Bila dengar kata2 " sape kata Melayu tak makan babi?" Ramai yang menjuih. Marah kerana tidak sensitif dengan perasaan Melayu. Hmmm...tapi ada benarnya juga ...hanya orang Muslim tak makan babi....Melayu? ramai yang dah tak kisah. Dulu pernah pakcik bercerita. Dia suka makan char koay teow masakan Cina. Kedai tuh kedai lama....dah 20 tahun dia makan di situ ketika berulang-alik dari KL ke Ipoh. Yakin halal kerana ramai orang Melayu makan di situ. Pak Haji pun ada.
Suatu hari, pakcik masuk ke dapur. Nak lihat sendiri rahsia keenakan char koay teow. Pakcik nampak temannya itu pegang botol kecil ada bahan berwarna putih di dalamnya. Dengan gembira (sebab dah tahu rahsia) pakcik tanya apa benda yang dipegang tuh. Temannya jawab, " sape kata Melayu tak makan babi?" Berderau darah pakcik. Tetiba jer tengkuknya kembang. Loya. Mual. Baru dia tahu rahsia kenakan char koay teow tuh....rupanya lemak babi (lard)...patutlah lemak secukup rasa!
Sejak tuh pakcik tak singgah lagi ke kedai itu. Biarlah. Walau ada rasa rindu nak menjamah char koay teow kegemarannya itu. Terbuku di hati...rupanya selama ini dia makan makanan haram....selama 20 tahun!
Cerita pakcik membuat erisya lebih berhati2. Pastikan ada logo halal. Walau pun meletakkan logo halal bukan mandatori....hanya voluntary namun seboleh mungkin erisya mencari logo tersebut. Misalnya makanan segara...bukan semua outletnya ada logo halal. Tak semestinya jika outlet di KL halal maka di tempat lain juga halal. Pada anak erisya juga berpesan, nampak penjual bertudung tak semestinya halal...maklum rata2 adalah pekerja Indonesia. Sebagai pekerja yang baik, mereka tak kisah memegang atau memegang daging babi jika itu yang diarah oleh majikan.
Dulu erisya pernah makan chicken puff di kedai roti cina. Erisya sangka halal kerana ada logo halal...namun bila diamati, rupanya logo itu hanya untuk roti sahaja...tak termasuk makanan lainnya. Tapi pengalaman ini tak sedahsyat teman yang belajar di Jakarta dulu. Oleh kerana sibuk kuliah, teman dan rakan serumah sepakat menggaji pembantu untuk mengemas rumah dan memasak. Suatu hari, jiran sebelah bertanya adakah teman erisya Muslim. Pecahlah rahsia rupanya selama ini pembantu tersebut masak daging babi kerana dia bukan Muslim! Ketika ditanya teman erisya menjawab, " sedap gak!"