Saturday, July 31, 2010

MENJELANG RAMADHAN



Semalam, Erisya berkesempatan menghadiri majlis ilmu Dr Fatma el Zahra bertajuk Menjelang Ramadhan. Amat tersentuh mendengar ceramahnya. Betapa bulan ramadhan sewajarnya dirindui oleh orang-orang beriman. Bulan penuh rahmat, bulan keampunan dan doa tidak tertolak. Erisya ingin berkongsi ilmu yang disampaikan oleh Dr Fatma.

Sesungguhnya doa tidak tertolak selagi kita masih berpuasa, di waktu berbuka dan ketika lailatul qadar. Namun ada syaratnya. Ketika berpuasa, haruslah menjaga adab berpuasa. Menahan marah dan menjaga akhlak. Bulan ramadhan adalah bulan latihan melawan nafsu. Jika selama 11 bulan kita suka berpakaian seksi, maka ambillah peluang di bulan ramadhan untuk kita berpakaian sopan. Sekiranya selama 11 bulan kita kedekut, maka di bulan ramadhanlah kita bersedekah setiap hari. Saling bertukar juadah berbuka puasa. Itu dikira sebagai sedekah juga! Jika selama ini kita banyak luangkan masa menonton TV, maka di bulan ramadhan ni, kita banyakkan masa mengaji al Quran. Inilah masanya kita mengkhatam al Quran. Bertadarus bersama rakan sekerja. Buang amalan yang boleh merosakkan puasa. Dan yang lebih penting, kita saling bermaafan sebelum Ramadhan agar puasa kita lebih bermakna. Bukan bermaafan ketika Hari Raya saja...Ramadhan telahpun berlalu!

Ketika berbuka puasa pula, sebaik sahaja azan berkumandang, sunnah kita terus berbuka puasa. Sebaik sahaja "Allahu Akbar"....kita menjamah makanan dan terus berdoa! Minta lah apa sahaja....mohon jodoh, untuk suami, anak dsbnya. Jangan pula dah habis nasi, laksa , cendol kita bedal baru nak berdoa....malaikat pun dah balik! Menurut Dr Fatma, sahabatnya yang tiada anak selepas 15 tahun berkahwin telah berjaya mendapat dua zuriat selepas mengamalkan petua ini. Malah kedua-dua anaknya dinamakan sempena nama Dr Fatma dan suami!

Di bulan biasa, kita harus tidur dahulu sebelum solat tahajud. Namun di bulan ramadhan, solat terawih telah dikira sebagai solat malam. Tapi ada syaratnya! Kita tidak boleh mufarakah. Harus ikut imam sehingga habis. Tak boleh setakat 8 rokaat kita dah keluar jemaah. Sebab itulah, kita survey-surveylah dahulu masjid/surau mana yang betul2 ikut sunnah solah 11 rokaat sahaja. Kalau boleh, janganlah bawa anak2 kecil ke masjid. Mengganggu jemaah lain. Hilang kekhusyukan jemaah lain. Apa ertinya puasa kita di siang hari jika di sebelah malam kita mengganggu orang lain sempurnakan ibadah! Jika ada anak kecil, berjemaahlah di rumah. Pahala tetap sama! Kita masih boleh berjemaah dengan anak atau pembantu rumah. Selain itu, masalah orang pompuan ialah...tidak suka melengkapkan saf. Sekiranya ada jemaah yang pulang dahulu, mereka lebih suka terus bersolat di tempat lama dan enggan memenuhi saf yang kosong. Bila dipanggil isi saf yang kosong, jawab makcik tuh, "eh...makcik nak sembahyang kat sini....kipas!" sambil menuding jari ke siling menunjuk kipas!

10 hari bulan ramadhan adalah yang paling kritikal. Paling penting. Rasulullah saw pernah berasa sedih kerana umat-umat terdahulu hidup lama sampai usia ratusan tahun baru meninggal (Nabi Nuh wafat di usia sekitar 900 tahun). Sedangkan umat Muhammad hidup di sekitar 60 tahun sahaja...sudah pasti umat terdahulu lebih berpeluang mengumpul lebih banyak pahala! Justeru, Allah kurniakan kita malam Qadar....pahala yang dijanjikan adalah setara dengan 1000 bulan iaitu 83 tahun. Bayangkanlah jika tiap tahun kita berjaya melakukannya maknanya pahala kita setara dengan pahala ibadah umat terdahulu! Amat sayang jika malam 10 terakhir kita habiskan dengan membuat kuih, jahit langsir dsbnya. Bagi yang bercadang nak bercuti sebelum raya ni, sama-samalah kita pasang niat bercuti untuk beribadat....jangan niat bercuti untuk kemas rumah dan buat kuih raya jer!

Bagi melengkapkan puasa sebulan di waktu ramadhan pula, kita di sunatkan berpuasa 6 hari di bulan shawal. Menurut Dr Fatma, ramai yang bertanya...boleh kah puasa qadha dilakukan serentak dengan puasa sunat ? Gimana ya?....katalah kita telah meminjam RM10 . Kemudian kita membayar hutang RM10 dan memberitahu kawan kita tuh..." saya bayar hutang RM10 ni...juga sebagai sedekah kepada awak"....hmmm....pelik kan? Ini adalah khilafiah samada boleh atau tidak kita sekalikan qadha dan sunat. Namun, Erisya bersetuju dengan Dr Fatma...tak boleh disekalikan. Kita boleh puasa sunat dahulu kerana kita hanya ada sebulan sahaja . Tapi kita diberi peluang untuk ganti puasa selama 11 bulan! Masih banyak waktu....bagi wanita yang dalam pantang semasa ramadhan (tak dapat berpuasa selama 30 hari)...ini adalah berita baik. Tak perlu tinggalkan amalan puasa sunat syawal semata-mata nak ganti puasa 30 hari! Rasulullah saw pun pernah berpesan, jika ada yang khilafiah maka ambillah yang paling mudah! Sesungguhnya Islam itu agama mudah!

Doa yang tertera di atas adalah doa yang diajar oleh Dr Fatma dalam majlis ilmu semalam. Kawan-kawan semua boleh save dan print doa di atas. Tak perlulah meminta izin Erisya untuk print mana-mana doa yang pernah tertera di dalam blog ini. Erisya ingin berkongsi semua ilmu dalam blog ini bersama kawan-kawan semua. Suatu usaha kecil Erisya agar kita semua mendapat rahmatNya dan semoga dapatlah kita bersama-sama berbahagia di syurga seperti yang telah dijanjikan olehNya. sebagai insan, kita tak sunyi daripada kesalahan...semoga kita sama2 saling mengingatkan antara satu sama lain. Kalau ada apa2 doa dan petua yang sahih tuh, jom ler kita share ramai-ramai!


2 comments:

  1. salam erisya..
    lamanya tak menjengah ke rumah erisya ni..

    kakyong harap erisya sihat & bahagia selalu..

    rindu nak beramah-mesra mcm dulu... :D

    ReplyDelete
  2. salam erisya, rindu nyer kat erisya.. seronok dapat baca apa yang erisya kongsikan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah