Friday, April 24, 2009

KENAPA TAK TENTERAM

Sekumpulan bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Sudah semestinya kunjungan tersebut menggembirakan si pensyarah...mereka berbual mesra...dari kejayaan karier msing-masing hinggalah yang bersangkutan dengan kisah peribadi....masalah keluarga, masalah ofis, masalah sekitaran dan macam-macam lagi masalah biasa bagi yang bergelar manusia. Pensyarah itu hanya tersenyum dan menghidangkan minuman....anehnya..ada pelbagai warna dan jenis cawan...bak kata orang pompuan..tak matching langsung!Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah.

Maka masing2 memilih cawan kesukaan....maklum, masing2 ada taste yang tersendiri. Kemudian, pensyarah berkata : "Yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! Kamu senua dah pilih cawan yang mahal dan cantik. Sudah menajdi lumrah kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!Sedangkan apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!"

Bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain.. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan 'keseronokan' atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak 'komplen' dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah 'kematian' itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak."Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan Yang Maha Pencipta.

(dipetik dari emel yang dihantar oleh adik bongsu)



p/s: Dalam dunia yang hitam putih...hati tetap berwarna-warni!


Wednesday, April 22, 2009

BERTUGAS SEMULA

Sejak pulang dari Perlis tempohari, arinilah hari pertama erisya bertugas semula. Tadi ramai yang bertanya khabar ...maklum dua minggu tak nampak batang hidung....pada yang bertanya erisya jawab, " pergi London" dengan senyum gembira.....alahh saja jer gurau....pastinya mereka tahu erisya bertapa di hospital! Hmm..rasa gembira bila dapat kembali bertugas...maklum ramai pulak yang rindu...terutama boss! Syukur di saat ditimpa musibah boss erisya...baik Ketua Unit mahupun Ketua Seksyen amat memahami.....malah menelefon memberikan petua agar suami lekas sembuh.

Teman2 baik juga ada yang terkilan ....kerana semasa suami sakit erisya tidak menelefon mereka meminta bantuan....maklum semua dah tahu lesen memandu erisya ni hanya hiasan dalam dompet.....malah ngambil lesen pun kerana dipaksa oleh boss! Pejam celik dah 15 tahun erisya simpan lesen memandu....ish! lama tuh! ahli JPJ yang setia....saban tahun perbaharui lesen...

Tiga hari yang pertama suami tak leh bangun langsung. Cirit-birit dan muntah....selepas ke klinik ada perubahan sikit ....akhirnya bila erisya nampak suami naik ruam, erisya pun mendesak suami agar ke hospital swasta....namun doktor tu tak check apapun....hatta tekanan darah sekalipun! dia hanya busy membetul2kan tali leher jer...ish! suami pun naik sebal melihat gelagatnya....Akhirnya suami diberi ubat cirit-birit saja. Lepas makan ubat tuh suami sembelit ....aikk dah bertukar lak! Walau dah boleh berjalan namun suami masih tak boleh bersolat cara normal...menurutnya kepala masih pening dan sakit. Tak selera makan dan lebih banyak berdiam diri. Yang lebih merisaukan, suami tak mahu jauhkan pandangan dari erisya........malah bila erisya taip tugasan di luar kamar suami melarang erisya menutup pintu...nak lihat erisya katanya....ish! suspens lak.....maklum, erisya baru sahaja terima berita pemergian rakan sekerja ke rahmatullah (Erisya pernah citer tentang aruah yang mendapat kanser paru2 dan tulang dalam n3 sebelum ni).

Atas desakan sahabat tersayang , Dr Y yang kebetulan berada di sini, erisya dan suami ke hospital yang sama pada 12 malam tepat. Kalini erisya pastikan tidak bertemu dr yang sama lagi ketika membuat pendaftaran. Syukur, Dr dari Myanmar yang bertugas malam tuh. Kalini, dia benar2 memeriksa suami....dan keputusan ujian darah benar2 memeranjatkan...platlet suami 14! Kami berdua terpaksa menginap di hospital pada malam tuh juga.

Di hospital, ketika lihat wajah lesu suami , erisya tertanya2 dalam hati. Bilakah kali terakhir erisya melihat wajah suami yang sedang lena....hmmm.....(sejak bergelar pelajar, erisya banyak luangkan masa mengadap komputer pada waktu malam....adakalanya erisya dikejutkan dengan laungan bilal mengajak insan solat subuh! ) Sejak detik itu... erisya lebih senang mematikan telefon bimbit. Kalini, erisya ingin luangkan masa bersama suami tanpa gangguan sesiapa. Sesuatu yang aneh...selama ini erisya merasakan tak selesa tanpa hp.....rupa2nya hidup lebih aman tanpa kehadirannya! Masa yang ada , erisya peruntukkan buat suami dan Tuhan. Ketika itu erisya hanya berserah 100% kepada Allah swt . Ingin bersamaNya di saat itu....no...not seeking for answers .....just for comfort. Ketika itu, tiada lain yang erisya hargai kecuali ketenangan. Betul..erisya benar2 tenang ketika itu. Semua doa erisya dikabulkan ..Rupanya bila kita serahkan 100% padaNya..tanpa bergantung harap pada mana2 manusia...segalanya Allah permudahkan! Dulu, tiap kali keresahan erisya lebih senang berkongsi rasa dengan sahabat baik erisya....sampai bil tel mencecah RM500....namun sejak dikhianati, erisya lebih suka bercerita pada Tuhan....bukan tak teringin nak meluahkan kesedihan dalam teman2 di sini seperti blogger lain.....tapi ntah kenapa....erisya tak mampu nak menulis walau sepatah kata!

Alhamdulillah kini suami dah sihat....namun yang buat erisya rasa lebih gembira lagi adalah keprihatinan semua adik-adik, rakan sekerja, bosses serta sahabat2 ....terutama adik bongsu erisya .....berulangkali nak tolong bayarkan bil hospital! Ish! tak tergamak erisya nak ambil duitnya...bukan ratusan tapi ribu! Allah tak uji kesihatan suami disaat kami kesempitan wang.....syukur!

p/s:

Antara petua demam denggi yang diberi adalah:

1) Minum air gamat
2)minum sup ketam (tapi erisya tak rekomen sebab masa anak demam denggi dulu...habis badannya gatal2....fening bila dia minta garukan tapak kaki!)
3)minum 1 gelas air rebusan pucuk betik (platlet darah anak kembali normal lepas sekali minum saja!)
4)minum satu sudu besar air perahan daun betik (jgn dicamput air biasa. Cuma tumbuk daun dan perah airnya...platlet darah suami jadi normal lepas sekali minum aje)

Alhamdulillah....tidak Allah berikan penyakit melainkan ada penawarnya!

p/s lagi : Dr Y, Walau kita jarang berSMSan....namun kita saling mengingati.....serta saling mendoakan....ikatan persahabatan kita bukan sekadar luahan kata2 semata tapi kukuh dengan tali Yang Maha Esa....
terima kasih kerana memahami ...terimakasih kerana mendoakan...terima kasih kerana memberikan petua...memang mujarab!

Buat adik pula...makasih kerna tidak berkecil hati ....kak tahu adik sedih....makasih sekali lagi...kerna memahami...saaaaayanggggg adik!