juga makanan yang tiada tanda halal.
Esok paginya, seawal jam 7.30 pagi kami menaiki bas yang disediakan oleh Tune Hotel ke Singapura (RM25 per pax). Tiket masuk pula ditempah melalui Asia Travel via internet...memang mudah! Dah lama tingin nak Universal Studio (US)..maklum masa ke Osaka arituh tak sempat nak pegi! Hmmm mesti teman2 dari Perak kata, ce ceghite, ce ceghite.....hehehehe ya memang best giler kat sana.
Kami tiba ke US jam 9 pagi....makanya sementara tunggu pintu buka jam 10 pagi kami pun posing-posing ler....tak ramai orang....lega! Tak lah luas sangat so sehari dah lebih dari cukup untuk bergembira di sana.
Nampak? kosong jer kan? Sebetulnya petang baru ramai orang berpusu2 masuk...tapi tak lah sampai terpaksa tunggu dua jam untuk main....average 40 minit jer. Tak tahulah hari lain....tapi masa Erisya pegi tak lah ghame mana eh...ramai mana (maklum baru lepas nonton Hantu Kak Limah Balik Rumah....terkeluar cakap Perak lak).
Panda Kungfu....ish! berat tau ...mesti orang yang memakai sarung tuh kepanasan!Sian...
Ini adalah pintu masuk Battlestar Galactica- Cylon. Tapi kami tak masuk lagi sebab nak ke Revenge of Mummy dulu...
Ini adalah salah satu acara wajib jika ke mari....The Revenge of Mummy....seronok? Memang seronok tapi taubat nak masuk lagi! Rasa nak gugur jantung bila berpusing2...siap kona baring...ratusan labah2 yang keluar dari dinding mengejar kita eeeee geli!Kalau ada darah tinggi janganlah naik....boleh pitam!
Seolah di Mesir pulak...Erisya memang berkenan benda2 yang berkaitan orang Arab ni....lagu padang pasir yang merdu, Baklawa yang lazat dan....Lamb Mandi...fuh! terliur walau sedang menaip!(tapi semua makanan ni tak dijual di US...Erisya makan di kedai orang Mesir kat rumah)
Ni kawasan Jurassic Park...my favourite! Rugi kalau tak naik err...panggil apa ya? canoe tapi bentuk bulat. Menyusuri jeram2 buatan....memang best! Tapi suami tak suka sebab ntah naper dia asyik kena air jer....basah kuyup walau pakai raincoat hehehe...satu raincoat berharga SGD2. Oh ya...pastikan bawa duit kecil sebab vending machine yang ada tiada duit tukar...masuklah berapa pun, sumer telan!
Nak makan tak de masalah....ada resotoran halal. Tak silap sumer kedai ada logo ni kecuali restoran makanan china.
Hahh..nilah Cylon! Ngeri kan? Macam naik buaian di langit!
Anak Erisya enjoy sangat naik Cylon ni...bergerak je Cylon, orang sumer dah jerit. Sebab, dipermulaan ia dah bergerak laju. Tak macam roller-coaster..gerak perlahan dulu.
Penjual jajan. Cantik kan?
Hmm...yang ni tak ingat. Kami tak naik...
Istana Far Far Away.....antara acara yang menarik. Ada pertunjukan kaldai dan filem 4-D. Nonton filem 4-D di sini tak pening macam di Genting Highland.
Teratak Ogre dan Princess.
Perarakan Madagascar
Adegan drama dari filem The Lost World. Menarik...pelakon sumer omputih..lasak!....tapi jaga 2 jangan duduk di Zone Biru jika tak mau pulang basah-kuyup! Sesuka hati jer diorang simbah air berbaldi-baldi ke arah penonton! Kena rajin baca signage kalau tak....basah!Ada juga ruangan untuk alami sendiri kesan khas dalam filem Spielberg...memang mengujakan!
Akhirnya kami meninggalkan US jam 8 malam....puas,letih dan lapar! Bagi menjimatkan masa, kena study flyer US...pergi ke tempat yang paling disukai dulu....bukan apa..sebelum pengunjung bertambah ramai. Ada express lane (USD30 per pax)...jimatkan masa. Tapi jika satu keluarga, cuba lah tanya sebab ada orang boleh masuk express lane dengan menunjukkan 4 keping tiket. Oh ya...terlupa...bilik solat di sediakan di ruangan Guest Service yang terletak di sebelah kiri pintu masuk (bahagian dalam tau....bukan yang kat luar tuh). Namun terpaksa lah ambil wudhuk di tandas jer...iaitu di sebelah kanan pintu masuk. Terpaksa berkongsi lelaki dan wanita. Namun sejujurnya, lelaki boleh solat di mana2 ajer sebab bersih. Maklumlah orang pompuan...sambil lipat telekung bersembang sesama sendiri....jenuh nak tunggu!
Kesimpulannya, percutian kami ini amat menyeronokkan ..bajet rendah. Jika guna travel agency, Erisya terpaksa habiskan RM1k per pax. Tapi dengan tinggal di JB...jimat banyak! Walau tak sempat ronda2 di bandar Singapura tak terkilan...jimat duit shopping! Tapi errrr....tanggapan pertama ketika masuk ke Singapura...pegawai imegresen kurang mesra. Tak kira bangsa...walau tak lah masam mana tapi bibir sukar nak senyum....amat berbeza sekali dengan pegawai imegresen di Malaysia...rasanya dalam banyak2 negara yang Erisya pergi, pegawai imegresen Singapura lah yang paling serius bertugas! Tapi yang menarik...pekerja di US semuanya warga sana. Tak lah macam kita kat sini....nak tanya jalan pun susah sebab pekerja import tak tahu cakap Melayu atau Inggeris. Hmmm apalah agaknya yang difikirkan oleh pelancung yang datang ke mari pula ya? Harap pekerja import tidak disangka rakyat Malaysia pula!