Showing posts with label tazkirah diri. Show all posts

Tuesday, April 3, 2012
Saturday, February 11, 2012
TIGA ILHAM TANDA DIRAHMATI
Alhamdulillah semalam berkesempatan ke Taman Syurga mendengar ceramah Datuk Kamaruddin Zakaria. Antara lain beliau telah sampaikan sabda Rasulullah s.a.w. yang menyatakan bahawa sekiranya kita
1. Diilhamkan untuk banyak berdoa- bermakna Allah ingin kabulkan semua doa kita.
2. Diilhamkan untuk banyak beristighfar - bermakna Allah ingin ampuni dosa-dosa kita.
3. Dilhamkan untuk banyak bersyukur (alhamdulillah)-bermakna Allah ingin limpahkan rezeki yang luas kepada kita.
Datuk berpesan lagi agar aminkan semua kata-kata yang baik ...misalnya jika ada yang memuji kita, ucapkanlah alhamdulillah..aminnnnn! Semua kata2 baik adalah suatu doa buat kita.
Ya...kita juga wajar mengucapkan kata2 baik buat orang lain pula. Setiap doa yang baik akan diaminkan oleh para malaikat ...kita juga dapat apa yang kita doakan buat orang lain. Ini membuatkan Erisya tambah semangat nak bantu downline ...jika mereka tambah berjaya...maka Erisya juga turut berjaya...insyaAllah! Dengan syarat mereka turut bersama2 berusaha dan terus berusaha untuk mencapai jaya. Man-jadda-wa-jada...ya..sesiapa yang bersungguh2 pasti akan dapat!

Monday, January 16, 2012
WHEN THERE IS FAITH, THERE IS NO FEAR.
Ramai yang tertanya-tanya kenapa Erisya nekad nak jalankan perniagaan MLM. Tak cukup ka gaji yang ada. Kenapa Erisya masih inginkan passive income. Alahhh siapa yang tak mau...ketika bercuti wang masuk ke dalam akaun...Bagaimanapun, ya ...harus diakui bahawa 90% telah gagal dalam perniagaan yang sebenarnya mampu melahirkan ribuan jutawan. Mungkin mereka gagal kerana menyangka perniagaan MLM adalah jalan mudah untuk meraih kekayaan.Tak perlu berusaha...hanya harapkan downline atau upline kumpulkan PV kita dan seterus ditukar dari USD ke RM. Bagi Erisya, niat kita harus jelas bila menceburi bidang yang penuh cabaran...bersedia mental....walau dijamin 90% rezeki oleh rasulullah s.a.w.
Produk? Ya Erisya amat yakin dengan produk ini kerana terbukti telah sembuhkan suami yang sakit batu karang, darah tinggi, gout, obesiti dan masalah buah pinggang (akibat makan pain killer serta ubat2 tradisional yang memang kaya dengan steroids). Bagaimana dengan produk lain? Ya semua produk adalah bagus dan mempunyai testimoni yang baik. Habis kenapa tak mau jual produk itu? Pertama Erisya yakin semua penyakit ada penawarnya kecuali maut. Jadi jika kita telah bertemu dengan produk yang serasi kenapa nak bertukar arah? Kedua, Erisya yakin dengan marketing plan dan sistem syarikat ini. Bukan piramid. Setiap ahli harus berusaha tanpa menumpang di atas kerajinan downline atau upline.Mendapat bantuan dan sokongan orang atas untuk kembangkan biz (kecuali modal ;) ). Rasanya semua sebab di atas sudah cukup untuk menyakinkan Erisya agar terus berusaha dan berusaha tanpa menoleh ke belakang lagi.
Tak pernah rasa down?Hmm... Bohonglah jika Erisya kata tak pernah keciwa dengan downline yang pelbagai ragam. Perang harga dsbnya. Tapi mana ada perniagaan yang mudah, kan? Bak kata mentor Erisya....seorang usahawan tak boleh lari dari masalah tapi harus selesaikan masalah. Jangan mudah berputus asa. Setidak2nya, dalam biz ni Erisya tak perlu pening nak buat R&D untuk menambahbaik produk. Tak perlu sewa kedai macam dulu...hadapi masalah sihir insan yang iri. Cuma perlu berkongsi kebaikan produk dengan orang2 yang Erisya sayang...juga dengan orang yang tak pernah Erisya kenal tapi menjadi kawan bila menjadi downline.
Macam mana Erisya masih kekal dengan syarikat yang sama selepas 7 bulan? Sedangkan upline di atas ramai yang yang telah bertukar bulu. Masih tercari-cari haluan tuju.
Amboii panjangnya mukaddimah.Ok..ok...bukan niat nak cerita ttg biz sebenarnya....tapi nak kongsi pengajaran satu hari , yang tak pernah gagal memberi kekuatan bila Erisya rasa down. Ok, Erisya nak mula cerita lah ni....pengalaman sehari yang telah sedarkan Erisya betapa kita harus tumpu perhatian pada matlamat....bukan buang masa fikirkan halangan yang mendatang.
Kisah bermula ketika bercuti bersama keluarga. Percutian yang telah dirancang lama bersama best friend (kami rapat sejak anak dara sunti lagi). Selepas berbulan menanti, akhirmya masa yang ditunggu pun tiba. Semasa menunjukkan pasport tetiba Erisya dimaklumkan bahawa Erisya tak boleh bertolak...pasport hidup tak cukup 6 bulan ..kurang 3 hari! Semua org terkejut....terutama suami dan anak ....puas juga Erisya pujuk keduanya agar teruskan perjalanan bersama keluarga best friend Erisya tuh.....Erisya? nak buat camner? lambai tangan ajelah dengan senyum tawar.
Sebaik sahaja mereka berlepas...otak ligat memikir....sempat ka nak renew pasport? Pegawai Imegresen bekerja ka hari sabtu? Camner nak ke Putrajaya...teksi? Bila penerbangan terakhir ke Medan? Sebelum semua persoalan betul2 terpahat dalam fikiran...Erisya hentikan. Jangan fikir. Yang terbayang di mata hanyalah pandangan keciwa suami dan anak kerana Erisya tidak turut serta. Terus Erisya ke Pej Imegresen Lapangan Terbang untuk batalkan rekod perjalanan ...maklum dalam sistem Erisya telah ke luar negara padahal stranded di muka pintu. Pegawai yang bertugas membantu Erisya hubungi pejabat Imegresen yang berhampiran untuk pastikan pejabat dibuka pada hari Sabtu. Syukur....pejabat dibuka hingga pukul dua petang.
Langkah kedua Erisya menelefon adik ipar ...apakah kelapangan untuk menghantar Erisya ke Pej Imegresen...Syukur...adik ipar free. Dipendekkan cerita, segala urusan dipermudahkan...semua pegawai yang bertugas banyak membantu...Erisya sempat mendapatkan pasport yang baru....itupun pegawai tersebut menegur Erisya kenapa tak maklumkan awal bahawa Erisya ingin mengejar flight sebelum jam 12 tghari...jika tidak, mereka boleh siapkan pasport lebih awal! Erisya terpempan....sikap tak mahu susahkan orang....tak mahu minta bantuan orang buatkan Erisya terlepas flight tengahari.....Pelajaran pertama: harus benarkan orang lain membantu kita. Jangan malu meminta bantuan orang lain. Tak semua orang tidak suka hulurkan bantuan.
Sebaik sahaja mendapat pasport, adik membawa Erisya ke LCCT semula...syukur....masih ada flight petang tuh. Tiba di Medan waktu maghrib. Syukur ada sopir yang menunggu. Bila ditanya...perjalanan adalah 4 jam...jika tidak macet! Fuh....jauhnya! Macam KL dengan Penang... Dalam hati , tak putus minta bantuan Allah moga selamat sampai...maklum dalam flight ada makcik yang berasal Medan telah berpesan agar berhati2 dengan orang Medan...Dalam perjalanan, sopir berpesan jika lapar, beliau boleh berhenti makan. Dengan sopan (takut sebenarnya....mahu lekas sampai) Erisya menyatakan tidak lapar...Tapi lepas dua kali dia bertanya tetiba Erisya terfikir.....eh kesiannya sopir ni..pasti dia lapar...maklum penat memandu kenderaan...melewati ladang kelapa sawit..ladang getah..dan menempuh banyak negeri. Kok ya pun dia tak perlu solah kerana beragama kristian setidak-tidaknya dia harus berhenti makan. Akhirnya Erisya menyuruhnya berhenti ....tak ingin jadi pelancung yang kejam.
Di kedai makan, ternyata orang Medan ramah belaka...meskipun tidak kenal namun mereka ramah berbual ketika makan semeja...maklum gerai kampung. Terpaksa makan di meja panjang. Mana boleh duduk bersendiri. Kebetulan pula ketika itu ada perlawanan bola sepak.....jadi penuh lah gerai dengan peminat bola. Pelajaran kedua: Syukur, Erisya ketemu dengan insan2 yang baik...walau ada yang punya kenangan pahit di Medan...termasuk makcik warga Medan yang duduk sebelah dalam filght.
Lepas makan perjalanan diteruskan. Hujan lebat sepanjang perjalanan. Buatkan perjalanan lebih lama dari biasa. Erisya bersyukur kerana sopir ramah bercerita.... macam2 tajuk perbualan...dari kisah politik dan ekonomi negaranya hinggalah ke adat resamnya iaitu suku Batak. Memang menarik...buat Erisya tidak mengantuk walau kepenatan. Pelajaran ketiga: Jauh berjalan, banyak pengalaman dan pengetahuan yang kita dapat.
Akhirnya tepat jam 12 malam Erisya tiba di hotel dengan selamat. Sayang...tak nampak keindahan Danau Toba dalam kegelapan malam. Pelukan suami yang gembira menyambut Erisya buat Erisya rasa syukur...syukur teramat sangat kerana berani teruskan perjalanan sendirian .....tidak terlalu memikirkan halangan untuk ke Medan.. pengajaran yang diperolehi dalam sehari telah mengubah diri ini menjadi seorang wanita yang lebih yakin untuk mengejar matlamat..... Allah pasti akan hantar hamba2Nya untuk membantu kita...selagi kita fokus pada matlamat....bukan halangan....WHEN THERE IS FAITH, THERE IS NO FEAR.
Salam sayang dari

p/s:Buat yang telah membantu...moga Allah mudahkan urusan kalian sebagaimana kalian mudahkan urusan Erisya. Bagi yang suka makan angin...jangan lupa masukkan Medan dalam salah satu destinasi teman semua...memang best! InsyaAllah kami akan ke sana lagi....

Sunday, January 15, 2012
Tuesday, October 11, 2011
AL KAUTSAR
Selepas dua minggu berkursus, tetiba sahaja sakit terasa semula. Parut luka ditikam belakang rupanya masih berdarah lagi. Hati ini masih belum ikhlas melepaskan segala kesedihan. Entah kenapa hati benar-benar tersayat sembilu....begitu sukar untuk melupakan.
Hari pertama bekerja dimulai dengan hati yang hambar. Ditambah pula dengan pengumuman bajet 2012....Pengumuman keramat yang amat ditakuti..membuatkan kami tidak fokus dengan pengumuman seterusnya (yang seharusnya berita gembira). Pengumuman yang bisa membuat perjalanan karier dan tugas kami lebih sukar. Juga membuat ramai teman-teman yang konvo bersama turut rasai tempiasnya.
Sejujurnya memang Erisya agak tegang. Rasa keciwa yang membuak-buak sukar dibendung lagi. ....Namun di saat hati sedang ditusuk keresahan tetiba mendapat emel daripada daripada rakan sekerja. Bagaikan ada telepathy, dia menghantar emel fadhilat al kautsar. Terus Erisya zikirkan surat yang mengandungi tiga ayat tuh......sambil mata membayangkan mereka yang menyakiti...tetiba sahaja hati sejuk umpama aliran sungai menyusuri batu yang keras...perasaan yang nyaman. Hilang segala kegundahan dan kerisauan..... Alhamdulillah.... kesakitan kerna ditikam insan-insan yang paling dipercayai juga turut hilang...seolah nama mereka tidak lagi ujud dalam dunia Erisya. Betul-betul hilang.
Ketika zohor tadi, Erisya sempat berdoa panjang, agar dikurniakan sahabat dunia dan ahirat yang dapat memimpin tangan ini ke jalan-Nya....terima Erisya seikhlas hati...tanpa niat lain selain kerna-Nya.
Dan Erisya amat bersyukur di saat-saat begitu, Allah telah menghantar penawar dengan cara yang tidak disangka-sangka...mengubat hati yang gundah tanda kasih sayang-Nya yang tidak terhingga.
Ingin Erisya kongsi kandungan emel:

Surah ini dikatakan surah penghibur hati kerana diturunkan ketika Rasulullah SAW kehilangan dua orang yang dikasihi iaitu putera baginda Ibrahim dan ayah saudara, Abu Talib. Khasiat-khasiat lain adalah :-
- Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita .
- Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher. Insya-Allah hilang dahaga.
- Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
- Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
- Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
- Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
- Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Wallahu a'lam.
Friday, September 30, 2011
DOA dan REZEKI
"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan ingatlah sesiapa yang berserah diri bulat-bulat pada Allah maka cukuplah Allah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)"
-S.at-Taalaq: 2-3-
"Sesungguhnya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (rasul Kami) lalu Kami timpakan azab siksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan"
-S.al-A'raaf: 96-
Di antara syarat murah rezeki adalah bertaqwa kepada Allah.
a) Banyakkan beristighfar
b) Banyakkan berdoa
c) Pastikan rezeki bukan sumber yang haram (sebagai contoh tiada unsur riba).
Berdoa? pasti ada yang seperti Erisya dulu....merasakan penat berdoa. Lelah kerana terlalu mengharapkan agar doa dikabulkan sepantas kilat....Menghitung doa yang tak kesampaian. Sedangkan Erisya terlupa menghitung berapakah kurniaan-Nya meskipun tidak dipinta. Pernahkah Erisya meminta oksigen? Pernahkah bersyukur kerana masih bernafas tiap kali bangun tidur? Berapa kalikah Erisya tunaikan solat tepat pada waktunya......Apa pernah Erisya sengaja melambat-lambatkan solat hingga ke hujung waktu. Tiap kali solat berapa lama Erisya luangkan masa untuk bersama-Nya? 5 minit? 10 minit? wahhh panjang tuh! Katalah 10 minit di darab 5 ...maka dalam 24 jam masa yang Allah berikan, Erisya telah luangkan masa bersama-Nya selama 50 minit...tak sampai sejam pun. Dan Erisya masih bertanya pada Allah...kenapa doa lambat kabulkan..sedangkan seharusnya Erisya tanyakan "layakkah... wahai diri?"
Ingatkah wahai diri; Allah kabulkan doa melalu 3 cara:
1) Allah kabulkan doa yang kita minta sebelum kita menutup mata.
2) Allah kabulkan doa di akhirat nanti
3) Allah gantikan dia kita dengan yang lebih baik .....misalnya selamatkan kita dari musibah atau kecelakaan.
Sesungguhnya janji Allah adalah benar...
Tuesday, September 27, 2011
THE BLIND GIRL
There was a blind girl who hated herself because she was blind.
She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her.
She told her boyfriend, "If I could only see the world, I will marry you."
One day, someone donated a pair of eyes to her. When the bandages came off, she was able to see everything, including her boyfriend.
He asked her, "Now you can see the world, will you marry me?"
The girl looked at her boyfriend and saw he was blind. The sight of his closed eyelids shocked her. She hadn't expected that. The thought of looking at them at the rest of her life led her to refuse to marry him.
Her boyfriend left her in tears and days later wrote a note to her saying: "Take good care of your eyes,
my dear, for before they were yours, they were mine".

p/s: thanks Anslah...for the good advice. Always remember who we were and who is always there for us....

JANGAN BERKIRA...
"WAHAI BILAL BERINFAKLAH! JANGAN TAKUT KEKURANGAN
DARI ZAT YANG MEMPUNYAI LANGIT"
AL-Albani mensahihkannya dalam Shahih Al-Jami' (1612)
"BERINFAKLAH DAN JANGANLAH KAMU
MENGHITUNG-HITUNG HARTA-MU;
KARENA ALLAH AKAN MENGHITUNG-HITUNG
REZEKI-NYA UNTUKMU.
DAN JANGANLAH KAMU BAKHIL DENGAN HARTAMU,
KARENA ALLAH JUGA AKAN BAKHIL KEPADAMU"

H.R.AL-Bukhari (2402)
Dah jadi tabiat...tiap kali membuka purse pasti mencari-cari duit RM1 sebelum menderma...sehabis tinggipun RM10. Seolah-olah RM50 tidak laku untuk diderma...sedangkan mulut menyatakan yakin bahawa setiap derma akan mendapat keuntungan berlipat kali ganda dari Allah Taala....Setiap sedekah yang diberikan akan sampai ke tangan-Nya sebelum ianya sampai di tangan penerima. Namun ntah kenapa jari ini tidak mahu menurut arahan agar memilih ajer wang yang ada tanpa mengira apa warnanya.....Dalam hati masih terdetik....duitku tak cukup untuk memberi lebih.....Hmm...betapa sukarnya mendidik hati ini...
Saturday, May 28, 2011
ALLAH MAHA MELIHAT
Semalam kesabarannya menipis. Benar-benar berkecil hati kerana rakan sekerja yang terpilih menerima anugerah cemerlang. Merasakan dirinya dizalimi. Merasakan harapan untuk kenaikan pangkat kian menjauh. Merasakan pengorbanannya selama ini adalah sia-sia kerana tiada penghargaan dari bos. Tidak mendapat imbalan sewajarnya dari top management.
Dalam kesedihan itu, dia terlupa bahawa Allah Maha Melihat. Allah Mata Tahu segala apa yang kita kerjakan. Tak mungkin Allah akan biarkan kita dalam penderitaan. Tak mungkin segala yang kita kerjakan adalah sia-sia. Tak mungkin Allah tidak pandai membahagi-bahagikan rezeki kepada hamba-hamba-Nya. Anugerah cemerlang yang diterima oleh rakan sekerja adalah rezeki dari Allah padanya. Tergamakkah kita mempertikaikan keadilan dan kebijaksanaan Pencipta kita?
Segala yang berlaku adalah takdir yang telah tertulis sebelum kita dilahirkan lagi. Segala perjalanan hidup, rezeki, jodoh telah ditetapkan. Segala takdir buruk yang berlaku adalah ingatan Allah agar kita sentiasa ingat kepada Nya...memberi kita peluang mendekatkan diri pada-Nya. Dalam kesedihan sewajarnya kita bertanya diri bagaimanakah perhubungan kita dengan Pencipta...apakah kita sentiasa ingat dan mensyukuri- Nya ketika senang sehingga tak perlu lagi Allah berikan musibah untuk mengingatkan kita?
Apakah kita bekerja benar-benar kerana Allah? Bekerja kerana itu adalah tanggungjawab kita bersesuaian dengan gaji yang diterima. Bekerja kerana itu adalah amanah Allah yang telah memberikan kita pekerjaan. Jika benar, kenapa kita harus gusar kerana tidak mendapat pujian manusia? Tidak mendapat pengiktirafan manusia. Cukuplah Allah bagi kita. Tempat kerja hanya sebahagian kecil dari kehidupan kita. Ada sebabnya Allah memberi rezeki kepada kita di sisi lain kehidupan kita.
Yang lebih menyedihkan dari kehilangan anugerah cemerlang adalah kehilangan iman. Melupai bahawa salah satu rukun iman adalah mempercayai Qada' dan Qadar. Percaya dengan takdir yang telah ditetapkan dan takdir yang bisa kita ubah dengan munajat dan amal. Seharusnya kita tingkatkan usaha untuk menjauhkan takdir yang buruk....dengan pelbagai cara yang diajar Rasulullah SAW.....membuat yang terbaik bagi mendapat keredhaan-Nya...semata-mata kerana-Nya!
Pilihan negatif akibat kekeciwaan akan menjerumuskan dirinya...bukan sahaja rugi di dunia malah di akhirat! Sedangkan matlamat kita adalah akhirat. Dunia hanya jalan menuju ke sana. Hanya sementara... sedangkan akhirat adalah kekal abadi. Tempat kembalinya kita nanti.
Dan sekiranya kita benar-benar yakin Allah Maha Melihat...mintalah pada-Nya. Rayulah!Rintihlah pada-Nya. Mohon keampunan. Mohon rezeki. Mohon keberkatan pada pekerjaan dan gaji kita. Pasti ....Pasti Allah akan menjawab doa kita. Menjawab pertanyaan kita. Sesungguhnya ampunan Allah lebih besar dari kemurkaan-Nya. Kasih-sayang Allah lebih besar dari taat kita pada-Nya.
InsyaAllah, Isnin ini Erisya bercadang mahu 'berbual panjang' dengannya. Tindakan negatifnya bakal menyusahkan Erisya dan team. Tapi bisakah Erisya nyatakan semua ini? Erisya bukan orang yang selayaknya menyatakan ini. Memberi nasihat padanya. Serik... Erisya lebih mudah menasihati dan memberi semangat kepada orang bukan Islam...namun tidak pernah berjaya melakukan perkara yang sama kepada rakan sekerja yang bertudung labuh! Segalanya bagaikan mencurah air ke daun keladi...Sesuatu yang Erisya kesali dan harus ditangani ...bermula dengan muhasabah diri!
Sesungguhnya hanya Allah yang memberi petunjuk dan hidayah....Erisya hanya menyampaikan!

"BARANGSIAPA TIDAK RELA DENGAN KETETAPAN-KU DAN TIDAk BERSABAR ATAS COBAAN-KU, MAKA HENDAKLAH DIA KELUAR DARI NAUNGAN LANGIT-KU, DAN HENDAKLAH DIA MEMILIH TUHAN SELAIN-KU"
(Hadis Qudsi)
3 M : MULAI LAH DARI DIRI SENDIRI
MULAILAH DARI HAL YANG KECIL
MULAILAH DARI SEKARANG!
(-Aa Gym)
Wednesday, May 25, 2011
DOA PENCEGAH KEZALIMAN
Ya Allah, Tuhan langit yang tujuh, Tuhan 'Arsy yang Agung, jadilah pelindungku dari (...sebut namanya....)dan sekutunya dari ciptaan-ciptaan-Mu itu, dari perbuatan sewenang-wenang dan melampaui batas seorangpun di antara mereka terhadapku. Tiada Tuhan selain Engkau.
(HR Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (707))
Doa yang lain:
Ya Allah yang Maha Besar, Allah lebih mulia dari seluruh ciptaan-Nya, Allah lebih mulia dari apa yang aku takuti dan aku waspadai. Aku berlindung kepada Allah yang tiada tuhan selain Dia, Yang Menahan langit yang tujuh agar tidak menimpa bumi kecuali dengan izin-Nya dari kejahatan hamba-Mu (....sebut namanya...) dan bala tentaranya serta para pengikutnya, baik dari golongan jin maupun manusia. Ya Allah, jadilah pelindungku dari kejahatan mereka. Agunglah pujian-Mu, muliakanlah penjagaan-Mu Mahasuci nama-Mu
dan tidak ada tuhan lain selain Engkau.
dan tidak ada tuhan lain selain Engkau.
Baca 3 kali
(HR Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (708))
Dipetik dari buku " 80 AYAT PEMBUKA PINTU REZEKI"
karya "Muhammad Ash-Shayim"
Penterjemah: Fedrian Hasmad
ISBN: 979-26-4727-9
Tuesday, May 24, 2011
SADAQAH DAN IKHLAS
Sebetulnya banyak yang Erisya pelajari tentang diri ketika berada di Bandung/Jakarta. Belajar tentang sadaqah. Belajar tentang ikhlas. Meskipun tahu segi teori tentang sadaqah namun adakalanya begitu sulit untuk hati ini memberi sadaqah dengan ikhlas. Tambahan pula jika yang meminta itu bukanlah golongan yang tidak upaya.
Ketika di Bandung, hati bagai dihiris2 bila melihat anak2 kecil telah diajar untuk meminta2. Malah bisa menghafal dialog yang boleh menarik perhatian....siap boleh cakap cara orang Malaysia! Entah kenapa, hati Erisya begitu keras tidak menghulurkan apa2 hatta sebatang ais krim mahupun Rp1,000 !Hati berdolak-dalik...akhirnya keinginan untuk memberi dipendam begitu sahaja dengan niat...tak mahu menggalakkkan mereka dari terus meminta2!
Keesokan harinya, Erisya bersiap ke Pasar Baru yang selama ini menjadi bualan di Malaysia....ketika di lobi, teringat jaket di kamar. Dalam hati terdetik, " eh! jaket dalam hotel...nanti hilang"....Namun amaran dalam hati tidak dihiraukan. Erisya yakin sepenuh hati bahawa Allah akan menjaga rantai tangan emas yang tersimpan dalam kocek jaket. Yakin teramat yakin ianya akan selamat.
Malam tuh, setibanya di hotel..jaketlah yang Erisya periksa dulu. Ternyata zipnya telah terbuka...dan koceknya kosong! Perkara pertama yang terlintas ...innalillahiwainnailaihirojiun.....semua teman membantu mencari satu kamar...ternyata tidak ada. Sekali lagi hati berdetik....alahai ..naperlah aku tak sadaqah semalam?! Pastinya ini semua tak berlaku. Bagaimanapun, hati masih bersyukur kerana duit (berjuta2 tuh!) dan pasport tidak hilang.....alhamdulillah!
Di Jakarta, sekali lagi bertemu dengan peminta sadaqah...kali ini lelaki tua menadah tangan. Syukur kalini Erisya berkesempatan menghulurkan wang...tak tahulah berapa ...maklum, bukan tahu sangat nak melihat nilai wang yang begitu banyak angka "0"! Keesokan harinya, di airport, sekali lagi teman-teman seperjalanan gempar....pasport Erisya hilang! Sekuat hati dua orang teman berlari ke tempat duduk kami tadi....syukur, rupanya pasort terselit di celah bangku.
Erisya ? kebingungan berdiri, dalam hati berkata, "Ah sudah! camner nak balik ni?" seperti orang bodoh hanya memandang sahaja kedua2 orang teman berlari2 dan mencari2.
Hmm....Mungkin saja.....berkat doa peminta sedaqah semalam, Allah selamatkan Erisya dari musibah kehilangan pasport.Alhamdulillah!
Ya, Erisya terima semuanya berlaku akibat kecuaian diri. Selama ini berjalan ke luar negara tak pernah pakai barang kemas. Tak pernah hilang pasport. Tak pernah jumpa peminta sadaqah. Ternyata, Allah nak beri pengajaran agar jangan hampakan orang yang meminta. Biarlah Allah yang menentukan mereka layak atau tidak menerima sadaqah. Belajar ikhlas memberi.Jangan menghakimi mereka. Letakkan diri di tempat mereka. Tinggal di bandar yang tinggi taraf hidupnya....sedangkan pendapatan tak seberapa.
Semoga sadaqah yang diberi boleh merubah hidup mereka....sebagaimana mereka telah merubah diri Erisya!

p/s: Seperti kata suami lewat telefon malam tuh," Tak pe lah....Dah tak de rezeki...lain kali beringat!"...namun kata-kata itu terhenti di situ saja...ingatkan suami nak tambah," tak per lah....nanti ada rezeki kita beli baru ya ayang!" .....hmmm...lambatnya ulangtahun perkahwinan kami!......;)...Ish! lebih2 pulak....suami tak marah dah besar rahmat tuh!

Wednesday, February 2, 2011
AYAT PENDINDING
Al-Nasa'i meriwayatkan daripada Abu Abdillah bin 'Aabis al-Juhani bahawa nabi bersabda kepada nya,"Wahai Ibn 'Aabis! Mahukah engkau kutunjukkan sebaik-baik pendinding bagi sesiapa yang inginkan ayat pendinding?" Jawabnya: "Tentu sekali wahai Rasulullah." Jawab baginda, "Surah al-Falaq dan surah al-Nas".
Abu Said al-Khudri melaporkan bahawa Nabi Muhamad SAW selalu meminta perlindungan daripada kejahatan jin dan manusia. Apabila surah al-Falaq dan al-Nas turun, Baginda ketepikan bacaan yang lain dan membaca ayat-ayat ini sahaja.
(Direkodkan oleh Tirmizi dan al-Nasa'i)
~di petik dari buku 'Ratib kekasih Allah' karya Ahmad Hasan Mohd Nazam~
ISBN: 978-967-366-023-0
BERDOALAH
"...siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya?
(al-Naml:62)
"...berdoalah kamu kepada Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu"
(Ghafir:60)
"Doa seorang hamba sentiasa mustajab selagimana ia tidak mendoakan dengan perkara dosa atau memutuskan hubungan silaturrahim, dan selagimana ia tidak tergopoh-gapah". Sahabat bertanya,"Bagaimana ia tergopoh-gapah?" Rasulullah SAW menjawab, "Orang itu berkata, aku berdoa tetapi tidak mustajab. Ketika itu ia berputus asa dan tidak lagi berdoa."
(Sahih Muslim)
Thursday, January 6, 2011
ENAM RAMUAN
Bazrajamhur al-Hakim adalah seorang menteri. Namun perasaan benci Kisra (pemerintah) terhadapnya telah membawanya ke penjara. Ruang biliknya sempit, tertutup dan gelap. Dia dipasung dan terpaksa memakai pakaian kasar. Menu hariannya hanyalah sepotong roti dengan sedikit garam yang digiling dan segelas air.
Selepas sebulan, Kisra menghantar perisik untuk melihat keadaan Bazrajamhur. Perisik itu terperanjat melihat keadaan Bazrajamhur yang tetap sihat dan segar bugar. Malah tiada bezanya dengan keadaan dirinya sebelum dipenjara. Perisik itu bertanyakan rahsianya.
Jawab Bazrajamhur, "Aku sediakan enam ramuan makanan. Setiap hari aku makan sedikit demi sedikit". Perisik itu heran. Enam ramuan? Dengan tenang Bazrajamhur menjawab.
RAMUAN PERTAMA
Yakin sepenuh hati kepada Allah SWT.
RAMUAN KEDUA
Sedar dan insaf. Tiap yang telah ditakdirkan pasti akan berlaku.
RAMUAN KETIGA
Kesabaran adalah jalan bagi yang mendapat cubaan.
RAMUAN KEEMPAT
Tiada gunanya aku hilang sabar jika ianya tidak dapat membantu diri kudari kegelisahan
RAMUAN KELIMA
Mungkin sekiranya aku tidak berada di dalam penjara ini, aku akan alami musibah yang lebih buruk lagi.
RAMUAN KEENAM
Aku penuh yakin selepas alami musibah ini, akan muncul kemudahan yang dikurniakan Allah pada ku
Sabda Rasulullah SAW
"Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescayaAllah mengujinya"
(HR al-Bukhari)
"BERILAH BERITA GEMBIRA KEPADA ORANG-ORANG YANG SABAR IAITU ORANG-ORANG YANG KETIKA DITIMPA MUSIBAH, MEREKA BERKATA,"SESUNGGUHNYA KITA ADALAH MILIK ALLAH SWT DAN KEPADA-NYA KITA KEMBALI."
(Al-Baqarah:155)
Dipetik dari buku "AURA IMAN" karya Wan Ruzlan Wan Omar

p/s: semoga Erisya akan diberikan kesabaran untuk terus bekerja di tempat ini. Bukan perkara mudah...namun di atas rahmat dan bantuan-Nya pasti boleh!

Friday, December 31, 2010
AZAN
Baru-baru ni ustaz bercerita. Tentang kisah sahabat bernama Bilal (orang Habshi). Orang pertama yang melaungkan azan memanggil umat Islam bersolat. Orangnya berkulit hitam legam sebagaimana orang Habsyah yang lain. Suaranya juga tidak merdu. Namun dialah yang terpilih untuk melaungkan azan. Waktu itu, ada seorang lagi yang berminat untuk melaungkan azan. Suaranya merdu. Banyak kali dia meluahkan hasratnya kepada Rasulullah s.a.w. Namun tidak kesampaian. Akhirnya Rasulullah s.a.w. memberi keizinan bila melihat kesungguhannya.
Kali pertama dia melaungkan azan subuh, semua orang keluar dan tertanya-tanya siapakah orang yang mempunyai suara begitu merdu. Azan yang dilaungkan begitu mengasyikkan.
Selepas solat, Rasulullah s.a.w. berwajah muram. Tetiba baginda menangis. Para sahabat heran. Selepas ditanya, Rasulullah s.a.w. menyatakan kesedihannya kerana pertama kali tiada malaikat berjemaah bersama! Baginda menangis kerana malaikat Jibrail telah bertanya, " Ya Rasulullah....dah masuk subuh ka?"
Rupanya para malaikat tidak mendengar laungan azan yang sebegitu merdu! Sehingga terlepas peluang berjemaah bersama kekasih Allah.
p/s: Hitam kulitnya tapi putih hatinya! Hmm...Bagaimana pula amalan kita, bisakah tembusi langit tujuh?
Sunday, October 3, 2010
MAKANLAH YANG HALAL
Semalam Erisya sempat berbual2 dengan ex-boss dan rakan sekerja di tempat lama...santai membincangkan masalah pengurusan. Kata2 ex-boss membuatkan Erisya muhasabah diri...mengapakah solat gagal mengekang diri dari membuat kesalahan / dosa...mengapakah anak2 menjadi degil dan keras hati, mengapakah kita begitu sukar menerima ilmu yang bermunafaat... Meskipun kini boleh dikatakan 95% impian Erisya telah tercapai (termasuk cita2 ketika di bangku sekolah dulu) namun Erisya rasa suatu kekurangan..seolah2 ada yang belum beres...masih ada kekosongan di hati. Ramai yang berkata rezeki Erisya murah...ya harus Erisya akui walau tak banyak namun rezeki tak pernah putus. Syukur namun adakala takut sekiranya itu hanyalah istidraj bukan nikmat! Takut segala kurniaNya hanya menambah kelalaian sehingga terlupa bahawa akan tiba detik untuk Erisya ucapkan selamat tinggal kepada dunia fana... yang tinggal hanyalah sesalan ketika berada di alam kekal yang seharusnya lebih indah!
Ketika memandang wajah ex-boss, minda Erisya turut berputar ligat...Apakah Erisya juga turut termasuk dalam golongan pegawai yang dikatakannya? ..Gagal memberikan perkhidmatan yang setimpal dengan gaji yang diterima tiap bulan? Gagal memikul amanah untuk menjaga keselamatan dan kesihatan masyarakat? Membazir wang rakyat? Melakukan urusan peribadi dalam waktu pejabat? Apakah yang kami sekeluarga makan adalah benar2 halal; meskipun selama ini Erisya amat perihatin dengan logo halal JAKIM? Tiap kali suami dan anak ke pasaraya, Erisya akan pastikan mereka membawa risalah senarai logo HALAL negara lain yang diterimapakai oleh pihak JAKIM. Sekiranya tiada logo halal, Erisya membelek semua bahan kimia yang dilabelkan di luar bekas bagi memastikan ianya benar2 selamat dan suci untuk digunakan. [Tiap sijil HALAL pada label menunjukkan bahawa semua bahan mentah yang digunakan adalah suci dan selamat (HALAL)].
Sejujurnya Erisya amat takut ..takut kekosongan hati selama ini adalah kerana makanan yang tidak halal... Bila makanan haram memenuhi perut, titik2 hitam memenuhi hati...yang membutakan mata, membuat telinga tuli dan akhirnya terbentuklah diri menjadi insan yang angkuh dan sombong serta lebih menyintai kemungkaran dari kebenaran.
Sabda rasulullah s.a.w.:
p/s: semoga tahun depan akan tercapai impian untuk kembali ke negara yang telah memberi kenangan manis buat Erisya...kali ini bersama keluarga!

"Setiap daging yang tumbuh daripada benda yang haram,
api nerakalah yang lebih utama baginya."
[at-Tarmidzi]
“Wahai Ali! Sesiapa makan makanan yang halal,
maka cerahlah fahaman agamanya dan lembutlah hatinya
dan tidak tertutup doanya kepada Allah.”
[Saidina Ali]
p/s: semoga tahun depan akan tercapai impian untuk kembali ke negara yang telah memberi kenangan manis buat Erisya...kali ini bersama keluarga!
Saturday, September 18, 2010
ANTARA AKAL DAN NAFSU, LELAKI DAN WANITA
Rabiatul Adawiyah:
Hai Hassan, dalam berapa bahagiankah Allah mencipta akal?
Hassan al Basri:
10 bahagian , 9 untuk lelaki dan 1 untuk wanita
Rabiatul Adawiyah:
Dalam berapa bahagiankah Allah mencipta nafsu?
Hassan al Basri:
9 bahagian untuk wanita dan 1 untuk lelaki
Rabiatul Adawiyah:
Hai Hassan. Kudapat menguasai 9 nafsu dengan satu akal, sedangkan kamu, pihak lelaki tidak dapat menguasai 1 bahagian nafsu dengan 9 akal yang kamu dapat.
Semoga berjaya mendidik anak menjadi lelaki idaman!

Tuesday, September 14, 2010
DOA KESEDIHAN DAN REZEKI
Hari pertama bekerja selepas cuti raya. Urggghh! Jelez ngan suami dan anak yang masih sakan bercuti raya. Syukur, semua teman Erisya telah kembali bertugas. Malah ada juga yang telah membatalkan cuti raya! Begitulah keadaan kami...tak boleh nak bercuti lama2...teringatkan tugasan yang perlukan perhatian segera.
Entahlah...semenjak dua menjak ni, Erisya rasakan kesedihan yang bertamu. Merindui seseorang yang dekat tapi jauh. Kehilangan yang mungkin takkan berakhir dengan pertemuan. Dan di kala kedukaan, hanya satu tempat mengadu. Tidak seperti dulu. Mungkin dah serik atau sememangnya Erisya sudah tidak punya teman rapat lagi! Betullah kata orang, masa dan jarak boleh memisahkan dua sahabat....

Di saat kesedihan dan kebingungan Erisya memanjatkan doa Nabi Yusof (ketika terpenjara akibat fitnah). Buang segala kesedihan...usir segala keresahan...dan tanamkan di hati bahawa sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat!
p/s: syukur doa kami termakbul...pelukan bos dengan ucapan maaf dan selamat hari raya telah menjanjikan harapan. Dan seperti biasa...hati Erisya cair dengan pelukan!
Sunday, September 12, 2010
KELAINAN...BUKAN KECACATAN
Raya tahun ni kami tidak bertemu.Giliran keluarga Along beraya di kampung sebelah ibu. Raya tahun ini juga ASTRO menayangkan filem "My name is Khan" lakonan mantap SRK. Mengisahkan watak utama yang menghidap autism (asperger's syndrome). Kisah ini menguatkan lagi ingatan Erisya pada Along. Sedari kecil lagi, dapat Erisya rasakan sesungguhnya Along agak berbeza dengan kanak2 seusia. Di usia 2 tahun biasanya kanak2 meminta orang lebih dewasa lukiskan gambar ...seperti anak seorang teman, minta Erisya lukis lori... Kemudian minta lukis lori ayam pulak...kemudian lori sampah dan ntah apa2 lori lagi! Semua permintaan Erisya turutkan. Urrggghhh penat jari ni melayan kerenah budak tuh. Tapi Along berbeza...Along lebih senang melukis sendiri...tenggelam dalam dunianya sendiri. Bila memegang pensil, Along amat fokus dan tidak memperdulikan alam sekeliling...biarpun dipanggil berulang kali namun dia buat dek jer. Jika memandang kita pun tidak melihat wajah kita dengan tepat...sedangkan mata Along normal, tidak juling!
Di usia 3 tahun Along gagal menuturkan sepatah perkataan walau boleh fahami percakapan kita. Tidak sedikit air mata ibu dan ayahnya tumpah...sedih kenangkan nasib anak sulung. Selepas berusaha mendapatkan rawatan di sana-sini akhirnya, Along boleh bertutur selepas berubat dengan seorang kiai di kampung ibunya. Sebaik sahaja Along boleh bersuara, rawatan susulan diteruskan di hospital kerajaan iaitu "speech therapy". Alhamdulillah, sekarang Along sudah boleh bercakap dan mampu belajar di tadika bersama kanak2 lain. Tiada masalah belajar mengaji. Malah fasih berbahasa Inggeris! Tiap kali menonton TV, Along pasti mengajuk dialog filem tersebut.... dan ternyata Along lebih senang berbahasa Inggeris sehinggakan menelefon opah pun nak cakap omputih!
Baru2 ini, seperti biasa Along mengikut ayahnya ke surau...kebetulan mereka agak terlewat. Orang surau telah memulakan bacaan yasin. Sebaik duduk, Along menyelak2 muka surat surah yasin. Ayahnya marah. Bila diteliti, rupanya mukasurat tersebut mengandungi ayat yang sedang dibaca oleh orang surau! Menitis air mata ayahnya...air mata mahal seorang lelaki. Cemuhan orang selama ini tidak lagi berbekas di dada. Orang angkuh yang mengaku anak mereka normal pasti tidak kanmengerti tangisan itu.
Semoga selepas ini, Along tidak lagi dibuli. Hadirnya Along di muka bumi ini tidak pernah menyusahkan sesiapa...cuma sedikit kelainan...bukan kecacatan!

Wednesday, August 4, 2010
KEHILANGAN LAGI
Tadi Erisya menyelak-nyelak semula foto lama...pertemuan semula dengan kengkawan di bangku sekolah di alam maya membuatkan Erisya rasa gembira...bersama rindu teramat sangat...rindukan mereka yang Erisya sayangi. Ketika membelek nama2 di foto...barulah Erisya perasan....rupanya hanya kami berempat berbangsa Melayu! Aneh...ketika itu, Erisya tak perasan pula kami ni kaum minoriti! Kemesraan kami tidak terhalang oleh bangsa dan agama. Sesungguhnya Erisya rindukan zaman itu...benar2 satu Malaysia! (Di tempat tinggal Erisya kini hanya ada orang Melayu...selebihnya Indon, Bangla dan Afrika!).
Di sebalik keceriaan pertemuan semula....hati Erisya turut disentak dengan berita sedih...dua orang dari kawan kami telah kembali kepada Pencipta...pergi ketika baru berusia 30an akibat kanser (ironinya mereka duduk sebelah menyebelah di barisan hadapan!). Namun Erisya amat terasa dengan kehilangan C. Seorang teman yang tidak sombong walau ditakdirkan lahir di dalam keluarga yang kaya raya. Malah sebelum meninggal, mendiang sempat menabur bakti sebagai seorang doktor di hospital kerajaan. Mendiang adalah di antara kawan bukan Islam yang namanya berada di dalam doa kami semua. Sesungguhnya kehilangan amat dirasai meskipun bertahun2 tidak berjumpa. Senyumannya masih segar di depan mata meskipun jasadnya telah lama tiada.
Kehilangan ini membuatkan Erisya mencermin diri,
sesungguhnya petunjuk dan hidayah adalah milik Allah.
Syukur dengan nikmat iman yang diberi...
Subscribe to:
Posts (Atom)