Friday, January 11, 2013

Tahun Baru 2013

Udah terlalu lama Erisya tak menjengah daerah ini....tempat Erisya meluah rasa suatu ketika dulu. Bila baca semula entry lama....terasa benar cepatnya masa berlalu...juga perubahan diri ini yang amat ketara....sesuai dengan anjakan masa dan hasrat yang berbeza.

Tanggal 2 hb Januari 2013 ini genaplah 7 tahun aruah Aqil kembali kepada Maha Pencipta. ....bererti tujuh tahun jugalah Erisya menahan rindu. Adakala titisan air mata tak dapat dielakkan lagi...terutama ketika majlis tahlil malam tadi...terbayang di ruang mata aruah  turut bersama, dengan susuk badan anak berusia 7 tahun...bukan lagi baby sepertimana aruah pergi dulu. 


InsyaaAllah...suatu ketika nanti, kami pasti bertemu semula di alam akhirat yang kekal abadi....takkan terpisah lagi buat selama2nya....





4 comments:

  1. Tabahkan hati ok! Menahan rindu mmg boleh buat jiwa meronta... Ganjaran pahala utk org y bersabar, insyaAllah... ^_^

    ReplyDelete
  2. apa khabar Erisya? lama tak dengar berita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tabir alam...khabar baik...harap TA pun sihat walafiat...dah lama tak berhaiku :)

      Delete
  3. Star princess...tq for the support.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah