Ramai yang tertanya-tanya kenapa Erisya nekad nak jalankan perniagaan MLM. Tak cukup ka gaji yang ada. Kenapa Erisya masih inginkan passive income. Alahhh siapa yang tak mau...ketika bercuti wang masuk ke dalam akaun...Bagaimanapun, ya ...harus diakui bahawa 90% telah gagal dalam perniagaan yang sebenarnya mampu melahirkan ribuan jutawan. Mungkin mereka gagal kerana menyangka perniagaan MLM adalah jalan mudah untuk meraih kekayaan.Tak perlu berusaha...hanya harapkan downline atau upline kumpulkan PV kita dan seterus ditukar dari USD ke RM. Bagi Erisya, niat kita harus jelas bila menceburi bidang yang penuh cabaran...bersedia mental....walau dijamin 90% rezeki oleh rasulullah s.a.w.
Produk? Ya Erisya amat yakin dengan produk ini kerana terbukti telah sembuhkan suami yang sakit batu karang, darah tinggi, gout, obesiti dan masalah buah pinggang (akibat makan pain killer serta ubat2 tradisional yang memang kaya dengan steroids). Bagaimana dengan produk lain? Ya semua produk adalah bagus dan mempunyai testimoni yang baik. Habis kenapa tak mau jual produk itu? Pertama Erisya yakin semua penyakit ada penawarnya kecuali maut. Jadi jika kita telah bertemu dengan produk yang serasi kenapa nak bertukar arah? Kedua, Erisya yakin dengan marketing plan dan sistem syarikat ini. Bukan piramid. Setiap ahli harus berusaha tanpa menumpang di atas kerajinan downline atau upline.Mendapat bantuan dan sokongan orang atas untuk kembangkan biz (kecuali modal ;) ). Rasanya semua sebab di atas sudah cukup untuk menyakinkan Erisya agar terus berusaha dan berusaha tanpa menoleh ke belakang lagi.
Tak pernah rasa down?Hmm... Bohonglah jika Erisya kata tak pernah keciwa dengan downline yang pelbagai ragam. Perang harga dsbnya. Tapi mana ada perniagaan yang mudah, kan? Bak kata mentor Erisya....seorang usahawan tak boleh lari dari masalah tapi harus selesaikan masalah. Jangan mudah berputus asa. Setidak2nya, dalam biz ni Erisya tak perlu pening nak buat R&D untuk menambahbaik produk. Tak perlu sewa kedai macam dulu...hadapi masalah sihir insan yang iri. Cuma perlu berkongsi kebaikan produk dengan orang2 yang Erisya sayang...juga dengan orang yang tak pernah Erisya kenal tapi menjadi kawan bila menjadi downline.
Macam mana Erisya masih kekal dengan syarikat yang sama selepas 7 bulan? Sedangkan upline di atas ramai yang yang telah bertukar bulu. Masih tercari-cari haluan tuju.
Amboii panjangnya mukaddimah.Ok..ok...bukan niat nak cerita ttg biz sebenarnya....tapi nak kongsi pengajaran satu hari , yang tak pernah gagal memberi kekuatan bila Erisya rasa down. Ok, Erisya nak mula cerita lah ni....pengalaman sehari yang telah sedarkan Erisya betapa kita harus tumpu perhatian pada matlamat....bukan buang masa fikirkan halangan yang mendatang.
Kisah bermula ketika bercuti bersama keluarga. Percutian yang telah dirancang lama bersama best friend (kami rapat sejak anak dara sunti lagi). Selepas berbulan menanti, akhirmya masa yang ditunggu pun tiba. Semasa menunjukkan pasport tetiba Erisya dimaklumkan bahawa Erisya tak boleh bertolak...pasport hidup tak cukup 6 bulan ..kurang 3 hari! Semua org terkejut....terutama suami dan anak ....puas juga Erisya pujuk keduanya agar teruskan perjalanan bersama keluarga best friend Erisya tuh.....Erisya? nak buat camner? lambai tangan ajelah dengan senyum tawar.
Sebaik sahaja mereka berlepas...otak ligat memikir....sempat ka nak renew pasport? Pegawai Imegresen bekerja ka hari sabtu? Camner nak ke Putrajaya...teksi? Bila penerbangan terakhir ke Medan? Sebelum semua persoalan betul2 terpahat dalam fikiran...Erisya hentikan. Jangan fikir. Yang terbayang di mata hanyalah pandangan keciwa suami dan anak kerana Erisya tidak turut serta. Terus Erisya ke Pej Imegresen Lapangan Terbang untuk batalkan rekod perjalanan ...maklum dalam sistem Erisya telah ke luar negara padahal stranded di muka pintu. Pegawai yang bertugas membantu Erisya hubungi pejabat Imegresen yang berhampiran untuk pastikan pejabat dibuka pada hari Sabtu. Syukur....pejabat dibuka hingga pukul dua petang.
Langkah kedua Erisya menelefon adik ipar ...apakah kelapangan untuk menghantar Erisya ke Pej Imegresen...Syukur...adik ipar free. Dipendekkan cerita, segala urusan dipermudahkan...semua pegawai yang bertugas banyak membantu...Erisya sempat mendapatkan pasport yang baru....itupun pegawai tersebut menegur Erisya kenapa tak maklumkan awal bahawa Erisya ingin mengejar flight sebelum jam 12 tghari...jika tidak, mereka boleh siapkan pasport lebih awal! Erisya terpempan....sikap tak mahu susahkan orang....tak mahu minta bantuan orang buatkan Erisya terlepas flight tengahari.....Pelajaran pertama: harus benarkan orang lain membantu kita. Jangan malu meminta bantuan orang lain. Tak semua orang tidak suka hulurkan bantuan.
Sebaik sahaja mendapat pasport, adik membawa Erisya ke LCCT semula...syukur....masih ada flight petang tuh. Tiba di Medan waktu maghrib. Syukur ada sopir yang menunggu. Bila ditanya...perjalanan adalah 4 jam...jika tidak macet! Fuh....jauhnya! Macam KL dengan Penang... Dalam hati , tak putus minta bantuan Allah moga selamat sampai...maklum dalam flight ada makcik yang berasal Medan telah berpesan agar berhati2 dengan orang Medan...Dalam perjalanan, sopir berpesan jika lapar, beliau boleh berhenti makan. Dengan sopan (takut sebenarnya....mahu lekas sampai) Erisya menyatakan tidak lapar...Tapi lepas dua kali dia bertanya tetiba Erisya terfikir.....eh kesiannya sopir ni..pasti dia lapar...maklum penat memandu kenderaan...melewati ladang kelapa sawit..ladang getah..dan menempuh banyak negeri. Kok ya pun dia tak perlu solah kerana beragama kristian setidak-tidaknya dia harus berhenti makan. Akhirnya Erisya menyuruhnya berhenti ....tak ingin jadi pelancung yang kejam.
Di kedai makan, ternyata orang Medan ramah belaka...meskipun tidak kenal namun mereka ramah berbual ketika makan semeja...maklum gerai kampung. Terpaksa makan di meja panjang. Mana boleh duduk bersendiri. Kebetulan pula ketika itu ada perlawanan bola sepak.....jadi penuh lah gerai dengan peminat bola. Pelajaran kedua: Syukur, Erisya ketemu dengan insan2 yang baik...walau ada yang punya kenangan pahit di Medan...termasuk makcik warga Medan yang duduk sebelah dalam filght.
Lepas makan perjalanan diteruskan. Hujan lebat sepanjang perjalanan. Buatkan perjalanan lebih lama dari biasa. Erisya bersyukur kerana sopir ramah bercerita.... macam2 tajuk perbualan...dari kisah politik dan ekonomi negaranya hinggalah ke adat resamnya iaitu suku Batak. Memang menarik...buat Erisya tidak mengantuk walau kepenatan. Pelajaran ketiga: Jauh berjalan, banyak pengalaman dan pengetahuan yang kita dapat.
Akhirnya tepat jam 12 malam Erisya tiba di hotel dengan selamat. Sayang...tak nampak keindahan Danau Toba dalam kegelapan malam. Pelukan suami yang gembira menyambut Erisya buat Erisya rasa syukur...syukur teramat sangat kerana berani teruskan perjalanan sendirian .....tidak terlalu memikirkan halangan untuk ke Medan.. pengajaran yang diperolehi dalam sehari telah mengubah diri ini menjadi seorang wanita yang lebih yakin untuk mengejar matlamat..... Allah pasti akan hantar hamba2Nya untuk membantu kita...selagi kita fokus pada matlamat....bukan halangan....WHEN THERE IS FAITH, THERE IS NO FEAR.
Salam sayang dari
p/s:Buat yang telah membantu...moga Allah mudahkan urusan kalian sebagaimana kalian mudahkan urusan Erisya. Bagi yang suka makan angin...jangan lupa masukkan Medan dalam salah satu destinasi teman semua...memang best! InsyaAllah kami akan ke sana lagi....

No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah