Tuesday, April 5, 2011

SAYONARA AWANG



Pada pukul 9 pagi tadi Erisya terima panggilan dari ex-supervisor. Panggilan yang seharusnya penuh ceria kerana harini, 05 April adalah besdei beliau.

Rupanya awang, si slow loris yang kami pernah pelihara telah hembuskan nafasnya yang terakhir. Begitu sudahnya nasib awang. Mati kerana sakit mulut. Sebetulnya tiap tahun Awang dapat penyakit ni...tak sangka pula membawa maut.

Menurut orang yang menjaganya, sehari sebelum pergi Awang asyik memandang mereka...seolah tahu dia akan pergi. hmm..macam orang pulak...dulu masa anak Ersiya nak pergi pun dia memandang Erisya lama...dan di saat itu juga Erisya tahu Aqil sedang mengucapkan selamat tinggal.

Dua minggu sebelum Awang sakit, Erisya pernah ditanya apakah bersedia babysit Awang sementara ada baby sitter yang baru. Erisya tak pasti kenapa penjaganya tak boleh memelihara Awang lagi. Namun Erisya tolak sebab kat rumah ada banyak kucing. Akhirnya Awang telah memilih untuk pergi jauh meninggalkan kami semua. Mungkin tak mahu menyusahkan penjaganya lagi.

.




p/s: Rest in peace Awang...kematian adalah penamat segala-galanya bagi mu, namun bagi kami kematian adalah permulaan sebuah perjalanan.

Monday, April 4, 2011

LAIN NEGARA LAIN ADATNYA

Perbualan dengan seorang pembantu kedai makan yang berasal dari Bangladesh.


Mana boleh ini macam. Perempuan bayar makan. Di tempat saya lelaki bayar makan!

Kalau kawin siapa bayar?

Perempuanlah bayar! Kalau perempuan putih dan cantik tak payah bayar. Tapi kalau perempuan tak cantik atau hitam kena bayar. Kalau lelaki tu hensem macam saya,  kena bayar mahal. 

Kalau lelaki tu pula yang hitam?

Lelaki hitam tak apa. Bayaran sama!


Hmmm...pulak dah! Beruntunglah kalau lelaki sini kawin wanita sana....kawin free! 





Sunday, April 3, 2011

KAKAK SAYANG

Usia kami jauh berbeza. Kami bukan adik-beradik kandung meskipun dibesarkan bersama oleh mak. Namun kasih sayang kami telah bersemi sejak kecil lagi. Sejujurnya, hingga saat ini Erisya tidak pernah bertemu insan setabah dan sekuatnya.

Jika dilihat rentetan sejarah hidup kakak...penuh liku bersulam duka dan pilu. Namun ianya tidak menghalang kakak dari menjadi insan yang bersyukur. Baru-baru ini dua orang rakan sekerjanya telah memohon maaf kerana memfitnah kakak. Fitnah yang lebih berat dosanya dari membunuh. dua puluh tahun dahulu mereka telah menelefon seorang isteri menggunakan telefon kakak. Dan pastinya panggilan tak bernama itu bertujuan untuk memaklumkan kecurangan si suami. Ironinya si suami adalah rakan sekerja yang rapat dengan mereka! Si suami apa lagi...dengan rasa marah membuak-buak lakukan siasatan....akhirnya dia dapat kesan nombor telefon kakak. Penafian kakak yang dilakukan bersama nama Allah tidak diterima oleh si suami. Malah dia mengugut untuk menghancurkan rumah tangga kakak sebagaimana kakak 'menghancurkan' rumah tangganya.

Sejak itu, pelbagai peristiwa pelik berlaku. Rumah tangga kakak mula bergoncang. Harta yang dikumpul sejak anak dara juga lesap. Puluhan ribu telah dihabiskan untuk berubat. Boss yang selama ini rapat juga menjauhkan diri. Hingga saat ini tiada kenaikan pangkat walau ramai yang akui kecekapan kakak. 

Segala kesulitan dan tangisan kakak curahkan pada Yang Maha Kuasa. Akhirnya selepas hampir 20 tahun berkhidmat, kakak ambil keputusan meletakkan jawatan. Sebab itulah dua orang rakan sekerja memohon maaf....selepas segalanya terlalu lewat untuk kembalikan kebahagiaan kakak (namun mereka takut memohon maaf kepada si lelaki teman rapat mereka...takut terima nasib macam kakak). Kemudian seorang demi seorang akui kebaikan kakak yang tidak lokek mencurah ilmu yang ada kepada mereka di pejabat. Sanggup ke pejabat hingga malam walau di hujung minggu.

Kekuatan kakak banyak mengajar Erisya erti syukur dan penyerahan diri kepada Allah. Walau tiada kenaikan pangkat namun rezeki tak pernah putus. Sebaik sahaja perletakan jawatannya diwar-warkan, bekas bos yang telah mempunyai syarikat sendiri ingin menggajinya kerana pengalaman yang ada. Anak juga berjaya dalam pelajaran meskipun stress dengan kemelut yang ada.  Alhamdulillah, walau kemelut keluarga belum pulih sepenuhnya, namun kini kakak sudah boleh tersenyum...dan memandang ke hadapan dengan penuh harapan.

Bila dibandingkan penderitaan kakak, apalah sangat ujian yang Erisya terima. Doa Erisya semoga insan-insan yang membuat kakak menderita akan terima balasan yang setimpal. Semoga segala sihir yang dihantar (Erisya sekeluarga turut kena tempias semasa tinggal bersama kakak) akan berpatah balik. Dengan ini, mereka tidak lagi menggunakan ilmu yang ada untuk aniaya orang lain!Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Pemberi Hukum!